Rabu, 30 Disember 2009

31 Dis 2009, aksi anak muda

S olidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memandang serius isu penyeludupan wang (haram) RM 10 juta mengaitkan Menteri Besar Negeri Sembilan. Jenayah ini merupakan pengkhianatan terhadap (ekonomi) negara yang menjejaskan rakyat terbanyak. Itu hanyalah apa yang dapat dikesan berdasarkan pembatalan lesen pengurup wang yang menguruskan penghantaran tersebut. Bayangkan jumlah yang masih belum boleh dikesan.

SAMM telah membuat sidang media mendedahkan perkara ini, malangnya hanya sebahagian akhbar berbahasa cina sahaja yang berani mengeluarkan cerita ini sebaliknya majoriti media khususnya arus perdana tidak mengeluarkan pendedahan ini kerana arahan tangan ghaib.

Satu laporan rasmi (sila klik) telah dibuat malangnya pihak berkuasa hanya membakul sampahkan laporan tersebut dan apabila diminta respon terus tidak melayan. Kami sudah desak sehingga pertanyaan mengenai perkara ini dibangkitkan didalan DUN NS malangnya MB NS tidak memjawab dan membisu.........

Rakyat perlu disedarkan hakikat sebenar.... Rakyat perlu diselamatkan dari pengkhianatan....

Kami telah menghantar makluman kepada pihak polis Seremban (sila klik). Satu sidang media khas dan aksi anak muda akan dibuat oleh SAMM pada 31 Dis 2009 (hari Khamis) bagi mendesak perkara ini diselesaikan.

sebarang pertanyaan sila hubungi 0123696474 (Norazizi, penyelaras SAMM NS)

Selasa, 29 Disember 2009

DIAMBANG 2010

K ita akan sampai kepenghujung tahun 2009 dan tinggal beberapa hari lagi melangkah ke tahun 2010. Merenung kembali episod sebelum ini, mungkin terlalu banyak yang perlu dikoreksi dalam mencapai cita-cita merobah pemikiran masyarakat bagi menyokong gerakan pembaharuan berpolitik terutama di Kuala Pilah, kerana terlalu sukar untuk memutar pola pemikiran mereka yang sudah kaku dan membeku dengan begitu lama, namun ibarat air yang menitik diatas batu, ia akan memberikan kesan jua. Oleh Yang demikian, kepada seluruh aktivis reformasi, kami serukan teruskan usaha kerana senjata telah ditimang, pandangan sudah ditumpukan kesegenap arah, kaki telah mula melangkah menuju perjuangan yang luas. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepengkal lengan. Semoga, tahun mendatang adalah kejayaan buat kita. Wassalam.

Rabu, 23 Disember 2009

ISU QAZAF: SYEIKH YUSUF QARADAWI BELA ANWAR

S aya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim. Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat. Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”

- Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi , 19 Disember 2009

Dari The Malaysian Insider

PETALING JAYA, Dis 23 — Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Prof Dr. Yusuf Al-Qaradawi yang menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah baru-baru ini, dikatakan mahu membawa isu pendakwaan qazaf berkaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang belum lagi dijalankan ke peringkat antarabangsa.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noorin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata jaminan itu diberikan oleh Dr. Yusuf kelmarin ketika mengadakan pertemuan dengan Anwar, keluarga dan peguam-peguamnya di ibu negara.

“Dalam berbual itu, isu persoalan sistem Mahkamah Syariah di Malaysia menjadi topik perbincangan, Sheikh Yusuf menyatakan kekesalannya kerana isu pendakwaan qazaf berkaitan Datuk Seri Anwar tidak dijalankan lagi.

“Lalu kami menjelaskan kepada beliau tentang dwisistem yang kita amalkan. Tetapi malang kerana Ketua Pendakwa Syarie Kuala Lumpur memilih untuk menunggu kes pertuduhan di Mahkamah Jenayah Sivil selesai sedangkan ia akan mengambil masa bertahun-tahun.

