Khamis, 30 Julai 2009

DATO' ! JANGAN MENGICUH



Adapun pepatah orang tuo-tuo, “orang memegang adat dalam negori atau lopak masing-masing, engkau janganlah mengubah janji atau mengicuh orang atau menganiaya orang. Janji ditepati dan utang dibayar, piutang diterima, menyelang memulangkan, lopak orang jangan dikocak.


Juga, sebagai ketua adat dia juga perlu mempunyai akal budi yang siuman dan timbangan yang ADIL kepada anak buah. Wajib baginya menimbang buruk dengan baik, melarat dan manfaat tinggi dan rendah, menimbang rugi dengan laba. Selalu berniat dalam hati supaya bumi senang padi menjadi, anak buah kembang biak, hukum ADIL adat berdiri.


Apa bila Dato’-dato’ adat ini merapu, buat kerja yang tidak sepatutnya beliau lakukan, atau menunjuk kuasa yang dia orang bergolar, tetapi tak kena dengan gayanya, nanti akan jadilah dia Dato' yang bernama PENGALAH (suka kacau orang).


Khabarnya dalam suatu Ceramah PAS pada 29hb yang lalu, beliau cuba untuk menghalang ceramah tersebut daripada berlangsung dengan menggunakan kuasa yang ada padanya. Namun ceramah berjalan terus, tak ke memalukan diri? Bukankah mencabik baju didada? Menepuk air dalam dulang? Tidakkah Dato’ ini perasan bahawa kuasa yang ada pada Dato’ ini dah dicabut dek penjajah dulu? Kini hanya tinggal mengurus tanah pusako, nikah kahwin dan juga sebagai tinggalan nenek moyang kito macam muzium hidup yang dipertonton pelawat luar negeri. Maka ada lebih baik Dato’ ini memanjangkan akal macammano nak memperkasakan semula institusi ini supaya lebih disanjung dan dihormati malah diadatkan semulo oleh anak buah dan ada keberanian untuk mengubah adat lamo yang bersesuaian pula dengan zaman, seperti yang telah dibuat oleh Pak HAMKA dan kawan-kawannya yang merevolusikan adat di Tanah Minagkabau.


Suka kita peringatkan kepada Dato’ adat ini supaya jangan jadi bebal tanda orang tidak berakal atau punya akal sejengkal kerana menghalang orang membuat kebaikan.


Jika begini perangainya Dato’-dato’ Adat ini, akan lenyapkah ADAT PERPATIH ? ?

Isnin, 27 Julai 2009

NOTIS MDKP UNTUK MENYEMAK SENARAI NILAIAN

Notis yang telah dikeluarkan oleh MDKP berkenaan menyemak Senarai Nilaian bagi Tahun 2010 bagi harta disemua Mukim dalam Daerah Kuala Pilah yang akan dikuatkuasakan pada 1 Januari 2010 menimbulkan kebimbangan dikalangan pemilik-pemilik harta berkenaan, terutama yang mendiami premis-premis perumahan dan bangunan persendirian dalam Bandar Kuala Pilah kerana ia dinilai semula dengan taksiran yang amat tinggi dan keterlaluan. Hari ini Team GB telah didatangi seramai 5 orang pengadu dan menunjukan Notis tersebut dan kami juga terperanjat dengan Nilaian Semula yang amat tinggi tersebut. Kami menasihatkan kepada semua pemilik premis yang menerima Notis tersebut membuat bantahan bertulis kepada Yang Di Pertua Majlis Daerah Kuala Pilah dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis dikeluarkan sebelum ia dikuatkuasakan.

