Rabu, 30 Disember 2009

31 Dis 2009, aksi anak muda

S olidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memandang serius isu penyeludupan wang (haram) RM 10 juta mengaitkan Menteri Besar Negeri Sembilan. Jenayah ini merupakan pengkhianatan terhadap (ekonomi) negara yang menjejaskan rakyat terbanyak. Itu hanyalah apa yang dapat dikesan berdasarkan pembatalan lesen pengurup wang yang menguruskan penghantaran tersebut. Bayangkan jumlah yang masih belum boleh dikesan.

SAMM telah membuat sidang media mendedahkan perkara ini, malangnya hanya sebahagian akhbar berbahasa cina sahaja yang berani mengeluarkan cerita ini sebaliknya majoriti media khususnya arus perdana tidak mengeluarkan pendedahan ini kerana arahan tangan ghaib.

Satu laporan rasmi (sila klik) telah dibuat malangnya pihak berkuasa hanya membakul sampahkan laporan tersebut dan apabila diminta respon terus tidak melayan. Kami sudah desak sehingga pertanyaan mengenai perkara ini dibangkitkan didalan DUN NS malangnya MB NS tidak memjawab dan membisu.........

Rakyat perlu disedarkan hakikat sebenar.... Rakyat perlu diselamatkan dari pengkhianatan....

Kami telah menghantar makluman kepada pihak polis Seremban (sila klik). Satu sidang media khas dan aksi anak muda akan dibuat oleh SAMM pada 31 Dis 2009 (hari Khamis) bagi mendesak perkara ini diselesaikan.

sebarang pertanyaan sila hubungi 0123696474 (Norazizi, penyelaras SAMM NS)

Selasa, 29 Disember 2009

DIAMBANG 2010

K ita akan sampai kepenghujung tahun 2009 dan tinggal beberapa hari lagi melangkah ke tahun 2010. Merenung kembali episod sebelum ini, mungkin terlalu banyak yang perlu dikoreksi dalam mencapai cita-cita merobah pemikiran masyarakat bagi menyokong gerakan pembaharuan berpolitik terutama di Kuala Pilah, kerana terlalu sukar untuk memutar pola pemikiran mereka yang sudah kaku dan membeku dengan begitu lama, namun ibarat air yang menitik diatas batu, ia akan memberikan kesan jua. Oleh Yang demikian, kepada seluruh aktivis reformasi, kami serukan teruskan usaha kerana senjata telah ditimang, pandangan sudah ditumpukan kesegenap arah, kaki telah mula melangkah menuju perjuangan yang luas. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepengkal lengan. Semoga, tahun mendatang adalah kejayaan buat kita. Wassalam.

Rabu, 23 Disember 2009

ISU QAZAF: SYEIKH YUSUF QARADAWI BELA ANWAR

S aya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim. Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat. Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”

- Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi , 19 Disember 2009

Dari The Malaysian Insider

PETALING JAYA, Dis 23 — Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Prof Dr. Yusuf Al-Qaradawi yang menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah baru-baru ini, dikatakan mahu membawa isu pendakwaan qazaf berkaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang belum lagi dijalankan ke peringkat antarabangsa.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noorin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata jaminan itu diberikan oleh Dr. Yusuf kelmarin ketika mengadakan pertemuan dengan Anwar, keluarga dan peguam-peguamnya di ibu negara.

“Dalam berbual itu, isu persoalan sistem Mahkamah Syariah di Malaysia menjadi topik perbincangan, Sheikh Yusuf menyatakan kekesalannya kerana isu pendakwaan qazaf berkaitan Datuk Seri Anwar tidak dijalankan lagi.

“Lalu kami menjelaskan kepada beliau tentang dwisistem yang kita amalkan. Tetapi malang kerana Ketua Pendakwa Syarie Kuala Lumpur memilih untuk menunggu kes pertuduhan di Mahkamah Jenayah Sivil selesai sedangkan ia akan mengambil masa bertahun-tahun.

“Sedangkan persoalan qazaf patut dibicarakan dahulu kerana ia menyentuh kewibawaan dan kredibiliti si penuduh. Kalau ia disabitkan dengan qazaf, maka kata Sheikh Yusuf, persaksian si penuduh tidak boleh diterima selama-lamanya kerana ia termasuk golongan fasiq,” katanya.

Sehubungan itu kata Zulkifli, Ketua Pendakwa Syarie perlu menyedari keperluan tersebut dan wajib menegakkan hukum Islam, bukan sekadar menjadi “tukang na’am” kepada pihak tertentu.

“Saya dapat melihat kekesalan yang amat sangat di wajah Sheikh Yusuf, agaknya dia mula kesal menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah yang diberikan kepadanya?

“Dan, paling mengejutkan saya bila Sheikh Yusuf menegaskan bahawa beliau tidak akan berdiam diri dalam hal ini. Malah beliau berjanji akan membawa isu ini ke peringkat ulama antarabangsa, sesuai dengan kedudukan beliau sebagai pengerusi majlis ulama sedunia,” katanya.

Zulkifli berkata Dr. Yusuf juga menyarankan beliau supaya menemui beberapa tokoh dan ilmuan syarie peringkat dunia untuk mendapatkan pandangan dan fatwa mereka.

Anwar, 62, yang juga penasihat PKR membuat laporan di bawah kesalahan qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, yang mendakwa bekas majikan itu telah meliwatnya Jun 2008.

Kesnya kini didengar di mahkamah sivil.

Selasa, 22 Disember 2009

PM: TIADA NIAT TUTUP KES

P erdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak telah berkata, "kerajaan tidak berhasrat untuk menutup kes kehilangan engin pesawat milik TUDM". Katanya lagi, "kita telah pergi kepada polis ketika itu saya adalah menteri yang berkenaan, saya membuat keputusan bahawa kita perlu membuat laporan polis". Kehilangan engin F-5E berlaku pada tahun 2007, bermakna sudah dua tahun berlalu. Kita ucap syabas kepada PM kerana tidak akan menutup kes tersebut, dan kes ini dibongkar oleh golongan bawahan, jika tidak dibongkar, selama itu kes ini akan tertutup. Oleh Kerana kes ini sudah terbongkar, maka PMpun berkatalah ia sudah buat laporan kepada Polis, maka sudah dua tahun ia melapor, tetapi apa tindakan daripada pihak polis, tidak diketahui kerana tiada laporan kepada umum. Mungkin pihak Polis juga akan berkata "kita tidak akan menutup kes ini, dan mereka yang terbabit akan didakwa ke Mahkamah", mungkin juga untuk tempoh yang lebih lama lagi dari kejadiah kehilangan engin tersebut sehingga kes ini terbongkar. Dilaporkan juga bukan 1 buah engin yang hilang tetapi dua buah, yang setiap satunya bernilai RM50 juta. Jika difikir dengan akal yang waras, adalah amat mustahil dan sukar untuk mencuri dan menjual engin bernilai itu keluar negara, tetapi oleh kerana ada slogan MALAYSIA BOLEH, maka yang mustahil dan sukar boleh jadi BOLEH.

Isnin, 21 Disember 2009

PENGIKTIRAFAN KEPADA PEJUANG DEMOKRASI

I nternational Association of Political Consultants merupakan sebuah organisasi yang dianggotai ramai tokoh politik serta penasihat hal ehwal pentadbiran. Ahlinya berjumlah lebih dari 100 orang, merupakan mereka yang gigih memperjuangkan demokrasi dan berasal baik dari benua Asia, Timur Tengah, Eropah, Afrika, Amerika Utara dan Amerika Selatan. Setiap tahun organisasi tersebut menganugerahkan Pingat Demokrasi kepada individu yang dirasakan layak kerana kegigihan memperjuangkan keadilan dan menentang kezaliman. Antara mereka yang diberi pengiktirafan sebelum ini ialah Nelson Mandela diikuti dengan Morgan Tsvangerai masing – masing dari Afrika Selatan ,Seterusnya Martin Lee dari Hong Kong dan paling akhir pada tahun 2007 untuk rakyat Indonesia diterima oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Makanya dengan rasa penuh syukur dan sadar, saya berbesar hati apabila IAPC menganugerahkan pingat tersebut kepada saya. Pengiktirafan tersebut merupakan satu penghargaan kepada seluruh pejuang demokrasi dan keadilan di Malaysia yang tidak pernah mengenal lelah. Ianya juga menjadi pendorong kepada saya untuk terus berusaha membawa Perubahan kepada yang lebih baik buat rakyat Malaysia.

Majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam itu dihadiri juga Tan Sri Khalid Ibrahim, Azizah, ahli majlis mesyuarat negeri, ahli parlimen, dan pegawai kerajaan negeri. Majlis pastinya lebih bermakna sekiranya rakan saya dari IAPC, sdr Robert Murdoch, turut sama meraikannya.

ANWAR IBRAHIM

Khamis, 17 Disember 2009

ARTIS SAJA ......

A hli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin semalam menafikan bahawa beliau akan berkahwin dengan pelakon terkenal tanah air, Zizie Ezette. “Saya tidak cukup kacak untuk beliau,” kata wakil rakyat Barisan Nasional itu dalam akhbar tempatan. Lazimnya dikalangan mereka itu, apa yang dinafikan itu, itulah yang benar. Kita saksikan nanti episod selanjutnya dan saya tidak melanjutkan ulasan supaya tidak dikatakan memfitnah. Artis sajaa nampaknya......

BOLASEPAK MALAYSIA MULA BANGKIT?

A khirnya penantian selama 20 tahun untuk muncul juara Bolasepak sukan SEA dan mengesahkan sebagai kuasa bolasepak di Asia Tenggara tergapai petang tadi, dengan pasukan bawah 23tahun Malaysia menewaskan Vietnam dengan 1-0, walaupun tidak ada seorangpun pemain Malaysia yang menjaringkan gol dalam perlawanan akhir itu. Sebulan sebelum ini, rakyat Negeri Sembilan meraikan kemenangan pasukan Negeri dalam Piala Malaysia, dan kali ini seluruh Negara pula meraikannya di Temasya Sukan SEA. Sekalung tahniah diucapkan kepada pemain-pemain Malaysia dengan harapan mereka akan mengembalikan kegemilangan sukan bolasepak negara.

Isnin, 14 Disember 2009

BALA 1 MALAYSIA ?

S eorang pelanggan mengunjungi kantor saya pagi tadi sambil bersungut-sungut dan mengadu bahawa beliau kehilangan dompetnya, didalamnya mengandungi Kad Pengenalan, Lesen Memandu, Kad ATM dan beberapa puluh ringgit. Beliau berusaha mencarinya tetapi tidak ditemui. Hari ini beliau ke Pejabat Pendaftaran Negara Kuala Pilah untuk melaporkan kehilangan Kad Pengenalannya, dan beliau terkejut beruk dan dimaklumkan bahawa mengikut catitan JPN kehilangan telah berlaku sebanyak 4 kali dan didenda sebanyak RM 350.00 bagi menggantikan Kad baru. Oleh kerana tidak mempunyai wang yang cukup, hasrat untuk memohon mengganti kad yang hilang ditangguhkan dan beliau terus menemui saya untuk menceritakan masalahnya itu, katanya lagi itu belum lagi dengan denda yang pasti akan dikenakan JPJ dan Bank. Sudahlah hidupnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Beliaupun bukan sengaja menghilangkan dompetnya dan jauh sekali menjual Kad Pengenalannya kepada pendatang asing. Orang sepertinya yang hanya seorang pemotong rumput sangat merasakan bahawa penghidupan dinegara ini semakin menghimpit dan menyeksakan, sehingga tersembur kata-kata inikah dia SATU MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN-PENCAPAIAN DIUTAMAKAN?

