Khamis, 16 April 2009

KESANA SEBENTAR

Kepada pengunjung yang dihormati, saya tidak akan update blog ini untuk seketika waktu kerana saya kesini buat sementara. Saya amat menghargai saudara/i kerana kunjungan. Terima kasih.

Isnin, 13 April 2009

SURAT KEPADA SEMUA KETUA JABATAN KUALA PILAH

-SALINAN -

Tarikh : 13 April, 2009

Kepada:
Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan
Daerah Kuala Pilah.

Tuan,

ADUAN BERKENAAN HAL PEMBANGUNAN, KEBAJIKAN, SOSIAL DAN LAIN-LAIN
DI LAMAN BLOG KEADILAN KUALA PILAH


Dengan hormat kami merujuk kepada perkara tersebut diatas.

Kami sangat mengharapkan akan ujud suasana yang baru yang lebih harmonis yang tidak kelihatan sebelumnya, kerana suasana mula berubah semenjak akhir-akhir ini yang mahukan kebajikan rakyat harus diutamakan, dan kami percaya tanggungjawab ini tidak mudah untuk dilaksanakan dan bukan semata-mata terletak dibawah parti yang memerintah, ruang juga harus dibukakan kepada kami untuk berbakti.

Pihak kami telah dan akan melaporkan beberapa perkara yang berkaitan dengan hal-ehwal rakyat Kuala Pilah yang masih tergendala yang memerlukan tindakan daripada Jabatan-jabatan Kerajaan dilaman Blog kami di http://gerbangkeadilankp.blogspot.com dengan harapan ia dapat diatasi. Kami telah melaporkan beberapa kes seperti projek perumahan terbengkalai, padang terbiar, permohonan bantuan JKM yang lewat, karenah birokrasi Jabatan terhadap golongan tua dan lainnya yang bersifat melapor dengan hasrat ia sampai kepengetahuan Jabatan tuan.

Hasrat kami agar pihak tuan dapat menerima dan meneliti apa yang kami laporkan itu.

Sekian, semoga mendapat perhatian dan sambutan yang baik daripada tuan juga. Terima kasih.

Yang Benar

Hazman Hashim
Setiausaha PKR
Kuala Pilah

KELUHAN PENDUDUK JUASSEH

Jambatan yang menghubungi Pekan Juasseh dan Kampung2 Jemapoh, telah runtuh hampir 7 bulan yang lalu. Jambatan simen tersebut yang kami rasa jangkahayatnya baru lagi di bina pada sekitar penghujung 1989 mengantikan jambatan kayu yang semakin reput dan di beritakan juga jambatan kayu tersebut pula di bina semenjak zaman sebelum merdeka lagi. Jambatan kayu ini menjadi laluan keretapi memunggah hasil2 bumi merentasi kampong Jemapoh, Pelangai, Parit Tinggi dan menempatkan stesennya di Bazzar Melayu bandar Kuala Pilah. Bangunan stesen tersebut masih lagi untuh dan kini menjadi gerai peniaga Melayu.

Persoalannya, Dibandingkan jangkahayat jambatan simen yg terlalu baru dan di bandingkan pula dengan jangkahayat jambatan kayu sebelumnya, adalah terlalu jauh. Apakah sewaktu pembinaannya tersebut melanggari garis2 kehendak Jurutera. Siapakah kontraktor yg mendapat laba tersebut dan tidak adakah tindakan untuk memanggil semula pihak2 yang terbabit untuk disoal siasat ?. Mungkinkah Adun dan pihak kontraktor2 terlibat dengan salahguna kuasa dan rasuah.? Disarankan bahawa Pegawai Dearah Kuala Pilah bersama2 BPR sewajibnya menyiasat perkara ini.

Kepayahan orang2 kampung yang terutama untuk menghantar anak2 kesekolah semakin sukar. Manakala anak2 yang berbasikal ke sekolah, terpaksa melalui kawasan ladang2 sawit dalam kegelapan dan ketakutan. Terlalu banyak kejadian yang tidak diingini terpapar di akhbar2 berkenaan trajedi ladang sawit. Ungutan, rompakan dan rogol. Apakah jambatan ini akan di bina setelah kejadian yg tidak diingini terjadi kepada orang2 berkepentingan dgn wakil rakyat ? Orang2 kampong sudah mula bersunggut akan kepayahan ini. Manakala peniaga2 Pekan Juasseh kekurangan pengunjung.

