Rabu, 31 Disember 2008

PERBEZAAN TANGGAPAN

Ada seorang ayah yang akhir usianya di hadapan Istri berpesan DUA hal kepada 2 anak laki-lakinya :

- Pertama : Jangan menagih hutang kepada orang yang berhutang.
- Kedua : Jika pergi ke kedai jualan jangan sampai muka terkena sinar matahari.

Waktu berjalan terus. Dan kenyataan terjadi, bahwa beberapa tahun setelah ayahnya meninggal anak yang sulung bertambah kaya sedang yang bungsu menjadi semakin miskin.

Pada suatu hari si ibu bertanyakan hal itu kepada mereka.

Jawab anak yang bungsu:
"Ini karena saya mengikuti pesan ayah. Ayah berpesan bahwa saya tidak boleh menagih hutang kepada orang yang berhutang kepadaku, akibatnya modalku susut karena orang yang berhutang kepadaku tidak membayar sementara aku tidak boleh menagih".

"Juga Ayah berpesan supaya kalau pergi atau pulang dari rumah ke kedai jualan dan sebaliknya tidak boleh terkena cahaya matahari. Akibatnya saya harus naik kenderaan, padahal boleh berjalan kaki sahaja, tetapi karena pesan ayah itu, akibatnya perbelanjaanku bertambah banyak".

Kepada anak yang sulung yang bertambah kaya, si ibu pun bertanya hal yang sama.

Jawab anak sulung :
"Ini semua adalah karena saya mentaati pesan ayah. Karena Ayah berpesan supaya saya tidak menagih kepada orang yang berhutang kepada saya, maka saya tidak pernah memberi hutang sehingga dengan demikian modal tidak pernah susut".

"Juga Ayah berpesan agar supaya jika saya berangkat ke kedai jualan atau pulang tidak boleh terkena sinar matahari, maka saya berangkat sebelum matahari terbit dan pulang sesudah matahari terbenam.

Oleh itu kedai saya buka sebelum kedai lain buka, dan tutup lewat sesudah kedai yang lain tutup."

"Sehingga, orangramai tahu dan kedaiku menjadi laris dan maju, karena mempunyai jadual kerja yang lebih lama".

MORALNYA:
Kisah diatas menunjukkan bagaimana sebuah kalimat digarap dengan presepsi yang berbeda. Jika kita melihat dengan anggapan positif maka segala kesulitan sebenarnya adalah sebuah perjalanan membuat kita berjaya tetapi kita boleh juga terhanyut dengan adanya kesulitan karena kelalaian kita... pilihan ada di tangan anda.

'Berusahalah melakukan hal biasa dengan cara yang luar biasa' (Palano)

Selasa, 30 Disember 2008

KENYATAAN MEDIA AMK TERENGGANU

AMK ALUKAN KEHADIRAN EZAM BERSAMA 6 KOTAK

AMK Negeri Terengganu mengalukan kehadiran Sdr. Ezam Mohd. Nor yang telah dijemput oleh YB Senator Wan Farid Wan Salleh Calon Barisan Nasional P036 Kuala Terengganu bagi membantu kempen Barisan Nasional .

AMK Negeri Terengganu meminta supaya Ezam datang bersama 6 kotak yang pernah didakwa oleh beliau berkaitan rasuah dan penyelewengan pimpinan UMNO dan BN . Rakyat seluruh Malaysia pernah diberitahu oleh beliau sewaktu menjadi Ketua AMK Malaysia mempunyai 6 kotak bukti rasuah dan penyelewangan UMNO /BN .

Sekiranya beliau yang masih terus konsisten dan serius dalam menentang rasuah sudah pasti ini medan yang terbaik untuk mendedahkannya . Rahsia 6 kotak tersebut masih terus menjadi rahsia yang masih ditutup oleh Ezam . Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah pun dibentuk dan diluluskan oleh Parlimen seharusnya digunakan sebaik mungkin untuk mendedahkan kekotoran dalam UMNO / BN .

Integriti dan kredibiliti Ezam akan kembali pulih selepas menyertai UMNO semula dengan mendedahkan 6 kotak dokumen rasuah dan penyelewengan UMNO / BN. Ini adalah kerana antara alasan beliau menyertai UMNO semula adalah kerana menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi menentang rasuah .

Para Pengundi P036 Kuala Terengganu sedang menanti kehadiran Ezam bersama 6 kotak yang diwar-warkan.

FARIZ MUSA
Ketua AMK Negeri Terengganu
Tarikh : 29 Disember 2008

Isnin, 29 Disember 2008

ALMARHUM TUANKU JA'AFAR SELAMAT DISEMADIKAN

Jenazah Almarhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman selamat disemadikan di Makam Di Raja Seri Menanti petang ini dengan menaiki Maharaja Diraja (kenderaan khas untuk membawa jenazah) dari Balai Rong Seri, Istana Seri Menanti ke Makam Di Raja Seri Menanti. diiringi 86 das tembakan meriam. Ribuan rakyat jelata mengunjungi pekan di Raja Seri Menanti untuk menyaksikan Istiadat pengkebumian tersebut. Sebelum itu pada jam 3.30 petang, di Balai Rong Seri, Majlis Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11, Tunku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir 59 tahun dibuat oleh Undang Luak Sungai Ujong Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak. Tuanku Mukhriz dilahirkan pada 14 Jan 1948 mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah King George V, Seremban dan menyambung pengajiannya di Aldenhem School, United Kingdom. Baginda memperoleh Sarjana Muda Undang-undang dari University College of Wales, Aberystwyth, United Kingdom.
Jenazah didahului dengan Dato' Dato' Adat
Pergerakan kenderaan yang membawa jenazah Almarhum
ke Makam Diraja itu diiringi 86 das tembakan.


Ribuan rakyat jelata di Makam Di Raja

Upacara pengkebumi dilangsungkan.

Yang Di Pertuan Besar Ke-11

Keluarga Besar keADILan Kuala Pilah merafak sembah kebawah Yang Dipertuan Besar yang ke-11, Tuanku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir semoga mendapat rahmat dan keberkatan Allah SWT dalam pemerintah Baginda dan membawa Negeri Sembilan kearah sejahteraan, kemakmuran dan keadilan.

Ahad, 28 Disember 2008

PENGHORMATAN TERAKHIR KEADILAN

Keadilan Negeri Sembilan diketuai oleh Pengerusi Perhubungan Dato' Kamarul Arifin Abas disertai lain-lain pimpinan Bahagian melakukan Ziarah/Penghormatan terakhir pada jam 1.30 tengahari semalam (Ahad) kepada Almarhum Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman di Dewan Balai Rong Seri, Istana Besar Seri Menanti. Istiadat pemakaman jenazah Almarhum Baginda akan diadakan hari ini (Isnin) selepas solat asar.

Sabtu, 27 Disember 2008

YANG DIPERTUAN BESAR MANGKAT


Dengan pernyataan yang amat sedih dan sayu, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja’afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) pada kira-kira pukul 11.45 pagi ini. Jenazah Almarhum Baginda akan ditempatkan di Dewan Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, untuk penghormatan terakhir daripada kerabat Diraja, pemimpin dan orang ramai. Istiadat pengebumian jenazah Almarhum baginda akan diadakan pada hari Isnin depan selepas solat asar. Ketua dan Ahli Jawatan Kuasa Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kuala Pilah menyembahkan ucapan belasungkawa kepada Tunku Ampuan Negeri Sembilan, Tuanku Najihah Binti Tuanku Burhanuddin dan semua kerabat Di Raja di atas kemangkatan Baginda. Kita mendoakan semoga ruh Baginda dihimpunkan bersama orang-orang yang beriman. "Sesungguhnya hak Allah adalah mengambil sesuatu dan memberikan sesuatu. Segala sesuatu yang disisiNya dibatasi dengan ajal yang ditentukan, oleh itu bersabarlah dan carilah redha Allah". Amin!

Khamis, 25 Disember 2008

SEMINAR SEHARUM BAHAGIAN KUALA PILAH

Seminar SEHARUM Peringkat Bahagian Kuala Pilah telah diadakan hari ini 25hb. Disember 2008 bertempat di Pejabat Keadilan Bahagian Kuala Pilah bermula jam 9.30 pagi. Seminar setengah hari tersebut telah dihadiri seramai 53 orang pemimpin teras dari Bahagian dan cawangan-cawangan. Seminar dimulakan dengan ice-breaking oleh Tuan Haji Baharom Abu Bakar dan hanya satu pembentangan kertas kerja oleh Ybhg. Sdr Romli Ishak bertajuk "Lima Janji Harapan Baru". Seminar ini memberikan keyakinan diri kepada para peserta supaya dapat memberikan khidmat secara lebih produktif, cemerlang dan berkesan melalui kesedaran berkerja sebagai satu pasukan. Selain itu mendedahkan juga pimpinan peringkat Bahagian dan Cawangan dengan kemahiran strategik kepimpinan. Seminar telah dirasmi tutup oleh Pengerusi Perhubungan Negeri, YB Dato' Kamarul Arifin Abas jam 3.00 petang.


Rabu, 24 Disember 2008

SELAMAT DATANG BERSAMA PAKATAN RAKYAT

Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kuala Pilah mengalu-alukan kemasukan Bekas Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Datuk Zahar Hashim ke dalam PAS semalam. Menurut Datuk Zahar seramai 28 ketua cawangan, dan 13 ahli jawatankuasa bahagian berkenaan akan mengikut jejak langkahnya menyertai PAS. Datuk Zahar digantung jawatan ketua Umno Bahagian awal bulan ini kerana mengkritik pemimpin utama UMNO, termasuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya Datuk Seri Najib Razak menyalahgunakan kuasa dalam satu pertemuan dengan ketua-ketua Bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Kita berharap kemasukan beliau itu akan membuka ruang yang lebih luas lagi kepada pemimpin-pemimpin UMNO untuk bersama Pakatan Rakyat, dan tidak ketinggalan kita menyeru rakan-rakan UMNO di Kuala Pilah untuk bersama kita membina Malaysia yang lebih gemilang. Wassalam.

Isnin, 22 Disember 2008

"AKU BUKAN MUSUH HARTA" DIGAM

‘Aku Bukan Musuh Harta’, lagu dari nukilan puisi Dr Asri Zainul Abidin yang juga bekas Mufti Perlis tidak mendapat kelulusan dari pihak RTM untuk siaran. Lagu ini merupakan salah satu dari 8 buah lagu puisi Dr Asri yang dimuatkan di dalam album ‘Yang Benar Tetap Benar.’ Lagu ‘Aku Bukan Musuh Harta’ yang dinyanyikan oleh kumpulan Kopratasa difahamkan tidak mendapat kelulusan kerana liriknya. Dikala masyarakat kehausan untuk mencari jalan murni bagi mengharungi liku-liku kehidupan, RTM mengambil langkah kebelakang dengan mengam puisi tersebut, yang demikian RTM masih tidak lagi berubah dan asyik melenakan penuntunnya dengan alunan lagu cinta.