Ahad, 13 Disember 2009

MEMILUKAN DI JELEBU

D ua beradik maut termasuk pemandu lori tangki minyak yang terbabas lalu merempuh sebuah rumah di Kampung Ulu Klawang 9 pagi semalam. Ibu kedua beranak tersebut memberitahu bahawa beliau telah membuat pengaduan kepada Kerajaan Negeri Sembilan supaya meluruskan jalan maut itu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku, kerana sebelum ini sebuah treler pernah terbabit dengan kemalangan dikawasan tersebut yang terletak dikawasan selekoh merbahaya.
Igauan ngeri ibu itu menjadi kenyataan semalam dengan kedua anaknya terkorban apabila rempuhan lori tangki minyak tersebut terbakar yang memusnahkan juga rumah beliau. Beliau kebetulan pada waktu yang sama menghadiri Kursus Keusahawanan anjuran Biro Ekonomi UMNO Jelebu dan bergegas pulang apabila menerima panggilan mengenai kejadian itu Sayang sekali gesaannya agar kerajaan Negeri Sembilan segera meluruskan jalan itu tidak mendapat maklumbalas segera sehingga kejadian malang itu berlaku.

Sabtu, 12 Disember 2009

Malaysia jadi negara 'sumpahan minyak'

B ekas Menteri Kewangan, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah berkata, Malaysia sudah menjadi negara ’sumpahan minyak’ di mana hasil buminya itu tidak digunakan untuk tujuan asal penubuhan Petronas, tetapi dibazirkan kerajaan.


Menurutnya, hasil minyak yang sepatutnya menjadi warisan kekayaan untuk semua rakyat Malaysia dan generasi akan datang, sebaliknya digunakan untuk menunjangi pemerintahan autoritarian, menghakis Demokrasi Berperlembagaan dan korup keseluruhan golongan elit politik dan perniagaan.

“Pada tahun 1974, sewaktu saya mengasaskan Petronas, saya tidak menyangka suatu hari nanti saya akan merasa lebih baik kita tidak menemui kekayaan tersebut,” katanya sewaktu berucap di sidang kemuncak ahli korporat muda Malaysia di Menara Integriti, di sini, semalam.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, anugerah minyak yang sepatutnya digunakan untuk memacu peralihan negara kepada masyarakat yang lebih terpelajar, kini hanya simbol kosong seperti Menara Petronas.

“Tujuan awal penggunaan simpanan minyak Malaysia ialah untuk membantu negara melonjak daripada ekonomi yang berasaskan komoditi dan pemasangan kos rendah, kepada ekonomi yang lebih dipelbagaikan, berasaskan kepada pekerjaan berpendapatan tinggi,” kata bekas Naib Presiden UMNO itu.

Tengku Razaleigh berkata, hasil minyak negara yang sepatutnya digunakan mengikut rancangan sewaktu Petronas ditubuhkan menjadi dana yang dibelanjakan sesuka hati oleh sesiapa saja yang mentadbir negara, tanpa sebarang pertanggungjawaban.

“Kekayaan minyak negara dibazirkan dan digunakan untuk menyelamatkan syarikat yang gagal.

“Perolehan minyak tidak digunakan untuk membasmi kemiskinan di negeri-negeri miskin, sebaliknya disalurkan untuk tujuan politik dan golongan yang ada kaitan dengan politik,” katanya.
(Sumber: http://www.sinarharian.com.my/)

Wacana Perdana: Islam Di Malaysia - Realiti

Wacana Perdana: Islam Di Malaysia - Realiti & Harapan

Posted using ShareThis

Jumaat, 4 Disember 2009

PULUHAN RIBU SOKONG TH NIK AZIZ

P usat bandar Kota Bharu penuh sesak dengan kebanjiran lautan manusia menghadiri perhimpunan menyokong kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Apa yang jelas ia ratusan kali ganda lebih ramai berbanding demontrasi mendesak Menteri Besar Kelantan meletak jawatan di hadapan Kota Darulnamim Selasa lalu, kata Ketua Penerangan PAS, Ahmad Baihaki Atiqullah.
Berita lanjut di SIASAH

Isnin, 30 November 2009

Empat gempa di Kuala Pilah, terbaru 2.30 petang

G empa bumi lemah berukuran 3.0 pada skala Richter berlaku buat kali keempat di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada pukul 2.30 petang hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, gempa bumi itu berpusat di 22km timur Seremban dan merupakan kejadian terbaru daripada tiga kejadian gempa bumi yang berlaku di lokasi sama sejak semalam.

Kejadian gempa bumi pertama berlaku pada pukul 2.30 petang semalam dan hari ini sebanyak tiga kejadian gempa bumi direkodkan oleh Jabatan Meteorologi yang berlaku pada pukul 12.15 tengah malam, 9.10 pagi dan 2.30 petang ini, menurut kenyataan itu.

Gegaran akibat gempa bumi itu dapat dirasai oleh penduduk di kawasan berkenaan, bagaimanapun, orang ramai tidak perlu berasa bimbang kerana gegaran itu adalah lemah.

Menurut kenyataan itu, kejadian gempa bumi lemah adalah kesan daripada gempa bumi kuat yang berlaku di Indonesia baru-baru ini. BERNAMA

KM Pulau Pinang kesal polis biarkan penyokong Umno demo di luar DUN

K etua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menempelak pasukan polis kerana membiarkan samseng jalanan tajaan Barisan Nasional (BN) membuat kecoh di luar Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini.

"Berdemo dibolehkan kerana ia adalah hak rakyat untuk melahirkan perasaan tidak puas hati terhadap kepimpinan tetapi biarlah bersopan bukan seperti samseng jalanan tanpa menghormati dewan yang sedang bersidang.

"Polis hendaklah bertindak wajar dengan tugasan mereka menjagai keamanan. Bukan membiarkan pendemo bertindak sesuka hati, riuh rendah dan memalukan, " terangnya dalam sidang akhbar ketika masa berehat Persidangan Kali Ke Tiga Dewan Undangan Negeri Penggal Ke Tiga Dewan Undangan Negeri Yang Ke Dua Belas pagi tadi.

Lim mengulas tindakan sekumpulan penyokong Umno yang berdemo dan membuat kecoh di luar Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Beliau berharap tindakan polis itu tidak berat sebelah terhadap demontrasi yang dijalankan oleh pendokong Pakatan Rakyat di mana juga.

Ini tidak tambahnya, bila pendokong Pakatan Rakyat berdemo, pihak polis cepat bertindak menahan, menangkap serta bertindak kasar atau mengurung mereka dalam lokap atau diletakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Lebih malang lagi ada yang cedera dipukul bertalu-talu oleh pasukan polis yang tidak berunifom.

Keadaan ini berbeza terhadap apa yang terjadi di hadapan Dun Pulau Pinang pihak polis seakan membiarkan pendemo mengeluarkan kata-kata kesat terhadap kepimpinan negeri yang jelas mengamalkan sikap Cekap, Akautabiliti dan Telus (CAT).

Beliau hairan kenapa isu yang telah lama selesai khususnya Kampung Buah Pala ditimbulkan kembali di waktu persidangan dewan dan tentunya ada usaha merosakan nama baik Kerajaan Negeri yang sedaya upaya merancang sebuah negeri berkebajikan.

"Kerajaan Negeri sudah terbukti berjaya melakukan kelainan dengan kerajaan BN yang memerintah sebelum ini apabila mendapat pengiftirafan daripada Badan Anti Rasuah Dunia.

"BN patut akur dengan pengiktirafan tersebut kerana sepanjang mereka memerintah bukan rasuah berkurangan bahkan berleluasa, " tegasnya.

Turut serta dalam sidang media pagi tadi ialah Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dr Mansor Othman dan Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang, Prof Dr Ramasamy.

(GEORGETOWN, 30 Nov: Mohd Sabri Said) Petikan dari PKRNS.

Ahad, 29 November 2009

APA ISI DOANYA?

N ik Aziz pertahan isu doa

KOTA BAHARU- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan bahawa tidak salah daripada segi agama Islam jika mendoakan seseorang itu dilaknat Tuhan jika mereka mempunyai niat jahat terhadap seseorang lain.

Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau sanggup berhadapan dengan ulama yang membidas serta mengkritik kenyataannya itu dan mengingatkan beliau bahawa perbuatan sedemikian adalah haram di sisi Islam.

Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz berkata beliau akan berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan, yang disifatkan sebagai sesuatu yang tidak betul.

Menteri Besar Kelantan itu turut menjelaskan kenyataannya itu.

"Doa yang dimaksudkan itu (kepada Perdana Menteri) hanya meminta Allah memperbetulkan fikiran Perdana Menteri,(Datuk Seri Najib Tun Razak) iaitu beri (royalti) gas dan petrol kepada Kelantan, kalu tak beri juga, bermakna beliau berniat tak baik.

"Niat tak baik itulah yang saya minta dilaknatkan Tuhan tu...," katanya. Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria, dalam laporan media hari ini dipetik sebagai berkata umat Islam sepatutnya berdoa dan memohon kepada Allah supaya memberikan hidayah, kesejahteraan serta keselamatan terhadap orang lain, terutama saudara seagama, bahkan kepada orang kafir.
-- BERNAMA

Khamis, 26 November 2009

SELAMAT HARI RAYA IEDIL ADHA

P ara Hujjaj akan berhimpun di di Padang Arafaat dan kewajipan Hajji di Makatul Mukarammah hanya wajib sekali seumur hidup. Para Hujjah akan memakai ihram hanya sebelit kain putih membaluti tubuh, terlucut segala mahkota dan pakaian kemegahan, penuh patuh dan tunduk menghina dan merendah diri dibawah perintah dan keagungan yang Maha Kuasa Allah SWT. Mereka menghadirkan diri dihadapan Allah SWT dengan lafaz "Laibaika Allahmumma Labbaika...". Segalanya dilakukan dibawah pertunjuk dan pimpinan Allah dan RasulNya supaya ibadat yang dilakukan menjadi Mabrur dan Maqbul.

Rabu, 25 November 2009

DR. ASRI PERSOAL PEGAWAI JAIS KUTUK NIK AZIZ DAN HADI AWANG

B ekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin mempersoalkan tindakan seorang pegawai JAIS yang terlibat dalam kes beliau, yang turut mengutuk Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Pegawai terbabit yang juga AJK Pegawalan Aqidah Majlis Agama Islam Selangor dikatakan turut menyesatkan kedua-dua tok guru itu dengan tuduhan wahabi.

“Di sini disertakan tulisan-tulisan pegawai JAIS yang terlibat dalam kes saya. Tulisan-tulisan ini dipetik dari blognya. al-Subki adalah nama penanya.