“Sedangkan persoalan qazaf patut dibicarakan dahulu kerana ia menyentuh kewibawaan dan kredibiliti si penuduh. Kalau ia disabitkan dengan qazaf, maka kata Sheikh Yusuf, persaksian si penuduh tidak boleh diterima selama-lamanya kerana ia termasuk golongan fasiq,” katanya.

Sehubungan itu kata Zulkifli, Ketua Pendakwa Syarie perlu menyedari keperluan tersebut dan wajib menegakkan hukum Islam, bukan sekadar menjadi “tukang na’am” kepada pihak tertentu.

“Saya dapat melihat kekesalan yang amat sangat di wajah Sheikh Yusuf, agaknya dia mula kesal menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah yang diberikan kepadanya?

“Dan, paling mengejutkan saya bila Sheikh Yusuf menegaskan bahawa beliau tidak akan berdiam diri dalam hal ini. Malah beliau berjanji akan membawa isu ini ke peringkat ulama antarabangsa, sesuai dengan kedudukan beliau sebagai pengerusi majlis ulama sedunia,” katanya.

Zulkifli berkata Dr. Yusuf juga menyarankan beliau supaya menemui beberapa tokoh dan ilmuan syarie peringkat dunia untuk mendapatkan pandangan dan fatwa mereka.

Anwar, 62, yang juga penasihat PKR membuat laporan di bawah kesalahan qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, yang mendakwa bekas majikan itu telah meliwatnya Jun 2008.

Kesnya kini didengar di mahkamah sivil.

Selasa, 22 Disember 2009

PM: TIADA NIAT TUTUP KES

P erdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak telah berkata, "kerajaan tidak berhasrat untuk menutup kes kehilangan engin pesawat milik TUDM". Katanya lagi, "kita telah pergi kepada polis ketika itu saya adalah menteri yang berkenaan, saya membuat keputusan bahawa kita perlu membuat laporan polis". Kehilangan engin F-5E berlaku pada tahun 2007, bermakna sudah dua tahun berlalu. Kita ucap syabas kepada PM kerana tidak akan menutup kes tersebut, dan kes ini dibongkar oleh golongan bawahan, jika tidak dibongkar, selama itu kes ini akan tertutup. Oleh Kerana kes ini sudah terbongkar, maka PMpun berkatalah ia sudah buat laporan kepada Polis, maka sudah dua tahun ia melapor, tetapi apa tindakan daripada pihak polis, tidak diketahui kerana tiada laporan kepada umum. Mungkin pihak Polis juga akan berkata "kita tidak akan menutup kes ini, dan mereka yang terbabit akan didakwa ke Mahkamah", mungkin juga untuk tempoh yang lebih lama lagi dari kejadiah kehilangan engin tersebut sehingga kes ini terbongkar. Dilaporkan juga bukan 1 buah engin yang hilang tetapi dua buah, yang setiap satunya bernilai RM50 juta. Jika difikir dengan akal yang waras, adalah amat mustahil dan sukar untuk mencuri dan menjual engin bernilai itu keluar negara, tetapi oleh kerana ada slogan MALAYSIA BOLEH, maka yang mustahil dan sukar boleh jadi BOLEH.

Isnin, 21 Disember 2009

PENGIKTIRAFAN KEPADA PEJUANG DEMOKRASI

I nternational Association of Political Consultants merupakan sebuah organisasi yang dianggotai ramai tokoh politik serta penasihat hal ehwal pentadbiran. Ahlinya berjumlah lebih dari 100 orang, merupakan mereka yang gigih memperjuangkan demokrasi dan berasal baik dari benua Asia, Timur Tengah, Eropah, Afrika, Amerika Utara dan Amerika Selatan. Setiap tahun organisasi tersebut menganugerahkan Pingat Demokrasi kepada individu yang dirasakan layak kerana kegigihan memperjuangkan keadilan dan menentang kezaliman. Antara mereka yang diberi pengiktirafan sebelum ini ialah Nelson Mandela diikuti dengan Morgan Tsvangerai masing – masing dari Afrika Selatan ,Seterusnya Martin Lee dari Hong Kong dan paling akhir pada tahun 2007 untuk rakyat Indonesia diterima oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Makanya dengan rasa penuh syukur dan sadar, saya berbesar hati apabila IAPC menganugerahkan pingat tersebut kepada saya. Pengiktirafan tersebut merupakan satu penghargaan kepada seluruh pejuang demokrasi dan keadilan di Malaysia yang tidak pernah mengenal lelah. Ianya juga menjadi pendorong kepada saya untuk terus berusaha membawa Perubahan kepada yang lebih baik buat rakyat Malaysia.

Majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam itu dihadiri juga Tan Sri Khalid Ibrahim, Azizah, ahli majlis mesyuarat negeri, ahli parlimen, dan pegawai kerajaan negeri. Majlis pastinya lebih bermakna sekiranya rakan saya dari IAPC, sdr Robert Murdoch, turut sama meraikannya.

ANWAR IBRAHIM

Khamis, 17 Disember 2009

ARTIS SAJA ......

A hli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin semalam menafikan bahawa beliau akan berkahwin dengan pelakon terkenal tanah air, Zizie Ezette. “Saya tidak cukup kacak untuk beliau,” kata wakil rakyat Barisan Nasional itu dalam akhbar tempatan. Lazimnya dikalangan mereka itu, apa yang dinafikan itu, itulah yang benar. Kita saksikan nanti episod selanjutnya dan saya tidak melanjutkan ulasan supaya tidak dikatakan memfitnah. Artis sajaa nampaknya......

BOLASEPAK MALAYSIA MULA BANGKIT?

A khirnya penantian selama 20 tahun untuk muncul juara Bolasepak sukan SEA dan mengesahkan sebagai kuasa bolasepak di Asia Tenggara tergapai petang tadi, dengan pasukan bawah 23tahun Malaysia menewaskan Vietnam dengan 1-0, walaupun tidak ada seorangpun pemain Malaysia yang menjaringkan gol dalam perlawanan akhir itu. Sebulan sebelum ini, rakyat Negeri Sembilan meraikan kemenangan pasukan Negeri dalam Piala Malaysia, dan kali ini seluruh Negara pula meraikannya di Temasya Sukan SEA. Sekalung tahniah diucapkan kepada pemain-pemain Malaysia dengan harapan mereka akan mengembalikan kegemilangan sukan bolasepak negara.

Isnin, 14 Disember 2009

BALA 1 MALAYSIA ?

S eorang pelanggan mengunjungi kantor saya pagi tadi sambil bersungut-sungut dan mengadu bahawa beliau kehilangan dompetnya, didalamnya mengandungi Kad Pengenalan, Lesen Memandu, Kad ATM dan beberapa puluh ringgit. Beliau berusaha mencarinya tetapi tidak ditemui. Hari ini beliau ke Pejabat Pendaftaran Negara Kuala Pilah untuk melaporkan kehilangan Kad Pengenalannya, dan beliau terkejut beruk dan dimaklumkan bahawa mengikut catitan JPN kehilangan telah berlaku sebanyak 4 kali dan didenda sebanyak RM 350.00 bagi menggantikan Kad baru. Oleh kerana tidak mempunyai wang yang cukup, hasrat untuk memohon mengganti kad yang hilang ditangguhkan dan beliau terus menemui saya untuk menceritakan masalahnya itu, katanya lagi itu belum lagi dengan denda yang pasti akan dikenakan JPJ dan Bank. Sudahlah hidupnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Beliaupun bukan sengaja menghilangkan dompetnya dan jauh sekali menjual Kad Pengenalannya kepada pendatang asing. Orang sepertinya yang hanya seorang pemotong rumput sangat merasakan bahawa penghidupan dinegara ini semakin menghimpit dan menyeksakan, sehingga tersembur kata-kata inikah dia SATU MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN-PENCAPAIAN DIUTAMAKAN?

