Rabu, 27 Januari 2010

Pelancaran Pakatan Rakyat N9



CERAMAH PERDANA :

Sempena Pelancaran Majlis Pakatan Rakyat Negeri Sembilan
Tempat : Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan, Seremban
Tarikh : 28 Januari 2010 / Khamis
Masa : 9.00 malam
Bersama :
YB Salahudin Ayub (Naib Presiden PAS)
YB Azmin Ali (Naib Presiden PKR)
YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas (Pengerusi PKR N.Sembilan)
Sdr Zulkefly Mohamad Hj Omar (Pesuruhjaya PAS N.Sembilan)
YB Loke Siew Fook (Pengerusi DAP N.Sembilan)

Semua Dijemput Hadir

Ahad, 24 Januari 2010

'Dalang komplot cuba bubar PKR Kuala S'gor gagal'

P KR Cabang Kuala Selangor masih dan semakin mantap serta kukuh walaupun berita peletakan jawatan AJKnya menjadi berita hangat politik di seluruh negara, kata ketua penerangannya, Mohd Ezli Mashut.


Menurutnya, pertemuan tertutup antara AJK PKR cabang tersebut dengan Majlis Pimpinan Negeri Selangor malam tadi telah menjelaskan segala-galanya mengenai kedudukan sebenarnya.

"Dimaklumkan bahawa PKR Cabang Kuala Selangor adalah tidak bubar dan boleh bergerak seperti biasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pertemuan tertutup tersebut, katanya, AJK cabang Kuala Selangor bersama Angkatan Muda Keadilan dan Wanitanya menyatakan muafakat kukuh dan meletakkan keyakinan tinggi kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menerajui cabang PKR Kuala Selangor dan selaku menteri besar Selangor.

"Adalah dimaklumkan bahawa perkembangan ini membuktikan bahawa cabang PKR Kuala Selangor semakin mantap dan kukuh walaupun berita sebelum ini menggambarkan seolah-olah PKR Cabang Kuala Selangor sudah bubar.

"Realiti sebenar ialah sokongan dan dokongan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semakin meningkat dari masa ke semasa," tegas Mohd Ezli.

Di samping itu, katanya, PKR PKR Kuala Selangor juga menerima sokongan mantap dan kuat daripada seluruh ranting yang terdapat di DUN Jeram,DUN Melawati dan DUN Ijok.

"Malahan dalam pertemuan itu juga, kesahihan peletakan jawatan AJK cabang Kuala Selangor sebelum ini dipertikaikan kesahihannya kerana ada keraguan yang terdapat dalam soal menandatangani surat peletakan jawatan tersebut.

"Cabang PKR Kuala Selangor juga ingin menegaskan bahawa gerak kerja membela rakyat dan menjana kemenangan PRU-13 akan semakin rancak dan giat selepas ini.

"Iltizam dan semangat yang ditunjukkan oleh semua anggota PKR di cabang Kuala Selangor utuh dan terus bersemangat tinggi.

"Dalang komplot cubaan untuk membubarkan PKR Kuala Selangor gagal dan tidak mendapat sokongan kerana tindakan tersebut menjejaskan imej PKR dan Pakatan Rakyat keseluruhannya.

"Malahan tindakan menggunakan media terbuka mendapat kecaman hebat daripada pelbagai peringkat PKR," kata Mohd Ezli.

Justeru, katanya, cabang PKR Kuala Selangor berharap seluruh pendukung PKR di Kuala Selangor fokus kepada gerak kerja membela rakyat dan memperkasa gerak kerja PKR di cabang tersebut.

"Kita tiada masa untuk melayan karenah politik remeh-temeh kerana PKR mempunyai banyak agenda dan gagasan besar perubahan dan membela rakyat di Selangor dan negara ini.