BLOG PUTERA UMNO KUALA PILAH

Kita telah dilawati oleh puteraumnokualapilah.blogspot.com dan saya kesitu seperti yang dijemput. Saya terkejut kerana sebuah blog rasmi parti dominan bagi orang-orang Melayu khususnya di Kuala Pilah itu memaparkan sesuatu yang tidak benar dan bersifat provokasi tentang pimpinan PR. Kita juga mencadangkan kepada moderator blog tersebut agar membuka ruang komentar kepada umum untuk tatapan dan perbincangan.

Selasa, 16 Disember 2008

SEMINAR HARAPAN BARU UNTUK KUALA PILAH

Seminar SEHARUM (Seminar Harapan Baru Untuk Malaysia) Peringkat Bahagian Kuala Pilah akan diadakan pada hari Khamis 25hb. Disember 2008 akan datang, bermula jam 9.00 pagi hingga 2.30 petang di Pejabat Keadilan Kuala Pilah. Pimpinan PKR Bahagian, Ketua Angkatan Muda dan Wanita berserta Ahli Jawatankuasa, Pengerusi2 DUN dan 7 orang wakil bagi setiap DUN wajib hadir dan diminta mengenepikan soal lain untuk sementara waktu. Seminar ini memberi pendedahan 17 Perkara Tujuan dan Matlamat Perjuangan dan memberi kefahaman tugasan pimpinan Bahagian.

Rabu, 10 Disember 2008

MENYELUSURI PEMIKIRAN HAMKA

Ketika ini kita hangat memperkatakan pembahagian kek tidak sama rata, menyebabkan kegelisahan disanasini dan agenda perubahan harus segera berlaku demi menjamin kesejahteraan rakyat. Namun suara pembaharuan sudah lama berkemundang tapi dipandang sepi, yang berkait rapat dengan kehidupan seharian dan kadangkala menyentuh akidah, tetapi oleh kerana tidak melibatkan perut dan makanan, maka senyaplah ia. Nama HAMKA sering menjadi pujaan dan sanjungan kerana corak pemikiran kehadapan beliau. Tetapi apakah masyarakat menerima idea yang beliau bawa, atau yang lamo jo lah. Saya salinkan tulisan beliau dalam Kitab Tafsir Al-Azhar Juzuk 2 ms 54 berkaitan amalan yang sudah sebati dengan masyarakat Melayu.
"Syaitan masuk kedalam segala pintu menurut tingkat orang yang dimasuki, dan kebanyakkannya ialah kerana mencari makanan pengisi perut. Paling akhir syaitan berusaha supaya orang mengatakan terhadap Allah apa yang tidak mereka ketahui. Kalau orang yang ia sesatkan sampai tidak mengaku lagi adanya Allah, kerana telah mabuk dengan maksiat maka syaitan pun dapat menyeludup kedalam suasana keagamaan, sehingga lama kelamaan orang berani menambah agama, mengatakan peraturan Allah, padahal bukan dari Allah. Mengatakan dari Agama padahal bukan dari Agama. Lama-lama orangpun merasa itulah dia agama. Asalnya soal makanan juga.
Suatu misal, baru sahaja seorang mati, orang didalam rumah keluarganya telah repot. Bukan sibuk hendak segera menguburkan dimati, tetapi berbelanja kepasar, membeli sayuran, membeli lada garam, mencari kambing yang agak besar, bahkan kadang-kadang lembu atau kerbau untuk makan besar. Kata guru yang ada dikampung itu wajiblah simati itu sebelum diangkat kekubur didoakan terlebih dahulu, agar selamat dia berpulang ke akhirat. Untuk berdoa mereka itu makan besar! Kadaang-kadang makan besar sebelum berangkat, atau makan besar pulang dari kubur. Apakah ini agama? Terang-terang Hadits menerangkan bahawa perbuatan ini adalah haram. sama dengan meratap. Tetapi kalau dikampung itu juga ada orang kematian tidak mengadakan jamuan makan besar itu dituduhlah dia menyalahi peraturan agama. Dikatakan bahawa orang yang telah mati itu tidak diselamatkan, sebagai mati anjing saja. Kemudian, tidaklah putus makan-makan itu dihari ketiga, keempat, kelima, keenam, ketujuh, hari menembok kubur, hari keempat puluh setelah matinya, hari keseratus dan penutup hari yang keseribu. Dan ketika jenazah masih terbujur tadi juga seketika orang didekat jenazah orang memperkatakan beberapa tahun simati meninggalkan solat. Solat yang dia tinggalkan selama hidup itu boleh dibayar fidyahnya kepada "pengurus-pengurus" agama yang hadir ketika itu. Kadang-kadang terjadi tawar menawar. Sejak bila mereka menerima perwakilan Allah buat menerima beras yang dinamai fidyah itu? Padahal tidaklah masuk akal bahawa solat sebagai tiang agama dapat dibayar dengan beras, dengan tawar menawar. Bukan saja tidak masuk akal, tetapi tidak ada sama sekali dalam syara'. Demikian pintarnya syaitan, sehingga jika ada orang yang berani menegur, mereka yang menegur itulah yang akan dituduh kaum muda yang mengubah-gubah agama dan membongkar-bongkar masaalah khilafiyah.
Belum cukup hingga itu sahaja, seketika jenazah itu telah dihantar bersama-sama kekubur, orang membacakan salawat atau bacaan-bacaan yang lain dengan suara keras mengiringi jenazah itu, dihadapan terbanglah payung, disamping itu ada pula pedupan yang asap kemeyan ke langit. Padahal semua itu bukan agama. Tetapi siapa yang menegur akan disalahkan mengubah-gubah agama. Belum cukup hingga itu saja. Sesampai dikubur terjadilah apa yang dinamakan talkin mayat. Tentang talkin itu sendiri memang ada khilafiyahnya. Tetapi dibeberapa tempat telah membawa bahaya besar jika hal itu dibuka-buka. Sebab ada orang yang mengharapkan makan dan pakaian dari talkin itu. Di dekat kuburan setelah kubur itu ditimbun dibentangkanlah kasur kecil, beralaskan tikar indah. Di situ duduk tukang membaca talkin dan membacakannya dengan suara yang merdu. Disediakan pula satu cerek yang mahal untuk menyiram kubur kelak dan disediakan pula satu helai kain sarung untuk dipakai tukang talkin seketika membacanya. Dan atas rayuan syaitan orang berkeras mengatakan bahawa itu adalah agama. Siapa yang tidak mengatakan dari agama, dia akan dituduh memecah persatuan!" InsyaAllah akan disambung lagi.

Selasa, 9 Disember 2008

TAKZIAH

Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kuala Pilah mengucapkan Takziah kepada keluarga Puan Zahara Abdullah Khalid dan Asmaon Basir kerana ibu mereka telah kembali ke RahmatulLah semalam 9hb. Dis. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas ruhnya. Amin.

Ahad, 7 Disember 2008

ENOUGH IS ENOUGH, STOP THE HILLSIDE PROJECTS-PM

4 maut dan 15 yang lain cedera di kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa Sabtu pagi semalam. Dalam reaksi segera Perdana Menteri menyatakan "enough is enough" dan "HENTIKAN SEGERA". Masihkah kita ingat beberapa tahun lalu, kejadian penggondolan tanah secara berleluasa yang melibatkan tanah seluas 1,200 hektar berhampiran Bukit Cerakah. Dalam reaksi yang sama Perdana Menteri Abdullah Badawi dengan pantas menyebut secara terbuka perkosaan yang berlaku terhadap Taman tersebut, dan beliau menyebut nama Menteri Besar ketika itu Khir Toyo dalam ucapannya. Beliau segera menaiki pesawat Nuri untuk meninjau sendiri penggondolan itu. Nah hari ini, "enough is enough" katanya. Mengulas kejadian terbaru di Bukit Antarabangsa kita petik kenyataan Dr. Benjamin George Pengerusi Jawatankuasa Pemilik dan Penghuni Highland Towers yang runtuh pada 11 Disember 1993 dalam Berita Harian hari ini (7 Dis). Beliau menyatakan bahawa "Kerajaan, pemaju dan masyarakat tidak pernah serik dengan kejadian tanah runtuh yang kerap berlaku serta tetap menjalankan pembangunan di kawasan cerun bukit". Katanya lagi, "Walaupun banyak kejadian berlaku, mereka tidak pernah belajar dari kejadian itu, sebaliknya terus mendirikan banglo, kondominium dan apartmen di kawasan lereng bukit dan cerun. Mereka tidak pernah memikirkan keselamatan orang ramai sebaliknya mementingkan duit dan keuntungan sehingga sanggup memperjudikan nyawa masyarakat. Mereka tidak seharusnya bercakap akan hentikan pembangunan di lereng bukit untuk mengaburi mata rakyat sebaliknya pada masa yang sama masih meluluskan permohonan pemaju untuk membangunkan kawasan berisiko tinggi. Kerajaan boleh bercakap bahawa pembangunan lereng bukit tidak akan dibenarkan lagi dalam masa terdekat ini, tetapi percayalah tiga atau lima tahun lagi, masih ada projek perumahan di lereng bukit". Amaran Perdana Menteri itu untuk kesekian kalinya tidak dipedulikan. Dalam hal ini juga apa peranan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, apakah Kementerian ini menjadi pembela kepada Pemaju atau Rakyat, tetapi dalam banyak siaran, rakyat nampaknya menjadi mangsa, projek perumahan banyak yang terbengkalai, sedang pemaju bebas dengan kemewahan walaupun telah diambil tindakan mahkamah dan dilindungi pula dengan Akta yang ada.

