Ahad, 9 November 2008

CERAMAH DI KOK TALANG

Seramai hampir 500 orang penduduk Kg. Kok Talang dan sekitarnya hadir bagi mendengar ceramah oleh Ust. Dr. Badrul Amin Bahrun (Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi) dan YB Shaari Sungip (ADUN Hulu Kelang) di Kg. Kok Talang sebentar tadi. Menurut pengelola majlis Sdr. Shahran Kaat, beliau sangat berpuas hati dengan sambutan yang diberikan oleh penduduk. Menurutnya beliau tidak menjangka akan kehadiran begitu ramai masyarakat kampung, kerana terdapat sedikit sabotaj untuk mengagalkan majlis itu. Majlis yang dimulakan oleh Sdr. Noor Hamizan Jaafar, memberitahu bagaimana beliau difitnah oleh Wakil Parlimen Kuala Pilah dengan menyogok beliau dengan jutaan ringgit dan menawarkan jawatan yang lebih tinggi dari kedudukan sekarang. Beliau mendedahkan pembohongan itu kerana kepentingan masa depan politik Ahli Parlimen tersebut. YB Shaari Sungip ADUN Hulu Kelang dalam ucapannya menegaskan bertapa perlunya ISA dihapuskan, kerana ia menzalimi rakyat yang tidak berdosa. Beliau juga menerangkan kedudukan Kerajaan Negeri Selangor sekarang dan faedah serta nikmat yang diperolehi rakyat Selangor, dan memberi rangsangan agar rakyat setempat melakukan perubahan. Sementara itu, Ust. Dr. Badrul Amin Bahrun pula menggesa agar penduduk perlu berani melakukan perubahan dan menjadi pembantu gerakan ini kerana keadaan sudah menjadi semakin parah. Beliau memberi contoh kedudukan Universiti dinegara ini mencapai penarafan yang sangat memalukan, sedangkan sewaktu beliau menjadi Pensyarah Kanan di UIA, universiti tersebut sangat dihormati dan menjadi kebanggaan negara, begitu juga nasib dengan universiti yang lain. Beliau bimbang budaya mengampu yang diterapkan oleh pemimpin UMNO di universiti-universiti akan menyebabkan pelajar-pelajarnya akan menjadi kaku dan tidak berupaya menjadi pemimpin, maka akan lahirlah masyarakat yang tempang. Sebelum mengakhiri ucapannya, Dr. Badrul meminta agar semua memainkan peranan sebagai pengerak perubahan, sampaikan segala makluman termasuk CD, Akhbar, Risalah dan sebagainya kepada seluruh penduduk di kampong ini.

Sebelum sampai di Kg. Kok Talang, beliau telah singgah di Madrasah Tanjung Beringin, Kg. Tengah, Seri Menanti atas permintaan jemaah disana.

Syabas dan tahniah kepada pengerak di Kg. Talang Kok.

1 ulasan:

  1. Syabas PKR Bahagian KP. Program seperi ini, harus di teruskan tanpa henti. Fokus penerangan yg lebih berkesan terutama kawasan2 pendalaman. Cuma tertanya2 mana team pemuda pelaksana program yg sepatutnya telah memulakan kerja2 khidmat seperti yg telah di rancang dengan kertas kerja tempoh hari. Pesan Ustaz Barul perlu di hayati. Masyarakat kampong masih tidak dapat maklumat yg sebenarnya bagaimana kucar kacirnya negara di bawah pertadbiran BN waktu kini. Sebarkan VCD atau Akhbar2 Keadilan dan Harakah kekawasan yg kita tidak sempat membuat perculaan PRU12 tempohari. Tubuhkan unit pengempur secepat mungkin. Dan tubuhkan juga unit2 peculaan dengan telah mula mengenal pasti pengundi2. Dapatkan senarai terbaru dari SPR. Lantik pegawai2 untuk menjadi pendaftar pengundi2 baru. Jangan selalu buat kerja pada saat akhir dan leka dengan jawatan. Moga pandangan saya ini di beri perhatian.

    BalasPadam