Selasa, 14 Disember 2010

Langkah Mula Yang Tepat

Malam tadi satu pertemuan di antara ketua-ketua cabang Negeri Sembilan bersama dengan Naib Presiden KEADILAN yang baru YB Nurul Izzah. Tujuannya ialah untuk mendapat pandangan tentang siapakah yang patut dilantik Pengerusi MPN sessi 2010-20113 nanti. Alhamdulillah semua ketua cabang hadir kecuali Rembau diwakili oleh Timbalannya.
Tindakan KEADILAN pusat mendapat pandangan ketua-ketua cabang ini adalah pertama kali berlaku di Negeri Sembilan sepanjang parti ini ditubuhkan. Ini adalah langkah tepat, kerana sebagai parti yang berjiwa rakyat dan mendaulatkat rakyat adalah wajar pihak pimpinan mendapat pandangan dari jentera cabang. Inilah yang selalu dirungutkan oleh kepimpinan cabang sepanjang ini. Budaya muafakat ini harus dikembangkan dan menjadi asas dalam menggerakkan parti ini.
Perbincangan berjalan kira-kira satu jam setengah dengan suasana kordial dan mesra. Setiap ketua cabang diminta memberi padangan serta cadangan tentang siapakah yang patut dilantik sebagai pengerusi MPN. Masing-masing memberikan pandangan dan cadangan dengan bebas, tanpa ragu dan yang jelas dengan kematangan. Walaupun ada berbeza pandangan dan cadangan hubungan setiakawan tetap dihormati dan dipegang kuat.
YB Nurul Izzah sekadar merakam dan mengangkat semua pandangan untuk pertimbangan Presiden.
Tahniah teman-teman!