Sabtu, 6 Disember 2008

KETUA DAN AHLI JAWATANKUASA
PARTI KEADILAN RAKYAT BAHAGIAN KUALA PILAH
MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

DATUK SHAH RUKH KHAN

Tersenyum rianglah Yang Di Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob (Bekas Menteri Besar Pahang itu) dan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd. Ali Rustam kerana Shah Rukh Khan datang juga menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada pelakon Hindustan terkenal itu. Majlis penganugerahan telah tergendala 2 kali berikutan kegagalan pelakon itu hadir kerana kesibukannya, maka masygullah pemimpin itu dan rakyat negeri Melaka Maka pada hari Sabtu lalu riangrialah seluruh rakyat negeri Melaka kerana hero mereka datang dan berkerumunlah mereka menyaksikan hero mereka dan diaraklah ketempat-tempat menarik. Pelakon Hindustan itupun di Melayukan dengan Berbaju Melayu serba hitam, bersongkok, bertanjak dan berkeris, maka amat kacak lagi segak insan itu. Terpukau dan terpegunlah semua yang hadir memandang Shah Rukh Khan, dan tidaklah rugi dan sesia menganugerahkan insan itu dengan anugerah MULIA SERI MELAKA kerana dia akan menjaja Negeri Melaka seluruh dunia sebagai destinasi pelancongan menarik. Datuk-Datuk lain yang dianugerahkan pingat sebelum ini, terloponglah kerana tidak dilayan sebegitu rupa seperti menatang minyak yang penuh. Maka apabila terlihat wajah Shah Rukh Khan, anak-anak remaja, makcik-makcik menjerit-jerit semacam histeria kerana dapat menatap wajah hero itu. Hebat Shah Rukh Khan sehingga menambat hati kerajaan Negeri Melaka. Tersenyum lebarlah Datuk Seri Ali Rustam kerana hajatnya tercapai, tetapi Sokong Pakatan Rakyat mengatakan Datuk Seri Ali Rustam miskin idea? Kepada Tan Sri Abu Zahar Ujang yang menempelak anak-anak muda sebagai pemusnah bangsa, tidaklah perlu risau, kerana anak-anak ini hanya pemuja artis, seperti Shah Rukh Khan dan lain-lain, dan mereka itulah yang akan menjaja Malaysia keseluruh dunia, kerana inilah didikan yang Tan Sri dan rakan-rakan Tan Sri berikan.

Rabu, 3 Disember 2008

SIUMAN KE TIDAK?

Hasrat Ramlan Abu Bakar Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia untuk berbogel kerana tidak berpuas hati terhadap Kerajaan Negeri Selangor tetap akan diteruskan, kata beliau. Beliau juga mengistiharkan perang terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim kerana tidak berpuas hati dengan isu kemiskinan yang menghimpit rakyat Selangor. Beliau sudah mempunyai squad berani bogel yang akan bertindak dan menyerbu dimana sahaja Tan Sri Khalid berada.
Tindakan membela rakyat miskin dalam hal ini boleh kita terima, tetapi tindakan beliau untuk berbogel menjadi tanda tanya samada beliau seorang yang waras atau tidak. Biasanya tindakan berbogel dikhalayak hanya dilakukan oleh orang yang kurang atau tidak siuman langsung. Mungkin Ramlan tidak siuman sehingga tergamak untuk berbogel.
Dalam pengalaman yang pernah dilalui, pihak berkuasa akan mengambil tindakan menghalang atau sebagainya terhadap demonstran yang menentang UMNO atau Barisan Nasional, dan membiarkan demonstrasi berjalan lancar jika ia dilakukan oleh pihak yang bersekutu atau dilakukan sendiri oleh UMNO atau Barisan Nasional.
Dalam hal Ramlan ini bagaimanalah agaknya tindakan pihak Polis terutama FRU mengawal demonstrasi bogel itu. Membiarkan peserta bogel berdemonstrasi atau menghalang mereka. Tetapi jika pihak FRU cuba menghalang bagaimana caranya? Cuba kita banyangkan. Hah! Lucunya FRU mengejar orang berbogel, bukan sorang, ramai.
Kami tak upaya untuk halang Saudara Ramlan, kerana kamu kurang siuman !

Isnin, 1 Disember 2008

JANGAN SENTUH !!!!

Sesiapapun tak boleh sentuh peti keramat ini. Ia adalah puaka bagi orang-orang Melayu. Sesiapa yang cuba untuk membuka dan melihat isinya, maka mereka akan ditentang habis-habisan dengan keris pusaka nenek moyang Panca Warisan. Mereka adalah penderhaka kepada seluruh bangsa Melayu. Jangan cuba nak mengusik. Padah buruk akibatnya. Ingat baik-baik-baik pesanan ini. Nanti kamu akan dicop sebagai biadap, tidak tahu berterima kasih, lupa daratan dan tidak mengenang budi.
Kamu kaum kerabat kami, yang telah berjanji setia bersama dengan kami, jangan pergi jauh, kamu hanya boleh bermain disekeling laman ini saja, jangan lebih dari itu, jangan bermain dirumah Ahmad, Muthusamy dan Ah Chong disebelah sana, nanti kamu akan disampuk hantu jembalang. Ingat baik-baik, jangan main-jauh-jauh. Atau kamu akan dihumban kesuatu tempat yang tidak diketahui sesiapa. Maka kamu akan rasakan akibatnya tidak mendengar kata. Kamu mesti dengar kata aku sahaja, kerana hanya aku saja yang betul, yang lain tidak. Ingat pesanan datok ini untuk keselamatan, keamanan dan kemakmuran kamu.
Kamu jangan percaya dengan Ahmad itu, dia itu seperti Mat Jenin, suka berangan-angan. Orang hanya akan mentertawakannya dengan angan-angannya itu. Ah Chong itu pula tak sedar diri, sudahlah kaya, harta kitapun dia nak rampas. Dengan Muthusamy kamu jangan lupa dengan peribahasa kita.
Mari kamu semua, kita perasapkan PETI PUAKA itu dengan kemenyan.

Ahad, 30 November 2008

KONGRAS NASIONAL KALI KE-5

Hampir 10,000 Perwakilan dan pemerhati memenuhi Stadium Melawati bagi kongres tahunan KeADILan kali kelima yang berlangsung pada 29hb. November 2008 dengan tema Harapan Baru.

Turut hadir ialah Penasihat Kanan DAP Lim Kit Siang, Pengerusi DAP Karpal Singh dan Naib Presiden PAS Husam Musa, Presiden SAPP Yong Teck Lee dan Zahid Ibrahim.

Dalam ucapan dasar Presiden Parti Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyatakan keahlian PKR telah mencecah angka 500,000 orang dan kehadiran ratusan perwakilan dari Sabah dan Sarawak menandakan satu gerakkan perubahan berlaku di sana. Beiau mengariskan lima tunjang utama dalam menisfesto Pilihanraya 2008 yang lalu, iaitu menjadikan Malaysia negara Madani, membina semula ekonomi Negara, Malaysia Selamat Untuk Semua, Menyediakan harga mampu barangan untuk semua golongan dan pendidikan adalah teras pembangunan negara. Beliau menyatakan juga muafakat antara Keadilan, PAS dan DAP di bawah pakatan rakyat telah memberi harapan baru kepada rakyat Malaysia. Turut disentuh Pakatan Rakyat juga bersedia mengembalikan kekebalan raja-raja Melayu berteraskan semangat Raja Berpelembagaan, kedudukan istemewa bangsa Melayu, bahasa Malaysia dan Agama Islam. Dalam pengakhiran ucap dasarnya beliau menyeru untuk membangunkan kembali bangsa dan negara serta menghapuskan segala bentuk rasuah dan keruntuhan akhlak.
Berikut koleksi gambar dihari kongres.

Perwakilan dari Negeri Sembilan

Perwakilan Kuala Pilah

Perwakilan Kuala Pilah bersama Raja Petra

Rabu, 26 November 2008

KONGRES NASIONAL KALI KE-5



KONGRES NASIONAL Parti Keadilan Rakyat kali ke-5 akan berlangsung pada 28hb hingga 30hb November ini di Stadium Melawati, Shah Alam. Perwakilan PKR Bahagian Kuala Pilah terdiri daripada:-

EN. NORDIN ISMAIL
EN. ANUAR SALLEH
EN. ROSLAN ALIAS
EN. ALIAS GHANI
SDR. SAZARITA RAZALI
EN. MOHAMED BIN SHAHMAN
EN. APAN BIN ABU LASI
EN. HAZMAN BIN HASHIM
EN. MOHD. HAKIM BIN ABD RASHID
EN. NG KOK SHEONG

PEMERHATI:-
EN. KAMARUL ALAYYMMY BIN ABD. KADIR
EN. NOOR HAMIZAN JAAFAR
EN. JOHARI BIN OTHMAN
EN. YAACOB BIN SALLEH
EN. SALLEH BIN ABDULLAH
EN. WAN OTHMAN BIN FADZILAH
SDR. RUZAILLI BIN ABD KARIM
EN. SHAHRAN BIN KAAT
YM T. ZAMRAH BTE T. SULAIMAN
PUAN BADARIAH BTE AWIN

PERWAKILAN AMK:-
Sdr. Sazarita Razali
Sdr. Nizam Razak
Sdr. Mohd. Hakim Abd. Rashid
Sdr. Mohd. Hanif bin Abu Bakar
Sdr. Roshidi bin Rais

PERWAKILAN WANITA:-
Hjh. Rubiah Bte Yusof
Puan Hasnah Bte Mohamad
Puan Jamilah Bte Lani
Puan Dara Bte Lanjung

Rabu, 19 November 2008

SELEPAS SEHARUM

Apa khabar saudara? Selepas Seminar SEHARUM Ahad lalu menerbitkan persoalan kepada saya, kerana ada yang mengatakan persoalan Pembahagian Kek yang tidak sama rata dikalangan rakyat menyebabkan rakyat beralih haluan kepada Pakatan Rakyat. Hanya kerana pembahagian kek yang tidak sama rata, pembahagian kekayaan ekonomi yang tidak menyeluruh menyebabkan rakyat kelaparan, apabila perut tidak diisi, maka berontaklah ia, bagaimana kalau ia kenyang terusan? Maka tak berubah lah nampaknya. Perubahan apa sebenarnya yang diperjuangkan ? Agenda ekonomi alias perut atau memperjuangkan kebenaran berlandaskan dalil atau fakta dengan menggunakan kekuatan otak untuk berfikir.

Kalau begini yang diharapkan untuk meraih simpati rakyat, dengan mengutamakan perut atau pengagihan ekonomi yang sama rata, saya percaya sokongan yang diterima pasti rapuh dan tidak bertahan lama.

Saya juga mengungkitkan peranan Pendita Za’ba pada tahun 30han dahulu, masyarakat amat mengenali beliau sebagai Tokoh Bahasa, tetapi peranan beliau sebagai penyubur kepada proses pembangunan minda jarang diketahui, mungkin buku-buku beliau tersebut diperapkan setelah kematiannya. Antaranya beliau menyarankan agar masyarakat tidak menurut amalan nenek moyang dan memeriksa perbuatan tersebut betul atau tidak, jika tidak perbuatan itu adalah dikatakan sebagai bertaklid buta (membonceng tanpa pengetahuan). Begitu juga dengan kepercayaan khurafat sekarang, jika tidak ada UMNO, Melayu akan hancur dan sebagainya yang menakutkan. Saranan beliau amat sukar diterima masyarakat, dan ia memerlukan proses penerimaan yang panjang.

