Jumaat, 19 September 2008

HASAN MALIK MULAKAN TARIAN SUMBANG


Semenjak 16 September yang lalu dan terakhir dalam Harian Sinar hari ini, YB Dato’ Hasan Malek, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri terus menerus menyerang Keadilan dengan isu Rasuah Duta Kecil.

Kalau Gayung sudah bersambut, maka kata-mengata juga perlu dijawab. Kita tidak akan membalas jawapan lebih daripada apa yang beliau kata, sebab apa yang dikatakannya kelihatan sumbang dan membingungkan.

Sebelum itu, kemana-mana beliau berceramah khususnya di Parlimen Kuala Pilah, mulut beliau tidak lekang dari menyebut keburukan pembangkang, benci tapi rindu. Biasanya orang yang cemburu buta, maka dia akan menuduh orang lain cemburu, jika dia seorang gila, maka dia akan menuduh orang lain gila, jika dia perasuah, maka dia akan menuduh orang lain perasuah. Begitulah nampaknya hal ini.

Dalam sessi penerangannya, beliau bersungguh-sungguh menyatakan bahawa beliau disogok dengan habuan melebihi daripada apa yang beliau perolehi sekarang, malah Duta Kecil itu boleh rundingkan jawatan yang lebih tinggi dari Timbalan Menteri yang beliau sandang sambil menunjuk-nunjuk jarinya ke arah Duta Kecil. Kita melihat ada segelintir pendengarnya seolah-olah terpegun dengan apa yang diucapkannya dan kadang kala mereka bertepuk penuh semangat, sebahagian besarnya pula tersengeh sinis mungkin faham benar permainan itu, dan yang lain seolah-olah tak mengerti langsung apa yang diucapkannya. Bagi mengiakan kata-katanya itu beliau mendakwa telah membuat aduan ke BPR, maka terheretlah Duta Kecil itu BPR untuk disoal siasat.

Awal pagi saya telah membeli akhbar Sinar, dan ketika asyik membaca beritanya, terpacul Duta Kecil, dan memanglah kebiasaannya beliau akan singgah menemui saya untuk berbincang hal-hal politik dan lainnya. Kelihatan wajahnya masih kebingungan, dan tertanya-tanya apahal BPR panggil beliau? Apa harta yang ada kepada beliau untuk disogokkan, dan apa pula tingkatan jawatan beliau untuk merundingkan jawatan yang lebih tinggi kepada YB Hasan Malek dalam kerajaan? Duta Kecil masih terpingga-pinga tak mengerti. Memang beliau kenal sangat Datuk Seri Anwar Ibrahim, malah beliau hafal ayat-ayat keramat Anwar Ibrahim, termasuk harlom parlom ekploitasion yang popular itu, tapi tak tahulah samada Anwar Ibrahim kenal beliau atau tidak.

Menurut Duta Kecil lagi, bagaimana YB Hasan Malek yang bijaksana itu boleh beranggapan beliau menjadi orang perantara Pimpinan PKR untuk memujuknya, Duta Kecil terus bingung dengan kebingungan itu.

Tapi tidak mustahil, dalam hal ini memungkinkan Duta Kecil menjadi sasaran kepada YB Hasan Malek untuk terus kedepan dalam karier politiknya kerana beliau melihat ada peluang disana?

Kita tunggu, ada apa lagi selepas ini !!

Khamis, 18 September 2008

PEMBOHONGAN YB DATO' HASAN MALEK

KENYATAAN PENUH


PARTI KEADILAN RAKYAT BAHAGIAN KUALA PILAH
TARIKH : 18HB. SEPTEMBER 2008


Merujuk kepada laporan Buletin Utama TV 3 Jam 8.00 malam bertarikh 16hb. September 2008 dan Berita Harian bertarikh 17hb. September 2008 berhubung dengan kenyataan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Hasan Malek Ahli Parlimen Kuala Pilah yang menyatakan:-

i. Beliau didatangi oleh wakil pembangkang yang menawarkannya menyertai Pakatan Pembangkang dengan dijanjikan sejumlah wang serta kedudukan dalam kerajaan.
ii. Timbalan Ketua UMNO Kuala Pilah itu telah didatangi duta kecil telah menghubungi dan bertemu beliau sehingga lima ke enam kali bagi memujuk beliau menyertai Pembangkang, dengan janji berkali ganda lebih baik berbanding apa yang beliau perolehi sekarang.


iii. Beliau menolak tawaran tersebut kerana beliau ada maruah dan kedudukan sebagai Ahli Parlimen bukan jawatan boleh dijual beli. Tawaran tersebut adalah tindakan terdesak dan tidak bermoral.


iv. Tindakan Pembangkang mendabik dada kononnya mahu jadi kerajaan kelas pertama menentang segala unsur rasuah.