Beginikah sikap kerja wakil2 Rakyat? Akan berkunjung lagilah hingga kedapur apabila ingin meraih undi sewaktu pilihanraya akan datang. Maka keluarlah suara Ketuanan Melayu, kita bersaudara. Setelah menang, tiada langsung lapuran kepayahan orang2 kampung ini di teliti dan di beri perhatian. Pejabat khidmat masyarakat Wakil Rakyat, hanya lebih tertumpu kepada mana lagi projek hendak dikaut dan cuba memastikan juak2 pengampu dapat agihan.

(GK: Kami percaya lapuran ini sudah sampai di Unit Pembangunan, Pejabat Daerah Kuala Pilah, namun mengutamakan mana yang lebih penting menjadi persoalan. Kami berharap pihak yang berkaitan memandang perkara ini dengan serius, seperti yang diadukan Brother Luv, Jemapoh)

Ahad, 12 April 2009

UCAP SELAMAT DATANG

Tidak kelewatan bagi Gerbang Keadilan Kuala Pilah untuk mengucapkan Selamat Datang kepada TUAN IBRAHIM BIN HASSAN PEGAWAI DAERAH KUALA PILAH yang baru yang mula bertugas pada 23 MAC 2009 yang lalu. Kita sangat mengharapkan akan ada hubungan baru antara PKR Kuala Pilah dengan Pegawai Daerah tersebut, dalam misinya meningkatkan imej Jabatan. Gerbang Keadilan dalam ruang ini akan sentiasa memaparkan permasalahan yang timbul dikalangan Penduduk Kuala Pilah yang berkaitan dengan Jabatan-jabatan Kerajaan dengan harapan ia akan diambil perhatian. Sudah sampai masanya Jabatan-jabatan Kerajaan khususnya di Kuala Pilah membuka pintu kepada Parti selain UMNO bagi menerima pandangan dan cadangan serta menerima aduan bagi mengutamakan pembangunan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Terima kasih dan Selamat Bertugas kepada Tuan Ibrahim Bin Hassan.

Sabtu, 11 April 2009

JANGAN PUKUL LAGI TIN KOSONG

Dulunya Bersih, Cekap, Amanah oleh Mahathir, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang oleh Pak Lah, kini Satu Malaysia oleh Najib. Akhirnya kedua-duanya kelihatan terkapai-kapai dengan slogan yang dibawa, Mahathir meletakkan jawatan secara mengejut di Pentas Persidangan UMNO, manakala Abdullah Badawi tersingkir secara halus sebelum sampai masanya atas desakan. Kini tampil Najib Tun Razak dengan wajah baru Satu Malaysia. Malah Timbalan dan Naibnya menobatkan Najib sebagai Mujahid Abad ini dan pembawa Gerakan Tajdid dalam Perhimpunan mereka yang lalu. Ini pujian melampau dari orang bawah sebelum berjalan pemerintahannya dan dari mana mereka menilai corak pemerintahannya kerana ia belumpun bermula, cuma suatu pengharapan, sedangkan ia dikaitkan dengan pelbagai isu, kemungkinan untuk mengampu. Berdasarkan kepada pengalaman yang lalu, kesungguhan untuk memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara banyak dibantu dengan slogan yang hebat-hebat, dan membuat kejutan dihari pertama pemerintahan, budaya ini berterusan. Maka ramailah pengikut-pengikut setia UMNO terpesona dengan kehebatan itu, dan bersungguh-sungguhlah mereka berkata bahawa UMNO itu MELAYU dan MELAYU ITU UMNO. Apabila sokongan Melayu beralih ke Parti lain, maka panik dan marah bukan kepalang. Apatah lagi baru-baru ini apabila bukan Melayu mula mendekati Al-Qur'an dan membacanya, bukan kepalang lagi marahnya. Najib perlu benar-benar merubah cara berpolitik orang-orang UMNO kerana kaedah yang digunapakai sekarang sudah tidak efisien lagi kala ini, tetapi mampukan beliau? Kita juga bersifat berlapang dada dan menanti serta mengotakan apa yang beliau janjikan kepada rakyat. Oleh yang demikian jangan lagi memukul tin kosong itu kerana kita mengetahui maksudnya.

Jumaat, 10 April 2009

UCAPAN TERIMA KASIH ROSMAH BERNILAI RM 45,786.00 ?