Oleh yang demikian, saya amat mempercayai, membebaskan pemikiran rakyat kepada sesuatu kelompok atau fahaman, akan membuka pemikiran luas kepada perubahan yang dituntut, dan ia akan lebih kukuh kerana berlandaskan dalil dan fakta, bukan kerana perut.

Maka, perubahan dan pembaharuan yang dituntut sekarang bukan sekadar pengagihan kek yang tidak sama rata. (Hazman Hashim)

Isnin, 17 November 2008

TAN SRI ABU ZAHAR SYOR BUBAR MAJLIS PEGUAM

Bekas Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah dalam siaran akhbarnya hari ini mengusulkan Majlis Peguam Malaysia perlu dibubarkan jika badan itu bertindak tidak ubah seperti sebuah parti pembangkang, mempersoalkan hak-hak peribumi di negara ini. Tan Sri Abu Zahar Ujang Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, berkata, badan itu kini tidak lagi memainkan peranan yang sepatutnya kepada peguam-peguam yang menjadi anggotanya.

“Saya menasihatkan supaya Majlis Peguam dibubarkan dan mereka yang terbabit menubuhkan sebuah parti jika ingin aktif dalam politik,” katanya ketika berucap di program wacana isu perundangan dan hak-hak peribumi dalam perlembagaan di Memorial Tun Hussein Onn di sini, semalam. Beliau juga meminta semua peguam Melayu di negara ini supaya bersatu dalam menangani isu bangsa mereka yang berada dalam keadaan ‘amat tertekan sekali’ ketika ini.

Abu Zahar yang juga anggota jawatankuasa Lembaga Disiplin UMNO berkata, lembaga itu tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati mengamalkan rasuah atau politik wang. “Kita nak pemuda harapan bangsa, yang ada hari ini kebanyakannya adalah pemusnah bangsa,” katanya.

Apa yang kita nak ulas ialah jika Tan Sri mengusulkan Majlis Peguam Malaysia dibubar dan tubuh Parti, maka kita cadangkan juga Persatuan Peguam Muslim Malaysia turut dibubar dan jadikan salah satu biro dalam UMNO. Kerana semenjak akhir-akhir ini banyak kenyataan Tan Sri berbau UMNO.

Beliau juga menyatakan bangsa mereka (Melayu lah tu) dalam “keadaan tertekan sekali”, ketika ini. Soalnya siapa yang tertekan, Melayu atau UMNO yang tertekan, yang kita tahu yang tertekan adalah UMNO, yang terakhir sampai bergusti dalam mesyuarat, BUKAN MELAYU. Kenapa kaitkan dengan Melayu? Bila masa ada deklarasi atau pengishtiharan bahawa UMNO itu MELAYU dan MELAYU ITU UMNO?

Beliau yang juga jawatankuasa Disiplin UMNO menyatakan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pengamal rasuah atau politik wang. Sekarang dilaporkan sudah ada beratus aduan rasuah dalam UMNO, tetapi mengapa masih teragak-agak untuk bertindak? Buktikan kewibawaan Tan Sri itu.

Beliau turut meremehkan pemuda hari yang dikatakan kebanyakkannya PEMUSNAH BANGSA. Ohh Tan Sri ! Siapa yang mendidik anak bangsa itu ? Bukan kah UMNO sendiri yang melekakan Pemuda dengan pelbagai bentuk hiburan? Tapi bagi kita, masih tidak terlewat untuk mendidik Pemuda itu menjadi Pemuda Gagah Berani, AYUH PEMUDA BERSAMA KITA MEMBINA MALAYSIA GEMILANG.

FUTSAL PIALA MP TELUK KEMANG


Kejohanan Futsal Piala YB Dato' Kamarul Baharin (Ahli Parlimen Telok Kemang) telah diadakan pada 16 November 2008 (Ahad) bermula jam 8.30 pagi bertempat di Alam Megah Sports Arena, Port Dickson. Kejohanan ini berjaya manarik sebanyak 75 pasukan. Manaka Bahagian
Kuala Pilah telah menghantar sebanyak 7 pasukan terdiri daripada DUN Juasseh yang diketuai oleh Saudara Helmi sebanyak 4 pasukan, DUN Johol yang diketuai oleh En. Eng Kok Sheong 1 pasukan, dan DUN Pilah En. Najib 1 pasukan. Menurut En. Mohd. Yani bin Alias selaku Pengarah Kejohanan, kejohanan ini adalah yang pertama dan ia akan diadakan setiap tahun, dan sambutan kali ini amat memberangsangkan dengan penyertaan pasukan-pasukan dari luar Negeri Sembilan juga. Kejohanan ini telah dimenangi oleh Black United FC, Naib Johan Mineral Water, ketiga Bertam Ulu FC dan ke empat Fuffin FC.

SEMINAR SEHARUM

Seminar Harapan Baru Untuk Malaysia atau singkatannya SEHARUM adalah suatu wacana merangka agenda bertindak dalam merealisasikan Harapan Baru Untuk Malaysia peringkat Negeri Sembilan telah diadakan di Golden Straits Villas Beach Resort, Port Dickson pada hari Ahad 16hb. November 2008 bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Seminar tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Sembilan Dato’ Kamarul Baharin Abbas. Sebanyak 3 kertas kerja telah dibentangkan iaiatu “Harapan Baru Untuk Malaysia: 5 Janji Keadilan” yang telah dibentangkan oleh Ybhg. Khalid Jaafar, “Memperkasa Perjuangan Keadilan” oleh Dr. Dr Muhammad Nor Manutii, “Urus Tadbir Baik dari Perspektif Pakatan Rakyat” oleh Ybhg. Zakaria Abdul Hamid dan “Menjana Pemimpin Prihatin Rakyat” Oleh Ybhg. Sdr. Mustaffa Kamil Ayub Naib Presiden Keadilan merangkap pengerusi Sekretariat Konvensyen dan Seminar PKR. Empat bengkel dibentuk bagi membincangkan kertas kerja yang telah dibentangkan. Keseluruhan pimpinan peringkat Bahagian dalam Negeri Sembilan telah menyertai Seminar tersebut.

Sabtu, 15 November 2008

AYAH PIN TIDAK PERLU DITAHAN.

Satu lagi kejutan, Ayah Pin tidak perlu ditahan. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata polis yang membantu mengesannya, tidak membuat penahanan selepas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) yang dirujuk, memaklumkan pemimpin ajaran sesat itu tidak perlu ditahan.

Ajaran Ayah Pin yang berkembang di Trengganu menimbulkan kegemparan beberapa tahun lalu dengan ajarannya dan antara lima kumpulan ajaran sesat paling tegar dikesan di Malaysia dan mula bergerak pada tahun 1982. Ia antara lain, mengamalkan ratib secara kuat dalam gelap dengan bercampur antara lelaki dan wanita. Pemimpinnya pula, Arrifin Muhammad , 65 tahun mengaku dirinya sebagai tuhan, pencipta semua agama serta pemegang kunci ke syurga.

Tidak perlu ditahan bermakna ia tidak menggugat dan memudaratkan sesiapa, dan berkemungkinan juga mereka yang memegang kuasa bersetuju dengan Ayah Pin ?

OHH ALANGKAH MALUNYA ......

Merujuk kepada siaran media hari ini, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail mengumumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil modul daripada sistem pendidikan Australia, bermula daripada murid tahun pertama sekolah rendah.

Hairan dan ta'jub. Kemana perginya profesor-profesor yang melambak dan pakar-pakar bahasa dan bacaan tempatan? Apakah pakar-pakar kita tidak berkemampuan untuk menghasilkan modul untuk anak-anak bangsa sehingga Kementerian Pelajaran Malaysia terpaksa mengimpot modul dari Australia?


Ohh alangkah malunya. Rupa-rupanya khabar indah yang mengatakan kita punya ramai kaum intelek pendidikan hanya palsu semata, kerana tidak mendapat kepercayaan mereka di Kementerian Pelajaran. Bangkitlah saudara.

Khamis, 13 November 2008

SEJARAH MASJID KUALA PILAH

Masjid Bandar Kuala Pilah asalnya terletak di pinggir Sungai Muar, dibelakang Pejabat Daerah Kuala Pilah sekarang, yang dikenali sebagai Masjid To’ Muar. Masjid ini dikatakan telah dibangunkan sebelum tahun 1900 yang mengambil nama seorang Penghulu Luak Ulu Muar yang pertama yang bernama Dato’ Muar Bongkok Abdul Malik yang hidup sekitar tahun 1839 dan dikatakan beliau disemadikan dikawasan masjid tersebut. To’ Muar Bongkok ini pula sezaman dengan Yam Tuan Radin iaitu Yam Tuan N. Sembilan Yang ke Empat Menurut cerita orang-orang dahulu, pedagang-pedagang terutama dari Johor dan Melaka menggunakan laluan sungai ini dan singgah untuk berdagang dengan peduduk tempatan. Dengan kepesatan urus dagangan waktu itu, mereka mendirikan sebuah surau dan lama kelamaan jadilah ia sebuah masjid bagi Penduduk Kuala Pilah.

Dalam tahun 1937, lahir pula satu cita-cita yang ingin melihat terdirinya sebuah lambang Islam bagi daerah ini dan bagi keperluan umat Islam Kuala Pilah yang semakin berkembang, tetapi cita-cita itu berkecai dimamah zaman, mereka yang mengerakkan azam tersebut ialah Almarhum Tunku Laksamana Abdul Kahar Ibni Almarhum Yam Tuan Antah (Penaung), Aly. Dato’ Pengaman Ismail bin Dato’ Laksamana Manat (Ketua) Tuan Kadhi Aly. Hj. Sulaiman Othman, Tengku Husin bin Tengku Yahaya, Tuan Sheikh Tahir bin Laba (Setiausaha) dan beberapa orang kenamaan yang lain

Jawatankuasa tahun 1964

Apabila tamat penjajahan Jepun keatas Tanah Melayu, cita-cita tersebut masih tidak kesampaian, dan muncul lagi azam tersebut pada tahun 1947, dan Jawatankuasanya silih berganti sehingga terbentuk satu lagi Jawatankuasa yang diketuai oleh En. Ismail Ibrahim sehingga terbenanya sebuah Masjid Baru bagi penduduk daerah ini pada tahun 1966.

Bagi mengekalkan perjalankan Masjid To’ Muar dan tidak ditinggalkan kosong, pengurusan Masjid tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Polis Daerah Kuala Pilah mulai 16hb. Februari 1957 dengan suatu perjanjian yang tertentu dan dijadikan Madrasah Polis Kuala Pilah.