”Tulisan-tulisan menunjukkan beliau juga turut menyesatkan YAB Nik Aziz dan YB Hj Abd Hadi dengan tuduhan wahabi. ‘Anak Pak Wahab’ itu merujuk ke pengikut wahabi.” kata Dr Asri kepada Harakahdaily.

Tinjauan Harakahdaily mendapati terdapat satu carian alsubki2.blogspot.com di bawah nama Ustaz Mahfuz Muhammad @Hj. Khalil, dipercayai AJK Pegawalan Aqidah Majlis Agama Islam Selangor terbabit.

Terdapat satu tulisan Mahfuz bertarikh 18 March 2009 dibawah tajuk “Dari blog Ahli Sunnah Wal Jamaah Diari - Mesyuarat Anti Wahabi” berhubung penentangan untuk mengekang gerakan fahaman Wahabi di negara ini.

“Untuk penjelasan lanjut, boleh layari laman blog sahabat saya al-subki.blogspot.com. yang membicarakan dengan lebih terperinci lagi mengenai fahaman ini. Atau sekiranya ada soalan, saya akan cuba memberi jawapan sebaik mungkin,” tulis Mahfuz dalam blognya.

Harakahdaily bertanya kenapa blog asal al-subki ini telah bertukar, Dr Asri menjawab ianya disebabkan oleh satu kes yang berlaku, yang tidak mahu didedahkan beliau.

“Dia ini telah mengutuk dan menghina Ustaz Nik Aziz dan Ustaz Hadi lebih dulu daripada saya.

“Orang seperti ini tidak boleh dibiarkan, sehingga ramai marah dan jika dibiarkan akan semakin melampau,” katanya yang merujuk keratan yang diemailkan kepada Harakahdaily.

Tiga keratan antaranya bertarikh 26 Jun 2008, membabitkan kutukan beliau terhadap Nik Aziz dan Abdul Hadi.

Salah satu keratan di bawah tajuk “Nik Aziz dan Allah duduk lendik atas arash” memuatkan petikan dipercayai daripada tulisan pegawai terbabit yang antaranya berbunyi :”Kalau di lihat sejarah beliau di Kelantan sejak pulang dari luar negeri telah dilihat membawa fahaman songsang…”

Dr Asri membangkitkan apakah pegawai JAIS ‘dibiarkan’ oleh Kerajaan Selangor dengan tujuan tertentu dan sewajarnya satu tindakan perlu diambil berhubung isu ini.

“Apakah ini pendirian Kerajaan Selangor, atau hanya JAIS?” katanya yang mahu perkara ini didedahkan untuk pengetahuan umum.

sumber: Harakahdaily

(Ust. Mahfuz inilah bersama-sama dengan rakannya menjalankan propoganda jahat beliau mencaci dan mencerca suatu Jamaah di Kuala Pilah dan menyesatkannya dengan menjaja disetiap Mesjid di Kuala Pilah dan seluruh Negeri Sembilan suatu ketika dahulu. GK)

Sabtu, 21 November 2009

ADUN JOHOL BERANSUR PULIH

S aya berkesempatan untuk menziarahi ADUN Johol YB Dato' Roslan Yusof petang tadi bersama seorang rakan yang menjemput saya kerana urusan beliau dengan YB tersebut. Saya berhajat untuk menziarahi beliau sebelum ini tetapi tidak berpeluang berbuat demikian kerana kesibukan tugas. Beliau kelihatan sudah mampu untuk bergerak sendiri dan berbual mengenai kesihatan beliau dan kerjayanya sebelum menjadi Wakil Rakyat. Saya terkenang sahabat-sahabat lama dalam UMNO di Kuala Pilah, dan baru-baru ini berjumpa dengan Ahmad Bakar dan beliau sudah tidak selincah dulu lagi kerana faktor kesihatan, begitu juga dengan To' Bakar SU Kerja UMNO Bahagian, entah kemana perginya, dengar khabar beliau sakit. Minggu lepas Baharin Kodo kembali ke RahmatulLah dengan mengejut. Cik Gu Ahmad Chengkerong nampak masih cergas dan baru sebentar tadi talifon saya Rubber Stamp dah siap ke tanyanya. Beliau ternyata amat kesal kerana banyak bahan-bahan sejarah di UMNO bahagian Kuala Pilah telah hilang, tetapi saya masih memilikinya. Saya juga sesekali bertemu Dato' Kamel Yusuf, katanya borang UMNO ada dalam kereta beliau jika saya nak masuk semula, saya balas balik borang Keadilanpun saya ada untuk Dato' isi, tunggu apa lagi. Teringat juga tahun lalu, YB Samad Ibrahim berkunjung ke kantor saya, ketika asyik berbual dengan tidak diduga, muncul Mizan CNN. Eemmmmm apa lagi, macam biasa la dia, YB Samad dan saya terpinga-pinga. Bulan Febuari 2010 tahun depan Abang Jeo Pendek Jemapoh (Bekas AJK UMNO Bahagian/Pemuda?) dah nak bermenantu, beliaupun dah mula buat tempahan kad kahwin. Berbalik di Johol tadi, diakhir pertemuan dengan YB tersebut kami mendoakan agar beliau akan bertambah sehat dan sembuh sepenuhnya.
(Coretan peribadi Hazman)

Isnin, 16 November 2009

KURSUS SINGKAT FACE-BOOK

K ursus singkat pengenalan FACEBOOK akan diadakan pada 20hb. November 2009 (Jumaat) bermula jam 9,00 pagi hingga 11.00 pagi di KP Net Centre, Kuala Pilah. Ahli-ahli adalah digalakkan untuk menyertai kursus ini dan sila maklumkan kepada saya untuk tempahan tempat.

KONVENSYEN PKR N. SEMBILAN

K onvensyen PKR Negeri Sembilan akan diadakan seperti butiran berikut:-

Tarikh : 22hb. November 2009 (Ahad)
Masa : 8.00pagi - 5.30ptg
Tempat: Sek. Men. Tinggi Chung Hua Seremban.
Ucaptama: Dato' Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR)

Cabang Kuala Pilah akan menghantar 50 orang perwakilan dan ahli-ahli yang berminat untuk turut serta, sila hubungi saya melalui tel: 012-3841364 dengan kadar segera sebelum 18/12/2009. Terima kasih.

Rabu, 11 November 2009

PROF DR YUSUF QARDHAWI JUGA DI COP WAHABI

M eninjau kembali sejarah dan liku-liku perjuangan Prof Dr Yusuf al-Qardhawi, seseorang itu pasti akan menimba pelajaran yang sangat besar dari tokoh besar ini. Kehidupannya yang penuh dengan ilmu dan dakwah, membentuk diri beliau sebagai seorang sarjana dan ilmuan islam yang disegani pada zaman ini.

Ketika anak-anak murid beliau mengadakan seminar memperingati jasa dan ketokohan beliau serta menamakan beliau sebagai Al-Imam. Air mata beliau menitis deras membasahi janggutnya, kemudian tokoh besar ini berkata, “Sesungguhnya tidaklah layak aku memakai gelaran ini. Aku hanyalah seorang penuntut ilmu, dan akan terus menuntut ilmu hingga akhir hayatku.”

Kesarjanaan dan ketokohan beliau telah diakui oleh beratus malahan beribu ulama besar yang lain di seluruh dunia. Beliau yang sering dijoloki dengan gelaran Al-Imam Al-Wasatiyah (Imam yang bersederhana) bukan sahaja memberi pengaruh yang besar dalam dunia intelektual, malahan memberi sumbangan dalam dunia politik Islam.

Namun begitu, tokoh Ilmuan Islam ini semasa mudanya menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran bukan sahaja dari luar malahan dari dalam pusat pengajiannya. Suatu ketika dahulu, beliau berhadapan dengan pelbagai konterversi hanya kerana beliau menegur gurunya berkaitan dengan perkara khurafat yang berlaku di sekitar Mesir. Atas peristiwa ini, beliau digelar oleh gurunya dengan gelaran Wahabi!

Bukan setakat di bilik darjah, di tempat tinggalnya juga beliau terpaksa menangani kekecohan dari penduduk tempatan yang mendakwa beliau telah menghina para ulama kerana mengeluarkan pandangan yang berbeza.

Dalam Mukadimah buku beliau Fatwa Mu’asarah, beliau menulis, “Pada mulanya saya menimbulkan kekecohan di kalangan orang ramai. Mereka tertanya-tanya: “Bagaimana pemuda ini berani berbeza pandangan dengan syeikh-syeikh besar? Bagaimana dia mengajar orang-orang bukan daripada kitab-kitab muktabar? Bagaimana dia boleh mengeluarkan pandangan-pandangan yang sebelum ini belum pernah kami dengar?” Saya menghadapi hal ii dengan penuh tabah sambil mempertahankan pandangan. Saya katakana kepada orang-orang yang tidak bersetuju: “Di antara saya dan kamu ialah al-Quran dan Sunnah. Oleh itu marilah kita kembali kepadanya.”

Prof Dr Yusuf al-Qadhawi mengharungi tuduhan dan fitnah ini dengan penuh takwa dan sabar. Kerana beliau sedar dan yakin bahawa hak sentiasa akan ditentang oleh kebatilan. Malahan al-Quran dan as-Sunnah telah menceritakan bagaimana sukarnya perjuangan Nabi Muhammad shallahu-alaihi wasalam menyebarkan risalah tauhid dan membersihkan kesyirikan manusia ketika itu. Kerana yakin dan tahu bahawa hanya kebenaran yang dibawa, Prof Dr Yusuf al-Qardhawi tidak berganjak dengan prinsip dan seruan tajdidnya(pembaharuan) terhadap agama. Kesungguhan dan keyakinan beliau terhadap seruan kembali kepada al-Quran dan Sunnah (tajdid) atas prinsip dan kefahaman para sahabat dan tabien, telah memberi pengaruh yang besar dalam dunia Intelektual Islam.

Jika disoroti perjalanan dakwah dan kesarjanaan Al-Qardhawi, ia hanyalah kesinambungan dan kelansungan perjuangan Ulama-ulama besar sebelum beliau. Misalnya al-Imam Ibnu Taimiyah dan al-Imam Ibnu al-Qoyim yang sinonim dengan gerakan Tajdidnya dan usaha mereka memerangi syirik dan bid’ah.Tuduhan dan fitnah yang sentiasa bermain di bibir masyarakat kepada al-Qardhawi masih wujud sehinggalah masa kini, setelah beliau dikenali sebagai Sarjana dan Ilmuan Islam besar. Istilah-istilah Wahabi masih lagi terus wujud dan diletakkan di bahu beliau. Malahan tuduhan bahawa beliau Muktazilah serta kafir turut berlegar di kalangan mereka yang membenci tokoh ini. Namun, beliau tidak pernah beranjak sedikit pun dari prinsip dan perjuangannya. Walau ditohmah dan dituduh dengan gelaran Wahabi dan sebagainya, beliau tidak pernah menganggapnya sebagai batu penghalang kepada seruannya kepada umat Islam agar kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah.