I saw this advertisement in Utusan Malaysia when I was checking out from the hotel in Taiping the day after Nizar won the Bukit Gantang by-election. Curious about the cost of a full-page colour advertisement in Utusan national page, I asked my PA to call up Utusan’s office to get a quotation. Guess how much the ad costs?
Baca lagi di LOKE for RASAH

MENGHARAP BANTUAN

Seorang Ibu Tunggal di Kampung Dioh Kecil, Kuala Pilah yang berusia 33 tahun sanggup mengorbankan masanya hanya kerana ingin membalas jasa bapa yang kini lumpuh semenjak 5 tahun yang lalu. Puan Azimah Ismail yang mempunyai 3 orang anak yang masih kecil telah ditinggalkan suaminya semenjak beberapa tahun lalu menceritakan bahawa beliau tidak mempunyai pendapatan tetap bagi menanggung perbelanjaan keluarga, dan tidak berhasrat untuk mencari pekerjaan kerana tidak sanggup meninggalkan bapanya bersendirian dirumah. Permohonan bagi mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat telah dibuat, dan beliau telah mengulangi Pejabat JKM Kuala Pilah sebanyak 6 kali, juga permohonan yang sama diajukan kepada Baitul Mal, Majlis Agama Islam N. Sembilan. Sehingga pertemuan dengan kru Gerbang Keadilan dibuat, tiada bantuan disampaikan oleh Jabatan berkenaan. Kesusahan Puan Azimah ini pernah diadukan kepada akhbar SINAR dan telah disiarkan sebanyak dua kali, maka adalah sedikit usaha yang cuba dibuat oleh pihak yang berwajib. Sikap birokrasi Jabatan-jabatan Kerajaan sebeginilah menyebabkan banyak mereka yang memerlukan bantuan menunggu dengan begitu lama dan melalui prosidur yang sangat leceh. GK masih ada lagi menyimpan dua kes untuk disiarkan membabitkan warga emas yang menjadi mangsa birokrasi seperti ini.

KERANA INI MEREKA DITAHAN

Kreativiti anak-anak muda ini dalam kempen di PRK Bukit Gantang yang lalu mencipta duplikat keranda dan mayat Altantuya mengundang kebimbangan pihak-pihak tertentu. Apabila duplikat ini diusung mengelilingi pusat-pusat pengundian ada pihak membuat pengaduan kepada Polis, dan seramai 8 orang telah ditahan untuk siasatan, salah seorang diantara mereka ialah Timbalan AMK Kuala Pilah Sdr. Nizam Razak. Mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Taiping pada 21 April nanti atas pertuduhan menjatuhkan maruah Perdana Menteri.

Terima kasih kepada Sdr. Muzaffar Shah atas ihsan gambar.

Khamis, 9 April 2009

Surat Tok Guru Nik Abd Aziz Nik Mat Kepada YB Nga Kor Ming ADUN Pantai Remis Perak

13 Rabiul Akhir 1430
9 April 2009
YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.

Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahteraYang Berhormat,Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.
* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *
(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
MerangkapMursyidul Am PAS