Susulan daripada kenyataan beliau tersebut, duta kecil yang dimaksudkan beliau itu telah dipanggil untuk memberi keterangan oleh Badan Pencegah Rasuah di Seremban pada 17hb. September 2008, dan duta kecil yang dimaksudkan itu juga adalah merupakan Ahli Jawatankuasa PKR Bahagian Kuala Pilah.


BERIKUT ADALAH KENYATAAN RASMI PKR BAHAGIAN KUALA PILAH BERHUBUNG DENGAN KENYATAAN YB HASAN MALIK TERSEBUT :-

Atas kepercayaan kepada konsep kejujuran, keikhlasan dan ketelusan dalam agenda Perjuangan Rakyat, merasuah, menyogok serta menjanjikan pangkat kepada seseorang bukanlah amalan kami. Oleh yang demikian:-


i. Kami menafikan pernah melantik agen atau wakil atau duta kecil seperti yang didakwa dan juga menafikan pernah menawarkan YB Hasan Malek sejumlah wang dan kedudukan dalam Kerajaan kepada beliau, kenyataan itu adalah semata-mata pembohongan beliau yang cuba mencari polulariti murah dalam keadaan UMNO yang sangat lemah dan kucar kacir dan dalam kekuatan rakyat mendesak agar terbentuk sebuah kerajaan baru pimpinan Pakatan Rakyat.

ii. Parti Keadilan Rakyat Pusat, Perhubungan Negeri dan Bahagian tidak pernah melantik secara khusus apa yang dinamakan YB Hasan Malek sebagai Duta Kecil kepada sesiapa untuk memujuk beliau bagi menyertai PKR ataupun Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Baru, malah bagi melaksanakan agenda perubahan tersebut Pimpinan PKR telah menyeru dan mengajak seluruh rakyat Malaysia termasuklah YB Hasan Malek untuk bersama-sama membina Malaysia Baru yang menjamin kesejahteraan Rakyat tanpa mengira kaum.

iii. Sekiranya YB Hasan Malek mempunyai maruah dan mempunyai kedudukan sebagai Timbalan Menteri dalam Kerajaan seperti yang dibanggakannya, beliau pasti tidak akan membuat pembohongan melulu dan penganiayaan kepada duta kecil yang dimaksudkan tersebut. Malah beliau sendiri tidak bertanggungjawab keatas rakyat yang diwakilinya di Kuala Pilah kerana banyak perkara yang tidak mampu beliau suarakan di Parlimen, dakwaan tidak bermoral yang ditujukan kepada PKR dan Pakatan Rakyat itu adalah terkena kepada beliau sendiri.

iv. PKR tidak mendabik dada dengan angkuh dan sombong, tetapi bersungguh-sungguh dengan perasaan insaf dan sedar untuk membentuk dan menjadi sebuah Kerajaan kelas pertama atau The Good Governance yang akan dihormati oleh semua pihak.

Kami menyimpulkan, kenyataan YB Dato' Hasan Malek itu sebagai “melahirkan rasa bimbang,cemas dan gelisah beliau bahkan seluruh Pimpinan UMNO dan Barisan Nasional terhadap gelombang Peralihan Kuasa Kerajaan BN kepada Pakatan Rakyat dan kenyataan beliau itu juga melambangkan kecelaruan fikiran yang berlaku dalam Parti tersebut.”

Terima kasih.


Hazman Hashim
Setiausaha
Parti Keadilan Rakyat Bahgian Kuala Pilah.
Kuala Pilah















AJK KEADILAN BAHAGIAN KUALA PILAH DALAM SIDANG AKHBAR HARI INI.

Selasa, 16 September 2008

KENYATAAN YB DATO' HASAN MALEK MEMALUKAN

YB Dato' Hasan Malek yang membuat kenyataan di TV 3 hari ini 16hb. Set 2008 melalui Buletin Utama sangat memalukan seluruh masyarakat Kuala Pilah. Beliau menyatakan bahawa beliau telah disogok untuk meninggalkan UMNO dengan wang dalam PilihanRaya yang lalu bagi kali pertama dan kali kedua baru-baru ini. Beliau menambah, beliau menolak tawaran dari Parti Pembangkang kerana sayangkan UMNO dari dulu, kini dan untuk selama-lamanya. Beliau juga menyatakan bahawa beliau mempunyai maruah diri dan tidak terpengaruh dengan tawaran tersebut.

Kita melihat kenyataan beliau itu semata-mata kerana bimbang gelombang peralihan kuasa kepada Pakatan Rakyat yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Gelombang haru-biru yang kita sebutkan dalam rencana terdahulu sudah melanda seluruh ahli-ahli UMNO dan Barisan Nasional, tidak terkecuali YB Dato' Hasan Malek. Sebab itu kenyataan beliau di TV 3 dilihat sebagai sangat merapu.

Bagi mempertahankan kredibiliti Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat khususnya di Kuala Pilah kita akan meminta YB Dato' Hasan Malek bertanggung jawab atas kenyataan tersebut.

"Jikalah benar ada wakil dari Pakatan Rakyat yang cuba menyogok YB Dato' Hasan Malek untuk meninggalkan UMNO dan menyertai Pakatan Rakyat, yang ini merupakan mempunyai unsur-unsur rasuah, maka YB Hasan Malek diminta segera untuk membuat Laporan Polis dan Aduan kepada Badan Pencegah Rasuah bagi diambil tindakan undang-undang terhadap Perasuah tersebut."

Kami amat percaya beliau tidak akan berbuat demikian, kerana beliau bukan tidak berpengetahuan, tetapi oleh kerana budaya yang sudah begitu sebati dan membelit diri begitu lama, maka beliau hanyut dengan permainan kotor tersebut. Seperti yang telah disebutkan sebelum ini, kerana pangkat, jawatan dan seumpamanya, beliau tetap mempertahankan sesuatu yang rapuh dan longgar. UMNO sudah tidak relevan lagi, semua sudah mengetahui hakikat ini, sebab itu rakyat mula menolaknya dalam Pilihanraya umum yang lalu, tetapi kerana saki baki pangkat dan kedudukan serta jawatan masih ada, beliau terpaksa juga mempertahankan UMNO dengan hujjah yang kadang-kadang kelihatan sangat dangkal. Dulu, kini dan Selamanya, ayat tangkal azimat yang boleh menakutkan semua orang untuk meninggalkan UMNO yang bersifat mendahului Agama.

Dalam situasi Peralihan Kuasa sekarang, bukan sahaja YB Dato' Hasan Malek dilihat membuat kenyataan merapu, malah Tan Sri Abu Zahar Andika Ujang, bekas Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, merangkap Pengerusi MUBARAK turut menumpang sama. Suatu ketika dahulu beliau turut memberi semangat kepada kita agar terus berjuang bersama DSAI dengan lanskap politik baru. Tetapi suaranya mula berubah apabila dianugerahkan Tan Sri oleh kerajaan tahun lalu.
Maka benarlah dalam sebuah hadits Nabi SAW menyatakan bahawa kalungan pingat itu umpama kalungan syaitan yang membelit diri.

Rakan-rakan Pakatan Rakyat di Jemapoh tempat berdirinya YB Hasan Malek memanggil kita untuk membincangkan perkara ini. Jumpa lagi.

Sabtu, 13 September 2008

UNDANGAN SANA SINI

Merayakan kemerdekaan Malaysia ke-45

Anjuran Kerajaan Negeri Selangor
Pada : 15 September 2008
Tempat: Stadium MBPJ, Klana Jaya.
Aturcara: 1. Berbuka Puasa
2. Solat maghrib, Isyak, Tarwikh
3. Ucapan Pimpimnan Pakatan Rakyat
4. Amanat DSAI
Harap dapat mobilisasikan jentera dan penyokong untuk kesana. Terima kasih.

Majlis Berbuka Puasa:
Bersama Timbalan Presiden PAS Tarikh : 13 Setember 2008
Tempat : Ruamah Hj. Keteran, Felda Pasoh 1,
Jam : 7.00 Petang.
Hubungi : S/Usaha PAS Kawasan Kuala Pilah.

MAJLIS BERBUKA PUASA PERINGKAT PAS DUN SENALING
Tarikh : 20 September 2008 (SABTU)
Tempat : MARKAZ PAS DUN SENALING
Hubungi : En Zaharuddin Othman zahatls@tm.net.my

MAJLIS BERBUKA PUASA PERINGKAT DUN PORT DICKSON BANDAR
Tarikh : 15 September 2008 Tempat : Pejabat Ahli Parlimen Teluk Kemang. PD.
Hubungi : En Asmaon Basir.

JEJAK REFORMIS LAMPAU (SIRI 1)

Maulana Lebai Maadah Bin Layang ( 1895 – 1943)

Pengenalan
Ulama yang pernah menjadi kontroversi ini dianggap pelopor fahaman 'Kaum Muda' negeri ini. Beliau berasal dari Kampung Jeram, Tengkek iaitu sebuah kampung di pendalaman kira-kira 28 km dari Bandar Kuala Pilah jika melalui Pekan Batu kikir. Menurut cerita orang-orang tua di kampung itu, beberapa suku keturunan orang-orang Minangkabau dari sekitar Talang atau Seri Menanti dipercayai telah meredah hutan belantara untuk membuka kampung baru melalui kawasan Langkap. Tidak dinafikan juga ada penduduk asal kampung dari suku-suku yang mudik ke hulu Sungai Jempol melalui Kuala Jempol atau Ulu Sungai Muar. Dijangkakan proses migrasi ini bermula awal abad ke 19.

Biodata diri Nama penuhnya ialah Muhamad Maadah bin Layang. Beliau lahir dalam tahun 1895 di Kampung Jeram, Tengkek. Bapanya penduduk kampung yang bertugas sebagai pesawah, pencari damar dan antara pembuka awal kampung. Bapanya meninggal dunia ketika beliau masih menuntut di India. Ibunya pula bernama Aman. Kampung Jeram mempunyai kawasan rekreasi air terjun yang indah dan menjadi kawasan kunjungan pelancung dari dalam dan luar sekarang ini. Rumah kelahiran Maulana ini tidak jauh dari kawasan rekreasi tersebut. Dahulunya, kawasan air terjun ini dikatakan pernah menjadi tempat meminjam pinggan mangkuk penduduk kampung dari masyarakat orang Bunian.


Pendidikan Awal


Maulana Lebai Maadah mula mendapatkan pendidikan awal di Sekolah Melayu Tengkek tahun 1907 dan kemudiannya meneruskan pengajian agama secara memondok di Pondok Alor Keladi, Kedah selama lebih kurang empat tahun antara tahun 1915 hingga 1919. Allahyarham juga diberitakan pernah mengaji di Tualang Sekah di bawah asuhan Tuan Guru Yunus Al Masri, di sinilah beliau belajar berqasidah dan berlagu.



Berkahwin



kembalinya beliau ke kampung, Lebai Maadah bertemu jodoh dengan gadis yang dinamakan 'Sori' dari Johol dalam Daerah Kuala Pilah. Usia perkahwinannya tidak lama kerana ramai penduduk mukim tersebut kurang senang dengan Lebai Maadah yang selalu menegur perilaku atau amalan penduduk yang dianggapnya bersalahan dengan syariat. Apabila diberitakan ada seorang ulama dari India berkunjung ke Kuala Pilah tetapi beliau menghadapi kesukaran berdakwah kerana masalah bahasa. Lebai telah tampil menawarkan diri untuk membantu ulama tersebut sebagai penterjemah bahasa Arab. Beliau mendapat upah lebih kurang RM80.00 berkerja sebagai penterjemah dan mengikut ulama itu berdakwah hingga ke Perak. Ulama India inilah memberi perangsang kepadanya untuk menuntut agama di Benua India.Kemudian beliau belayar ke India mengikut ulama tersebut untuk menimba ilmu agama lebih mendalam. India ketika itu menjadi lokasi pengajian Islam terkenal selain Mekah khasnya di Karachi ( sebelum ditubuhkan Pakistan) dan Deoband. Maulana ini dikatakan terpaksa mendapatkan derma orang ramai untuk perbelanjaan belayar ketika itu. Kerana kesempitan kewangan, beliau terpaksa berjalan kaki dari suatu tempat ke suatu tempat lain ketika berkelana di sana. Emak penyusun Hajjah Zabidah faseh pernah mendengar sendiri perbualan Maulana dengan datuknya Tokki Omar Bail sekembalinya dari India, Maulana memberitau kesusahannya di rantau orang dalam mencari ilmu agama dan terpaksa mengikat perut menahan kelaparan.Haji Md Zin @ Lajin Ujang iaitu murid tua dan pangkat bapa saudara kepada Lebai Maadah, mengatakan Lebai Maadah hanya sempat bersama tiga hari sahaja dengan ulama itu ketika menjejakkan kaki di sana kerana ulama itu terus keluar bertabligh. Tinggallah Lebai Maadah bersendirian dan beliau menggunakan kebolehannya berqasidah untuk menarik perhatian orang ramai. Sebelum berqasidah, beliau akan membentang kain kendungnya dan para pengunjung akan melemparkan derma. Lebih kurang tiga bulan pula Lebai Maadah berqasidah begitu untuk mengumpulkan duit bagi menampung perbelanjaannya seharian. Beliau mengambil kesempatan untuk mempelajari bahasa Urdhu dalam tempoh tersebut.


Belajar Di Darul Ulum


Lebai Maadah bernasib baik diterima menuntut Kolej Darul Ulum walau pun beliau tidak mempunyai sumber kewangan untuk membiayai yuran pengajian. Pengetua Kolej tersebut bersimpati dengannya dan menyarankan Lebai Maadah membuat kerja sampingan seperti berkhidmat dengan guru-guru dan membasuh pinggan mangkok di kantin. Beliau juga berkhidmat membasuh pakaian guru dan kawan-kawan untuk mendapat pendapatan harian. Dia berada India selama lebih kurang 8 hingga ke 13 tahun di Darul Ulum dan di Alegar, India. Haji Abdul Aziz Yunus, anak murid awal di Madrasah Aliah Islamiah Kuala Pilah pula memaklumkan Tuan Gurunya itu banyak terpengaruh dengan perjuangan Shah Waliyul'Lah al- Dehlawi dan dalam gerakan pembaharuan ketika menuntut di India. Di sana juga mungkin telah membentuk kecenderungan beliau kepada aliran "as sunnah" ( Salafiyyah) dan tidak terikat kepada mazhab yang empat.


Kembali Ke Kampung


Kepulangan beliau dikatakan mendapat sambutan hangat penduduk kampung kerana dia adalah sesatunya anak kampung yang mendapat pendidikan tinggi agama dan dari luar negeri pula ketika itu. Maulana Lebai Maadah yang berkulit cerah dan bertubuh gempal amat secucuk apabila memakai tarbus hitam serta berkot. Pakaian lain yang kerap dipakainya ialah jubah putih sehingga ke lutut seperti jubah pakaian kumpulan Tabligh sekarang ini. Pakaian beliau yang sentiasa kemas bersih ini juga turut menjadi ikutan murid-muridnya. Lebai Maadah balik ke tanahair selepas merantau mengaji agama pada tahun 1933. Ada pandangan lain iaitu beliau balik tahun 1937 dan dengan perantaraan saudaranya serta bantuan orang ramai, beliau telah membuka madrasah pertama di Alor Gajah, di hadapan Balai Polis Daerah Alor Gajah sekarang. Terdapat juga dakwaan bahawa beliau ke sana kerana di Alor Gajah telah mula subur fahaman aliran as sunnah sejak tahun 1920an. Dianggarkan lebih 80 pelajar dari berbagai tempat telah menuntut dengan di Madrasah Alor Gajah ini. Haji Md Zin Ujang yang banyak membantu penyusun mengimbas perjalanan hidup Lebai Maadah ini kerana beliau merupakan murid pertamanya di Alor Gajah. Mereka mempunyai hubungan kekeluargaan pula. Keistimewaan ketara pusat pengajian yang ditubuhkan oleh Lebai Maadah ialah sekolahnya diselia secara formal dan menerima pelajar wanita. Suatu hari dalam tahun 1938, Lebai mengajak beberapa anak muridnya makan besar kerana beliau telah menerima ijazah pengajiannya dari Darul Ulum. Lebai mensyarahkan bidang pengajiannya sehingga memperolehi sarjana ( master) dalam pengajian Islam. Menurutnya, beliau terpaksa mengaji 35 mata pelajaran peringkat ijazah pertama dan 47 subjeks lagi untuk melayakkannya menerima sarjana tersebut. Beliau tidak meneruskan pengajiannya untuk ke peringkat Phd kerana pelajar disyaratkan menjadi kerakyatan India dan berkhidmat di kolej tersebut. Ijazah sarjana beliau dikirimkan melalui pos oleh Pentadbir Darul Ulum.Tidak dapat dipastikan sejauh mana kesahihannya Lebai Maadah telah berbahas dengan tokoh utama as sunnah di Alor Gajah bernama Haji Muluk. Maulana yang dikatakan alim dalam agama itu berada di pihak yang menang. Mungkin ekoran dari peristiwa itu menyebabkan Lebai Maadah kembali ke Kuala Pilah untuk mendirikan sekolah baru bagi mengelakkan perbalahan.Di kampung halamannya, Maulana membuka sebuah Madrasah Jameah Islamiah yang mengajar berbagai mata pelajaran di Kampung Bukit Tempurung kira-kira 3 km dari Kampung Tengkek. Sekolah berdinding kayu ini didirikan di atas bukit dan mula menerima pelajar-pelajar lelaki dan perempuan. Sekolah ini didirikan secara gotong royong penduduk kampung. Tiang madrasah jenis 'ponak' ditebang dari hutan berdekatan dan papan belutinya dibeli dari Pekan Batu Kikir. Atapnya dari daun rumbia dan sebahagian kerja pembinaan diupahkan kepada orang China. Sekolah itu mampu menampung pelajar lebih 50 orang. Pelajar lelaki dan perempuan di asingkan. Sebelah malam pula dibuka kelas untuk orang-orang dewasa. Sekolah ini turut menerima penuntut luar dari Negeri Sembilan, walaupun jalan perhubungan untuk sampai ke kampung itu terpaksa berbasikal atau berjalan kaki lebih 15km dari pekan Batu Kikir.


Perkahwinan



Lebai Maadah dijodohkan dengan gadis kampungnya bernama Salbiah Ibrahim. Perkahwinan kali keduanya ini berlangsung dalam tahun 1938 ketika itu Lebai masih mengajar di Alor Gajah. Menurut Haji Md Zin Ujang, emaknya dan emak saudara Lebai bernama Bayau merundingkan untuk menjodohkan Lebai Maadah dengan Salbiah. Walau pun mereka tidak pernah bertemu muka tetapi Lebai Maadah ada bertanyakan rupa paras dan keperibadian bakal isterinya dari Haji Md Zin. Salbiah dikatakan gadis pingitan kampung yang menarik waktu itu. Pasangan ini dianugerahkan Allah dengan anak lelaki yang diberikan nama Muhammad Kassim. Di Madrasah Bukit Tempurung, beliau telah menjodohkan pula seorang penuntut beliau bernama Abdul Jalil bin Salim yang berasal dari Pekan Alor Gajah, Melaka dengan Latifah Omar Bail yang turut menuntut di Madrasah Bukit Tempurung itu. Abdul Jalil merupakan penuntut awal beliau ketika di Alor Gajah dan turut meneruskan pengajianya di Bukit Tempurung. Penyusun masih ingat masa hidupnya, Allahyarham Ustaz Abdul Jalil amat tegas dalam fahaman as sunnahnya dan tidak bertolak ansur dalam perkara-perkara yang dianggap bidaah dalam amalan ibadah. Contohnya, beliau hanya berdiam diri ( lelapkan mata) masa majlis ratip tahlil arwah dan tidak mengangkatkan tangan ketika berdoa. Kehadiran beliau ke majlis-majlis kenduri kendara sanak saudara di kampung hanyalah untuk mengeratkan siraturrahim sahaja.



Kaum Muda


Mungkin kerana perbezaan kefahaman yang dibawa oleh Lebai Maadah bin Layang yang dianggap mewakili kaum muda dan bertembung pula dengan kaum tua yang didakwa golongan Syafiiyah, sedikit sebanyak telah mengocak struktur amalan ibadah tradisi setempat. Sebahagian besar penduduk kampung mulai memandang serong kepada aliran ini. Maulana Lebai Maadah memahami usaha untuk mengubah fahaman yang sudah berakar umbi itu bukan suatu kerja yang mudah. Selain berdepan pertembungan tersebut, Lebai Maadah turut tampil untuk membasmi amalan–amalan khurafat yang masih mewarnai budaya masyarakat yang jauh di pendalaman itu. Antara amalan yang pernah dilakukan ialah seperti upacara memuja semangat padi sebelum turun ke sawah, mandi safar, ilmu pembomohan, amalan kebatinan dan lain-lain lagi. Awal tahun 1900an sering berlaku perdebatan antara kaum muda dengan kaum tua Lebai Maadah dianggap pelopor bagi fahaman ini di Negeri Sembilan. Kesan dari penubuhan beberapa madrasahnya di Kuala Pilah menyebabkan aliran ini berkembang di Negeri Sembilan. Pengikut fahaman ini telah berkampung di Kuala Pilah dan menubuhkan Madrasah Ittibaus Sunnah di Jalan Parit, Kuala Pilah yang masih beroperasi hingga sekarang. Peringkat awalnya, kelompok ini dianggap sering bermasalah dengan Majlis Agama Negeri tetapi kini dilaporkan telah kendur.


Cita-cita Menubuhkan Institusi Pengajian Tinggi


Lebai Maadah melihat dengan ilmu sahaja permasalahan ummah dapat ditangani. Tanpa ilmu sudah tentu amal tidak akan menepati kehendak agama. Dalam suasana negeri yang masih dijajah dan perhubungan komunikasi yang sukar waktu itu, beliau harus memikul amanah untuk membimbing anak bangsanya keluar dari kegelapan. Bagi merealisasikan wawasannya, beliau menubuhkan pula Madrasah Aliah Islamiah Harapannya untuk melihat anak bangsanya mendapat pendidikan lebih tinggi, ini ditegaskan oleh beliau sendiri dalam buku penubuhan Madrasah Aliah Islamiah atau juga dikenali sebagai Islamic High School dalam muka surat 33 :" .. mereka itu ( penuntut lelaki) anak-anak muda yang berhemah tinggi juga dalam mencari ilmu pengetahuan serta ikhlas dan jernih hati – hati mereka pada menjaga kefardhuan, dan masing – masing itu berharap belaka kepada kemajuan kaum dan bangsa dan juga tanahair." Difahamkan Maulana Lebai Maadah bercita-cita untuk menjadikan pusat pengajiannya itu sebagai asas kepada penubuhan Pusat Pengajian Tinggi Islam sebagaimana yang terdapat di Darul Ulum India. Malangnya, cita-cita murninya ini tidak kesampaian apabila meletus Perang Dunia Kedua. Menurut Haji Abdul Aziz Yunus, penuntut-penuntut terpaksa meninggalkan pengajian dan balik kampung bila Jepun mula sampai ke negeri ini. Madrasah ini hanya sempat beroperasi selama empat tahun sahaja. Maulana sendiri akhirnya balik memberi tumpuan kepada Madrasahnya di Kampung Bukit Tempurung ketika itu.Sebelum menubuhkan Madrasah di Pelangai ini, beliau telah menyahut seruan Dato' Menteri Mohd Idris ( Ketua adat ) untuk membuka sekolah di Sungai Dua Kecil ( kini menjadi kawasan masjid Sg Dua Kechil) dalam Daerah Kuala Pilah. Tanah ini adalah milik keluarga Dato' Idris tetapi selepas beberapa lama beroperasi, Dato' Idris telah mendapat persetujuan ahli keluarganya untuk mewakafkan tanah mereka di Pelangai untuk dijadikan kawasan sekolah. Kawasan baru ini lebih strategik dan di tepi jalan besar Kuala Pilah ke Batu Kikir/ Bahau bagi menggantikan sekolah di Sungai Dua.