Menariknya apabila ditanya kepada beliau tentang Muhammad bin Abdul Wahab, seorang tokoh islam yang dituduh dengan pelbagai tuduhan serta mengaitkan tokoh ini dengan gelaran Wahabi. Al-Qardhawi menjawab dalam bukunya Feqh al-Auliyat (Feqah keutamaan) , “Perkara pokok dalam da'wah Imam Muhammad bin Abd al-Wahhab di Jazirah Arabia ialah pada bidang aqidah, untuk menjaga dan melindungi tauhid dari berbagai bentuk kemusyrikan dan khurafat yang telah mencemari sumbernya dan membuat keruh kejernihannya. Dia menulis berbagai buku dan risalah, serta menyebarkan dan mengamalkannya dalam rangka menghancurkan berbagai gejala kemusyrikan.”Justeru, jika ada tokoh atau Sarjana Islam yang membawa misi yang sama dan seruan yang sama maka bersiap-siaplah untuk mendapat gelaran Wahabi; yang anda sendiri tidak tahu menahu tentang terminologi ini.Kepada mereka yang suka bermudah-mudah dan ringan mulut memburukan dan membuat tuduhan di atas nama agama. Marilah kita muhasabah dan bersikap amanah dalam menyebarkan ilmu. Buangkan prasangka, sikap ujub serta tabiat melabel-labelkan orang, lebih-lebih lagi apabila kita bercakap atas tiket agama. Firman Allah dalam surah al-Hujrat ayat 12, “hai orang-orang yang beriman. Jauhilah banyak bersangka-sangka, kerana sesungguhnya sangkaan itu berdosa”Dikuatkan lagi dengan pesanan Nabi Muhammad shallahu-alaihi wasalam, “Hati-hatilah kamu terhadap prasangka, kerana sesungguhnya prasangka itu adalah sedusta-dusta perkataan” (Hadith direkodkan Imam Bukhari).

Maka beruntunglah mereka yang tetap di jalan kebenaran, dan jika anda berani untuk mengaku sebagai wahabi, hafallah dan telanlah ucapan HAMKA ini sebagai panduan apabila diasak dengan soalan, “Adakah anda Wahabi?.”“Bagi kami yang dikatakan kaum muda itu tidaklah keberatan jika dituduhkan Wahabi. Kalau 20 atau 30 tahun yang lalu semasa pengetahuan agama hanya boleh dipercayai oleh mufti-mufti sahaja, mungkin orang takut dikatakan Wahabi. Tetapi sekarang orang telah tahu bahawa Wahabi tidak lain adalah daripada penganut Mazhab Hanbali yang keras mempertahankan Sunnah. Dan yang berpengaruh memperbaharui (Tajdid) faham Mazhab Hanbali itu ialah Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dan Ibnu Qoyim. Oleh sebab itu bagi kami dituduh Wahabi bukanlah satu penghinaan.” (Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah dalam tulisannya terhadap Mufti Johor as-Sayyid Alwi bin Tahir al-Haddad pada tahun 1958)

Oleh : Yussamir Yusof
Sumber: http://www.yussamir.com/

Isnin, 9 November 2009

TAHNIAH PASUKAN BOLASEPAK N. SEMBILAN

K emenangan Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia tentunya sangat membanggakan rakyat Negeri Sembilan. Kemenangan ini sesuatu yang amat besar ertinya dalam bidang sukan khususnya Bolasepak dinegeri ini. Kerana inilah pertama kali dalam masa 61 tahun piala kemegahan negara dalam dakapan Negeri Sembilan. Dulu dalam tahun 1948 Negeri Sembilan menjuarinya yang dinamakan Piala HMS, ketika itu ramai dikalangan peminat termasuk saya masih belum dilahirkan. Suasananya tentu berbeza. Terus terang saya katakan saya tidak lagi berminat untuk menonton bolasepak, dan saya terperanjat bila membaca akhbar, Negeri Sembilan bertemu Kelantan di perlawanan akhir, ini kerana tidak mengikuti perkembangan sejak awal. Kemerosotan persembahan pasukan Kebangsaan semenjak pertengahan tahun 80han hingga kehari ini dan juga mutu permainan pasukan negeri-negeri yang sangat rendah menyebabkan ketagihan menonton sudah tiada lagi. Namun kemenangan N. Sembilan itu sedikit sebanyak menerbitkan minat untuk bercerita mengenai bolasepak yang menjadi permainan utama negara. Tetapi sayang anak-anak muda kini lebih berminat di padang Futsal yang kelihatan membunuh permainan bolasepak sebenar. Rakyat Negeri Sembilan pula tidak diajak bersama meraikan kejayaan itu, takdak cuti... Dulu semua kenal dari penjaga gol (Arumugam) hingga Striker (Mokhtar), kini kalau tanya saya siapa penjaga gol dan striker NS ? Jawabnya ONTAH! Walaubagaimanapun SYABAS anak muda Negeri Sembilan.

Khamis, 5 November 2009

KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA

P enahanan Dr Mohd Asri Zainul Abidin bekas Mufti Negeri Perlis oleh pihak Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) telah menimbulkan kekeliruan dikalangan masyarakat Islam terutama di Negeri Selangor.

Selaku individu yang berada ditempat berlakunya majlis ilmu berkenaan, saya rasa terpanggil untuk menjelaskan beberapa perkara yang mengelirukan berdasarkan kepada beberapa laporan akhbar yang saya rasa telah memetik dari sumber yang cuba melindungi kejadian sebenar yang berlaku.

Tetapi apa yang dikesalkan ialah cara pihak JAIS menjalankan operasi penahanan adalah tidak professional dan mempamerkan kelemahan yang tidak sepatutnya wujud dalam organisasi yang tinggi tarafnya seperti JAIS.

Lebih menghairankan apabila ditahan, pihak JAIS gagal menyediakan kertas pendakwaan bagi mengaitkan Dr Asri dengan sebarang kesalahan melainkan dengan alasan mengajar tanpa tauliah.

Sepatutnya penahan dibuat setelah terbukti sesorang itu telah melakukan kesalahan. Agak menyedihkan dalam kes ini sewaktu mahu menahan Dr Asri, kelihatan pegawai JAIS sendiri tidak membuat persediaan dan sering menggunakan telefon bagi mendapat arahan dari pegawai atasan yang dipercayai ialah Pengarah JAIS sendiri iaitu Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Bagi saya tindakan JAIS yang menggunakan khidmat polis pada malam kejadian juga adalah satu tindakan yang melampau dan meletakkan Dr Asri pada kedudukkan yang tidak sepatutnya memandangkan sebelum ini beliau telah diberi kepercayaan oleh Tuanku Raja Perlis untuk menjaga persoalan berkenaan agama Islam di Negeri Perlis sendiri.

Sepatutnya sebagai seorang bekas Mufti dan memiliki pendidikan sehingga kepada peringkat Doktor Falsafah berkenaan Islam, beliau dialu-alukan untuk mendidik masyarakat. Adakah semua ini masih lagi tidak melepasi kelayakan yang diperlukan oleh JAIS untuk seorang seperti beliau bagi menyampaikan dakwah di Selangor.

Disini saya bertegas mendesak Pengarah JAIS menjelaskan apakah garis panduan yang digunapakai oleh pihaknya untuk melayakkan seseorang itu boleh ditauliahkan untuk memberi kuliah di Selangor.

Berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi, sehingga kini terdapat lebih kurang 7 orang Ustaz yang diantaranya adalah pensyarah Universiti Islam Antarabangsa dan telah gagal mendapat tauliah untuk mengajar di Selangor tanpa alasan yang kukuh dan bertulis.

Dengan adanya garis panduan tersebut JAIS akan dapat membendung amalan mengikut selera Pengarah JAIS dan memberi keadilan kapada cendekiawan seperti Dr Asri untuk menyampaikan ilmu.

Dalam tempoh terdekat, pihak ahli parlimen Pakatan Rakyat Selangor akan menghantar petisyen kepada Duli Yang Teramat Mulia Sultan Selongor agar menilai semula kedudukan dan fungsi Pengarah JAIS yang jelas telah menjejaskan kedudukan Baginda selaku penaung kepada perkembangan Islam di Negeri Selangor yang bertuah ini.

Melalui kenyataan media ini juga saya ingin menafikan laporan Malaysiakini yang memetik kenyataan Pengarah JAIS bahawa saya dan seorang lagi rakan YB Shaari Sungip telah menghalang tugas pegawai JAIS untuk menjalankan tugas sehingga terpaksa menggunakan polis.

Apa yang berlaku ialah saya dan YB Shaari Sungib cuba untuk menenangkan keadaan kerana para jemaah ketika itu terkejut dengan serbuan yang dilakukan dengan kasar dan biadap oleh saudara Shahrom penolong pengarah penguatkuasa JAIS yang mengaku mempunyai ijazah dari Universiti Al Azhar.

Untuk itu, saya mengesa agar Pengarah JAIS yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan ini menarik balik dakwaan beliau. Sebaliknya beliau perlu lebih teliti dalam mengeluarkan kenyataan kerana beliau membawa imej JAIS yang dipandang tinggi oleh umat Islam.


Tarikh: 4 November 2009

ZURAIDA KAMARUDDIN
Ahli Parlimen Ampang
Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat

Isnin, 2 November 2009

PGSM BERDOLAK-DALIK DAN MENGELIRUKAN

P ersatuan Peguam Syarie (PGSM) dalam Kenyataan Medianya semalam (Ahad 1hb November 2009) memperlihatkan kecelaruan mereka. Dalam Memorandum yang dihantar kepada DYMM Yang DiPertuan Agong, persatuan itu bersama-sama dengan NGOs yang lain memohon kepada Yang DiPertuan Agong supaya menarik balik perlantikan Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin sebagai Yang Di Pertua YADIM. Tetapi dalam Kenyataan Medianya pula menyatakan bahawa Jawatan Yang DiPertua YADIM masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak Kerajaan. Oleh yang demikian bagaimana boleh pihak PGSM mengutus memorandum kepada Agong supaya menarik balik Jawatan tersebut??. Selain itu PGSM dalam kenyataannya melahirkan rasa kecewa atas sikap Dr. Asri yang dikatakan cuba membesar-besarkan isu tersebut dan cuba mengheret masyarakat awam dan mencari publisiti. Bila isu ini diketahui ramai, PGSM mula gelisah, Memo yang dipaparkan dalam Web-site persatuan itu dikeluarkan dengan serta merta dengan alasan teknikal. Apabila mereka sendiri celaru dan kelam kabut, Dr. Asri pula dituduh sebagai mencari publisiti. Lagi, PGSM mendakwa memorandum kepada YDP Agong adalah atas niat baik supaya kesepaduan umat Islam di Malaysia atas pegangan ahli sunnah wal jamaah TIDAK dirobek dan dimusnahkan oleh pendekatan yang tidak mengikut arus perdana dan tidak mahu suasana kacau bilau dalam amalan beragama berlaku di Malaysia. Jelas PGSM mengamalkan pendekatan songsang dalam memimpin Umat Islam dengan menjadikan ARUS PERDANA sebagai ikutan dalam beragama bukannya ikutan Qur'an dan Hadits.