KETUA PEMUDA UMNO NS MERENDAHKAN MARTABATNYA

Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan Datuk Ir Jamlus Aziz merendahkan martabatnya sebagai seorang Datuk, Profesional dan Pemimpin. Ini kerana dalam kenyataannya di SINAR HARIAN hari ini beliau menyatakan bahawa Pengundi di Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau terpengaruh dengan janji manis dan jaminan kosong oleh Pakatan Rakyat (PR) menjadi faktor utama kekalahan calon Barisan Nasional pada pilihan raya kecil terbabit. Beliau juga menyatakan bahawa Pembangkang (PKR, PAS dan DAP) adalah parti pembohong dan penyebar dakyah kotor. Terpengaruh bermaksud terpedaya atau tertipu. Ini bermakna pengundi tersebut adalah orang-orang bodoh yang mudah terpengaruh dan tertipu. Ini suatu penghinaan secara terbuka kepada pengundi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau dan juga suatu penghinaan kepada Parti yang menang. Nampaknya Ir Jamlus masih terjajah fikiran, menutup pintu hatinya daripada menerima hakikat apa yang berlaku, walaupun bergelar Datuk dan Ir. yang melambangkan kehormatan dan profesionalisma, tetapi kenyataan yang telah beliau keluarkan itu tidak setaraf dengan kehormatan yang beliau sandang. Kita amat hairan bagaimana cara berfikir Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan Ir Jamlus dalam hal menjaga kepentingan rakyat dan kestabilan negara? Adakah hanya UMNO semata berfikir kearah itu dan yang lain tidak? Ini menunjukkan fikiran beliau sudah terlalu suntuk dan dangkal kerana sudah menjadi kaki pengampu untuk melonjak naik dalam pentas politik UMNO sehingga apa yang berlaku didepan mata ditafsir sebagai sesuatu yang negatif. Apa yang sebenarnya yang berlaku di Bukit Gantang dan Bukit Salambau adalah isyarat jelas pengundi menolak BN/UMNO dan mereka tidak terpengaruh dengan dakyah berterus BN/UMNO siang dan malam melalui semua media yang ada kecuali di Batang Ai yang jauh dipendalaman itu. (Saya tidak menyalahkan pengundi di Batang Ai, kerana mereka masih kekurangan maklumat dan ini yang dikehendaki BN dan UMNO supaya mudah mereka dicucuk hidung). Setelah habis semua ikhtiar untuk memujuk pengundi, mengapa dihambur kata-kata nista kepada mereka? Sudah hilangkah perhitungan akal yang waras?

Rabu, 8 April 2009

MENYAMBUT KEPULANGAN SUKARELAWAN DARI BUKIT GANTANG

Sukarelawan Kuala Pilah yang berkhidmat di PRK Bukit Gantang selamat sampai di Ulu Bendul jam 9.00 pagi tadi dan disambut oleh pimpinan Keadilan Kuala Pilah dan penyokong. Mereka kemudian diarak dengan 20 buah kereta melalui Bandar Kuala Pilah, Senaling, Juasseh dan terakhir di Pejabat Pakatan Rakyat Juasseh, Jemapoh. Dalam majlis ringkas di Jemapoh, Setiausaha Bahagian Sdr. Hazman Hashim mengucapkan tahniah kepada sukarelawan tersebut dan semangat kemenangan di Bukit Gantang dan Bukit Salambau diharap akan melebar di Kuala Pilah. Turut memberikan ucapan ialah Sdr. Kamarul, Puan Rubiah Yusof (Pemangku Ketua Wanita Bahagian). Tengku Zamrah Sulaiman (Ex Ketua Wanita Bahagian), Sdr. Helmi Maarof (SU AMK KP) dan Sdr. Arifin Pilus.

Selasa, 7 April 2009

TIMB. AMK KUALA PILAH DITAHAN POLIS

Suasana kempen di Bukit Gantang menyebabkan Timbalan Ketua AMK Kuala Pilah Nizam Razak dipanggil untuk memberi keterangan di Balai Polis Padang Gajah, jam 12.30 tengahari tadi berikutan aduan mengenai membawa replika keranda mendiang Altantuya di pekan Padang Gajah, Changkat Jering. Beliau disiasat selama hampir 6 jam bersama rakan-rakan AMK yang lain seramai 8 orang dan mereka dibebaskan jam 7.00 petang tadi dengan jaminan. Sdr. Nizam melaporkan bahawa pengadu tersebut adalah penyokong UMNO dan mereka begitu marah dan ketakutan bila AMK mengusung replika tersebut yang dikaitkan dengan pemimpin nombor satu mereka.

PR 2 - BN 1

BUKIT GANTANG :-
Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin - 21,860,
BN Ismail Saffian : 19,071 undi.
Bebas : 62 undi
majoriti 3,022

BUKIT SALAMBAU:-
Calon PKR S Manikumar 12,632 undi,
calon BN Datuk S Ganesan 10,229 undi.
R Loganathan - 31
Tan Hock Huat -
Radhi Mat Lazim - 25
Mohd Fadzil Wahab - 83
Abdul Rahim Abu - 60
L Sarala - 49
A Jayagopal - 35
S Moganakumar - 46
Khamis Awang - 29
Husaini Yaacob - 257
Venason Michael - 32
Mejar (B) Anuar Abdul Hamid -
528 T Chandrarajan - 73
majoriti 2,403 undi