DYMM Yang DiPertuan Besar N. Sembilan meletakkan Batu Asas

Menurut Dato’ Hj. Yahya Hamid, Nadzir Masjid Jame’ Kuala Pilah sekarang, pada tahun 2006 pengurusan Masjid To’ Muar tersebut telah diserahkan pula oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan sebagai Pemegang Amanah kepada Yayasan Kasih Sayang yang dipimpin oleh En. Muhammad Adnan Bin Abdullah sebagai Presiden, dan masjid lama ini dibaikpulih dan masih mengekalkan reka bentuk asal. Yayasan tersebut memberi tumpuan kepada saudara baru Islam dalam soal kebajikan, bimbingan dan sebagainya. Maka Masjid To’ Muar terus berfungsi sehinggalah sekarang.

Tanggal 10hb. Oktober 1964 merupakan hari bersejarah bagi Kuala Pilah, bila batu asas telah diletakkan oleh DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Munawir Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Kerja-kerja pembinaan dimulakan awal tahun 1965 dengan kos sebanyak RM 209,212.50

Masjid Baru ini telah mengambil nama Yang Di Pertuan Besar Seri Menanti iaitu gelaran yang ke empat dari salasilah Raja-raja yang memerintah Negeri Sembilan. tahun 1824-1861, iaitu Masjid Jame’ Yam Tuan Raden.

Masjid Jame' Kuala Pilah yang baru.

Maka hari yang bersejarah bagi penduduk Kuala Pilah iaitu pada 23 Januari 1966 bersamaan 1 Syawal 1385, mereka pertama kali mendirikan Solat Aidil Fitri di Masjid tersebut, dan mendirikan Solat Jum’at pada 4 March 1966. Mulai tahun tersebut, perkembangan Masjid Jamek Yam Tuan Raden terus berjalan lancar dan beberapa tambahan infrastruktur bagi keperluan jamaah.

Rabu, 12 November 2008

TITIPAN SETIAUSAHA AGUNG

Beberapa isu penting yang melibatkan kepentingan rakyat telah dibangkitkan di Parlimen, namun tidak langsung mendapat liputan dari Media Perdana. Oleh yang demikian kami salurkan maklumat ini untuk anda ketahui dan sebarkan kepada semua.

EPF/KWSP/Valuecap

• KWSP ialah wang rakyat. Setiap bulan gaji para pekerja dipotong dan dicarumkan ke KWSP sebagai persediaan di hari tua.
• Najib mengumumkan kerajaan akan menyuntik RM5 bilion wang KWSP ke syarikat pengurusan dana Valuecap bagi menyelamatkan kejatuhan saham KLSE.

• Tindakan ini:
o Mendedahkan wang rakyat kepada risiko laburan yang tinggi. Wang tersebut seharusnya digunakan sebagai jaminan hari tua untuk anak-anak, kesihatan dan rumah.
o Suntikan RM5 bilion adalah terlalu kecil jika dibandingkan kepada jumlah pasaran di Bursa Malaysia iaitu RM689.5 bilion.
o Tidak akan memberi "multiplier effect" (tak berkesan).
o Timbul soalan pembaziran dana awam dan ketidaktelusan dalam proses pelaburan. Siapakah yang akan bertanggungjawab ke atas pinjaman ini jika mengalami kerugian kelak? Siapakah yang akan menanggung kerugian tersebut?
o Mungkin digunakan untuk menyelamatkan kroni-kroni UMNO dan syarikat GLC yang mengalami kerugian.
• Apa yang meragukan di sebalik kelulusan kerajaan untuk meminjamkan wang KWSP sebanyak RM5 billion tersebut kerana Valuecap Sdn Bhd pun berhutang kepada pemegang saham yang sepatutnya dibayar pada bulan Febuari 2009. Adakah pinjaman dari dana pekerja (KWSP) itu bertujuan untuk membayar hutang kepada ketiga-tiga pemegang sahamnya?
• Perlepasan wang KWSP
o 1996 - Perwaja RM500 juta
o 2001 - Time Dotcom RM1.9 bilion
o 2008 - ValueCap RM5 bilion
Kemiskinan
Kerajaan perlu sedar dalam laporan pembangunan sumber insan Bangsa-bangsa Bersatu 2007, Malaysia mempunyai jurang pendapatan di antara yang kaya dengan yang miskin paling tinggi di Asia Tenggara dan kedua tertinggi di Asia selepas Papua New Guinea. 10% rakyat terkaya menguasai 38.4% kekayaan Negara manakala 10% rakyat miskin memiliki 1.7% dari kekayaan Negara.
Ini berlaku kerana kerajaan mengagihkan peluang perniagaan dan kontrak kepada kumpulan yang sama yang sudah kaya raya dan meminggirkan peniaga atau usahawan-usahawan lainnya.
Perlu menakrifkan semula golongan rakyat miskin yang sekarang ini terdiri daripada mereka berpendapatan RM690 sebulan dengan tanggungan 5 orang.

Dengan takrifan ini hanya 5.7% tergolong sebagai rakyat miskin. Tetapi, cukupkah RM690 untuk menampung kehidupan sekeluarga?

Garis kemiskinan sekarang sepatutnya RM1,500 dengan tanggungan 5 orang. Ini berdasarkan setengah daripada pendapatan purata surirumah sebanyak RM3,000 sebulan. Dengan ini, lebih kurang 38% daripada rakyat negara ini tergolong dalam kemiskinan!

"Bajet Pak Lah" lwn "Bajet Pakatan Rakyat" lwn "Bajet Najib"

Dalam Bajet 2009 (dibentangkan oleh PM Abdullah Badawi pada 29 Ogos 2008), pendapatan Petronas dijangka terus menyumbang kepada 40% pendapatan kerajaan secara keseluruhan. Ketika itu, harga petrol dunia mencecah US$125 setong. Sekarang harga petrol dunia telah jatuh kurang daripada US$65 setong. Kos pengeluaran Petronas dianggarkan US$60 se tan. Kejatuhan US$1 dalam harga petrol dunia akan mengakibatkan kerajaan mengalami kerugian sebanyak RM600 milion dalam setahun. Harga minyak sawit juga telah jatuh sebanyak 65%. Pada Mac tahun ini, harga minyak sawit dunia adalah RM4,486 setan, sekarang sudah jatuh kepada RM1,565 setan. Kos pengeluaran dianggarkan RM1,200 - RM1,700 setan. Untuk tahun 2009, Pakatan Rakyat menjangkakan pengurangan dalam pendapatan kerajaan sebanyak 11% kepada lebih kurang RM157 bilion berbanding anggaran BN

sebanyak RM176 bilion, yang berpunca daripada kejatuhan harga komoditi dan kemerosotan KDNK akibat kemelesetan global.

• Oleh itu Bajet 2009 yang dibentangkan oleh PM jelas tidak berdasarkan realiti terkini iaitu krisis ekonomi, kewangan global dan kejatuhan teruk pasaran komoditi.
• Ketika mengemukakan Bajet Pakatan Rakyat pada 23 Oktober 2008, pimpinan Pakatan Rakyat menegaskan bahawa kepincangan Bajet 2009 bukan sahaja pada jangkaan, tetapi juga cara mengatasinya dalam jangkamasa 2008 dan 2009.
• Justeru pimpinan Pakatan Rakyat meminta agar kerajaan melakukan peninjauan semula ke atas Bajet 2009 yang dibentangkan pada Ogos lalu bagi mengemukakan bajet baru yang berdasarkan situasai ekonomi semasa.
• Hakikatnya, Menteri Kewangan baru juga TPM Najib Razak pada 4 Nov telah membentangkan pelan rangsangan dalam Dewan Rakyat tanpa mengemukakan pindaan terhadap Bajet asal ketika menggulung Bajet 2009 yang dibentangkan oleh PM pada Ogos lalu.
• Tanpa pindaan terhadap bajet asal serta pelan baru tidak diedarkan lebih awal kepada semua Ahli Parlimen untuk menyelidik dan mengkaji, YDP Dewan membuat keputusan bahawa Pakej Rangsangan Ekonomi dan angka-angka yang dibentangkan, termasuk RM7 ribu juta, oleh Najib ketika menggulung Bajet 2009 yang menyerupai bajet baru, adalah tidak sah dan tidak mengikat Belanjawan 2009. Semuanya tidak relevan, Najib tipu rakyat.
• Atas sebab itu, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat ambil keputusan untuk keluar dewan pada 5 Nov sebagai bantahan terhadap:
tindakan Najib bentangkan Bajet baru tidak ikut Peratusan Mesyuarat kerana tidak kemukakan pindaan terhadap Bajet asal lebih awal; dan
sikap Najib enggan beri laluan kepada Ahli Parlimen untuk celah dan minta penjelasan kerana takut untuk berbahas.

Balasan kepada Pelan Rangsangan Ekonomi oleh Najib

Najib meniru saranan Pakatan Rakyat dengan menambah 1.2 billion untuk hasrat ini dengan dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad. Projek ini akhirnya akan diperolehi oleh kroni-kroni jua.

Pakatan Rakyat memperuntukkan tambahan sejumlah RM1 billion untuk pembangunan perumahan, lebih daripada dua kali ganda yang ditawarkan kerajaan dalam belanjawan 2009.
Pakatan Rakyat juga akan menyediakan dana pinjaman mudah untuk pembinaan bertujuan memastikan kontraktor kecil dan sederhana tidak menghadapi masalah aliran tunai yang terhad.
Pakatan Rakyat akan memastikan lebih banyak perumahan kos rendah dan sederhana akan dibina dengan penilaian semula harga siling untuk perumahan kos rendah dengan perhitungan kos material pembinaan semasa.
Pemotongan sementara untuk sumbangan pekerja kepada KWSP daripada 11% kepada 9% sebulan untuk tempoh satu tahun bagi meningkatkan pendapatan yang boleh dibelanjakan. Langkah ini akan menyuntik hampir RM2 bilion ke dalam ekonomi untuk perbelanjaan dalam negara. Idea ini juga ditiru bulat-bulat oleh Najib.

Skandal pembelian Eurocopter

Pembelian 12 unit Eurocopter Cougar EC725 yang melibatkan kewangan negara berjumlah RM1.604b. Di Brazil, pembelian 50 unit helikopter "Multi-Mission" ini akan melibatkan jumlah kewangan sebanyak RM4.14b (USD 1.2b) atau RM82.8 juta bagi setiap unit. Sila bandingkan dengan Malaysia yang membeli 12 helikopter jenis ini dengan harga RM1.604b atau RM134 juta bagi setiap unit. Perbezaan harga yang diperolehi adalah RM51 juta bagi setiap unit.
Kita jelas bahawa pembelian kereta Kancil pun kita kena memeriksa keadaannya. Tetapi, pembelian helicopter yang berjumlah RM1.6 bilion ini tidak pernah diperiksa. Ia langsung tidak masuk akal! Kita khuatir, adakah pembelian Helikopter Nuri sebelum itu tidak diperiksa? Adakah itu punca Nuri membawa begitu banyak kes kemalangan yang mengorbankan askar-askar kita? Kita juga ingin bertanya, adakah kapal terbang khas Najib tidak diperiksa sebelum membelikannya? Jika ya, adakah ia bermaksud harga nyawa najib adalah lebih tinggi daripada harga askar-askar lain. Semasa siasatan oleh PAC, Abdullah membatalkan pembelian Eurocopter tersebut selepas 32 hari pembeliannya. Kenapa?