Ahad, 1 November 2009

ULAMAK DIMUSUHI

P enangkapan Bekas Mufti Perlis Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin semalam di Taman Sri Ukay, Hulu Kelang ketika menyampaikan kulian kepada 200 orang oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor tidak menghairankan. Kerana selagi sistem penjajah menjadi amalan pemerintah, selama itu para pengembang Agama yang bertentangan dengan pemerintah akan terus diburu. Apatah lagi penentang yang berada dikiri kanan akan sentiasa menjalankan peranan mereka sebagai kaki kipas dan pengampu dan membisikkan kepada orang atasan supaya suatu hukuman dikenakan kepada mereka. Turut bersama dalam kuliah beliau ialah Ketua Wanita Keadilan Pusat, YB Puan Zuraida Kamarudin dan Adun Ulu Kelang, YB Shaari Sungip. Sebelum itu Persatuan Peguam Syarie Malaysia yang diketuai oleh Persidennya Mohamad Isa Abd. Ralip yang mendakwa bersama-sama dengan 13 NGOs yang lain (Persatuan Pegawai-pegawai Syariah Malaysia, Yayasan Sofa NS, Yayasan Jenderami, MUAFAKAT, Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Alumni Kolej Islam (ALKIS), Jamaah Islah Malaysia (JIM), Persatuan Ulamak Malaysia, Yayasan Paksi Kedah, Persatuan Ulamak Kedah, Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), telah menyerahkan suatu Memorandum kepada Yang DiPertuan Agong meminta Baginda menarik balik perlantikan Dr. Asri sebagai Yang Di Pertua YADIM. Memorandum tersebut disiarkan dalam website Persatuan Peguam Syarie Malaysia, namun kemudian ia ditarik balik atas alasan teknikal. Kami percaya mereka terpaksa menarik balik memorandum itu daripada tersiar kepada orang ramai, kerana bimbang hujjah longgar yang mereka kemukakan dalam memorandum itu akan diketahui ramai dan akan memalukan Persatuan itu sendiri. Namun kami berkesempatan untuk mendapatkan salinanya, dan memang terbukti bahawa mereka-mereka itu sangat bimbang dengan kebangkitan Gerakan Pembaharuan yang dibawa oleh Dr. Asri dan kawan-kawannya itu akan menggugat kesenangan yang mereka nikmati sekarang. Mereka juga bimbang warisan nenek moyang yang menjadi amalan masyarakat Melayu zaman berzaman yang sarat dengan amalan animisma ditinggalkan Umat Islam dan kembali kepada Al-Qur'an dan Sunnah. Kami juga percaya laporan polis dibuat oleh mereka yang iri hati dengan perkembangan pesat gerakan pembaharuan ini, terutama mereka yang mensebatikan diri mereka dengan kubur-kubur dan beraqidah bahawa Rasulullah saw masih hidup dan boleh datang kepada siapa yang yang Baginda mahu, seperti kepercayaan kaum tarikat yang berselerak di Negeri Sembilan ini. Apatah lagi sekarang ini seorang yang diangkat sebagai Syeikh Besar tarikat tersebut sedang bergerak di Gombak dengan menjadikan Agama sebagai sumber pendapatan. Ini ditegaskan oleh Dr. Asri bahawa institusi Agama dilihat sebagai ruang membuat keuntungan kepada sebuah akhbar. Oleh yang demikian, kami menyeru kepada Dr. Asri dan kawan-kawannya agar tabah menghadapi dugaan ini dan kami akan bersama bagi membebaskan pemikiran kolot dan jumud sebahagian bangsa Melayu yang sudah lama terjajah dan bertaklid buta.

Sabtu, 31 Oktober 2009

KO-PILAH GANYANG PENGANJUR

Sahabat KOPILAH dalam blognya memberikan komen yang cukup tepat tentang apa yang berlaku di Majlis Jamuan Makan Rakyat di Mini Stadium Kuala Pilah bagi meraikan Hari Pertabalan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 yang lalu. Penganjur Majlis Dato-Dato Kurnia yang diketuai oleh Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar tidak langsung mempedulikan Tema Majlis tersebut dan lebih bersifat mengampu. Dalam sebuah akhbar Cina pula, disiarkan beberapa orang pimpinan MCA Kuala Pilah tidak dihiraukan dan terpaksa berdiri sehingga majlis selesai tanpa makan dan minum. Ribuan rakyat yang hadir terpaksa pula bersesak dan merebut makanan yang dibungkus dan ramai yang kempunan, sedangkan pada suatu tempat khas yang lain disediakan penganjur, pemimpin-pemimpin UMNO dan orang-orang kenamaan dihidangkan dengan makanan dengan begitu selesa dan aman. Beginilah PENCAPAIAN DIUTAMAKAN, RAKYAT DIDAHULUKAN.... (Chisss)

BILA FIRST LADY BERKATA....

K
UALA LUMPUR: Malaysia dengan kerjasama Sweden bakal mengadakan pertunjukan fesyen busana Muslim di Monte Carlo, Monaco, tahun depan. Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata pertunjukan fesyen busana Muslim itu adalah landasan utama bagi memperkenalkan Malaysia sebagai NEGARA ISLAM selain bertujuan mengutip dana untuk disalurkan pada tabung kebajikan. …………………………

Kata Datin Seri seterusnya; “Pendekatan memperkenalkan Islam melalui pertunjukan fesyen adalah strategic kerana ia mampu membuka mata masyarakat luar berhubung etika pakaian umat Islam”…………

- Berita Harian , 30 Oktober 2009
Apa komen tuan/puan yang bijaksana??

Khamis, 29 Oktober 2009

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PKR – DATO’ SERI WAN AZIZAH WAN ISMAIL

R ombakan kepimpinan Keadilan telah menimbulkan kekeliruan dan keresahan di kalangan tertentu. Saya sepenuhnya menyedari bahawa tidak semua akan berpuas hati dengan keputusan yang dibuat kepimpinan parti serta menghargai betapa sukarnya kami untuk membuat keputusan dengan meneliti setiap pandangan yang disampaikan, termasuk dari cabang-cabang yang menjadi tulang belakang parti, di samping memastikan parti mencapai matlamatnya.


Tatkala parti kita mulai berkembang dan menjelma menjadi sebuah organisasi yang disegani dan dihormati, sememangnya kita akan menempuh saat sukar untuk mencipta kesimbangan kepimpinan yang terbaik dan strategi yang ampuh untuk mengangkat kita ke tahap perjuangan seterusnya. Sepanjang itu kita telah menempuh pelbagai cabaran serta menemui bakat-bakat baru yang komited dengan perjuangan parti. Kita perlu bekerja kuat untuk mencapai apa yang dicita-citakan dan keputusan yang dibuat minggu ini dibuat selepas mendapat mandat dan berdasarkan semangat musyawarah dalam parti.

Keadilan ditubuhkan untuk menjadi wadah penyatu kepada semua Rakyat Malaysia merentasi batas agama dan kaum serta mengembalikan keutuhan keluhuran Perlembagaan Persekutuan. Perjuangan ini ternyata bukan tugas mudah dan merupakan satu tanggungjawab serta cabaran kepada semua pendokong Keadilan.

Beberapa tahun lalu ramai yang mencemuh kita kerana kesungguhan perjuangan Keadilan yang berhasrat untuk menamatkan politik perkauman sempit dan membanteras amalan rasuah. Namun bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, kita telah melakarkan kejayaan bersejarah demi memulihkan demokrasi, kebebasan dan kedaulatan undang-undang. Kejayaan tersebut kita kecapi walaupun tidak mendapat sokongan media arus perdana dan berhadapan dengan segala kekuatan serta serangan bertali arus institusi kerajaan yang dikongkong pimpinan Umno-Barisan Nasional.

Sememangnya kita terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah yang mengecewakan selepas pilihanraya umum Mac lalu. Perjuangan politik kepartian terbukti berhadapan dengan jalan berliku, dan permuafakatan politik tidaklah menjelma sekelip mata. Kekecewaan yang diluahkan oleh sebilangan rakan dan ahli parti ada asasnya. Walau bagaimanapun saya sedia berbincang dengan semua pihak didasari rasa hormat, persefahaman dan iltizam menegakkan keadilan.

Masa hadapan negara ini, perjuangan kita serta Pakatan Rakyat tidak bergantung kepada mana-mana individu. Saya menyeru agar semua berpegang teguh dan tetap bersabar memastikan kejayaan perjuangan kita demi Rakyat Malaysia.

WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat

29 Oktober 2009

Isnin, 26 Oktober 2009

YB ADUN JOHOL SAKIT !

D alam posting saya 20 Oktober yang yang lalu, dinyatakan bahawa ADUN Johol, YB Datuk Roslan Yusof dalam keadaan sejat walafiat berikutan spekulasi menyatakan bahawa beliau sakit dan tidak upaya menjalankan tanggung jawab sebagai seorang Wakil Rakyat. Atas kepercayaan kepada akhbar yang melaporkan berita tersebut dan dibaca oleh ribuan orang, maka saya tidak percaya bahawa pembohongan boleh berlaku. Kerana bagi saya wartawan yang melapor harus bersifat sebagai seorang hakim, bukan sekadar mendapatkan bahan berita dan melaporkan juga walaupun ia pahit dan tidak menguntungkan sesetengah pihak. Manakala sudah tersiar, ia menjadi bacaan umum dan suatu kepercayaan. Tetapi apa yang telah tersiar, berlaku sebaliknya. Maka pembohongan sudah tersebar, maka penghidupan kita sudah dikelilingi dengan pembohongan. Beberapa hari selepas itu, keluar pula kenyataan dari MB N. Sembilan bahawa ADUN Johol tersebut selamat menjalani pembedahan. Maka benarlah spekulasi sebelum ini bahawa YB ADUN Johol itu sakit. Apa salahnya berterus terang saja tanpa disembunyi-sembunyikan supaya urusan rakyat dapat dipertanggungjawabkan, termasuk urusan ziarah pesakit sehingga tidak kita tertanya-tanya sakit atau tidak! Kita tidak pula mengharapkan sesuatu yang tidak baik kepada YB Datuk Roslan. Semoga beliau beransur sembuh.

Sabtu, 24 Oktober 2009

MENJUNJUNG KASIH

K etua dan Ahli Jawatankuasa serta seluruh ahli PKR Cabang Kuala Pilah mengucapkan tahniah dan dirgahayu kepada Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir yang ditabalkan sebagai Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus yang ke-11 hari ini 26hb. Oktober 2009. Kami mendoakan agar Allah SWT menganugerahkan pimpinanNya dan kesejahteraan kepada Baginda dalam pemerintahannya untuk kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.
-
Kota Pulai di Kota Alam
Batangnya Bersendi-sendi
Jika belajar dalam alam
Patah tumbuh hilang berganti.

Selasa, 20 Oktober 2009

ADUN JOHOL SEHAT SEJAHTERA

A DUN Johol, Datuk Roslan Md Yusof yang digembar-gemburkan sakit tenat sebenarnya sehat sejahtera, ini dibuktikan dengan gambar dalam Akhbar Sinar bertarikh 16 Oktober yang lalu ketika beliau menyambut Isteri Menteri Besar N. Sembilan di Bengkel Sri Perkasa Johol. Dengan bukti bergambar itu oleh sebuah Akhbar yang mendapat tempat dihati masyarakat disini akan mematikan spekulasi bahawa beliau sakit tenat dan tidak akan berlaku satu lagi PRK di Negeri Sembilan. Semoga YB Datuk Roslan akan lebih cergas dan bertemu rakyat dalam kawasannya.