BATANG AI
BN = 3,907
PR/PKR = 2,053

Isnin, 6 April 2009

JUMUDNYA PEWARIS DAN SEKUTU

Suatu kelainan dalam kempen pilihanraya kecil terutamanya di Bukit Gantang. Apa yang menarik ialah keberanian Setiausaha DAP Perak mengunakan ayat al-Qur'an dalam ucapannya. Ini suatu yang baru di Malaysia, dan ia dilihat suatu perkembangan yang sihat dalam perkembangan Islam, kerana sebelum ini bukan Islam begitu jauh dan fobia dengan Islam. Perkembangan ini harus dilihat dengan positif dan bersangka baik. Dalam kenyataan Timbalan Presiden PEWARIS Rahimuddin Md Harun, perkembangan ini sebagai suatu penghinaan dan mempersenda Islam dan umat Islam marah dengan suasana itu dan menyifatkannya sebagai biadap. Katanya lagi ."Ayat al-Quran tidak boleh digunakan oleh orang kafir kerana mereka tidak beriman kepada Allah." Kita merasakan kenyataan Timbalan Presiden PEWARIS itu bersifat dangkal dan dungu. Seharusnya kita berasa bangga, kerana orang Chinapun turut membacakan Al Qur'an, mudah-mudahan dengan bacaan itu dan pemahamannya ia akan memeluk Islam. Inilah nampaknya perkembangan baru yang telah dibuat oleh Pakatan Rakyat, secara tidak langsung ia menjalankan dakwah dikalangan bukan Islam. Tetapi lain pula sifatnya Timb. Presiden PEWARIS, ia mahu Al-Qur'an itu disimpan baik-baik, dan tidak dibuka dan dibacakan oleh sesiapapun melainkan oleh orang-orang Islam sendiri terutama kaum Melayu. Tidak kita dapati satu keteranganpun Al-Qur'an itu tidak boleh dibaca oleh kaum kafir, jika ada sila kemukakan. Katanya lagi PEWARIS memberi amaran kepada sesiapa sahaja supaya jangan menghina al-Quran "kerana kami berjuang mempertahankan kesucian al-Quran dan agama Islam di Malaysia". Kenyataan ini bersifat mengampu, apa yang dipertahankan selama ini oleh PEWARIS? Kecuali suaranya hanya kedengaran ketika Pilihanraya kecil ini sahaja, tidak lain. Ingatlah Rahimuddin, Islam itu bukan untuk kaum Melayu semata, dan jangan pula cemburu jika kaum lain boleh membacakan Al-Qur'an dan mempraktikkannya, bukan disimpan dalam peti dan menjadi BAHAN SUMPAH yang diamalkan kaum Melayu UMNO.

UMNO/BN GUNA KUDA TUA

Asakan dengan sebegitu rupa oleh UMNO/BN dengan memperkuda RTM/TV3/Akhbar arus perdana sehingga tidak ada yang paling buruk/hina/jahat/khianat dan sebagainya dalam dunia ini hanyalah Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, Keadilan dan DAP. Rakyat sepanjang masa dihidangkan dengan momokan itu sehingga ia amat membosankan dan rakyat semakin menyampah dengan UMNO/BN. Kerana itu ia amat terdesak sehingga ia terpaksa mengeluarkan Panglima Tua yang sudah uzur untuk bertarung di Pilihanraya kecil. Baru minggu yang lalu dalam persidangannya, mereka keluar dengan megah dan bangga dengan kepimpinan baru yang akan memperkasakan semula UMNO dengan tokoh-tokoh muda yang berketrampilan untuk memikat rakyat kembali kepada UMNO. Dalam usia menghampiri 90 tahun, apakah mampu Panglima Tua itu bertarung dengan anak-anak muda Pakatan Rakyat, apakah tenaga dan fikirannya seperti dulu lagi? Atau apakah ia telah kembali berkuasa semula. Tapi untuk apa? Adalah lebih baik bagi beliau berehat dan mendekati keluarga dan perbanyakkan amalan untuk hari akhirat kelak. Namun begitu pemimpin yang baru dinobatkan dalam persidangan yang lalu itu kelihatan tidak bermaya dan lesu, kerana itulah Panglima Tua itu turun gelanggang dan bersilat semula, tapi langkah dan rentaknya sudah terlalu lemah dan sumbang.