Sabtu, 25 Julai 2009

TOKOH MIC SERTAI KEADILAN

Slogan 1 Malaysia yang disibuk-sibukkan nampaknya lebih praktikal dalam Keadilan. Terbaru Bekas Naib presiden MIC SS Subramaniam bersama dengan 2,500 ahli MIC mengumumkan kemasukan mereka kedalam Keadilan. Beliau berkata "Saya telah menyokong dasar PKR dan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak sekian lama, tetapi baru sekarang saya berani mengatakan bahawa saya menyertai parti tersebut." Parti Keadilan Rakyat sebuah Parti baru yang memenuhi citarasa semua kaum di Negara ini amat sesuai dengan konsep 1 Malaysia yang sibuk diperkatakan sekarang, tetapi intipatinya kosong, dan ia hanya jadi rebutan bagi pelebel-pelebel seperti "Satu Senawang-Satu Malaysia", "Satu Kuala Pilah-Satu Malaysia", "Satu Belia-Satu Malaysia" dan pelbagai lagi istilah yang satu-satu yang tidak memberi sebarang makna dalam pelaksanaannya. Kemasukan tokoh-tokoh politik dari kaum India dan Cina kebelakangan ini menandakan PKR adalah wadah terbaik bagi pelaksanaan SATU MALAYSIA yang dicetuskan PM, PKR juga dianggotai oleh pelbagai kaum yang menduduki negara ini yang melambangkan keSATUan diantara kaum-kaum tersebut.

ss subramaniam join pkr 250709 subramaniam (right)

Jumaat, 24 Julai 2009

SPRM BEKERJA UNTUK SIAPA ??

Pendedahan yang dibuat oleh Ahli Majlis Perbandaran Kajang Tan Boon Wah melalui You Tube diatas amat memeranjatkan. Beliau dipaksa membuat pengakuan bersalah palsu terhadap pembelian bendera di Majlis hari Kemerdekaan di DUN Sri Kembangan oleh pegawai-pegawai penyiasat SPRM dengan pelbagai deraan. Pendedahan beliau itu menguatkan lagi spekulasi buruk atas kematian Teo Beng Hock.

Candlelight vigil in remembrance of the death of Sdr TEO BENG HOCK

为了悼念赵明福同志的离去,森州行动党在明天和周一将会举办两场烛光会。尽请各位出席。详情如下:
Teoh Beng Hock, DAP NS will held 2 candlelight vigil in remembrance of the death of Sdr. All are invited.

Vigil 1
Date: 23 July 2009 (Friday)
time: 7:30 pm
Venue: DAP NS Kemayan Square 森州行动党总部(位于金马扬商业广场)

Vigil 2

Date: 27 July 2009 (Monday)
Time: 8:00 pm
Venue: Dewan Chung Hwa High School 芙中礼堂
Guest: Lim Kit Siang 林吉祥

(Petikan dari http://dapcha.blogspot.com)

Ahad, 19 Julai 2009

KUMPULAN URUMI MELAM



Sebuah Kumpulan yang diberi nama Sri 18-AM Padi Sabri Malai yang memainkan alat muzik tradisional bernama Urumi Melam ketika ditemui giat berlatih di Ladang Juasseh Estate. Menurut ketua kumpulan tersebut En. A. Saravanan, kumpulan ini telah ditubuhkan semenjak 10 tahun yang lalu, dan sering menerima undangan dalam sebarang majlis. Oleh itu kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan kumpulan ini sila hubungi beliau ditalian 012-9753754.

PKR CABANG KP MENGALI-ALUKAN KEMASUKAN CHUA JUI MENG KE PKR

Bekas menteri kesihatan, Datuk Chua Jui M bersama bekas senator MCA, David Yeoh dan bekas ahli Parlimen Lumut mengumumkan menyertai PKR Sabtu lalu, PKR Cabang Kuala Pilah mengalu-alukan kemasukan kedua-dua tokoh MCA tersebut.

Khamis, 16 Julai 2009

Keghairahan SPRM Mengundang Padah

Semalam di perkarangan Mahkamah Tinggi, saya menyelar keras tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selaku alat pimpinan UMNO.

Kenyataan tersebut dikeluarkan satelah menyaksikan betapa ghairah SPRM bertindak terhadap ADUN Pakatan Rakyat Selangor. Walhal rasuah yang melibatkan dana berbilion ringgit saperti skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), pembelian senjata, dan lain-lain cuba dilenyapkan!

Dan hari ini, akibat tindakan kasar terhadap petugas Pakatan Rakyat, menyaksikan tragedi kematian pembantu YB Ean Yong Hian Wah iaitu mendiang Teo Beng Hock.