Sabtu, 17 Oktober 2009

HAPPY DEEPAVALI

Kami mengucap Selamat Hari Deepavali kepada penganut Agama Hindu.

Rabu, 14 Oktober 2009

BERKATA S/U KERJA UMNO NS

S etiausaha Kerja Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Md Yusop Harmain Shah berkata, parti pembangkang seharusnya menerima kenyataan bahawa mereka tewas di Bagan Pinang, sekali gus menamatkan penguasaan Pakatan Rakyat (PR) dalam siri pilihan raya kecil sebelum ini dalam Sinarharian.com hari ini. Beliau berkata lagi, “Ini menunjukkan mereka tidak menghormati keputusan rakyat. Sepatutnya mereka cermin diri melihat sendiri punca mereka tidak dapat sokongan pengundi, dan bukannya melemparkan tuduhan bukan-bukan."

Beliau juga percaya tindakan pembangkang mengeluarkan kenyataan memburukkan Mohd Isa adalah disebabkan malu kerana majoriti diterima bekas Menteri Besar itu adalah jauh lebih besar, meleset daripada jangkaan awal mereka.

S/U Kerja UMNO N. Sembilan itu nampaknya keliru dan tidak faham apa yang dibicarakan oleh pimpinan Pakatan Rakyat, tiada siapa yang menafikan kemenangan Isa Samad dengan angka yang telah diputuskan SPR. Oleh kerana S/U UMNO itu seorang Pengikut Membuta Tuli, dan menelan/memakan apa saja yang dihulurkan kepada beliau tanpa memeriksanya, maka beliau juga mahu penyokong dan pimpinan Pakatan berfikiran seperti beliau. Beginilah corak pemikiran orang yang tidak mahu keluar dari kepompong pemikiran beku dan jumud. Kira-kira mudah kita hadapkan kepada S/U Umno Negeri itu, contoh kita diarah untuk ke Seremban hari ini. maka wajar untuk kita bertanya bertolak jam berapa? Naik Apa? Untuk apa kesana dan berbagai lagi soalan yang mungkin akan diajukan. Inilah berbezaan antara UMNO/BN dan Pakatan, supaya kita tidak ditipu hidup-hidup oleh siapa sahaja, soalan dan pertanyaan wajar dikemukakan.

Selasa, 13 Oktober 2009

KHAIRI DILIHAT MERAYAU-RAYAU

K hairi Jamaluddin kelihatan merayau-rayau dijalanan dan masih dalam keadaan trauma, kerana sebagai Ketua Pemuda UMNO beliau tidak punya apa yang boleh membanggakan beliau. Sampai dipersimpangan jalanan beliau terus meracau-racau dan sesekali bertempik "Anwar Sesumpah Lidah Bercabang" dan berbagai lagi. Sesuai dengan tema perhimpunannya kali ini "Dipersimpangan Jalan Perjuangan" Khairi dan konco-konconya hilang akal hala mana yang ingin dituju dan meracau-racau lagi dipersimpangan. Gelagat tidak siuman itu hanya diperhati orang ramai tanpa mempedulikannya. Gelagat Khairi yang bertempik-tempit dan sering menyebut-nyebut nama Anwar memberikan kesan yang amat mendalam kepada beliau rupanya, atau beliau ingin menarik perhatian Presiden agar tertumpu kepada beliau? Beliaupun berpantun :-
-
Batang cempedak pohon pedada
Buah peria di dalam dulang
Pakatan pembangkang temberang belaka
Janji bak lidah tidak bertulang
-
Riuh-rendah di pintu muara
Lebai Kassim membuka silat
Pembangkang gian tamakkan kuasa
Batu api perpecahan rakyat
-
Kesihan Khairi, kepada Presiden UMNO berilah sesuatu kepada beliau supaya tidak lagi merayau-rayau dan meracau seperti orang hilang akal. Kepadanya:-
-
Ikan bermain didalam lubuk
Ikan belida dadanya panjang
Khairi marah menumbuk-numbuk,
Benci Anwar bukan kepalang.
-
Buah berangan dirumpun pinang
Limau Kasturi berdaun muda
Khairi bertempik orang tercenggang
Dendam kesumat darah muda.
-
Mati lemas anak angsa
Janggal berenang dalam kolah
BN resah hilang kuasa
Tuduh PR pemecah belah.

Isnin, 12 Oktober 2009

TSUNAMI DI BAGAN PINANG?

Pimpinan UMNO mengatakan telah berlaku Tsunami politik di Bagan Pinang, dan ia dilebelkan sebagai trend baru sekarang bahawa rakyat sudah mula menerima kembali UMNO/BN dan menolak pembangkang. Media utama cengkaman UMNO/BN mula berperanan dan dijangka ia akan mengambil masa yang panjang untuk menghebahkannya. Pagi, petang dan malam mengulang-ulang perkara yang sama untuk mempengaruhi pendengar dan penuntun. Apakah benar berlaku Tsunami seperti yang dikatakan? Ketika ingin kembali ke Kuala Pilah setelah mengetahui keputusan Pilihanraya kecil tersebut, saya dan rakan-rakan ingin mengelak untuk melalui jalan di Batu 2, Jalan Pantai kerana menjangkakan kesesakan akan berlaku kerana penyokong UMNO/BN pasti meraikan kemenangan di Pusat Penjumlahan Undi di Majlis Daerah Port Dickson. Tetapi oleh kerana ingin melihat suasana kegembiraan penyokong BN, maka saya mengambil keputusan untuk meredah jalan tersebut, dan saya tidak melihat apa-apa kemeriahan malah kesesakan yang saya jangkakan itu meleset sama-sekali. Hanya kelihatan penyokong UMNO/BN berkumpul sesama sendiri dan tidak menunjukkan riak gembira dan sorak sorai tanda kemenangan. Apakah itu tanda Tsunami? Ketika hari berkempen berjalan terutamanya pada malam terakhir, majlis penerangan/kempen yang dianjurkan PAS/Pakatan Rakyat mendapat sambutan hangat (walaupun sebilangan besarnya penyokong luar), dan jauh bezanya dengan majlis yang dianjurkan UMNO/BN yang boleh dibilang dengan jari. Apakah itu tanda Tsunami? Ketika hari pembuangan undi, setiap Pusat Pembuangan Undi kelihatan penyokong PAS/Pakatan Rakyat melebihi bilangan penyokong BN/UMNO, kecuali di Bagan Pinang dan Sri Rusa saingan dikata sama kuat dan seolah-olah PAS sudah mendahului BN dalam semua sudut. Apakah itu Tsunami untuk BN/UMNO? Bila berlaku Tsunami bermakna ia akan melanda semua yang berkaitan, termasuklah kebanjiran penyokong dalam kempen, merayu undi dan merai kemenangan, tetapi ini tidak, ia hanya berlaku diatas kertas undi. Ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang telah berlaku? Apakah semudah itu pengundi Bagan Pinang boleh dirasuah maupun diugut sehingga calon BN meraih undi melebihi 8 ribu itu dan meningkatkan majoriti kemenangan sebelum ini? Apakah sebodoh itu pengundi Bagan Pinang boleh menerima calon BN yang pernah terpalit dengan pelbagai skandal itu? Apakah selemah itu Tentera yang gagah perkasa boleh menerima calon BN dengan menyapu bersih undi Pos? Ini semua menjadi persoalan yang perlu dicari jawapannya. Sudah diketahui umum, bahawa jika BN/UMNO kalah di Bagan Pinang, maka mala petaka besar akan berlaku kepada UMNO, maka kemenangan WAJIB diperolehi walau dengan apa cara sekalipun pastinya. Sebenarnya tidak berlaku Tsunami di Bagan Pinang, kerana zahirnya tidak menunjukkan demikian, cuma kita tertanya-tanya silapmata apakah yang digunakan BN.

Ahad, 11 Oktober 2009

ISA SAMAD MENANG DENGAN MAJORITI BESAR?

Isa Samad menang dengan majoriti besar. Beliau memperolehi 8013 manakala Zulkifli Omar memperolehi 2578. Begitulah keputusan yang diterima walaupun Isa Samad dikaitkan dengan pelbagai isu dan skandal, namun pengundi tetap memilih beliau sebagai wakil rakyat. Sebagai coretan di Bagan Pinang untuk direnung, sewaktu berehat makan, kami bertemu dengan seorang bekas tentera yang ingin mengundi sebagai pengundi pos, dalam sembang tersebut beliau menyatakan rasa kesal kerana tidak dapat membuang undi kerana dihalang kerana tidak memakai baju tentera, dan dalam senarai pengundi biasapun nama beliau masih ada, beliau amat hairan dan menyatakan rakan-rakan beliau yang lain yang sudah bersarapun mempunyai nama yang bertindih seperti beliau. Seorang tentera yang lain ketika ditemui menyatakan bahawa semua kegiatan tentera yang keluar mengundi diperhatikan orang atasan, maka pengundi pos tentera tiada pilihan dan kebebasan untuk membuat pilihan. Manakala disituasi yang lain pula khususnya di Estate, semua pergerakan pengundi dipantau dan diperhatikan oleh Pengurus Ladang. Nampaknya UMNO menggunakan strategi mengepung pengundi dan pengundi tiada pilihan untuk membuat keputusan sendiri. Sepanjang perjalanan pilihanraya kecil tersebut, UMNO/BN dilihat menggunakan mat-mat rempit (yang rata-rata berumur belasan tahun) sebagai agen provokasi, dan ini banyak berlakunya pergaduhan-pergaduhan kecil, dan akhirnya media melaporkan keseluruh negara pembangkang melakukan keganasan dan menakutkan pengundi. Gelagat mat-rempit tersebut seperti kehilangan arah dan tujuan, maka kesempatan ini dipergunakan UBN untuk menyogok wang kepada mereka untuk memberikan sokongan dan berkerja untuk UBN, apabila berseronok mereka melakukan provokasi dan kerja-kerja yang hilang kawalan sehingga mencemarkan kemeriahan PRK tersebut. Bagi penyokong UBN, mereka akan menolak mentah-mentah alasan ini, kerana yang penting BN menang, dan apapun SILAPMATA yang dimainkan mereka tidak peduli. UBN masih lagi boleh menggunakan tongkat yang diperolehi di Bagan Pinang, namun ia tetap meniti usia tuanya yang akan berakhir tidak lama lagi.

