Jumaat, 29 Mei 2009

Disebalik Episod 'Mata Lebam'

Datuk Mat Zain Ibrahim, pegawai polis yang mehyiasat kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim’s pada 1998, hari ini mendakwa terdapatnya perancangan peringkat tertinggi untuk merosakkan kredibilitinya Justify Fullmenggunakan notis kebangkrapan sebelum sebutan dan perbicaraan beberapa kes termasuk kes sodomi Anwar pada bulan Juali nanti.

Laporan agensi berita negara Bernama semalam melaporkan bahawa Mat Zain telah diisytiharkan bankrap pada April 21 kerana gagal membayar hutang sejumlah RM250,000 dan telah diberikan notis pada Mei 26. Berita tersebut telah disiarkan oleh beberapa akhbar tempatan termasuk The Malaysian Insider yang melanggan perkhidmatan berita Bernama.

“Saya menyebut dengan pasti bahawa terdapat beberapa tangan yang cukup berkuasa tetapi tersembunyi yaang inginkan perkara tersebut berlaku. Sebabnya ialah untuk memusnahkan kredibilit dan /atau melumpuhkan keupayaan saya serte menghalang saya dari memberi bukti-bukti terhadap Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan kerana mereka-reka bukti di dalam kes mata lebam pada 1998 yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Mat Zain di dalam satu kenyataannya.

Mat Zain, yang mengambil opsyen pencen awal pada 2001 sebagai Ketua CID KL, berkata dia percaya ntis kebangkrapan ada kaitan dengan rayuannya kepada Badan Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) untuk membersihkan namanya selepas badan itu hanya membersihkan nama Gani dan Musa dari tuduhan memalsukan bukti yang diadukan oleh Anwar.

“Saya mempunyai sebab untuk mempercayai pihak pendakwaan telah menjangka lebih awal yang Anwar pasti akan membangkitkan sewaktunya kesnya dibicarakan mengenai isu pemalsuan bukti kes mata lebam. Bukti yang saya miliki menjadi penting di ketika itu. Justeru itu pilihan yang ada ialah memusnahkan kredibiliti saya.

“Sekalipun pendedahan (mengenai kebankrapan) mungkin menimbulkan keadaan tidak senang untuk saya dan keluarga saya, namun saya menerimanya sebagai satu hikmah dan ia akan hanya meningkatkan iltizam saya untuk mendedahkan hal yang sebenar terhadap episod mata lebam itu.

“Percayalah, bukan kes ini sahaja yang kedua-dua itu terlibat. Terdapat beberapa kes lain yang sama gemparnya. Kebenaran akan tetap terserlah,” kata Mat Zain.

Beliau mendakwa beliau menyiasat kes insiden mata lebam tanpa takut atau berpihak dan kenyataannya direkodkan sebanyak lima kali oleh pelapor kepada SPRM, Badan pencegah Rasuah(BPR) ketika Anwar membuat laporan pada Julai 1, 2008 bahawa Gani, Musa, Mat Zain dan Dr Abdul Rahman Yusof telah memalsukan laporan perubatan berhubung serangan berkenaan.

Tetapi Pengerusi SPRM Datuk Seri Ahmad Said Hamdan telah mengumumkan pada Mac 3 bahawa tiga ahli panel bebas telah menyemak kertas siasatan dan membersihkan Gani dan Musa dari prosiding salahlaku jenayah menyebabkan Mat Zain kemudian merayu keputusan berkenaan.

“Walau bagaimanapun, saya perlu nyatakan bahawa Perdana Menteri tidak pernah diberitahu tentang hal sebenar dan keseluruhan fakta berkenaan isu ini. Jika kebenaran diberitahu, saya yakin PM telah mengambil tindakan yang sepatunya,” tambah Mat Zain.

Beliau menyatakan bahawa beliau telah mengarahkan peguamnya untuk memeriksa hal kebankrapan yang diwarwarkan kerana beliau tidak pernah menerima sebarang notis berhubung dengan saman dari peniaga Yap Thoong Choan, 72, di Damansara Heights, yang difailkan pada Ogos 10, 2004, terhadap Mat Zain di Mahkamah Session Bandar Baru Bangi Sessions menyatakan baki RM250,000 pinjaman yang belum dibayar.

Dinyatakan di dalam dakwaan terhadap Mat Zain, 60, telah mengambil pinjaman RM500,000 melalui satu perjanjian yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak pada Feb 22, 2002, dan bersetuju untuk menyelesaikannya pada atau sebelum Ogos 21, 2002.

Yap berkata setakat ini, Mat Zain telah membayar RM250,000 dari jumlah tersebut. Satu surat tuntutan telah dikeluarkan untuk baki RM250,000, pada Julai 14, 2004, telah dihantar kepada Mat Zain tetapi beliau gagal untuk membayarnya. Mahkamah Tinggi Shah Alam High pada April 21 tahun ini telah mengeluarkan notis kebankrapan ke atas Mat Zain memerintahnya untuk membayar RM250,000 dengan faedah dan kos, menjadikan jumlahnya RM288,824.92. Terjemahan bebas oleh GB

Selasa, 26 Mei 2009

MEMANG LEMBAB

Isu pembeli rumah Taman Selasih, Batu 46 berpanjangan lagi, dan kali ini seperti biasa YB ADUN Pilah Adnan Abu Hasan berjanji lagi dan lagi dan mendapat perhatian sewajar darinya. Isu ini telah saya ketengahkan bulan lalu. Beginilah keadaaannya, selagi sistem tidak berubah, pemaju/pemodal akan terus mendapat keuntungan dan bebas dari sebarang tindakan manakala pembeli akan menghadapi risiko. Akta yang ada sekarang dilihat menyebelahi dan menguntungkan Pemaju, manakala pembeli dibiarkan menanggung risiko jika projek itu terbengkalai. Saya ingin menasihatkan YB ADUN Pilah atau lainnya agar meneliti Akta Pembangunan Perumahan agar ia lebih mesra pembeli. Di Kuala Pilah masih ada lagi Projek Perumahan terbengkalai yang tidak dilaporkan, saya akan cuba mendapatkan berita mengenainya di Juasseh tidak lama lagi.

APA SUKARNYA BENTERAS ALONG?

Posting saya tempoh hari mengingatkan bahaya meminjam kepada Agensi Kewangan Haram (Along), dan kegiatan tersebut terus berleluasa tanpa sebarang sekatan kerana iklan kegiatan tersebut dapat dilihat dimana-mana. Hari ini SINAR melaporkan seorang ibu tunggal menjadi mangsa terbaru di Seremban dan hidup dalam ketakutan akibat kegagalan membayar pinjaman sebanyak RM 1,000.00. Kita tidak hairan dan terkejut dengan laporan akhbar tersebut, kerana Kerajaan BN tidak bersungguh-sungguh membenteras kegiatan keji itu, sebab itu taukeh-taukeh Along itu terusan menjalankan kegiatan mereka. Kerajaan UMNO /BN lebih menumpukan usaha untuk membenteras pengaruh Pakatan Rakyat terhadap masyarakat, setiap kegiatan pasti dipantau, iklan yang tidak mendapat kelulusan Majlis Tempatan akan segera diturunkan, setiap aktivis pasti akan menjadi sasaran SB bagi mencari maklumat dan sebagainya. Lihat sahaja di bandar Kuala Pilah, iklan Pinjaman Along tertampal dimana-mana, siap sekali dengan nombor telefon, apa sukarnya untik menjejak mereka? Kerajaan UMNO/BN tidak berminat untuk melindungi Along daripada masyarakat, tetapi lebih berminat menjauhi masyarakat daripada Pakatan Rakyat.

Isnin, 25 Mei 2009

BAPA MERTUA DATO' MUKHRIZ MAHATHIR MENINGGAL DUNIA

Petikan Gambar di http://mohdtaufek.blogspot.com
di rumah kediaman Allahyarham Hj. Zakaria Jundai, Seremban.


Hj. Zakaria Jundai besan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamed meninggal dunia pada petang Sabtu lalu dikediamannya Taman Sri Siantan, Seremban. Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke Kampung Beting, Kuala Pilah dan disemadikan di Tanah Perkuburan Kg. Beting pada Ahad pagi.

GERAKAN PEMUTIHAN ADUN PILAH

Beberapa orang rakan Kontraktor telah melaporkan kepada kita ADUN Pilah YB Adnan Abu Hasan telah melakukan operasi pembersihan dari kalangan kontraktor yang dilihat menyokong Pembangkang. Mereka yang disenaraihitamkan itu perlu melalui proses pemutihan dan membuat AKUAN taat setia kepada UMNO/BN dihadapan YB tersebut, selepas itu pula wajib mengikuti sebarang program yang dianjurkan oleh YB berkenaan tanpa tercicir dan akan dipantau. Selepas melalui proses tersebut mereka akan layak memohon kerja-kerja yang dikeluarkan. Demikian yang diadukan kepada kita oleh rakan-rakan yang ramai dikalangan para kontraktor tersebut, sungguhpun mereka dipaksa untuk taat setia dengan YB itu namun sebilangan besar diantara mereka amat memahami keadaan itu, dan katanya YB tersebut dalam keadaan terdesak untuk membina pengaruh yang semakin terhakis.

Jumaat, 22 Mei 2009

BELASUNGKAWA UNTUK ADUN MANIK URAI

ADUN Manik Urai, Kelantan YB Ismail Yaakob meninggal dunia subuh pagi tadi akibat sakit jantung yang dihidapi sejak akhir bulan lepas. PKR Kuala Pilah mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga Allahyarham dihimpunkan bersama-sama orang yang beriman. Berikutan itu Pilihanraya kecil DUN Manek Urai akan diadakan dalam tempoh 60 hari . Bagi menyahut seruan pemimpin UMNO dan BN untuk tidak membazir wang rakyat, menumpukan usaha pemulihan ekonomi negara dan sebagai-sebagainya seperti yang diperkatakan di Penanti, maka kita adalah mengesyurkan supaya UMNO/BN tidak meletakkan calun disana, jikapun UMNO menang, ia tidak akan merubah majoriti PAS. Meletakkan calun bermakna UMNO/BN menghadapi dua situasi iaitu, jika menang ia hanya suatu pembaziran dan sia-sia dan jika kalah ia menerima pukulan KO kerana tersungkur untuk kesekian kalinya, tapi jika tidak meletakkan calun ia adalah lebih bacul dan dayus lagi, emmmm sudah serba tak kena.

RAYUAN KEMAHKAMAH PERSEKUTUAN PULA !

Krisis politik di Perak tidak mudah untuk diselesaikan, seperti apa yang diharapkan pimpinan UMNO supaya rakyat Perak menerima keputusan Mahkamah Rayuan sebentar tadi dan meminta semua pihak menghormati keputusan itu. Nampaknya tidak semudah itu untuk Nizar menyerah. Bagaimana hakim Mahkamah Tinggi boleh silap dalam penghakimannya sehingga Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan Nizar sebagai MB Perak yang sah? Tidakkah ini memberi kesan negatif terhadap institusi kehakiman dan menghakis lagi keyakinan rakyat terhadap institusi itu setelah kontrovesi VK Linggam yang masih tidak upaya dirungkai oleh Kerajaan. Apapun Ir. Nizar akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi Isnin depan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan tersebut. Dan harus diingat, MAHKAMAH RAKYAT tetap menunggu didepan.

UMNO Ditalkinkan Di Sabah?

Gambar ini dihantar melalui email. Menurut sumber tersebut peristiwa ini berlaku di kawasan Naib Presiden Umno dari Sabah, ia merupakan protes penduduk setempat kerana tidak puas hati dalam isu tanah.


Umno telah mati di hati rakyat !!

http://chegubard.blogspot.com/2009/05/umno-ditalkinkan-di-sabah.html

Rabu, 20 Mei 2009

KENYATAAN ADUN SIKAMAT

20hb Mei 2009,
Hj Aminuddin Hj Harun

Salam sejahtera.

Hari ini kita sama sama membaca berita yang di paparkan didalam Berita Harian dan New Straits Times yang menyatakan "MB says two PKR reps want to quit".

NST juga da menyatakan bahawa ADUN yang dimaksudkan adalah Dun Sikamat dan Dun Ampangan, iaitu melibatkan saya dan Sdr Rashid Latiff.

Saya sebenarnya telah menafikan perkara tersebut selepas ucapan Mohammad Hassan di Rembau, 19hb May 2009, setelah saya dihubungi oleh wartawan Berita Harian.

Kenyataan yang tidak bertanggungjawab oleh MB serta memperolehi maklumat dari jalanan menunjukkan bahawa beliau seperti mempunyai masalah dalaman UMNO yang cukup kronik sekarang. Semua di Negeri Sembilan tahu bahawa sebilangan besar Ketua Bahagian UMNO amat kecewa apabila beliau dilantik semula sebagai Pengerusi Badan Perhubungan. Rata rata Ketua Bahagian tidak bersama dengan beliau sekarang.

Kenyatan yang tidak bertanggungjawab itu juga ingin menunjukkan bahawa kami gagal dalam memberikan perkhidmatan kepada pengundi dan penduduk dikedua-dua Dun tersebut. Saya berharap agar MB tidak menjadi hakim, tetapi seperti saya ingatkan dalam setiap persidangan dewan, serah kepada rakyat pada pilahanraya ke 13 nanti untuk menentukan.

Kenyataan juga menunjukkan bahawa MB hari ini cukup khuatir, jika kami benar benar meletakkan jawatan. Beliau khuatir akan diadakan pilihanraya kecil di negeri ini kerana ini akan menguji kewibawaannya yang sudah cukup tercalar.

Dalam riak, ini menunjukkan beliau takut akan kalah lagi serta memalukan dirinya. Saya percaya beliau tahu bahawa kedua kawasan tersebut sukar untuk beliau menangi semula.

Bukan setakat itu, beliau hari ini mulai khuatir bahawa calon calon PKR mempunyai peluang untuk menang di Dun Dun yang lain pada pilihanraya akan datang. Kekhuatiran ini dibuktikan dengan menyerang PKR khususnya kami berdua.

Akhirnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih khususnya kepada pengundi saya di Sikamat dan teman teman yang awal awal lagi menyatakan bahawa kenyataan tersebut tidak benar. Mereka juga tidak mempercayai bahawa saya akan membelakangkan kepercayaan mereka.

Terima kasih.

Selasa, 19 Mei 2009

JANGAN TERPEDAYA


Bandar Kuala Pilah mula dipenuhi dengan iklan seperti diatas. Iklan ini berbentuk siaran pinjaman oleh ALONG dengan kadar faedah yang rendah. Kesulitan untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan memungkinkan peminjam mengalihkan tumpuan kepada iklan tersebut kerana ia kelihatan dimana-mana. Sebelum ini banyak siaran mengenai kesan kesengsaraan peminjam yang telah meminjam kepada syarikat yang tidak diketahui sah tidaknya itu akibat keadaan yang terdesak yang berakhir dengan tragedi hitam. Pihak berwajib seperti Polis dan MDKP harus bertindak segera bagi memastikan kegiatan ALONG ini tidak bermaharajala.

Isnin, 18 Mei 2009

INI DENYUT NADI RAKYAT !

Keputusan Undian SMS Dalam NTV7 (Edisi Bahasa Inggeris) Jam 8.00 Malam 14.5.2009
Pilihanraya baru diadakan di Perak bagi menyelesaikan kekalutan politik Perak
Ya: 99%
Tidak: 1%



Keputusan undian Berita Harian Online pada hari ini (16.5.2009)


Wajarkah Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubar bagi membolehkan pilihanra
ya negeri diadakan?

Ya 87.7%
Tidak 10.6%
Berkecuali 1.7%

Keputusan undian MStar Online pada hari ini (16.5.2009)



Kenyataan Akhbar Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat

Kenyataan Akhbar
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat
14 Mei 2009

Pendirian Pakatan Rakyat berkenaan Isu Perak dan Junta Myamar

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat PAS Jalan Raja Laut (14 Mei) dan telah mengambil keputusan berikut:

Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan YAB Perdana Menteri untuk memperkukuhkan demokrasi dan institusi kerajaan negeri Perak. Kami mengulangi pendirian bahawa mandat seharusnya diserahkan kembali kepada rakyat Perak untuk menentukan kerajaan yang sah.

Kami mengambil maklum bahawa terdapat badan-badan dan individu seperti Yang DiPertua Dewan Negara, institusi seperti Suhakam, Majlis Peguam, ahli akademik, pemimpin dari parti komponen BN dan pelbagai pihak lain yang berpandangan bahawa penyelesaian terbaik bagi masalah Perak adalah dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan pilihanraya baru diadakan.

Pakatan Rakyat juga kesal dengan tindakan junta Myanmar yang telah menangkap pejuang hak asasi Myanmar Aung San Suu Kyi atas tuduhan remeh. Tuduhan tersebut adalah tidak munasabah dan tidak dapat diterima. Sehubungan dengan itu pihak kami menggesa kerajaan ASEAN untuk mengambil tindakan dan mendesak Myanmar membebaskan beliau tanpa syarat.


Dato Seri Anwar Ibrahim
Dato’ Seri Abdul Hadi
Lim Kit Siang

SUDAH BACUL

Sah, UMNO maupun BN tidak akan meletakkan calun di Penanti, kata Pengerusi BN petang tadi. Antara sebab-sebabnya BN tidak terpedaya dengan permainan politik pembangkang, ia lebih menumpukan langkah memulih ekonomi negara. Apapun alasan yang dikatakan, kerusi DUN Penanti telah kosong dan perlu diadakan pilihanraya bagi melantik ADUN. Bagaimana ia kosong itu soal lain, dan tidak perlu dijadikan alasan bagi tidak menyertai proses demokrasi. Kegagalan BN mengemukakan calun bererti BN bimbang kepada kekalahan lagi, setelah beberapa kali tersungkur dalam PRK yang lalu. Untuk tidak lebih mengaibkan, maka dikatakan PRK Penanti membazir wang rakyat dan permainan jahat pembangkang, dan BN lebih menumpukan pemulihan ekonomi negara. UMNO dan BN kecundang lagi sebelum kegelanggang. Emm, sudah baculkah mereka?

Jumaat, 15 Mei 2009

BANTUAN KEPADA YANG PERLU



PKR Kuala Pilah seperti lazimnya turut memainkan peranan membantu golongan kurang berkemampuan dan menyumbang seadanya. Kali ini Biro Kebajikan yang diketuai Sdr. Ruzailli Karim telah menemui sebuah keluarga yang perlu diberi perhatian kerana dilaporkan tidak mendapat perhatian sewajarnya dari pihak berkuasa. Hari Ahad ini (17 Mei) mereka akan berkunjung ke rumah keluarga tersebut untuk menyerahkan bantuan. Oleh yang demikian tuan/puan yang ingin turut menyumbang sila hubungi Sdr. Ruzailli ditalian: 012-3503671


Rabu, 13 Mei 2009

LIHAT SILAP MATA INI !

Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan akan mendengar Isnin depan (18 Mei) permohonan Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mengetepikan perintah penangguhan penghakiman mahkamah tinggi yang mengisytiharkan beliau sebagai menteri besar Perak yang sah.

Tetapi Zambry berjaya mendapatkan perintah mahkamah dalam masa sehari untuk menangguhkan penghakiman tersebut, sementara menunggu selesai rayuannya di Mahkamah Rayuan dan tiada tarikh ditetapkan untuk mendengar rayuan tersebut.

Episod ini memperlihatkan bagaimana Institusi yang menjadi tulang belakang hukum negara boleh menjadi tidak konsisten dalam keputusannya, berpilih dan seolah-olah berpihak. Semua mata tertumpu dalam kes ini, episod yang tayangkan menelanjangkan lagi pelakun-pelakun dalam siri terhebat dekad ini, maka mata rakyat yang tertumpu itu tahu sudah permainan ini dan hanya akan diterjemahkan suatu hari nanti.

Selasa, 12 Mei 2009

MESEJ JELAS DARI NIZAR

Cuaca cerah yang disangka berpanjangan mendung semula. Dengan sebegitu cekap dan pantas Hakim Mahkamah Rayuan menerima permohonan Zambri untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam setelah beliau mendaftarkan permohonan sebelah paginya.

Peguam Zambry berhujah bahawa penangguhan keputusan mahkamah semalam adalah penting untuk menghalang Nizar daripada mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Sejurus Ir Nizar mendapat keputusan Mahkamah Tinggi mengistiharkannya sebagai Menteri Besar Perak yang sah, beliau mengumumkan akan mengadap Sultan Perak untuk mendapat perkenan membubarkan DUN sebagai jalan penyelesaian krisis politik disana dan inilah jalan terbaik yang dipersetujui semua pihak dalam semua bentuk perbincangan dan perdebatan.

Berlainan pula sifatnya dengan UMNO dan BN, mereka berusaha untuk mengekalkan kuasa dengan apacara sekalipun tanpa perlu lagi merujuk kepada rakyat. Ini petanda jelas, bahawa mereka tahu bahawa RAKYAT kini menolak mereka, walauapapun PRU ke-13 pasti sampai !

Isnin, 11 Mei 2009

CUACA CERAH SEMULA

Cuaca cerah semula setelah mendung semenjak awal Januari lalu angkara tangan tangan kotor mencemari sistem demokrasi di dalam negara ini, yang menyaksikan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar sah Perak. Berita itu membayangkan bahawa kebenaran tidak boleh ditimbus dengan wewenang dengan apa cara sekalipun dan peristiwa mengheret keluar Speaker DUN Perak baru-bari ini memperlihatkan sikap rakus UMNO dalam pengekalan kuasa tanpa merujuk kembali kepada rakyat. Malapetaka yang melanda negara sangat jelas dirasai, yang sesetengah pihak mengaitkannya dengan seseorang, dan ini sangat merimaskan semua. Oleh itu kita memohon agar diberikan fajar dan cahaya yang akan menggantikan alam gelap dengan alam cemerlang, alam kezaliman dengan keadilan, alam kekotoran dengan alam kesucian.

Sekian, selamat bertemu kembali.