Apakah SPRM akan menjelaskan keadaan sabenar, dan siapa yang mengarah tindakan rakus terhadap Pakatan Rakyat? Dan apa peranan pimpinan kerajaan UMNO-BN dalam percaturan SPRM kini? (Sumber http://anwaribrahimblog.com/2009/07/16/keghairahan-sprm-mengundang-padah/)

Ulasan GK: Menurut laporan media, kematian tersebut akibat mangsa terjatuh dari bangunan SPRM, maka apakah begitu mudah bangunan yang sudah dipastikan keselamatan itu membahayakan orang ramai? maka mendiang terjatuh?

Isnin, 13 Julai 2009

ULAMAK MENCARI ILMU UNTUK PANGKAT DAN KEKAYAAN?

Mengapa ada sebilangan ulamak atau guru-guru Agama menyembunyikan kebenaran? Walhal merekalah sepatutnya orang pertama yang menyedar dan membuka minda masyarakat, tetapi sebaliknya berlaku. Mereka mengaut kekayaan dan mencari pangkat dunia dengan memperalatkan Agama. Sila ke http://almizaan.wordpress.com/2009/07/13/349/

Rabu, 8 Julai 2009

MISTERI WAHABI !

WAHABI! WAHABI! WAHABI! Anda tahu apa itu Wahabi? Dimana-mana orang perkatakan Wahabi sesat! Malah Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan baru-baru ini turut menganjurkan Seminar mengenai bahaya Wahabi di Pusat Islam Seremban dan sebelumnya mempergiatkan kempen mengenainya di seluruh Negeri Sembilan. Fenomena fobia WAHABI ini rupanya turut melanda Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan, dan orang yang tiada kena mengena dengan WAHABIpun turut terseret sama. Wah, WAHABI rupanya dijadikan batu loncatan bagi pihak-pihak tertentu bagi mencapai maksud. Tetapi siapakah WAHABI itu? Kita akan terus membincangkan masalah wahabi dalam situs ini pada masa akan datang. Kali ini sila ke sini untuk meninjau pandangan beliau.

Timbalan Mufti Lantikan Mat Hassan

Seperti yang kita telah maklum Dato' Haji Mohd Yusof bin Haji Ahmad telah dilantik sebagai Mufti baru kerajaan Negeri Sembilan pada tanggal 01 April yang lalu. Perlantikan beliau adalah menggantikan Dato' Haji Mohd. Murtadza Hj. Ahmad yang tidak disambung kontrak.

Baru-baru ini kita dikejutkan apabila MB Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohammad Hassan telah melantik timbalan mufti tanpa pengetahuan Dato' Mufti. Sedangkan mengikut peruntukan sedia ada dengan jelas menyebut perlantikan timbalan mufti adalah dibawah kuasa Dato' Mufti. Mohamad Hassan dikatakan telah membawa nama seorang ustaz 'ahli parti' yang telah melobi dirinya sendiri untuk diperkenankan Tuanku Mukhriz.

Menurut sumber, timbalan mufti yang dilantik Mohammad ini sebenarnya tidak memenuhi kelayakan untuk memegang gred 48. (Sumber: http://prn9.blogspot.com/2009/07/timbalan-mufti-lantikan-mat-hassan.html)

Tahqiq GK : Beliau yang dipanggil ulamak muda dan dipuja sesetengah pengikut taksubnya beriya-ia benar untuk meletakkan diri dalam kedudukan teratas dan merapatkan diri dengan pihak berkuasa, agar beliau dan kuncu-kuncunya mencapai apa yang dipendamkan. Sebab itu beliau bersekongkol dengan UMNO dan memperalatkan Agama untuk kepentingan puak sendiri. Beliau menjual Agama dengan terlalu murah, kerana beliau menuntut ilmu untuk mencari kedudukan (status) dan kemasyuran. Kepada mereka seperti ini, sila perhatikan hadits Nabi saw: "Janganlah kamu menuntut ilmu dengan tujuan untuk mencabar ulamak, dan jangan pula kerana ingin menakluki orang-orang yang bodoh, dan jangan pula dengan tujuan supaya dapat menguasai majlis, sesiapa yang berbuat demikian, neraka...neraka". Oleh yang demikian berwaspadalah dengan orang-orang yang bersifat sedemikian dalam mempengaruhi kita dan orang ramai.

