Selasa, 24 Ogos 2010

ASPAN ALIAS: Hanya tukar WADAH bukannya tukar AKIDAH

Kesetiaan kepada negara merupakan salah satau tonggak kepada Rukun Negara. Kalaulah Rukun Negara dijadikan slogan yang dipakai sepanjang zaman mungkin kita tidak akan menghadapi masalah seperti yang menyelubungi kita sekarang ini.

Malangnya masing-masing Perdana Menteri manjadikan slogan sebagai motto pimpinan peribadi. Masing-masing mencipta slogan baru jika menjadi PM untuk membezakan kepimpinannya dengan kepimpinan yang sebelumnya.

Rukun Negara sudah jarang-jarang disebut kerana ianya mula dilupai sejak 5 atau 6 tahun selepas Dr Mahathir naik sebagai PM. Pada halnya Rukun Negara itu bukan dicipta oleh individu politik, tetapi merupakan ciptaan oleh pemimpin-pemimpin kita dari berbilang kaum secara konsesses guna membina semangat bersatu dikalangan rakyat berbilang kaum yang hidup dengan kesetiaan kepada negara yang tulin.

Saya masih ingat bagaimana Tun Abdul Razak mengumumkan pelancaran Rukun Negara yang saya sudah lupa tahunnya menekan yang Rukun Negara ini merupakan hasil dari perbincangan dan ‘soul searching’ yang mendalam dengan pemimpin semua kaum semata-mata untuk mewujudkan bangsa yang bersatu.

Kalau kita kaji dengan teliti Rukun Negara adalah diasaskan kepada kehendak Agama dan kepercayaan kaum yang begitu ‘diverse’. Rukun Negara mengakui yang setiap bangsa ada ‘attribute’nya masing-masing serta identitinya serta cara hidup dan budaya mereka sendiri.Dalam perbezaan-perbezaan inilah Rukun Negara menekankan untuk hidup mengenali diantara satu dengan lain serta menghormati puak-puak yang bersama-sama hidup dan negara yang bertuah ini.

Tuhan sendiri telah memfirmankan yang manusia itu dijadikanNya berpuak-puak dan berlainan diantara satu dengan lain untuk mengenali dan menghormati diantara satu puak dengan satu kelompok yang lain. Kalau kita belajar ‘sifat 20’ kita diberikan kenyataan yang jelas yang begitu saintifik yang sifat bersalah-salahan itu adalah asas yang nyata didalam penghidupan.

Salah satu cebisan yang disebut didalam ‘sifat 20’ itu ialah sifat bersalah-salahan. Katanya ‘ADA lawannya TIADA’. Dari sepotong ayat ini kita boleh belajar jika kita ada sikit-sikit kebijaksanaan. Maksudnya, jika tidak ada elemen panas, dimana kita dapat merasakan elemen sejuk misalnya. Kalau tidak ada perbezaan bagaimana kita hendak tahu dan memahami elemen persamaannya dan begitulah seterusnya.

Rukun Negara telah mempraktikkan apa yang dikatakan ‘addin’ atau cara hidup didalam Islam itu. Tetapi Rukun Negara yang menjadi fokus pimpinan telah diabaikan oleh pimpinan ‘post Husein Onn’ dan kalau kita tanya adik-adik yang muda-muda yang berumur dibawah 35 tahun ramai yang tidak ingat atau pun tahu tentang Rukun Negara ini.

Semasa Rukun Negara diberikan tumpuan buku-buku latihan dan rampaian anak-anak sekolah ada dituliskan semua kandungan Rukun Negara dan tidak ada murid semasa itu tidak hafal dengan kesemua prinsip Rukun Negara itu.

Rukun Negara yang begitu unggul digantikan dengan slogan yang tidak ada apa-apa munafaatnya. Pada tahun80an, Bersih Cekap dan Amanah menjadi slogan kita tetapi hasilnya tidak ada. Zaman itulah bermulanya rasuah mula bercambah dan ianya mula jelas dilihat sejak tahun 1984. Masing-masing mengambil kesempatan dengan kekayaan negara dengan mencuri wang rakyat dan jumlah yang terlibat bukannya kecil tetapi menjangjau jumlah yang berbillion ringgit. Bersihnya jelas tidak nampak malah mulai pudar.

Cekapnya pun entah dimana. Zaman itulah Bank Negara Malaysia (BNM) kerugian dalam perniagaan pertukaran wang asing sebanyak 36 billion ringgit, satu usaha yang sia-sia yang tidak sepatutnya dilakukan oleh sebuah bank pusat. Nor Mohammd Yakcop yang semasa itu menjadi ketua bahagian treasury BNM yang bertanggungjawab kepada kerugian besar yang tidak ada tolok banding besarnya. BNM terpaksa menjual harta benda untuk menunjukkan kerugian yang kecil dan akhirnya BNM mengumumkan kerugiannya hanya dalam lingkungan 9 billion ringgit.

