Isnin, 3 November 2008

PAK WAN KHAZIM BEKAS KETUA API PERLIS

Saya masih lagi ingin membicarakan soal perjuangan Pak Wan Khazim Bin Wan Din yang ditemui baru-baru ini kerana dalam artikel terdahulu masih terdapat kekurangan tentang sejarah perjuangannya. Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah pernah menitahkan tahun lalu, bahawa negara harus mengiktiraf Pahlawan Bangsa sebenar. Maka itu PAS Pusat telah mengiktiraf Dr. Burhanuddin Al-Helmy sebagai “Pahlawan Bangsa”. Dalam Pengkisahan Sejarah Kemerdekaan Negara anjuran PAS Pusat itu, Pak Wan telah undang untuk memberikan ucapan, suatu penghormatan yang PAS berikan kepada beliau. Pak Wan pernah berganding dengan Dr. Burhanuddin di Singapura. Ketika itu Dr. Burhanuddin memimpin PAS dan sebelumnya PKMM adalah menjadi rujukan kepada orang-orang Melayu, dan kelompok inilah yang menentang penjajahan British dan menuntut kemerdekaan, UMNO ketika itu belum ada lagi dan beliau sendiri tidak tahu bila masanya UMNO berjuang menentang British. Setelah UMNO ditubuhkan, parti itu hanya sekadar sebagai penumpang dan bersetuju dengan gerakan menuntut kemerdekaan tersebut.

Beliau yang terlibat dengan API pada usia 14 tahun, terpaksa berhenti sekolah untuk menyara keluarga berikutan bapanya Pak Wan Din ditahan British di bawah Akta Darurat.

Beliau merasa amat sedih, kerana fakta sejarah sudah diputar belit oleh British dan dipersetujui UMNO, sebab itu nama-nama besar seperti Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestaman, Shamsiah Fakeh dan yang seangkatan dengannya dan sebelum itu Tok Janggut, Mat Kilau dan ramai lagi dilupakan pada Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia.

Katanya lagi, pernah pemimpin UMNO menyindir buat jarumpun tak tahu, bagaimana nak merdeka. Berikutan tekanan rakyat semakin kuat terhadap British, mereka megistiharkan Dharurat pada tahun 1948 dan mengharamkan Hizbul Muslimin, PKMM dan bebeberapa lagi pertubuhan dan menangkap pemimpin-pemimpinnya. Maka setelah melumpuhkan gerakan rakyat tersebut, UMNO menampakkan wajah sebenarnya yang bersahabat dengan British, maka jadilah UMNO sebagai boneka British.

1 ulasan:

  1. Sejarah perjuangan oleh pejuang-pejuang sejati dan sebenar harus ditonjolkan supaya generasi muda kenal bahawa perjuangan kemerdekaan negara sebenarnya telah dimulakan oleh Hizbul Muslimin diikuti oleh Kesatuan Muda Malaya,API,PKMM,AWAS & Parti Rakyat Malaya.

    Umno hanya meminjam slogan merdeka yg terdahulu dilaungkan oleh parti-parti di atas. Bukanlah Umno yg mencetuskan ilham merdeka.Anak-anak kita sekarang telah dijar teks sejarah ciptaan Umno...

    BalasPadam