Ahad, 5 April 2009

SUKARELAWAN K. PILAH BERKHIDMAT DI BUKIT GANTANG

Hari ini (Ahad 5 April) seramai 15 orang lagi sukarelawan daripada Kuala Pilah bertolak ke Bukit Gantang bagi membantu kemenangan calun (P 509) Pakatan Rakyat YAB Dato' Seri Ir. Mohd. Nizar. Sebelum itu pada hari penamaan calon, hampir 20 orang sukarelawan Kuala Pilah turut mengiringi calun ke Pusat Penamaan. Timbalan Ketua AMK Sdr. Nizam Razak dan rakan terus berkampung disana sehingga selesai Pilihanraya kecil tersebut. Oleh kerana masing-masing mengeluarkan perbelanjaan sendiri bagi membantu kemenangan calun Pakatan Rakyat dan ada diantaranya yang tidak mempunyai sumber pendapatan tetap, maka kami menyeru penyokong dan pendukung keadilan agar dapat menyumbang untuk kami salurkan kepada mereka. Terima kasih. (Gerbang Keadilan)

Sabtu, 4 April 2009

NAJIB PM KE-6

Sahlah sudah Najib Tun Razak adalah Perdana Menteri Malaysia ke-6, setelah mendapat perkenan Yang Di Pertuan Agong. Tetapi sebelum itu Keadilan Online melaporkan bahawa perlantikan tersebut tidak mendapat restu Yang Di Pertuan Agong dan ditangguhkan. Kita amat hairan daripada sumber mana ia didapati dan ternyata ia adalah palsu dan berupa fitnah. Ini sudah tentu akan menjejaskan kredibiliti akhbar tersebut dalam pemberitaannya, kita harus tahu mana yang betul dan salah, tulen dan palsu, benar dan fitnah, dan sebagai wartawan ia harus bersifat sebagai hakim walaupun terhadap musuh. Oleh yang demikian, Keadilan Online harus berwaspada dan tidak menjadi sumber kepada berita palsu pada masa depan. Walauapapun Najib telah menjadi Perdana Menteri kepada semua rakyat Malaysia dengan keadaannya setelah mendapat perkenan Yang Di Pertuan Agong.

Khamis, 2 April 2009

BAKAL PERDANA MENTERI - APA YANG BERLAKU?

Teka teki perkenankah Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Sultan Mizan keatas perlantikan Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia ke enam masih lagi bermain hingga kesaat ini. Media utama setiap masa mengumumkan Majlis Angkat Sumpah akan berlangsung esok (Jumaat) dan menurut Ketua Setiausaha Negara, Yang Di Pertua Agong berkenan diatas perlantikan tersebut. Manakala media PR melaporkan bahawa YDA tidak merestui perlantikan tersebut dan berita ini tersebar luas. Kita memerhatikan bahawa makluman mengenai peralihan kuasa ini mendapat liputan meluas daripada media utama terutamanya Radio, TV Malaysia (RTM) dan TV3 seolah-olah sudah direncanakan dan ia kelihatan telah mendahului perkenan Yang Di Pertuan Agong dan tiada satupun kenyataan rasmi dari pihak Istana dalam hal ini. Suasana seperti ini dilihat tidak harmonis dan kelihatan tergesa-gesa, mendesak dan tidak beradab.

Petisyen desak tunda lantik PM Najib

Apr 2, 09 5:29pm
Kesemua 81 ahli parlimen Pakatan Rakyat menyerahkan satu petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong, memohon perkenan baginda agar menangguhkan pelantikan Datuk Seri Najib Abdul Razak sebagai perdana menteri.Petisyen itu, yang diserahkan kepada Istana Negara semalam, ditandatangani oleh penasihat PKR Datuk Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ketua parlimen DAP Lim Kit Siang.Ahli-ahli pembangkang menyatakan pelantikan tersebut - yang dijadual 10 pagi esok - haruslah ditunda sehingga satu suruhanjaya bebas dibentuk untuk membersihkan Najib daripada segala tuduhan salah laku.Mereka juga berkata Najib wajarlah disiasat berhubung dakwaan beliau mempunyai kaitan dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu - yang menjadi bahan berita media asing akhir-akhir ini.Isu komisyen pembelian kapal selam pertama negara Scorpene yang dikaitkan dengan Najib, waktu itu menteri pertahanan, dan wanita Mongolia berkenaan.Bakal perdana menteri sering menafikan pembabitannya, malah menyatakan beliau tidak pernah mengenai wanita itu.
(Sumber: Malaysiakini)