Kalau ditanya kepada Nor Mohammad kenapa beliau melakukan perkara yang membazirkan kekayaan negara itu, jawabnya ‘standard’; “tanya PM’. Kerugian dalam ‘dealing’ Maminco melenyapkan wang rakyat sebanyak 600 juta ringgit Malaysia. Sebagai rakyat saya tidak boleh ditahan untuk berkata-kata demikian kerana negara ini rakyat yang punya dan saya adalah salah seorang dari rakyat yang sentiasa berdoa tentang kemakmuran negara ini.

Masa tidak mengizinkan saya untuk mengulas beberapa kejadian yang merugikan negara dizaman itu. Yang penting tidal ada kecekapan menguruskan kewangan negara seperti yang di slogankan itu.

Amanahnya pun tidak wujud. Bagi seseorang pemimpin yang betul-betul beramanah pucuk pimpinan mesti menyebelahi nasib rakyat. Tetapi dizaman inilah pemimpin yang diamanahkan menjaga masa depan rakyat terabai. Dasar-dasay yang diamanahkan rakyat dilacurkan dan kerajaan semasa itu hanya berminat untuk mengisi ‘tempolok’ mereka yang rakus memperkosa dasar-dasar yang baik dan digantikan dengan dasar untuk kepentingan sekelompok kecil kroni yang tamak dan haloba.

Dalam pada itu media dan pimpinan kebenak pemikiran rakyat yang setia kepada negara itu ada kesetiaan kepada UMNO. Kepada sesiapa yang tidak menyokong UMNO dianggap tidak setia kepada UMNO. Menetang pandangan pimpinan UMNO dianggap sebagai pengkhianat dan ini adalah penyelewengan yang tidak terhingga terhadap isu kesetiaan kepada negara.

Menjadi ahli dan penyokong kepada parti yang lain dari UMNO bagi orang Melayu merupakan satu kesalahan dan diboikot dalam masyarakat terutamanya dikampong-kampong.

Tetapi segala-galanya sudah berubah kerana rakyat sedar bahawa kalau dikaji dari sudut keasetiaan kepada negara, UMNO kini sudah dilihat sebagai parti yang tidak selari dengan kehendak negara dan banyak tindakkan pemimpinnya merupakan tindakkan yang ‘insubordination’ terhadap negara..

Perlakuan rasuah dikalangan kepimpinan UMNO menyebabkan kerosakkan kepada sistem pentadbiran negara dan akhirnya merosakkan fabrik politik dan sosial negara. Gejala rasuah menyembabkan kantung kewangan negara merosot dan rasuah juga membuatkan mereka menjadi pemimpin denganmembeli undid dan sokongan untuk berkuasa.

Salah guna kuasa oleh kepimpinan UMNO menyebabkan banyak pihak yang terinaya, terutamanya dalam bidang pembahagian peluang kekayaan dikalangan rakyat kerana hanya orang-orang yang berbaik-baik denga mereka yang berkuasa sahaja yang mengambil kesempatan yang akhirnya melahirkan sikap ‘cronyism’ yang sangat menebal.

Cebisan contoh-contoh yang dipaparkan tadi menjadi negara menjadi kelam kabut dan memberikan impak yang tidak sihat kepada negara. Rakayat semakin hari semakain bijak memberikan pertimbangan terhadap ‘conduct’ politik UMNO dan sekutunya.

Sejak sepuluh tahun yang lalu trend kesedaran dikalangan rakyat termasuk orang-orang melayu mula kelihatan. Sekarang rakyat sudah menganggap memberikan sokongan kepada UMNO dan sekutunya didalam BN merupakan tindakkan tidak setia kepada negara dan rakyat.

Orang ramai sudah mula menganggap membenarkan UMNO berkuasa bererti menggalakkan kegiatan rasuah dalam negara. Tindakkan UMNO mengungkit jasa-jasa UMNO dimasa lampau kepada negara sudah tidak dihiraukan lagi oleh rakyat .

Yang penting sekali untuk menyelamatkan harta benda rakyat dan negara berada didalam keadaan selamat dan terurus dengan baik bagi menjamin masa depan generasi mereka. Sudah mula terbit didalam pemikiran rakyat mebiarkan pemimpin UMNO memferaidkan harta rakyat dikalangan mereka merupakan tindakkan yang menzalimi diri kita sendiri.

Kali ini, jika rakyat memberikan pula kesempatan kepada PR untuk mentadbir negara, maka akan bermulalah sistem dua parti yang sangat-sangat diperlukan oleh rakyat bagi memberi tahu sesiapa yang berkuasa bahawa kuaa rakyat adalah elemen yang ‘ultimate’ dalam sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi.