Skandal pembelian Kapal Selam Scorpene

Pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM4.5 bilion. Peruntukan ini boleh digunakan untuk membina satu KLCC! Najib dengan kuasa yang dimilikinya telah melantik syarikat milik Abdul Razak Baginda, sebagai agen menguruskan pembelian kapal selam daripada Perancis dengan komisen berjumlah RM520 juta. Syarikat Perimekar Sdn Bhd didakwa menerima komisen.
Apabila khalayak umum memberi duit kepada pihak penguatkuasa, ia dipanggil sebagai perbuatan rasuah. Apabila skandal pembelian kapal selam melibatkan pemberian sejumlah wang yang besar, ia bergelar komisen. Mantan Ketua Pembangkang Dato’ Seri Dr Wan Azizah meminta menubuhkan suruhanjaya bebas untuk menyiasat pembelian peralatan ketenteraan oleh Kementerian Pertahanan tetapi tidak dipedulikan. Adakah Najib takut disiasat?

Skandal pembelian Sukhoi Russia
Pembelian pesawat pejuang Sukhoi bernilai RM3.2 bilion.
Pelantikan syarikat bekas Menteri Penerangan, Dato’ Seri Adib Adam sebagai broker pembelian – seorang lagi Kroni UMNO!
Melibatkan pembayaran komisen berjumlah RM400 juta.

Skandal Projek High-Speed Broadband (HSBB)
Pada 16 September 2008 Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak telah meluluskan Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi atau High-Speed Broadband yang bernilai RM11.31 bilion secara tergesa-gesa sehari sebelum dilantik secara rasmi sebagai Menteri Kewangan.
Timbalan Perdana Menteri juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kabinet untuk jalur lebar – "conflict of interest" adalah jelas.
Dalam perjanjian dengan Telekom itu, Kerajaan perlu menyuntik RM2.4 bilion untuk tempoh tiga tahun pertama, tetapi anehnya setelah suntikan dana awam disempurnakan, projek itu akhirnya akan menjadi milik mutlak Telekom sepenuhnya.
Sebuah lagi syarikat telekomunikasi (Maxis) berupaya menawarkan sebutharga berjumlah lebih kurang RM7 bilion dengan spesifikasi yang sama; ini bermaksud dengan harga RM4 bilion lebih rendah.

Kes Pembunuhan Altantuya:

Kes Altantuya merupakan satu-satunya kes besar penuh sensasi yang melibatkan kepimpinan politik Malaysia secara langsung dengan pembunuhan ngeri seorang model. Altantuya Shaariibuu @ Aminah Abdullah (Bahasa Mongolia: Алтантуяа Шаарьбуу) (1978-2006), seorang rakyat Mongolia, merupakan seorang mangsa bunuh yang mana baki mayatnya telah dihancurkan dengan bahan letupan C4. Altantuya telah dilahirkan pada tahun 1978, anak kepada Shaaribuu Setev, seorang profesor psikologi dan Sh Altantsetseg. Altantuya tinggal dan dibesarkan di St. Petersburg, Rusia, sehingga berusia 12 tahun dan mendapat pendidikan di Beijing, China. Dia fasih berbahasa Mongolia, bahasa Inggeris, Rusia, Mandarin dan Perancis. Altantuya Shariibuu bekerja sebagai guru siswazah dan penterjemah dan jurubahasa di Ulaan Bataar. Altantuya Shariibuu juga bekerja dengan beberapa agensi pelancongan dan sebagai model sambilan. Beliau sering ke luar negara selaku model sambilan. Wanita cantik dari Mongolia ini dipercayai diletupkan dengan C4 di Shah Alam, Selangor. Bahan letupan C4 ini sukar diperolehi di Malaysia kecuali oleh pihak tentera dan polis Malaysia sahaja. Siasatan awal mendapati Abdul Razak Baginda, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar terlibat secara aktif. Mereka dari Unit Tindakan Khas Kementerian Pertahanan dan penganalisis keselamatan antarabangsa. Dari sinilah nama Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Pertahanan dikait-kaitkan.
Dari awal lagi Najib telah menafikan pelbagai khabar angin yang mengaitkan nama beliau. Apabila kes ini dibawa ke mahkamah, tidak ada lagi sebarang kenyataan penafian kerana akan menjejaskan proses perbicaraan. Setelah sekian lama, kes Altantuya ini berlangsung dan pelbagai khabar angin penglibatan Najib barulah dinafikan secara rasmi pada 1 Mei 2008. Semasa dan sebelum pilihan raya 2008, nama beliau diperkatakan oleh pihak pembangkang dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu hanya ‘mendiamkan’ diri sahaja.
Pada 1 Mei 2008, Najib melalui setiausaha akhbarnya Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad menafikan sekeras-kerasnya beliau terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan kes pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu. Antara kenyataan dan penafian itu termasuklah kononnya tidak pernah mengenali wanita Mongolia itu dan tidak pernah bertemu dengan mangsa terbabit.

Berikut ialah 8 Persoalan Besar Kes Altantuya:

1. Enggan siasat saksi
Dakwaan seorang saksi kes Altantuya bahawa Altantuya pernah makan bersama dengan Razak Baginda dan individu bernama ‘Najib Razak’ tidak pernah disahkan. Malahan kredibiliti saksi itu juga tidak pernah diteliti oleh pihak penyiasat mahupun pihak mahkamah.

2. Enggan siasat gambar
Kononnya ada sekeping gambar Altantuya dengan Razak Baginda dan ‘Najib Razak’ tidak pernah dibuktikan oleh mana-mana pihak. Ini disebut oleh seorang saksi kes tetapi tidak disiasat oleh pendakwaan. Sewajarnya, sebuah unit siasatan dikerahkan memastikan kewujudan gambar ini benar atau tidak.

3. Enggan panggil saksi
Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor mengaku tidak ada kaitan dengan pembunuhan Altantuya. Beliau juga mendakwa tidak pernah menyokong permohonan visa Altantuya untuk datang ke Malaysia. Beliau juga menafikan sengaja menghapuskan rekod Jabatan Imigresen Malaysia berhubung kedatangan Altantuya ke Malaysia. Memandangkan Najib begitu kerap memberi pelbagai kenyataan berkaitan kes ini, sewajarnya najib dipanggil sebagai saksi. Keengganan memanggil Najib memberi keterangan menguatkan persepsi umum bahawa ada perkara hendak disembunyikan dan Najib takut.

4. Saksi ditahan di bawah ISA
Kebanyakan kenyataan-kenyataan Raja Petra Kamaruddin (RPK) berhubung kes ini merupakan ‘hearsay’ yang tidak pernah dibuktikan kesahihannya. Kes pembunuhan Altantuya dikatakan tidak bersangkut-paut dengan pembelian kapal selam yang dibeli oleh kerajaan Malaysia. Kementerian Pertahanan Malaysia memang ada membeli kapal selam tersebut tetapi mengaku tidak pernah melibatkan wanita bernama Altantuya. Sekiranya ini benar, RPK patut diberi peluang membela diri di mahkamah dan bukan ditahan di bawah ISA. Apabila RPK ditahan di bawah ISA, tentulah beliau boleh diseksa dan diberi tekanan sewaktu di dalam ISA.

5. Tindakan pelik Rosmah
Sewajarnya, apabila seseorang itu difitnah, si mangsa akan segera mempertahankan diri dan mendakwa pemfitnah di mahkamah sekiranya berterusan memfitnahnya. Inilah yang dilakukan oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Tun Mahathir. Ini berbeza dengan Rosmah di mana beliau enggan mendakwa RPK yang mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya. Sebaliknya, dalam diam-diam, RPK ditahan di bawah ISA. Ini menguatkan persepsi bahawa Rosmah tidak berani mendakwa di mahkamah kerana ada perkara yang hendak disembunyikan.

6. Bala menghilangkan diri
Akuan bersumpah Bala tidak mendapat perhatian mahkamah. Laporan tidak diambil endah tetapi Bala sekeluarga hilang begitu sahaja. Kehilangan Bala sekeluarga telah menjadi sebuah misteri.
"Saya diberitahu bahawa isteri Najib menemui Bala di British Isle beberapa hari selepas penyiasat persendirian itu menghilangkan diri dan membayar Bala RM5 juta. Saya diberitahu bahawa Bala dan keluarganya sedang berusaha untuk mendapatkan kewarganegaraan India. Saya benar-benar berharap ini tidak benar dan Rosmah akan membuat kenyataan menafikannya." Begitulah dakwaan blogger.

7. Tiada siasatan pertukaran mesej SMS Najib dengan Peguam
Pertukaran mesej SMS antara Najib dengan seorang peguam kanan, Datuk Muhammad Shafee Abdullah, berhubung pendakwaan terhadap Abdul Razak Baginda dalam kes pembunuhan Altantuya sekitar November 2006 telah didedahkan, namun tiada sebarang siasatan dijalankan.
Komunikasi SMS jelas memperlihatkan penyalahgunakan kuasa seorang Timbalan Menteri Perdana dengan mencampurtangan dalam kes pendakwaan terhadap Abdul Razak.

8. Ketua Hakim membebaskan Razak Baginda
Razak Baginda yang merupakan tertuduh ketiga dalam kes pembunuhan Altantuya telah dibebaskan dua hari selepas Bekas Penasihat Undang-undang Umno Zaki Azmi dilantik sebagai Ketua Hakim Negara. Razak Baginda dibebaskan daripada pertuduhan bersubahat membunuh Altantuya memperlihatkan keputusan mahkamah ke atas kes yang mengaitkan pimpinan tertinggi negara ini adalah tidak adil bagi Altantuya dan keluarganya, malah tidak bebas daripada kuasa politik.

KEJOHANAN FUTSAL YB DATO' KAMARUL BAHARIN

Angkatan Muda PKR Bahagian Kuala Pilah dilaporkan akan mengantar 5 pasukan ke Kejohanan Futsal Piala YB Dato' Kamarul Baharin (Ahli Parlimen Telok Kemang) yang akan diadakan pada 16 November 2008 (Ahad) bertempat di Alam Megah Sports Arena. Pasukan-pasukan tersebut terdiri darti MAA FC (Dun Pilah), 3 pasukan dari DUN Juasseh dan 1 pasukan (NSVK FC) dari DUN Johol. Semoga pasukan tersebut memperolehi kejayaan dan sebarang pertanyaan boleh hubungi Sdr. Nizam Razak di talian 017-2607762.