Sabtu, 10 Oktober 2009

KEMPEN MALAM TERAKHIR

Malam terakhir Hari Pembuangan Undi di Bagan Pinang menyaksikan kesesakan di Bandar Teluk Kemang, dimana ribuan penyokong dan pengundi berkumpul di markas-markas utama sepanjang Jalan Pantai. Kesesakan teruk berlaku sehingga jam 3.00 pagi. DSAI melakukan kunjungan dikesemua Markas peti-peti undi dan terakhir di Markas Utama DAP, Batu 9, Jalan Pantai dengan sambutan yang hebat. Penyokong melahirkan keyakinan Pakatan Rakyat mampu merampas DUN Bagan Pinang dengan sambutan yang sangat hebat dan diterima oleh pengundi. Markas BN ketika tinjauan dibuat kelihatan sunyi kecuali di beberapa markas mereka seperti di Batu 4. Dengan sambutan dan sokongan kuat penyokong serta pengundi, harapan PR merampas Bagan Pinang adalah cerah.

Khamis, 8 Oktober 2009

KEMPEN PEMIMPIN UMNO DALAM KEM

Saudara/i sendiri boleh mendengar ucapan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan dan Naib Presiden UMNO berkempen di dalam Kem Tentera di Port Dickson di YouTube diatas. Mereka sendiri melarang Parti-parti Politik berkempen dalam kem tentera, tetapi mereka sendiri melanggar peraturan itu. Nak diharapkan SPR menegur atau mengambil tindakan? Jauh sekali... kerana merekapun bersekongkol sama. Perbuatan lidah bercabang inilah yang akan membuka pintu hati rakyat untuk menolak UMNO/BN dalam PRK Bagan Pinang dan PRU-13 nanti.

SAMSENG UMNO MULA BERTINDAK LIAR

Seorang petugas Dewan Pemuda PAS cedera kerana ditetak dengan parang oleh salah seorang dari segerombolan 100 orang samseng UMNO bermotosikal yang membuat kacau bilau dan menceroboh Bilik Gerakan Utama Dewan Pemuda di Bagan Pinang. Semalam, seorang pembantu dari Kuala Pilah turut menceritakan bagaimana sekumpulan Pemuda UMNO yang bermotosikal (mat rempit) membelasah petugas PAS yang sudah berusia ketika sedang memasang bendera dan poster. Menurut pembantu itu beliau yang dalam perjalanan pulang ke Kuala Pilah jam 1.30 pagi terpaksa berpatah balik apabila menerima pangilan dan melihat sendiri betapa biadap dan tidak berakhlak petugas-petugas UMNO tersebut. Menurutnya lagi kumpulan tersebut memakai Baju-T berlogo BN dan kelihatan seperti orang kemabukan.
Kejadian-kejadian seperti diatas nampaknya sengaja dilakukan oleh UMNO kerana keadaan yang semakin terdesak, mempergunakan samseng-samseng bagi menimbulkan ketakutan dan kebimbangan kepada Petugas Pakatan Rakyat dan kemungkinan mereka akan melakukan lagi provokasi yang lebih dahsyat menjelang Hari Pengundian, dengan harapan kekuatan dan semangat petugas PR akan goyah. Jika ini menjadi matlamat mereka, ia suatu yang silap, kerana pengundi akan mendapat maklumat dengan cepat dan tepat, dan UMNO PASTI akan hancur. Jika UMNO menuduh PAS atau Pakatan Rakyat memulakan inisiden tersebut, sila kemukakan bukti dan bukan bukti lekeh dan lucu yang dilakunkan oleh Ketua Putera UMNO Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang mendakwa dibelasah antara 6 atau 7 orang Pas sewaktu hari penamaan, dan beliau kelihatan segar bugar sewaktu menunjukkan kesan lebam dilehernya, maka keesokkan harinya bagi menguatkan dakwaannya beliau kehospital dan disiarkan media keseluruh negara.
Pimpinan UMNO Pusat tidak berkeupayaan untuk mengekang kehendak UMNO Teluk Kemang yang menghendaki Tan Sri Isa sebagai Calun BN di Bagan Pinang, begitulah juga tindakan ganas dan tidak bertamadun yang dilakukan oleh samseng-samseng UMNO menjelang Hari Pengundian tidak akan upaya dikekang oleh Pimpinan UMNO Bahagian maupun negeri, kerana WANG sudah menguasai setiap ahli dan penyokong UMNO/BN dan kerana itu hawa nafsu sudah menguasai fikiran tanpa dapat dikawal lagi. Petugas-petugas UMNO/BN ini akan terus ditabur dengan WANG dan dengan itu mereka yang sudah tidak berakal itu akan berseronok dan mabuk dan akan membuat gangguan dan akan menurut perintah tuannya.
OLEH ITU, ADA LEBIH BAIK UMNO LENYAP DENGAN SEGERA.

Rabu, 7 Oktober 2009

DEBAT ANWAR-MUHYIDDIN DI BAGAN PINANG

Saifuddin Nasution telah mengumumkan bahawa KEADILAN akan menghantar surat jemputan kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk Majlis Debat Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tajuk "PEGKHIANAT". Muhyiddin wajib menyambut undangan tersebut dan membuktikan tuduhannya bahawa Anwar adalah pengkhianat negara dihadapan pengundi Bagan Pinang. Jika undangan tersebut diterima Muhyiddin, maka penduduk dan pengundi di Bagan Pinang sangat beruntung kerana dapat menyaksikan suatu perdebatan hebat antara kedua tokoh tersebut dan inilah peluang kepada Muhyiddin bahawa apa yang didakwanya benar dihadapan Anwar sendiri dan mengembalikan maruah UMNO yang sudah tercemar itu. Sama-sama kita saksikan nanti....

JADUAL KEMPEN PRK N13 BAGAN PINANG

JUMAAT 9 OKTOBER 2009

1) 5.30 – 6.30 PTG – PROGRAM BERSAMA MASYARAKAT INDIA

LOKASI – SUA BETONG ESTATE

TURUT BERSAMA –

YB ANWAR IBRAHIM

YB DATUK KAMARUL BAHRIN ABBAS

YBHG DATUK SS SUBRAMANIAM

YB RAVI

YB S. MANIKUMAR

YBHG ZULKEFLY MOHAMAD OMAR (CALON)

—–

2) 7.00 – 8.30 MLM – SOLAT DAN KULIAH MAGHRIB

LOKASI – SURAU BATU LAPAN, PORT DICKSON (MASJID LAMA)

—–

3) 7.30 –10.00 MLM – PROGRAM BERSAMA MASYARAKAT TIONGHUA

LOKASI – TOP SEAFOOD RESTAURANT

BATU 9, JALAN PANTAI, PORT DICKSON

TURUT BERSAMA –

1) YB ANWAR IBRAHIM

2) YB TENG CHONG KIN

3) YB ANTHONY LOKE

4) YB CHAI TONG CHAI

5) YB LEE BOON CHYE

6) YB DATUK KAMARUL BAHRIN ABBAS

7) YBHG ZULKEFLY MOHAMAD OMAR (CALON)

—–

4) 9.00- 12.00 MLM – CERAMAH PERDANA 1

LOKASI – BATU 3, JALAN PANTAI, PORT DICKSON (RUMAH PAK DIN)

PENCERAMAH –

1) YAB TUAN GURU DATO’ NIK BD AZIZ NIK MAT

2) YB ANWAR IBRAHIM

3) YB AZMIN ALI

4) YB DATO’ KAMARUL BAHRIN ABBAS

5) YBHG ZULKEFLY MOHAMAD OMAR (CALON)

—–

5) 9.00 – 12.00 MLM – CERAMAH PERDANA 2

LOKASI – NO 21, JALAN ¼, TAMAN INTAN PERDANA,

BATU 9, TELUK KEMANG (SEBELAH POLYTEKNIK PD)

PENCERAMAH –

1) YB ANWAR IBRAHIM

2) YBHG MOHAMAD SABU

3) YB SAIFUDIN NASUTION

4) YB DATUK KAMARUL BAHRIN ABBAS

5) YB YUSMADI YUSOF

6) YBHG ZULKEFLY MOHAM5AD OMAR (CALON)



SABTU 10 OKTOBER 2009

1) 5.30 – 6.30 PTG – PROGRAM BERSAMA MASYARAKAT ESTET

LOKASI – PEKAN SILIAU

TURUT BERSAMA –

1) YB ANWAR IBRAHIM

2) YB DATUK KAMARUL BAHRIN ABBAS

3) YBHG DATUK SS SUBRAMANIAM

4) YB RAVI

5) YB S MANIKUMAR

6) YBHG ZULKEFLY MOHAMAD OMAR (CALON)

—–

2) 7.00 – 8.30 MALAM – SOLAT DAN KULIAH MAGRIB

LOKASI – SURAU BANDAR SENGGALA

(BELAKANG HOSPITAL BESAR)

—–

3) 9.00 – 12.00 MLM – CERAMAH PERDANA

LOKASI – NO 44, DESA RUSA 1, TAMAN DESA RUS

BATU 4, JALAN PANTAI, TELUK KEMANG, PD

(RUMAH YUSOF NGAH)

PENCERAMAH –

1) YB ANWAR IBRAHIM

2) YBHG MOHAMAD SABU

3) YB FAUZIAH SALLEH

4) YB DATUK KAMARUL BAHRIN ABBAS

5) YBHG ZULKEFLY MOHAMAD OMAR (CALON)

——

4) 9.00 – 12.00 MLM – GRAND FINALE

LOKASI – NO 447, DERETAN KEDAI TAMAN PD UTAMA, PD

PENCERAMAH –

1) YB ANWAR IBRAHIM

2) YB SAIFUDDIN NASUTION

3) YB ANTHONY LOKE

4) YB SALAHUDIN AYUB

5) SDR ZULKEFLY MOHAMAD OMAR (CALON)

Ahad, 4 Oktober 2009

JADUAL KEMPEN PR BAGAN PINANG

CERAMAH 1
Tarikh : 5 Oktober 2009 (Isnin)
Masa : 9 malam
Tempat : Bt 4, Jln Pantai, Sirusa, Port Dickson (rumah En Zainal)
Penceramah :YB Dato Seri Hj Abd Hadi Awang
YB Hj Aminuddin Harun, ADUN Sikamat, N.Sembilan
Ust Dr Badrul Amin
Y Bg Zulkefly Mohamad Omar, Calon PAS N.31 Bagan Pinang

CERAMAH 2
Tarikh : 5 Oktober 2009 (Isnin)
Masa : 9 malam
Tempat : Bilik Gerakan DAP, Bt 9, Jalan Pantai (dekat Politeknik PD)
Penceramah :YB Dr Mujahid Yusof Rawa
YB Anthony Loke
Tan Sri A Samad Said , Sasterawan Negara
Cik Kumutha ap Raman

CERAMAH 3
Tarikh : 5 Oktober 2009 (Isnin)
Masa : 9 malam
Tempat : Bt 3, Jln Pantai, Kg Bagan Pinang (rumah Pak Din)
Penceramah :YB Dato Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin
YB Saifudin Nasution
Ustaz Abd Ghani Abd Rahman
Y Bg Zulkefly Mohamad Omar, Calon PAS N.31 Bagan Pinang

JADUAL PR DI BAGAN PINANG

Tarikh : 5hb. September 2009
Waktu : Solat Subuh
Tempat : Surau Al-Hijrah, Springhill. Port Dickson.
Oleh : YB Dr. Ir Nizar

BELASUNGKAWA

PKR Cabang Kuala Pilah mengucapkan takziah kepada Sdr. Sabarudin Yassim (SU Majlis Pimpinan Negeri, N. Sembilan) dan keluarga beliau kerana kehilangan anak lelakinya akibat kemalangan jalan raya. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat keatas roh Allahyarham dan diberikan kesabaran kepada Sdr. Sabaruddin dan keluarga. Amin.