"Cabang PKR Kuala Selangor menyatakan pendirian tegas dan kukuh bersama-sama Tan Sri Seri Abdul Khalid Ibrahim untuk mendepani perubahan di Selangor dan bersama-sama membawa semangat kukuh ini untuk membawa perubahan total dan impak besar dalam PRU-13," tegasnya.

by rakyat marhaen

Khamis, 21 Januari 2010

KELIHATAN SEPERTI ALAT PERKAKAS BN

S prm masih dilihat seperti alat perkakas kepada UMNO/BN. Tidak habis-habis dengan memburu kakitangan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang bertujuan untuk menimbulkan isu yang sengaja dibesarkan dikalangan rakyat dengan sokongan media utama negara dengan harapan kredibaliti Kerajaan Pakatan akan merudum. Keterbukaan Menteri Besar Selangor menyambut baik usaha membendung gajala rasuah oleh SPRM wajar disanjung, tetapi katanya, jika ia bertujuan untuk menjatuhkan maruah Kerajaan pimpinannya, maka beliau tidak akan bertolak ansur. Kita menyokong ingatan beliau itu, kerana gajala rasuh sudah terlalu amat parah semenjak puluhantahun UMNO/BN memerintah negara, sehingga kekadang rasuah itu pula dianggap suatu pemberian yang berniat ikhlas, yang haram menjadi halal dan halal menjadi haram, rakyat terkeliru. Sehingga SPRM sendiripun terkeliru mana satu yang harus diutamakan, yang bilis atau jerung, puluhan juta ringgit atau ratusan ringgit, rasuah atau politik wang? Begitu juga dalam keghairahan memburu dan mengorek sehingga kelubang cacing pimpinan PR, mereka lupa undang-undang ciptaan sendiri yang perlu juga mereka hormati, atau apakah undang-undang itu untuk orang lain, dan tidak untuk mereka? Mengeledah rumah Haji Hussein Ahmad pembantu eksekutif YB Yaakob Sapari tanpa waran geladah tentu sesuatu yang menghairankan, tetapi oleh kerana negara diurus tadbir oleh mereka yang rakus lagi gelojoh, maka itulah jadinya, undang-undang ciptaan sendiri dikesampingkan, kerana menurut hawa nafsu. Dalam kegelojohan memburu Pimpinan PR, SPRM meninggalkan kes Teo Beng Hock, Khir Toyo, PKFZ dan banyak lagi yang harus menjadi keutamaannya. Malang sekali SPRM dibawah pimpinan barunya, dan ia tidak akan berubah, sehingga Kerajaan berubah ketangan PAKATAN RAKYAT.

Rabu, 20 Januari 2010

ISU PERUNTUKAN

dipetik daripada telokkemang.blogspot.com

'Isu diskriminasi Kerajaan Persekutuan menyekat peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen (AP) Pakatan Rakyat jelas mengingkari amalan federalisme negara ini'.

'Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan pemimpin UMNO-BN berfikiran jumud dan kolot hingga sanggup mempolitikkan isu peruntukan yang akhirnya menindas kebajikan rakyat selaku pembayar cukai......'

'Wang yang disalurkan oleh Kerajaan itu bukan wang parti, tetapi wang rakyat, dan ini bertitik tolak daripada perkara yang lebih asas lagi iaitu tentang isu pembiayaan politik dan sebagainya di Malaysia masih lagi tidak ada peraturan yang jelas, dan sebab itu hari ini disalurkan dalam peringkat parti....'


Di atas adalah ungkapan sebahagian dari kenyataan YB Nik Nazmi dipetik dari TV Selangor.

Saya bersetuju sepenuhnya bahawa di atas prinsip keadilan, peruntukan harus diberi kepada semua wakil-wakil rakyat ADUN dan AP tidak kira dari parti mana sekali pun kerana mereka-mereka ini ,telah pun dipilih dan di amanahkan oleh rakyat untuk melaksanakan tugas-tugas mereka termasuk menggunakan dana yang diperuntukan kerajaan untuk kebajikan rakyat.

Beliau juga menekankan bahawa kerajaan PR Selangor bersedia akan serta merta ikut sama menyalurkan kepada semua wakil-wakil rakyat sekiranya Kerajaan Pusat terdahulu berbuat demikian.

Dalam perkara ini saya dulu lagi pernah menyuarakan kepada kepimpinan parti bahawa di atas prinsip keadilan yang ditekankan, kerajaan PR harus melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dengan mengamalkan sikap terbuka dan bersedia menyalurkan peruntukan terus kepada semua ADUN dan AP tidak kira dari parti mana, walau pun Kerajaan Pusat enggan melaksanakannya.