Isnin, 10 November 2008

APA DAH JADI DENGAN KAMPUNG PARIT ?

[Tempat: Padang Bolasepak Kampong Parit.]

Suatu ketika dulu disinilah tempat anak-anak muda Kampong Parit mengasah bakat bermain bolasepak. Padang ini sentiasa meriah setiap petang, pernah waktu kemuncaknya pada penghujung tahun 70han dulu padang yang terkenal dengan panggilan padang helikopter ini memuatkan tiga padang bola serentak. Ia digunakan oleh anak-anak sekolah, anak tempatan dewasa dan kakitangan Kraftangan Kuala Pilah. Maka riuh rendahlah padang itu setiap petang. Dari segi pencapaian pasukan kampung Parit tidak ketinggalan turut menggondol beberapa trophi di daerah ini. Piala yang menjadi buruan pada waktu itu ialah Piala Dato' Yusof Lalkhan dan Piala Pegawai Daerah. Pasukan Kg. Parit pernah mengondol Piala Pegawai itu sebanyak 3 tahun berturut-turut.
Suasana yang amat meriah itu kini hilang entah kemana, anak-anak muda masih ramai kelihatan mundar-mandir kesana kemari. Mengapa mereka dibiarkan begitu? Kelihatan juga padang ini dibawah seliaan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, yang diusahakan oleh YB Norhayati Omar pada tahun 2002, dibawah skim apa tidak diketahui. Kemudahan sudah diperolehi
dengan penglibatan pihak kerajaan bagi memajukan padang ini. Itupun hanya padang Futsal didirikan yang boleh dimainkan oleh beberapa kerat orang sahaja yang dikelilingi lembu-lembu yang lebih banyak itu. Kenapa pemimpin-pemimpin yang ada di kampong Parit ini tidak mengambil inisiatif mendekati anak-anak muda itu, atau sudah bosan dengan kerenah mereka?
Kadang-kala ada ketikanya padang itu kembali ceria, tapi hanya untuk sehari atau dua hari sahaja dan dalam masa dua tahun sekali, untuk pertandingan merebut Piala Ketua UM.. Cawangan, Piala Ketua Pemuda UM.. Cawangan atau Piala Ketua Wanita UM.. Cawangan. Tidak lebih dari itu?

SERUAN KEPADA AHLI UMNO: MARI BERNAUNG DIBAWAH PAKATAN RAKYAT

Adegan tolak menolak, bertikam lidah dan bertumbuk yang mewarnai persidangan perwakilan UMNO Bahagian Seremban di Kelab Golf Tuanku Ja'afar semalam mencerminkan keadaan sebenar UMNO. Ia semakin parah dan nazak. Itulah gambaran tepat apa yang sebenarnya berlaku dalam UMNO. Laungan pembela Agama dan Bangsa hanya pemanis dibibir semata, apa yang diidamkan adalah kedudukan dan kuasa yang boleh menguntungkan peribadi dan suku sakat. Sebab itu, mana yang terasa akan tersingkir, akan memberontak atas nama keadilan, agama dan demokrasi, mana yang kekal akan berdiam diri dan berusaha mempertahan kedudukan itu dan juga berselindung atas nama Agama, demokrasi atau lainnya yang enak didengar.
Semuanya mendakwa sebagai pejuang dan pembela bangsa dan Agama, tetapi siapa dikalangan pejuang UMNO itu yang mempersoalkan wang KWSP dipinjam kerajaan untuk disuntik ke Syarikat Valuecap yang berisiko tinggi itu?

Siapa dikalangan Pejuang UMNO itu yang mempersoalkan pembelian Eurocopter sebanyak 12 unit berjumlah RM 1.604 billion itu ?

Siapa dikalangan pejuang UMNO itu yang mempersoalkan Menteri Kewangan Najib Razak meluluskan Projek jalur Lebar (High Speed Brodband) bernilai RM 11.31 billion secara tergesa-gesa itu?

Siapa dikalangan Pejuang UMNO itu yang berani membangkitkan kes Altantuya yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak? Siapa??

Tidak ada! Kecuali semuanya tunduk, diam seribu bahasa, sebabnya mereka sudah menjadi dayus kerana menjaga kehormatan pangkat, kedudukan dan harta kekayaan dunia. Sudah tidak ada lagi budi pekerti luhur yang menjadi amalan bangsa Melayu selama ini. Kerana itu, kejadian di Seremban itu tidak memalukan mereka.

Oleh yang demikian, saya menyeru kepada seluruh ahli-ahli UMNO khususnya di Kuala Pilah untuk bersama kita bagi membina bangsa Melayu yang bermaruah dan dihormati dan lebih jauh dari itu sebagai Rakyat Malaysia, kerana kami adalah saudara sebangsa kamu juga yang cintakan Agama Islam dan Bangsa Melayu.

Ahad, 9 November 2008

CERAMAH DI KOK TALANG

Seramai hampir 500 orang penduduk Kg. Kok Talang dan sekitarnya hadir bagi mendengar ceramah oleh Ust. Dr. Badrul Amin Bahrun (Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi) dan YB Shaari Sungip (ADUN Hulu Kelang) di Kg. Kok Talang sebentar tadi. Menurut pengelola majlis Sdr. Shahran Kaat, beliau sangat berpuas hati dengan sambutan yang diberikan oleh penduduk. Menurutnya beliau tidak menjangka akan kehadiran begitu ramai masyarakat kampung, kerana terdapat sedikit sabotaj untuk mengagalkan majlis itu. Majlis yang dimulakan oleh Sdr. Noor Hamizan Jaafar, memberitahu bagaimana beliau difitnah oleh Wakil Parlimen Kuala Pilah dengan menyogok beliau dengan jutaan ringgit dan menawarkan jawatan yang lebih tinggi dari kedudukan sekarang. Beliau mendedahkan pembohongan itu kerana kepentingan masa depan politik Ahli Parlimen tersebut. YB Shaari Sungip ADUN Hulu Kelang dalam ucapannya menegaskan bertapa perlunya ISA dihapuskan, kerana ia menzalimi rakyat yang tidak berdosa. Beliau juga menerangkan kedudukan Kerajaan Negeri Selangor sekarang dan faedah serta nikmat yang diperolehi rakyat Selangor, dan memberi rangsangan agar rakyat setempat melakukan perubahan. Sementara itu, Ust. Dr. Badrul Amin Bahrun pula menggesa agar penduduk perlu berani melakukan perubahan dan menjadi pembantu gerakan ini kerana keadaan sudah menjadi semakin parah. Beliau memberi contoh kedudukan Universiti dinegara ini mencapai penarafan yang sangat memalukan, sedangkan sewaktu beliau menjadi Pensyarah Kanan di UIA, universiti tersebut sangat dihormati dan menjadi kebanggaan negara, begitu juga nasib dengan universiti yang lain. Beliau bimbang budaya mengampu yang diterapkan oleh pemimpin UMNO di universiti-universiti akan menyebabkan pelajar-pelajarnya akan menjadi kaku dan tidak berupaya menjadi pemimpin, maka akan lahirlah masyarakat yang tempang. Sebelum mengakhiri ucapannya, Dr. Badrul meminta agar semua memainkan peranan sebagai pengerak perubahan, sampaikan segala makluman termasuk CD, Akhbar, Risalah dan sebagainya kepada seluruh penduduk di kampong ini.

Sebelum sampai di Kg. Kok Talang, beliau telah singgah di Madrasah Tanjung Beringin, Kg. Tengah, Seri Menanti atas permintaan jemaah disana.

Syabas dan tahniah kepada pengerak di Kg. Talang Kok.

AMROZI, MUKHLAS DAN IMAM SAMUDRA DIJATUHI HUKUMAN MATI




Amrozi, Mukhlas dan Imam Samudra telah dijatuhi hukuman mati awal pagi tadi. Jenazah mereka telah dibawa kekampung halaman masing-masing. Amrozi dan Mukhlas dimakamkan berdampingan di Desa Tenggulan, Kecamatan Solokuro, Kabupaten Lamongan, diiringi ribuan pelawat. Jenazah mereka disambut laungan takbir berkali-kali. Sementara itu Imam Samudera dimakamkan di Kampung Lopang Gede, Serang, Banten.

Sabtu, 8 November 2008

TIADA BERITA DALAM BLOG ADIL KP

Saya ada menerima komen daripada rakan-rakan agar memuatkan berita semasa perkembangan politik dan lainnya. Supaya dengan itu ia akan menarik lebih ramai pengunjung. Komen itu dialu-alukan, dan saya berpendapat adalah lebih selesa dalam keadaan begini, kerana sumber maklumat semasa boleh didapati dipelbagai laman web maupun blog, dan ia mudah diperolehi, malah ia dalam senarai link kita. Seperti yang telah dinyatakan semenjak awal, fokus kita adalah masyarakat Kuala Pilah, baik dimana berada. Malah kita akan memuatkan apa jua berita, rencana dan sebagainya umpama Sejarah, Adat Perpateh, Isu Semasa, Politik dan lain-lain agar ia menarik perhatian kumpulan bukan selain kita, hatta Sejarah UMNO Kuala Pilah agar kita dijadikan sebagai rujukan. Oleh sebab itu, saya memerlukan sokongan saudara/i agar dapat melaporkan apajua perkembangan yang berlaku di Kuala Pilah agar dapat dimanfaatkan dan memberi guna kepada semua golongan tanpa mengira blok mana ia berada.

Jumaat, 7 November 2008

TERIMA KASIH SINAR DAN BAGAIMANA SUARA KEADILAN?

Terima kasih dan tahniah kepada SINAR kerana memberi liputan kepada laporan polis oleh Pembeli Projek Perumahan Terbengkalai Perpaduan Height semalam. Laporan yang sama telah dihantar kepada SUARA KEADILAN dan HARAKAH. Oleh kerana laporan tersebut tidak menunjukkan angka sebanyak bilion ringgit, melibatkan pula rakyat jembel kampungan yang remeh, tidak pula menjadi pengekor dan pencacai kepada tokoh-tokoh reformasi, jauh pula dari loceng kotaraya, rintihan mereka tidak kedengaran. Tetapi kepada SINAR sekali lagi TAHNIAH kerana perjuangkan isu rakyat walaupun tidak menjerit-jerit dan melaung-laung "aku pejuang rakyat". Cuma jangan jadi seperti UTUSAN dan BERITA HARIAN.