Ahad, 13 Disember 2009

MEMILUKAN DI JELEBU

D ua beradik maut termasuk pemandu lori tangki minyak yang terbabas lalu merempuh sebuah rumah di Kampung Ulu Klawang 9 pagi semalam. Ibu kedua beranak tersebut memberitahu bahawa beliau telah membuat pengaduan kepada Kerajaan Negeri Sembilan supaya meluruskan jalan maut itu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku, kerana sebelum ini sebuah treler pernah terbabit dengan kemalangan dikawasan tersebut yang terletak dikawasan selekoh merbahaya.
Igauan ngeri ibu itu menjadi kenyataan semalam dengan kedua anaknya terkorban apabila rempuhan lori tangki minyak tersebut terbakar yang memusnahkan juga rumah beliau. Beliau kebetulan pada waktu yang sama menghadiri Kursus Keusahawanan anjuran Biro Ekonomi UMNO Jelebu dan bergegas pulang apabila menerima panggilan mengenai kejadian itu Sayang sekali gesaannya agar kerajaan Negeri Sembilan segera meluruskan jalan itu tidak mendapat maklumbalas segera sehingga kejadian malang itu berlaku.

Sabtu, 12 Disember 2009

Malaysia jadi negara 'sumpahan minyak'

B ekas Menteri Kewangan, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah berkata, Malaysia sudah menjadi negara ’sumpahan minyak’ di mana hasil buminya itu tidak digunakan untuk tujuan asal penubuhan Petronas, tetapi dibazirkan kerajaan.


Menurutnya, hasil minyak yang sepatutnya menjadi warisan kekayaan untuk semua rakyat Malaysia dan generasi akan datang, sebaliknya digunakan untuk menunjangi pemerintahan autoritarian, menghakis Demokrasi Berperlembagaan dan korup keseluruhan golongan elit politik dan perniagaan.

“Pada tahun 1974, sewaktu saya mengasaskan Petronas, saya tidak menyangka suatu hari nanti saya akan merasa lebih baik kita tidak menemui kekayaan tersebut,” katanya sewaktu berucap di sidang kemuncak ahli korporat muda Malaysia di Menara Integriti, di sini, semalam.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, anugerah minyak yang sepatutnya digunakan untuk memacu peralihan negara kepada masyarakat yang lebih terpelajar, kini hanya simbol kosong seperti Menara Petronas.

“Tujuan awal penggunaan simpanan minyak Malaysia ialah untuk membantu negara melonjak daripada ekonomi yang berasaskan komoditi dan pemasangan kos rendah, kepada ekonomi yang lebih dipelbagaikan, berasaskan kepada pekerjaan berpendapatan tinggi,” kata bekas Naib Presiden UMNO itu.

Tengku Razaleigh berkata, hasil minyak negara yang sepatutnya digunakan mengikut rancangan sewaktu Petronas ditubuhkan menjadi dana yang dibelanjakan sesuka hati oleh sesiapa saja yang mentadbir negara, tanpa sebarang pertanggungjawaban.

“Kekayaan minyak negara dibazirkan dan digunakan untuk menyelamatkan syarikat yang gagal.

“Perolehan minyak tidak digunakan untuk membasmi kemiskinan di negeri-negeri miskin, sebaliknya disalurkan untuk tujuan politik dan golongan yang ada kaitan dengan politik,” katanya.
(Sumber: http://www.sinarharian.com.my/)

Wacana Perdana: Islam Di Malaysia - Realiti

Wacana Perdana: Islam Di Malaysia - Realiti & Harapan

Posted using ShareThis

Jumaat, 4 Disember 2009

PULUHAN RIBU SOKONG TH NIK AZIZ

P usat bandar Kota Bharu penuh sesak dengan kebanjiran lautan manusia menghadiri perhimpunan menyokong kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Apa yang jelas ia ratusan kali ganda lebih ramai berbanding demontrasi mendesak Menteri Besar Kelantan meletak jawatan di hadapan Kota Darulnamim Selasa lalu, kata Ketua Penerangan PAS, Ahmad Baihaki Atiqullah.
Berita lanjut di SIASAH