Ini akan mencerminkan keikhlasan dan kewibawaan kerajaan PR yang bersedia dan berkemampuan melaksanakan amalan kebertanggungjawaban dan keterbukaan pentadbirannya. Secara langsung, PR menghormati bahawa rakyat telah membuat pilihan siapa wakil-wakil mereka di kawasan masing-masing. Kita akur kepada amanah rakyat.

Kerajaan PR mempunyai kepakaran untuk memantau penggunaan peruntukan tersebut dan dapat mempastikannya sampai ke sasaran yang dimaksudkan. Justeru, tidak ada halangan bagi kerajaan PR untuk bertindak dan melaksanakan dasar tersebut.

Ayuh PR, kita tidak seperti mereka yang berfikiran jumud dan kolot.

Selasa, 12 Januari 2010

Ziarah Keluarga Mangsa Bunuh di Kampung Batang Rokan Gemencheh, Negeri Sembilan .

A MK Pusat yang diketuai oleh Saudara Khairul Anuar Ahmad Zainuddin (Naib Ketua AMK Pusat) dan turut serta Ramlan Roes (Exco AMK Pusat) dan juga barisan kepimpinan Cabang Tampin (Saudara Md Zam, Saudari Sasliza & Saudara Abd Talib) telah mengadakan ziarah keluarga mangsa bunuh di Kg Batang Rokan pada 10 Januari 2010 yang lalu.

Salah seorang mangsa iaitu Arwah Sufiah Bt Katas adalah ibu saudara kandung kepada Datin Seri Rosmah Mansor. Di mana arwah Sufiah adalah adik kandung kepada bapa Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketika rombongan ziarah ini sampai di kampung berkenaan, rombongan tersebut telah dihalang oleh sepasukan polis cawangan khas.

-Hj Ramlan Roes
AMK Pusat

Isnin, 11 Januari 2010

Makluman Pembatalan Ceramah

C eramah MPR Parlimen Kuala Pilah yang dijadualkan pada 16hb. Januari 2010 (Sabtu) di Dataran Jemapoh terpaksa dibatalkan kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Oleh yang demikian kami memohon maaf diatas kesulitan yang dihadapi. Harap maklum, terima kasih.

Sabtu, 9 Januari 2010

Berpulang Ke RahmatulLah


B ekas Yang Di Pertua PAS Kawasan Pilah Haji Ujang Bin Yatim 93 tahun telah pulang ke RahmatulLah jam 6.45 petang semalam. Jenazah beliau akan dikebumikan hari ini sebelum Dzuhor di Tanah Perkuburan Islam Kg. Pelangai, Kuala Pilah. Sepanjang hayatnya, beliau adalah seorang yang komited dengan perjuangan Islam dan pernah bergiat cergas dengan Gerakan Pembaharuan Islam dan melibatkan diri dengan perjuangan PAS. Semoga Allah SWT menerima beliau dan digolongkan bersama orang-orang yang beriman. Amin.

Jumaat, 8 Januari 2010

SIAPA YANG BERDEMO HARI INI?

S iapa yang berdemo dan membakar Gereja di Kuala Lumpur hari ini? Apa yang dijangkakan oleh sahabat kita nampak memang berlaku. Apakah ini suatu perancangan rapi bagi menutup pelbagai isu yang tidak terkawalkan dan mengajak semula seluruh umat Melayu Malaysia bernaung dibawah UMNO, kerana yang sering dijajakan ialah hanya UMNO semata dan sahaja yang mampu membela MELAYU danISLAM.

Siapa pula jagoan-jagoan berkaca mata hitam diatas, apakah benar mereka pembela Agama Allah? Atau hanya menjadi balachi pihak tertentu. Pembela Agama Allah ialah mereka yang taat kepada perintah Allah dan Rasul, mengikut dengan taat apa jua perintahNya dan memelihara Sunnah Rasul, apakah mereka diatas memiliki ciri-ciri sedemikian. Ikuti ulasan disini.

Khamis, 7 Januari 2010

Setiausaha agung PKR letak jawatan ?

D ilaporkan bahawa Setiausaha Agung Datuk Salehudin Hashim telah meletak jawatan semalam.Beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Presiden, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden, Dr Syed Husin Ali serta kepada Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kita akan menunggu pengesahan daripada Ibu Pejabat mengenai perkembangan ini.