Sabtu, 3 Oktober 2009

LAUNGAN REFORMASI DI KEJOHANAN BOLASEPAK PIALA DATO' HASAN MALIK

Laungan Reformasi mengejutkan banyak pihak dalam satu pertandingan di Kejohanan Bolasepak Piala Dato' Hasan Malik Ahli Parlimen Kuala Pilah di Padang Sekolah Tuanku Muhammad Kuala Pilah semalam (3hb. Oktober 2009). Seorang sahabat yang bergiat cergas dalam Program Pembangunan Bolasepak Akar Umbi di Kuala Pilah dan Jempol dalam tinjauannya turut terkejut dan menceritakan perkembangan tersebut kepada saya. Ini satu perkembangan yang menarik dan anak-anak muda yang cuba disogok dengan pelbagai cara oleh YB-YB di Kuala Pilah dilihat gagal dalam misi mereka dan ini sudah tentu akan membingungkan lagi YB-YB UBN di Kuala Pilah. Sahabat tersebut turut kesal dengan program-program yang dianjurkan UBN banyak yang memundurkan belia, khususnya bolasepak. Membanyakkan gelanggang Futsal di Parlimen Kuala Pilah dilihat membunuh perkembangan bolasepak sebenar kerana ia tidak membantu dan meningkatkan teknik dan stamina pemain, dan hasilnya perkembangan Bolasepak Malaysia terus merudum.

SATU LAWAN SATU

PAS melalui calonnya Zulkifli Mohamad Omar meningkatkan tekanan kepada calon BN Tan Sri Isa Samad dengan sokongan padu iringan penyokong Pakatan Rakyat yang dianggarkan seramai 50,000 orang yang membanjiri sepanjang Jalan Pantai, Port Dickson ke Pusat Penamaan calun. Pegawai Pengurus SPR mengumumkan kedua-dua calon tersebut layak bertanding setelah masa bantahan tamat. Sokongan kuat dan penuh bersemangat dari Pakatan Rakyat menimbulkan keresahan pimpinan BN dan UMNO sehingga perkara remah dan kecil diperbesarkan oleh media yang dikuasai UBN bagi memburukkan Pakatan Rakyat dengan melaporkan dua orang pimpinan UMNO dicederakan oleh penyokong PR. Pihak polis telah menyediakan dua laluan bagi kedua-dua penyokong, namun dua pimpinan UMNO tersebut dengan sengaja melalui jalan yang disediakan kepada penyokong PAS. Kemeriahan hari ini diserikan oleh pasukan Urumi Melum, namun ia dihalang oleh pihak Polis atas peraturan baru yang dibuat pihak berkuasa, namun sorakan kedua-dua penyokong mengamat dan memeriahkan suasana. Sorakan bertalu-talu penyokong Pakatan Rakyat dengan laungan "Hidup Rakyat", "Hancur BN", "Tangkap ISA" dan berbagai lagi menengelamkan laungan penyokong UBN.

Khamis, 1 Oktober 2009

JADUAL PENAMAAN CALON PRKN31

Berikut jadual Program Penamaan Calon PRK N31 Bagan Pinang pada 3hb. Okt. 2009:-

7.15 Pagi: Berkumpul di Sek. Men. Dato' Abd. Samad, Batu 2, Jln. Pantai. PD
7.30 pagi : Solat Hajat
7.45 pagi: Penyokong mengiringi Calon PAS ke Pusat Penamaan.

Rabu, 30 September 2009

CORETAN PRK BAGAN PINANG

Kehangatan PRK Bagan Pinang semakin terasa dan perbualan dikalangan rakan-rakan jika tidak menyentuh PRK Bagan Pinang maka perbualan itu terasa tiada yang istemewanya. Seorang sahabat di Pusat Perbadanan Kraftangan Cawangan N. Sembilan bercerita sambil bersungut bahawa beliau dan semua staff di Kraftangan telah diarahkan untuk wajib hadir sewaktu Hari Penamaan Calun BN hari Sabtu ini. Seorang sahabat yang lain pula menyampuk, kalau tak nak kena kutuk jangan pakai baju ada logo BN sambil bergurau, staff Kraftangan tersebut nampak kebingungan dan bersungut lagi "ahli-ahli UMNO dan BN dah tak ada lagikah sampai arah orang yang tiada kena mengenakan dengan Parti itu untuk hadir?". Disuatu lokasi yang lain pula seorang remaja yang aktif belia di Kampongnya bertanya kepada bapa saudara beliau, bahawa beliau diminta untuk hadir pada hari tersebut malah diberi wang saku sekali, maka kata bapa saudaranya yang aktif dengan Pakatan Rakyat kalau tak tahan dengan suasana hari Penamaan tersebut jangan ikut serta, maka remaja tersebut berfikir dan bertanya apa kena mengena Belia dan Parti tersebut, bapa saudaranya berkata kalau dah tersepit Parti tersebut main songlap semua dan hulur wang, pokoknya ramai orang mengiringi Calon Partinya. Yang ketiga seorang peniaga yang terpaksa berpura-pura menyokong UMNO kerana nakkan pinjaman TEKUN menceritakan salah seorang YB di Kuala Pilah datang kepada beliau dan bersungut dengan karenah pemuda UMNO Kuala Pilah, masing-masing bila diarah ke Bagan Pinang mulalah minta wang, tayar kereta botaklah, road-tax matilah dan pelbagai lagi alasan untuk dapatkan wang. Yang dah ke Bagan Pinang pula, melepak kat Hotel. bangun pagi pula jam 11.00, kerja apa nak buat bantu Parti kalau bangun dah lewat? YB tersebut terus kebingungan dengan kerenah anak-anak buahnya. Manakala dalam dialog keempat ketika sarapan pagi disebuah restoran Jalan Melang, seorang bekas pemimpin UMNO yang waktu mudanya sebagai meter reader kini dah kaya raya kerana bertaukehkan Isa Samad, naik berang dengan berkata "nak bergaduh SATU MALAYSIA, kalau iSA kalah!!", bila soalan diajukan jika Isa Samad kalah dalam PRK Bagan Pinang. Begitulah fanatiknya pemimpinan UMNO Kuala Pilah kepada Isa Samad itu, yang sewaktu menjadi Menteri Besar beliau pernah mendapat habuan lumayan kerana taat setianya. Beginilah kerenah mereka yang yang bergelar pemimpin UMNO, mereka yang digelar sebagai pemimpin seolah dikalung dengan pakaian dan kehormatan Melayu, dan barangsiapa yang menentang pemimpin itu akan dicop sebagai penentang Melayu dengan istilah pengkhianat dan pendurhaka. Suatu lagi yang hangat diperkatakan sekarang Isa Samad terlalu kerap di Kuala Pilah, kenapa? Dan kerap pula bersama bekas YB dan Bekas Pemimpin Puteri UMNO Kuala Pilah itu. Ramai yang bertanya dan saya tidak dapat memberikan jawapan tepat, dan saya pula sudah lama terputus hubungan dengan suaminya. Bagi menghilangkan khabar angin atau mungkin ia akan bersifat fitnah ISA SAMAD tentunya tidak menjadi kesusahan kepada beliau menjelaskannya kepada orang ramai.

Selasa, 29 September 2009

ISA SAMAD ???

Kami walaupun sebagai seteru UMNO dan BN dalam politik merasa amat hairan dan pelik bagaimana UMNO/BN mencalonkan Isa Samad sebagai Calun dalam PRK Bagan Pinang. Isa Samad yang terpalit dengan skandal Rasuah dalam UMNO dan telah dijatuhi hukuman oleh Lembaga Disiplin UMNO dilihat menimbulkan tekanan kepada pimpinan BN untuk mencalonkannya dan akhirnya mengeluarkan kenyataan berterima kasih kepada pimpinan UMNO dan BN kerana memberikan kepercayaan kepada beliau untuk bertanding di Kampongnya setelah namanya diumumkan sebagai calon BN dalam PRK Bagan Pinang semalam. Terdahulu Isa Samad mengatakan tiada masalah baginya untuk bertanding kerana pimpinan Pakatan Rakyatpun ramai yang keluar masuk penjara. Isa Samad nampaknya main pukul rata semua, kerana beliau menyangka atau sengaja membutakan mata menyatakan bahawa yang keluar masuk penjara adalah orang-orang yang terlibat dengan jenayah bunuh, rogol, merompak, rasuah dan seumpamanya selain perjuangan menegak kebenaran seperti Nelsol Mandela, Aung San Sun Syi, Pak Hamka. Imam Ahmad Hanbal dan ramai lagi. Nampaknya Isa Samad mengunakan semboyan Macchiavelisma Tujuan Menghalalkan Cara dalam karier politiknya dan megenepikan prinsip amanah yang sering menjadi sebutan pimpinan UMNO/BN itu. Kami hairan dan pelik kerana dikala UMNO/BN bercakap mengenai TRANSFORMASI, tetapi tindakannya berlawanan sama sekali. Ini petanda jelas bahawa UMNO/BN sudah hilang arah dan pimpinan Pusatnya tidak berupaya mengawal tingkah laku ahli-ahlinya kerana itu ugutan UMNO Bagan Pinang termasuk Pemudanya dahulu yang mahukan Isa Samad tidak upaya dikekang oleh sesiapapun. Mungkinkah akan ada sepanduk ucap terima kasih berbunyi "Terima kasih - Masihkah Kau Ingat? Najib-Ziana" di Bagan Pinang?.
TUN MAHATIR
Tun Mahatiur pula telah mengingatkan UMNO/BN supaya tidak meletakkan Isa Samad sebagai calon BN kerana terlibat dengan skandal Rasuah supaya UMNO/BN dapat diterima rakyat dan katanya lagi jika beliau sebagai Isa, beliau akan menolak tawaran itu. Bekas perdana menteri itu berkata imej Umno akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon. Demikian nasihat dan pandangan Bekas Presiden UMNO terhadap calon BN dalam PRK N31 Bagan Pinang, namun nasihat dan pandangan beliau telah dibakulsampahkan oleh ahli-ahli UMNO khususnya di Bagan Pinang hanya kerana kuasa wang telah menguasai segala-galanya.

Jumaat, 18 September 2009

SELAMAT HARI RAYA IDUL FITR

Team Gerbang Keadilan Kuala Pilah mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Fitr, Minal Aizin Wal Faiezin maaf Zahir dan Batin. Suatu yang jarang berlaku di Malaysia ialah Solat Idul Ftri di Tanah Lapang sedangkan ia adalah Sunnah. Jika adapun maka kelompok tersebut dianggap ganjil dan diragui, ini hakikat yang berlaku. Dalam satu hadits "Termasuk perkara yang disunnahkan iaitu hendaklah kamu berangkat menuju Ied dengan berjalan kaki dan makan sesuatu (sarapan) sebelum berangkat ke Tanah Lapang". (HR Tirmidzi)