Jika PR rakyat pula yang gagal melaksanakan tugas mereka juga akan kecundang dan kuasa itu akan kembali kepada BN dalam pilihanraya selepas itu

Lain-lain perkataan yang dimaksudkan oleh artikel ini ialah hanya system dua parti sahaja yang boleh merongkai masalah kita hadapi yang tak kunyung selesai ini. "Sudah lama sangat menunggu UMNO untuk berubah, tapi tak berubah jugak" kata seorang kenalan saya baru-baru ini.

UMNO dan BN bukannya Agama yang tidak boleh ditukar ganti. Rakyat nampaknya hanya mahukan pertukaran WADAH bukannya bertukar AKIDAH.

Isnin, 16 Ogos 2010

RAMADHAN DATANG LAGI!

Alhamdullilah, segenap pujian kepada Allah pemilik alam semesta yang terbentang luas, dan salam kepada Nabi Muhammad SAW penyampai Wahyu Allah kepada manusia dan umat terakhir bagi para Rasul dalam mentauhidkan Allah swt. Kita tidak dipersiakan Allah swt dan lahir dalam keluarga Islam, dan secara automatik beragama Islam dan tidak perlu lagi tercari-cari Agama Allah yang Maha benar, Sejak dilahirkan kita diasuh oleh ibu dan ayah tercinta dengan Agama Allah, nah kebenaran sudah terbentang luas, cuma memerlukan kepatuhan dan ketaatan terhadap Yang Maha Kuasa. Dalam menyelusuri penghidupan untuk mendapat rahmat Allah swt, kita dipertemukan semula dengan bulan yang mulia, Ramadhan. Bulan yang telah diberikan Allah merebut peluang pahala yang dianugerahkanNya.

Maka itu, Parti Keadilan Rakyat (keADILan) Cabang Kuala Pilah tidak melepaskan peluang dalam bulan ini bersama rakan-rakan yang ingin menyumbang seberapa yang ada kepada mereka yang kurang berkeupayaan dengan menghulurkan sedikit bantuan. Bantuan ini adalah untuk kesekian kalinya semenjak tertubuhnya KEADILAN di Kuala Pilah semenjak beberapa tahun yang lalu. Dengan mengingati beberapa Ayat dalam Al-Qur'an, kewajipan membantu mereka yang kurang berupaya adalah menjadi tanggung jawab mereka yang berupaya. Dalam minggu pertama bulan Ramadhan ini, kami telah menjelajah dalam DUN Pilah dan telah menyampaikan sumbangan-sumbangan tersebut, dan InsyaAllah akan dilanjutkan lagi pada pengakhir bulan yang mulia ini. Semoga dengan itu mereka akan turut sama merasakan kegimbiraan dan melahirkan pula kepatuhan dan ketaatan kepada Alllah SWT. Kepada para dermawan yang ingin turut sama menyertai kami, silalah hubungi kami dengan kadar segera, supaya kita dapat mengembirakan hati-hati mereka dibulan ini dan juga bulan Syawal yang menjelang tiba.

Menahan diri dari makan dan minum, yang menyebabkan sedikit keletihan anggota badan tidak menggugat kesungguhan Anggota Keadilan Kuala Pilah untuk terus merancang, dan rancangan utama sudah pasti menawan Kuala Pilah dalam Pilihan Raya yang akan datang. Pelbagai aktiviti sudah dilakukan kebelakangan ini, dan yang terdekat juga akan dilaksanakan bulan ini. Persediaan menghadapi Mesyuarat Agung Tahunan Cabang dengan format baru yang melambangkan Pendemokrasian Parti, merupakan suatu yang baru, terutama pihak sekretariat Cabang. Keahlian diperingkat akar umbi (Ranting) juga berpeluang untuk menentukan pilihan hati memilih pimpinan di peringkat pusat, dan sekali gus mencerminkan bahawa Parti Keadilan Rakyat bersedia memberikan kuasa penuh kepada RAKYAT sebagai kuasa KERAMAT. Oleh yang demikian, diharap kesemua ahli cabang Kuala Pilah tidak melepaskan peluang ini, kerana proses demokrasi memberi ruang kepada ahli-ahli yang selama ini hanya diberikan kepada mereka yang dinamakan PERWAKILAN Cabang memilih pimpinan Parti, dan disatu pihak yang lain mereka yang dinamakan PERWAKILAN ini merupakan ANAK EMAS kepada para calun yang ingin bertanding diperingat tertinggi Parti itu dengan tawaran wang yang sangat lumayan.

Bersedialah para anggota Cabang Kuala Pilah dalam melangkah keera baru berpolitik dalam misi "SELAMATKAN MALAYSIA".

(Hazman Hashim)