Sabtu, 30 Jun 2012

PERMAKLUMAN

Dengan tegas dinyatakan bahawa Ceramah hari ini (Ahad) 1hb. Julai 2012 yang dikaitkan KEADILAN Kuala Pilah terutama DUN PILAH, (seperti banner dibawah) tiada sebarang perhubungan dan kaitan dengan PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG KUALA PILAH. Sebarang kesan daripada tindakan itu, kami tidak akan bertanggungjawab dan tiada kena mengena dengan PKR Cabang Kuala Pilah. Juga dimaklumkan bahawa Pejabat Keadilan Kuala Pilah, dan bilik Gerakan Parlimen dan DUN Pilah adalah di No. 8, Tingkat 1, Taman Ampang Tinggi, Jalan Melang, Kuala Pilah (Bersebelahan ESSO). 



Ahad, 24 Jun 2012


CERAMAH PERDANA yang diadakan pada 23hb. Jun 2012 Sabtu lalu mendapat sambutan hangat daripada penduduk Kuala Pilah. Timbalan Presiden PKR, YB Sdr. Azmin menyampaikan ucapan pertamanya berikutan jadual Program yang ketat dan beliau terpaksa bergegas pula ke Linggi selepas beliau menyampaikan ucapan. Turut memberikan ucapan Sdr. Zaharudin Othman, YDP PAS Kuala Pilah, YB Puan Zuraidah Kamarudin, Ketua Wanita PKR dan terakhir YB Anthony Loke, MP Lobak. Hadirin juga turut diajak Pengerusi Majlis bagi menyampaikan pandangan dan pendapat.

Isnin, 18 Jun 2012

KEMPEN TAWAN KUALA PILAH


Keadilan Cabang Kuala Pilah meneruskan usaha-usaha "Tawan Kuala Pilah" dalam PRU-13 dan pada 18hb. Jun 2012 team DUN Pilah telah bergerak di Pekan Kuala Pilah mengedar Flyers berkaitan Parti kepada peniaga dan penduduk. Respon yang diterima amat menggalakkan dan ramai penduduk mengeluh dengan keadaan ekonomi yang amat mencengkam, dan suatu perubahan perlu dilakukan menurut mereka. Kehadiran Team DUN Pilah tersebut disambut dengan mesra dan gembira dan rata-rata memberikan galakan dan sokongan. Menurut Ketua Wanita DUN Pilah, Puan Kamariah dengan dibantu oleh Puan Ruzaina, mereka akan mengerakkan lagi jentera agar terus sampai kepada pengundi dengan penyebaran maklumat. Pasukan tersebut dipecahkan kepada 3 kumpulan dan sasaran ialah di Pekan Kuala Pilah dan taman-taman sekitarnya.



Jumaat, 15 Jun 2012

Kerajaan kecewa bukit diteroka

TANAH bukit di jajaran Gunung Angsi dekat Senawang diteroka oleh pemiliknya sebuah syarikat koperasi untuk ditanam kelapa sawit.

SEREMBAN 13 Jun 2012 - Kerajaan negeri kesal dan dukacita apabila melihat bukit di jajaran Gunung Angsi, dekat Senawang diteroka sebuah syarikat sejak beberapa bulan lalu sehingga mencacatkan keindahan alam sekitar.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tanah seluas 404.685 hektar itu bukan tanah milik kerajaan, tetapi adalah tanah milik syarikat atau koperasi dari Selangor yang dibeli daripada lelongan awam yang dibuat pihak Pengurusan Danaharta Nasional Berhad, beberapa tahun lalu.

''Kawasan itu sebenarnya yang telah diberi milik lama dulu sebelum saya menjadi Menteri Besar lagi dan telah bertukar milik banyak kali sehinggalah akhirnya dibuat lelongan awam oleh Danaharta dan diberikan kepada satu syarikat atau koperasi dari Selangor.

Sumber: utusan

Ulasan kami : 
MB dah ngoba kan ari ni, Kerajaan negeri x do kono mengono dengan kes ini, itu Syarikat punyo kojo.... (tanah milik persendirian) yang dapek 400 ekar lobih, dan bagi pihak MB, dio boleh ngeluarkan permit membalak. Lebih baik kita keluarkan permit untuk dapatkan hasil royalti kayu. Bagaimana MB memutar lagi? katanya "Saya mahu membetulkan perspektif ini kerana bukan kita yang sanggup membiarkan keadaan ini terus berlaku, tetapi itu adalah tanah persendirian" Lihat SINAR hari ini 14 Jun 2012. Lucukan !!!! 

 
Keadilan Cabang Kuala Pilah semalam telah menghantar seramai 12 orang wakil ke Program Taklimat tentang Peranan dan Strategi Media Sosial dalam membantu kemenangan dalam Pilihanraya Umum di Pejabat MPN, Seremban pada 15hb. Jun 2012. Kumpulan yang diketuai oleh Naib Ketua Cabang Haji Roslan Alias telah memberikan fokus kepada program ini, kerana ia salah satu medium untuk menyebarkan maklumat secara tepat kepada rakyat khususnya pengundi. Menurut Haji Roslan, pengundi baru mempunyai akses yang mudah kepada Internet, terutama Facebook, Twitter, Blog dan sebagainya. Maka itu kumpulan ini tidak melepaskan peluang untuk menyertai taklimat tersebut dan menunjukkan minat yang mendalam. Menurutnya lagi sebagai contoh Di Parlimen Kuala Pilah, gerakan ini telah bermula dan terdapat sebanyak 7 Facebook milik Pakatan Rakyat berupa Group  3 laman Blog samada yang digerakkan oleh Parti maupun persendirian, disamping berpuluh-puluh twitter. 
 
Keadilan Cabang Kuala Pilah akan menganjurkan satu CERAMAH PERDANA pada 23hb. Jun 2012 akan datang. Timbalan Persiden Keadilan, YB Azmin Ali akan berceramah lebih awal dan akan bermula pada jam 9.00 malam dengan diikuti olerh penceramah lain. Para ahli dan penyokong diminta datang awal kerana program akan bermula tepat jam 9.00 malam. Sekian.