Rabu, 5 November 2008

OBAMA MENANG PRESIDEN US



KENALI TUAN HAJI OTHMAN ADAM


Tokoh tempatan yang ingin diketengahkan kali ini ialah Tuan Hj. Othman Bin Adam. Berumur 73 tahun mempunyai seorang isteri bernama Hjh. Zaleha Bte Md. Nor dan mempunyai anak seramai 6 orang. Oleh kerana beliau seorang guru begitu juga isterinya, maka beliau menitikberatkan pendidikan kepada anak-anaknya, maka kesemua anak-anaknya mendapat kejayaan cemerlang dalam pelajaran dan melanjutkan pelajaran keluar negara. Salah seorang ialah Sdr. Zaharuddin Othman, bekas calun PAS bagi DUN Senaling pada pilihanraya ke 11 dan 12 yang lalu. Beliau yang berasal dari Air Mawang, Johol, juga dikenali sebagai Cik Gu Othman telah bersara sebagai guru pada tahun 1986 dan melibatkan diri dalam arena politik tanah air semenjak tahun 1964 dengan UMNO Bahagian Kuala Pilah. Beliau pernah memangku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Pilah sekitar tahun 1969 kerana Ketua Pemuda UMNO ketika itu Allahyarham En. Jano bin Yatim telah bertindak keluar Parti dan bertanding dalam Pilihanraya tahun yang sama atas tiket Bebas dengan menggunakan lambang Ayam.

Menceritakan pengalaman beliau ketika dalam Pemuda UMNO tahun 60han itu, saat yang tidak dapat dilupakan ialah ketika dipanggil berbincang antara kesemua guru-guru Kuala Pilah yang menganggotai pertubuhan bukan politik KGGMB (Kesatuan Guru-Guru Malayu Malaysia Barat) dengan UMNO Bahagian Kuala Pilah yang dipimpin oleh Dato’ Idris Mat Sil. Kesemua guru-guru yang dipanggil tidak bersetuju dengan cadangan Menteri Pelajaran ketika itu Khir Johari untuk memansuhkan tulisan jawi dengan meminda Akta Bahasa 1964 yang memusnahkan jatidiri dan akar umbi tulisan jawi. Walaupun dipujuk oleh Ketua Bahagian untuk menerima cadangan tersebut dengan pelabagai alasan, namun guru-guru tersebut tetap menolak cadangan itu dan bertindak keluar daripada sessi perbincangan tersebut, dan sebilangan besar bertindak keluar dari parti. Selain itu UMNO juga cuba mempengaruhi Naib Pengerusi KGGMB Md. Nor Hamid (merangkap Pengerusi KGGMB N. Sembilan) supaya menerima cadangan tersebut dan menawarkan Jawatan Duta di Indonesia kepada beliau, namun dengan ketegasan Md. Nor Hamid, beliau tetap menolak cadangan itu dan mempertahan keputusan ahli-ahlinya. KGGMB mempunyai pengaruh yang kuat dalam UMNO ketika itu, kerana rakyat menganggap mereka terdiri daripada golongan cerdik pandai Melayu. Kepimpinan UMNO sudahpun menjadi Pak Turut, kerana Khir Johari adalah anak emas Tuanku Abdul Rahman, sebab itu tindakan memansuhkan tulisan jawi tidak mendapat tentanganpun dari mana-mana pimpinan UMNO. Ini adalah salah satu rentetan perjuangan beliau didalam UMNO ketika itu.


Bersama isteri beliau Hjh. Zaleha


Tuan Haji Othman juga pernah menjadi Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Pilah untuk beberapa penggal, sebagai Ketua Kampung Sungai Dua semenjak 1986 hingga 1999 dan Nazir Masjid Kg. Sungai Dua. Oleh kerana banyak jasa yang beliau curahkan kepada masyarakat di Kuala Pilah, beliau telah dianugerahkan pingat JP pada tahun 1997, selain itu beliau juga dianugerahkan pingat AMN dan PJK. Apabila berlaku pemecatan Dato’ Seri Anwar pada tahun 1998 yang lalu, beliau mula merubah hala tuju politiknya setelah melihat pelbagai kecacatan melanda UMNO yang tidak upaya dibaiki lagi. Beliau dengan tegas menyatakan bahawa UMNOlah pengkhianat kepada Ugama Islam dan Bangsa Melayu, kerana menghapuskan tulisan jawi suatu ketika dahulu, pertubuhan itu sendiri tidak menggunakan nama Melayu, malah nama Tanah Melayu turut dihilangkan dan banyak lagi perkara yang melibatkan kepentingan Ugama dan bangsa tidak upaya diselamatkan. Beliau memegang prinsip “perkara yang haq, wajib dipertahankan, yang bathil wajib dilenyap dan dihindarkan”, Dengan prinsip itu walaupun sudah berumur 73 tahun, beliau masih lagi cergas membantu gerakan politik dan bergerak dalam Parti Islam SeMalaysia Kawasan Kuala Pilah.

Sebagai seorang pendidik, isteri Tuan Haji Othman, Hajjah Zaleha Bte Md. Nor 73 tahun juga mempunyai visi yang sama seperti suaminya. Bukan sekadar menjadi pendidik kepada anak-anak murid disekolah, beliau berazam untuk mencurahkan khidmat kepada masyarakatnya khususnya wanita di Kuala Pilah. Oleh itu beliau bersama-sama dengan pimpinan Wanita UMNO Bahagian Kuala Pilah bermula tahun 1974 dan untuk beberapa kali mendapat undi terbanyak dalam Jawatan AJK Wanita Bahagian yang dipimpin oleh Datin Halimah Rasul isteri kepada Menteri Besar N. Sembilan, Dato’ Mansor Othman ketika itu. Beliau juga turut menganggotai Ahli Majlis Daerah Kuala Pilah pada tahun 1990 hingga 1992. Beliau juga mempunyai perasaan dan pandangan yang sama dengan suaminya, setelah melihat kepincangan yang berlaku, beliau mengundur diri. Bila ditanya kepimpinan Wanita UMNO Kuala Pilah hari ini, beliau amat kesal kerana kebanyakkannya mementingkan diri sendiri. Walaubagaimanapun beliau masih mempunyai hubungan yang baik dengan pemimpin lama seperti Dato’ Napsiah Omar dan lain-lain.

Sebelum menamatkan perbualan, Tuan Haji Othman mengingatkan saya supaya sentiasa berpegang kepada prinsip yang diyakini dan bersumber Wahyu dan Sunnah Rasul SAW.

Kepada Tuan Haji Othman Adam dan Isteri Hajjah Zaleha Bte Md. Nor kita doakan agar Allah berikan mereka kesihatan yang baik. Terima kasih.

CERAMAH UMUM

Satu ceramah pakatan rakyat akan diadakan seperti tempat dibawah:

Tempat : Kg. Kok Talang, Tanjung Ipoh, Kuala Pilah NS.
Masuk dekat nak sampai dam talang)
Masa : Ahad - 9/11/08 jam 8.00mlm.

Penceramah :
1) Ustaz Badrul Amin Bahrun (MPT Keadilan)
2) YB. Saari Sungib (Adun Hulu Kelang, Selangor)
merangkap ketua penerangan Pas Selangor dan bekas ISA.
3) En. Nordin Ismail (Ketua PKR Bahagian Kuala Pilah).

Tajuk Ceramah : Isu ekonomi, Bajet Parlimen, dan Isu Semasa.

Sila hubungi - 013-3938854 (mediaprjoseh)@017-6207762 (AMK)

Sila war2 kan dan jom datang beramai-ramai...........DEMI ISLAM DAN KEADILAN.....reformasi......

Frm: mediaprjoseh

Isnin, 3 November 2008

JANGAN MARAH !!!!!

Apa khabar saudara, sudah habis Persidangan? Hebat dan segak nampak, Berbaju Malayu Putih, bersamping Merah, bersongkok Hitam, meeeemanggggg segak. Apa? Tak hilang letih lagi!! Kemana sampai larut malam? Anak bini tak risau ke?? Besok tak kerja ke?? Kan Persidangan sudah selesai. Hah?? Berminggu-minggu berkempen. Wow, berapa sort ??? Banyak sort ?? Makan kiri kanan ke ?? Alamak kalau Ketua bertanding lagi banyak kan?? Ini kad apa pulak ?? Oooo kad nama, nombor 00 lagi, hahh ada ayat lagi BERANI BERUBAH. Apa yang berubah?? Poket ????

Jangan Marahhh.

PAK WAN KHAZIM BEKAS KETUA API PERLIS

Saya masih lagi ingin membicarakan soal perjuangan Pak Wan Khazim Bin Wan Din yang ditemui baru-baru ini kerana dalam artikel terdahulu masih terdapat kekurangan tentang sejarah perjuangannya. Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah pernah menitahkan tahun lalu, bahawa negara harus mengiktiraf Pahlawan Bangsa sebenar. Maka itu PAS Pusat telah mengiktiraf Dr. Burhanuddin Al-Helmy sebagai “Pahlawan Bangsa”. Dalam Pengkisahan Sejarah Kemerdekaan Negara anjuran PAS Pusat itu, Pak Wan telah undang untuk memberikan ucapan, suatu penghormatan yang PAS berikan kepada beliau. Pak Wan pernah berganding dengan Dr. Burhanuddin di Singapura. Ketika itu Dr. Burhanuddin memimpin PAS dan sebelumnya PKMM adalah menjadi rujukan kepada orang-orang Melayu, dan kelompok inilah yang menentang penjajahan British dan menuntut kemerdekaan, UMNO ketika itu belum ada lagi dan beliau sendiri tidak tahu bila masanya UMNO berjuang menentang British. Setelah UMNO ditubuhkan, parti itu hanya sekadar sebagai penumpang dan bersetuju dengan gerakan menuntut kemerdekaan tersebut.

Beliau yang terlibat dengan API pada usia 14 tahun, terpaksa berhenti sekolah untuk menyara keluarga berikutan bapanya Pak Wan Din ditahan British di bawah Akta Darurat.

Beliau merasa amat sedih, kerana fakta sejarah sudah diputar belit oleh British dan dipersetujui UMNO, sebab itu nama-nama besar seperti Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestaman, Shamsiah Fakeh dan yang seangkatan dengannya dan sebelum itu Tok Janggut, Mat Kilau dan ramai lagi dilupakan pada Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia.

Katanya lagi, pernah pemimpin UMNO menyindir buat jarumpun tak tahu, bagaimana nak merdeka. Berikutan tekanan rakyat semakin kuat terhadap British, mereka megistiharkan Dharurat pada tahun 1948 dan mengharamkan Hizbul Muslimin, PKMM dan bebeberapa lagi pertubuhan dan menangkap pemimpin-pemimpinnya. Maka setelah melumpuhkan gerakan rakyat tersebut, UMNO menampakkan wajah sebenarnya yang bersahabat dengan British, maka jadilah UMNO sebagai boneka British.