MENGOMBAK KEMENANGAN KUALA PILAH

PEMIDATO:
1. YB TIAN CHUA (MP BATU)
2. YB HANIZA TALHA (TIM. SPEAKER DUN SELANGOR)
3. YB RAVI (ADUN PORT DICKSON)

TARIKH : 17HB. JULAI 2009 (JUMAAT)
MASA : 9.00 MALAM
TEMPAT : KAWASAN PERINDUSTRIAN DIOH, KUALA PILAH.

Dari Markaz Cabang Kuala Pilah kami mengeluarkan seruan agar melipatkangandakan usaha dan kempen kerana matalamat kita adalah KEMENANGAN. Terima kasih - (Team Gerbang Keadilan KP)

KENYATAAN SETIAUSAAH AGUNG BERHUBUNG BANK NEGARA INI TERLIBAT DALAM PENGEKSPORTAN SENJATA KOREA UTARA

Parti Keadilan Rakyat memandang serius laporan media antarabangsa yang mendakwa bank di negara ini terbabit dalam pengekspotan senjata Korea Utara.

Akhbar Korea Herald dan Korea Times melaporkan kerajaan komunis itu berusaha mendapatkan baki pembayaran melalui sebuah bank yang tidak dinamakan untuk sejumlah senjata yang diekspot ke Burma.

Menurut agensi berita Korea Selatan, Yonhap, pembayaran awal untuk senjata-senjata itu telahpun dibuat namun sebahagian bayaran kepada kerajaan komunis itu masih tersimpan di bank terbabit.

"Resolusi 1874 yang diluluskan pada 12hb Jun 2009 mengharamkan sebarang ekspot senjata oleh Korea Utara. Langkah ini bertujuan menyekat Korea Utara dari menggunakan dana hasil penjualan senjata bagi pembangunan program senjata nuklearnya," jelas Setiausaha Agung PKR Salehuddin Hashim.

"Sekiranya benar tuduhan yang dilaporkan akhbar terbabit, kita merasa kesal dengan kecuaian kementerian dalam negeri dan regulasi kewangan negara," tegas beliau.

Delegasi Kerajaan Amerika Syarikat, diketuai Philip Goldberg berada di Malaysia untuk menghalang pembayaran dibuat untuk kargo-kargo senjata itu.

Korea Utara dikenakan sekatan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu selepas republik itu melaksanakan ujikaji nuklear pada Mei tahun ini.

Keadaan bertambah runcing apabila Korea Utara turut melancarkan tujuh peluru berpandu yang dipercayai ujikaji kemampuan membawa beban nukuler.

"Kita bimbang sekiranya terbukti tuduhan bank di Malaysia terbabit di dalam transaksi penjualan senjata oleh Korea Utara, negara ini akan dikenakan tindakan keras oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sepertimana yang nyaris dikenakan apabila syarikat Scomi Precision Engineering dikatakan terlibat di dalam menghasilkan komponen senjata nuklear," kata Salehuddin.

Menteri Luar Negeri Anifah Aman hari ini dilapor sebagai berkata kerajaan Malaysia bersedia untuk memberi kerjasama menyiasat skandal ini.

Selasa, 7 Julai 2009

CERAMAH UMUM

Penceramah : Al-Fadil Ustaz Idris Ahmad - Ketua Penerangan PAS Pusat
dan wakil-wakil daripada PKR & DAP
Masa : 9.00 malam
Tarikh : 13hb Julai 2009 ( Isnin )
Tempat : Pejabat Pakatan Rakyat DUN Juasseh ( Taman Jemapoh Indah, Kuala Pilah )

Insya Allah dijemput kepada para penyokong dan hadiran sekelian beramai-ramai ke majlis ceramah umum yang akan diadakan di Pejabat Pakatan Rakyat DUN Juasseh. Antara pengisian adalah kupasan isu-isu semasa seperti kerajaan perpaduan, debat, hubungan PR dan lain-lain lagi. Tolong sebarkan kepada mereka yang tidak berkesempatan membaca mesej ini. Sekian Terima Kasih.

(Sumber: Pakatan Rakyat Juasseh)