Akhbar SINAR, “suara cakna komuniti anda” memang mendapat sambutan hangat dipasaran, saya juga turut tidak ketinggalan membaca akhbar ini semenjak ia berada dipasaran Kawasan Melaka/N.Sembilan. Akhbar yang diterbitkan oleh Akhbar Cabaran Sdn. Bhd. itu menggugat populariti akhbar perdana seperti Berita Harian dan Utusan Malaysia. Saya katakan demikian bila pada hari-hari tertentu akhbar tersebut sudah habis terjual, manakala Berita Harian dan Utusan Melayu masih banyak lagi yang tidak terjual. Walaubagaimanapun oleh kerana jemu dan muak dengan pemberitaan akhbar Perdana tersebut saya tidak berminat untuk membacanya, kerana masih banyak berita yang boleh diperolehi dari sumber lain. Sayang sekali kedudukan Akhbar yang menjadi kebanggaan Bangsa Melayu suatu ketika dahulu begini jadinya.
Sebabnya, tidak lain etika kewartawanan sudah tiada lagi pada akhbar-akhbar perdana tersebut, kerana tidak lagi menjadi media yang adil kepada semua pihak kecuali menjurus kepada telunjuk satu-satu pihak sahaja. Ia juga menjadi medan menabur fitnah yang akan membakar saudara sendiri yang sebenarnya tidak bersalah. Sepatutnya akhbar itu bersifat sebagai hakim yang membela kebenaran.
Kerana itu, SINAR menjadi pilihan hari ini, dan kita juga berasa bangga kerana disiarkan juga berita yang kita kirimkan, setidak-tidaknya tidaklah dianaktirikan ataupun digelapkan berita mengenai kita khususnya di Kuala Pilah yang menjadi tatapan masyarakat selain Suara Keadilan dan Harakah yang terhad tempoh keluarannya.
Oleh yang demikian, manjadi harapan kita agar Akhbar SINAR akan terus menjadi akhbar pilihan rakyat dan melaporkan pemberitaan yang adil kepada semua dan menjadi pembela kepada yang teraniaya dan berpihak kepada kebenaran,
Maka apabila ia sudah popular, maka sudah tentu ia menjadi tempat tumpuan bagi mereka yang ingin mencari populariti, atau menyembunyikan sesuatu yang buruk dari tersebar. Maka saya dapati muka-muka yang sama menghiasai setiap hari sinar@kualapilah, sinar@jelebu, sinar@tampin dan lainnya dengan berita yang indah-indah belaka.
Harapan kita SINAR tidak menjadi seperti Berita Harian dan Utusan Malaysia.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan