Selasa, 23 Jun 2009

JABATAN AGAMA ISLAM NS HALANG KULIAH AGAMA

Jabatan Agama Islam NS pada Ahad 21 Jun lalu telah bertindak menghalang suatu kuliah Agama diadakan di Ma'ahad Ittiba Is Sunnah, Kg. Parit, Kuala Pilah jam 12.00 tengahari. Pendakwah Ustaz Rasul Dahri yang diundang untuk memberikan kuliah hanya sempat mengajar dalam masa lima minit sebelum pegawai-pegawai penyiasat di Jabatan Agama Islam NS sampai dan meminta beliau memberhentikan kuliah. Beliau seterusnya dibawa ke Pejabat Agama Islam Kuala Pilah untuk di soal siasat. Dalam soal siasat tersebut tiada hujah-hujah Agama dikemukakan oleh pegawai-pegawai itu dan hanya memberikan alasan "saya hanya menjalankan tugas". Sebelum itu, salah seorang tenaga pengajar di Ma'ahad tersebut telah dikasari oleh salah seorang pegawai penyiasat itu dan hampir-hampir tersungkur, ini mengakibatkan berlaku kekecuhan, dan salah seorang yang menyaksikan kejadian itu yang mengalami kompilasi jantung telah meninggal dunia. Peserta kuliah seramai hampir 200 orang itu amat terkejut dengan tindakan pegawai JUINS dan menyatakan rasa kesal dan dukacita. Menurut laporan yang diterima, pegawai-pegawai penyiasat tersebut telah diarahkan oleh pihak atasan di JUINS supaya menghalang Ust. Rasul Dahri daripada memberikan kuliah atau ceramah dimana-mana tempat di Negeri Sembilan, ini kerana ketegasan Ustaz tersebut menyampaikan dakwah kembali kepada Al-Qur'an dan Sunnah Rasul, membenteras bid'ah, syirik, tahyul dan khurafat dikalangan penganut Islam Melayu. Dilaporkan juga bahawa tindakan ini datang daripada salah seorang yang melobi kuat untuk Jawatan Mufti N. Sembilan baru-baru lalu tetapi tidak berjaya, dan beliau juga pengamal kuat sebuah aliran tarikat dan amat memusuhi Gerakan Pembaharuan (Islah) yang dibawa oleh Ust. Rasul Dahri dan Jamaah di Kuala Pilah tersebut, Ini boleh diikuti dalam laman-laman web dan blog kumpulan tersebut. Pihak GK mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham yang telah meninggal itu dengan harapan Allah SWT menganugerahkan kesabaran kepada isteri dan anak-anak beliau.
Berita lanjut di
http://almizaan.wordpress.com/

Sabtu, 20 Jun 2009

AWASI TIPU HELAH MEREKA

Contoh terbaik yang perlu diikut dan dijadikan pengajaran ialah Nabi Muhammad SAW. Dizaman Baginda Kaum Jahiliyah terpaksa mengakui kebenaran ajaran yang dibawa Baginda, namun tentangan berjalan juga dibelakang Baginda kerana kepentingan kebudayaan nenek moyang dan kepentingan kehormatan dan penghidupan. Kesatuan dikalangan mereka sangat kuat kerana ketaksuban tadi dan berpura-pura dihadapan RasululLah. Hari ini, mereka yang dulunya sangat sombong dan angkuh, mula meminta nyawa. Dulu, mereka katakan bahawa puak-puak ini hanya pembawa perpecahan dikalangan masyarakat, kaum minoriti yang tidak perlu dilayan dan sebagainya yang merendahkan. Nah, sekarang dengan tidak semena-mena menghulur tangan tanda persahabatan, dan katanya lagi demi perpaduan Islam dan Melayu. Perangai ini tidak ubah seperti perangai kaum Jahiliyah yang disebutkan tadi, mereka berpura-pura jujur dikala kuasa hampir tercabut, dikala nyawa hampir melayang dari tubuh, demi untuk menjaga kepentingan keturunan yang memegang kuasa, untuk menjaga kehormatan pangkat dan kedudukan mereka rela sujud dan berbuat apa sahaja. Dengan kesatuan yang cukup kuat, kesemua pimpinan mereka bersuara dan menyambut baik Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan itu. Awaslah, ini adalah kepura-puraan yang sudah ada contohnya sebelum ini.

Khamis, 18 Jun 2009

PENDEDAHAN YOU TUBE !

Suatu Pendedahan berani tentang keperibadian Isteri PM Datin Rosmah Mansor telah tersiar dalam You Tube di http://www.youtube.com/watch?v=LXN_gga-JjM&feature=quicklist Kami amat terperanjat dengan pendedahan itu. Oleh yang demikian, mereka yang dikaitkan perlu membersihkan diri demi kehormatan negara. Kami juga terkejut bahawa beliau tidak menjenguk keluarga terdekat untuk sekian lama di Kg. Mertang, Seri Menanti. Kami akan cuba menjejaki keluarga beliau di Mertang, Seri Menanti. GK.

Rabu, 17 Jun 2009

MENGOMBAK KEMENANGAN DI KUALA PILAH

CERAMAH "MENGOMBAK KEMENANGAN DI KUALA PILAH"
TARIKH : 18 JULY 2009 (SABTU)
TEMPAT : AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN)

Isnin, 8 Jun 2009

BUKAN ANGAN-ANGAN LAGI ! TETAPI REALITI !

Kepada semua ahli-ahli dan mendukung keADILan Kuala Pilah, kami keluarkan seruan bahawa cita-cita menawan Kuala Pilah dalam PRU ke-13 bukan lagi angan-angan kosong, ia akan kami jadikan suatu realiti dengan gerak kerja yang teratur dan bersandar kepada fakta. Sudah 3 kali Pilihanraya kita tempuh, dan rasanya sudah cukup dengan pengalaman itu untuk kita menjadi lebih matang dan pintar untuk bertarung kali ini. Kapada saudara/i, sila hulurkan tangan dan bantu kami kali ini, sudah sampai masanya kini kita tampil dan muncul kedepan. Sampai bila kita mahu menjadi pembonceng? Sampai bila pula kita harus berpeluk tubuh? Sampai bila kita harus duduk didalam gelap? Sampai bila pula kita bermegah dengan kemenangan sababat kita di Penanti, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Kuala Terengganu? Itu milik mereka, dan kita hanya menumpang atas kemenangan itu. Setiap kali terjadi PRK, maka berbondong-bondonglah kita kesana, bila balik dengan kemenangan, pengalaman sahabat di sana tidak dikongsikan langsung disini, amatlah ruginya. Tetapi saudara/i, kemenangan dalam PRU ke-13 di Kuala Pilah adalah idaman kita kali ini, oleh itu jangan ketinggalan dengan seruan ini, silalah berhubung dengan Pusat Gerakan di Kuala Pilah supaya boleh kita aturkan rencana ini. Kami sentiasa menanti anda. Wassalam.

Program Perhubungan Negeri Turun Ke Bahagian







6hb Jun 2009 / Sabtu
Kawasan Perindustrian Dioh


PKR Negeri Sembilan telah mengorak langkah awal dengan penuh keyakinan untuk menawan Negeri Sembilan pada pilihanraya umum akan datang. Program Perhubungan Negeri Turun Ke Bahagian adalah antara usaha PKR Negeri Sembilan memperkemas dan memperkasa gerakan ke arah tujuan tersebut.

Menurut Pengerusi Perhubungan Negeri Sembilan, YB Dato' Kamarul Baharin Abbas, pihak Perhubungan Negeri Sembilan telah merangka strategi tertentu bagi mencapai matlamat tersebut. Namun menurut beliau lagi, yang amat penting ialah Parti tidak lari daripada pokok perjuangan iaitu membela rakyat.

Berdasarkan kepada perkembangan politik akhir-akhir ini, menurut YB Telok Kemang itu, PKR telah berjaya mempertahankan dan memperjuangkan isu-isu rakyat dengan amat berkesan. Sementara rakyat pula telah semakin meluat melihat tingkah dan karenah pemimpin-pemimpin Umno/BN yang sebenarnya masih di takuk lama walaupun cuba melaung-laungkan transformasi.

Transformasi bagi mereka hanya retorik. Tetapi bagi PKR dan Pakatan Rakyat tetap istiqamah di dalam memperjuangkan reformasi dan 'Keadilan Untuk Semua'.

Sementara Ketua Penerangan Negeri, saudara Ibrahim Yusof pula memberikan penerangan dan motivasi kepada ahli-ahli dan Jawatankuasa Bahagian Kuala Pilah mengenai pendekatan-pendekatan yang harus digunakan ke arah PRU ke 13. Beliau yang banyak mendedahkan isu-isu penting perjuangan PKR dan PR telah mengingatkan ahli-ahli akan prinsip-prinsip yang harus dijadikan budaya di dalam perjuangan PKR.

Mengupas mengenai perkembangan politik terkini beliau mengingatkan ahli-ahli yang PKR berada di landasan yang terbaik di persada politik negara.

Dalam program ini juga, Setiausaha Perhubungan Negeri-saudara Sabaruddin Mohd Yassim dan Ketua Bahagian Kuala Pilah, saudara Nordin Ismail turut berucap dan menekankan alkan peri pentingnya pentadbiran bahagian dimantapkan dengan memperkasakan keahlian.

Pada majlis tersebut, PKR Negeri Sembilan telah melancarkan kempen 'Ahli Seumur Hidup' dengan mensasarkan jumlah ahli seumur hidup seramai 5,000 ahli.

(Petikan terus dari PKR NS, kerana kesibukan tugasan lain. TK GK)