Jumaat, 20 Julai 2012

KEADILAN KUALA PILAH BHUAT LAPORAN POLIS

KEADILAN CABANG KUALA PILAH hari ini (20hb. Julai 2012) telah membuat Aduan Polis petang tadi jam 4.30 petang berikutan pencerobohan dan memusnahkan Kain Rentang di Jemapoh dalam kawasan persendirian pada 18hb. Julai yang lalu. Pencerobohan yang dilakukan antara jam 2 hingga 3 pagi disedari oleh rakan-rakan PAKATAN RAKYAT sebelah siangnya. Sebelum itu pihak MDKP telah mengarahkan Penguatkuasanya untuk meruntuhkan Kain Rentang tersebut dalam masa 24 jam daripada tarikh surat dikeluarkan walaupun ia dirikan atas kawasan persendirian.

Jumaat, 13 Julai 2012

GERBANG KEADILAN JAWAB PRINCE OF KUALA PILAH



Saya sebenarnya malas untuk melayan PRINCE OF KUALA PILAH bertarikh Friday, 18 May 2012 di http://princeofpilah.blogspot.com/2012/05/bongkar-penipuan-pkr-kpilah.html . Tetapi memandangkan ia bersifat mengusik dan menguji, saya ambil masa sedikit untuk melayan anak berkarenah ini, supaya beliau dan sekutunya boleh berfikir matang dan jangan cuba bermain-main dengan saya untuk menegakkan benang basah bagi kepenting Politik yang beliau sokong.

Saya nampak Prince Of Kuala Pilah cuba mengintai-intai atau boleh saya istilahkan benci tapi rindu kepada kegiatan Pakatan Rakyat Kuala Pilah, dan membuat ulasan seperti beliau lebih tahu dan arif daripada DAP Kuala Pilah tentang program yang dijalankan pada 17hb. Mei 2012 itu.

Apabila Prince Of Kuala Pilah dalam blognya memberikan tajuk “MEMBONGKAR PENIPUAN PKR KUALA PILAH”... saya menjangkakan, beliau akan membongkarkan sesuatu yang amat besar dan sensasi, tetapi apabila membaca tulisannya, ia ibarat HAMPAS yang tidak membawa sebarang erti. Dalam ertikata lain, beliau cuba mencari publisiti murah dengan memain isu yang amat remeh. Mungkin, Blog Prince Of Kuala Pilah tidak mendapat sambutan, dan cara mudah untuk menarik mata orang ramai, beliau canangkan sesuatu agar orang ramai memandang kepada beliau. Mainan sebagi amat murahnya.

Mungkin Prince Of Kuala Pilah baru berjinak-jinak dengan dunia penulisan, maka itu tulisannya tersasar jauh dan analisanya mengenai Program DAP pada hari tersebut yang hanya bersandar kepada 2 keping gambar yang saya Post dalam Gerbang Keadilan amat cetek dan dangkal dan saya tidak mahu mengulasnya.

Prince Of Kuala Pilah juga menegaskan bahawa beliau amat mengenali anak-anak tempatan Kuala Pilah dan mengenali teman-teman dari DAP dan tidak ada seorangpun yang menghadiri program tersebut. Katanya lagi: Kebanyakkannya ketika dihubungi turut mengatakan akan menolak penubuhan tersebut kerana tidak menghormati mereka sebagai ahli senoir DAP di Kuala Pilah.

Telah saya nyatakan diatas, mungkin Prince Of Kuala Pilah ada sikap “benci tapi rindu” kepada PAKATAN Rakyat Kuala Pilah dan menyibuk-nyibuk mencampuri urusan DAP dan memberi ulasan seperti beliau yang lebih arif dari anggota DAP sendiri. Umumpun sudah mengetahi bertapa UMNO dan pimpinannya amat fobia dengan kemaraan DAP bersama dengan Pakatan Rakyat malah menuduh DAP sebagai agen Komunis dan ingin membuang Raja-raja Melayu, tetapi sejak bila pula Prince Of Kuala Pilah mengenali teman-teman DAP Kuala Pilah termasuk juga YB Anthony Loke dan membincangkan hal-ehwal dalaman DAP?

Prince Of Kuala Pilah seperti burung kakak Tua, menuturkan apa yang orang kata, tetapi tidak memahami apa yang dituturkan. Sebab itu apa yang telah dilakukan oleh DAP Kuala Pilah pada hari tersebut beliau tidak boleh menerima dan enggan memahaminya.

Amat pelik dan hairannya sikap Prince Of Kuala Pilah atau beliau memang rela untuk jadi sedemikian. Oleh yang demikian, lain kali bila menulis berhati-hati supaya ia tidak mencucuk mata sendiri.