Pembangunan Sekolah


Beberapa nama disebutkan oleh beliau dalam buku penubuhan Madrasah ini kerana anak-anak kampung bermuafakat membinanya seperti Dato' Muhamad Idris, Yang Mulia Dato' Laksamana Sholleh dan Dato' Putih Isa. Madrasah ini siap didirikan pada 15 Januari 1939. Madrasah ini juga dilaporkan dibiayai oleh YTM Tuanku Abdul Rahman Yang Dipertuan Besar waktu itu. Dua bangunan sekolah didirikan untuk memisahkan murid-murid lelaki dan perempuan. Jadual waktu persekolahan bermula jam lapan pagi sehingga pukul dua belas tengahari bagi sesi pagi. Penuntut-penuntut diberi rehat sebentar untuk makan tengahari dan dijadualkan bersholat zuhur secara berjamaah di surau. Sesi kedua bermula jam dua petang hingga jam empat petang. Selepas sholat asar mereka di benarkan bermain atau beriadah untuk menjaga kesihatan.Sistem persekolahan yang agak sistematik ini membuktikan Lebai Maadah seorang pendidik atau pemimpin yang berkarisma. Setiap penuntut samada lelaki atau perempuan mendapat didikan atau tarbiah secara langsung dan sama rata dari Lebai Maadah. Dinyatakan belum sampai dua tahun terdirinya sekolah ini, lebih seratus penuntut lelaki – perempuan dari beberapa negeri seperti Perak, Selangor, Pahang dan serata daerah dalam Negeri Sembilan telah belajar di sini. Bagi membantu beliau mengendalikan perjalanan sekolah dan asrama, maka beberapa penuntut yang telah senior dilantik sebagai kerani atau pengelola asrama. Guru-guru lelaki dan perempuan pula dilantik di kalangan penuntut yang telah mampu membimbing pelajar-pelajar baru. Penuntut–penuntut lelaki dan perempuan disediakan asrama yang berasingan. Mereka ada memasak sendiri dan ada juga yang kira bayar sahaja. Manakala penuntut perempuan pula ada yang tinggal bersama Lebai Maadah dikenakan bayaran makan dan belanja persekolahan secara bulanan. Tukang masak makanan disediakan. Guru-guru sentiasa ada bersama penuntut untuk membimbing mereka. Antara mata pelajaran yang diajar di Madrasah ini ialah seperti ilmu saraf, ilmu nahu, tajuid, fiqh, tauhid, akhlak, tafsir dan terjemahan al Quraan, usul hadith dan kitab-kitab hadith, tasawuf, al mudharabat, ilmu berkhutbah atau bersyarah, bahasa Inggeris , membaca al Quraan dan banyak lagi. Menurut Haji Abdul Aziz Yunus, Maulana Lebai Maadah agak tegas ketika mengajar. Beliau selalu membawa rotan semambu bila mengajar. Setiap ayat yang diajar mesti difahami dengan teliti dan penuntut – penuntut terpaksalah mengulang kaji dan menghafal pelajaran di asrama sebelah malamnya. Esoknya beliau akan menyoal kembali pelajaran yang telah diajar. Sesiapa yang gagal menjawab dengan tepat atau tergagap – gagap akan dimarahi. Pernah Ustaz Abdul Jalil dirotan dan peristiwa itu menjadikan penuntut lain kecut perut. Antara anak murid awal beliau yang dianggap kontroversi dalam negara kita ialah Shamsiah Fakeh iaitu pemimpin PKM yang diharamkan itu.Keistimewaan cara mengajar Maulana ialah ia mengajar menterjemah al Quran secara harfiah iaitu terjemahan dari ayat ke ayat dalam Bahasa Melayu bersekali dengan tajuidnya. Haji Abdul Aziz mendakwa penuntut – penuntut mampu menamatkan terjemahan al Quran dalam tempoh lapan bulan sahaja. Dianggarkan penuntut – penuntut yang belajar ketika itu lebih 280 orang pada hari – hari akhir sebelum meletusnya perang. Beliau sendiri waktu itu membuat kerja sampingan selain menuntut iaitu ditugaskan sebagai kerani dan pengelola asrama lelaki. Selain kesibukan Lebai menguruskan sekolahnya di Pelangai dan Bukit Tempurung, beliau masih sempat memberi pengajian agama kepada orang ramai secara memberi syarahan kerana beliau begitu mahir berpidato dan lancar pula tutur katanya. Kebolehannya menguasai banyak bahasa juga berupaya meruntun pendengar untuk mendekati tokoh istimewa ini.


DifitnahPenyusun sengaja menambah muatkan isi kandungan kisah riwayat hidup ulama besar ini tentang kisah fitnah dan mehnah yang diterimanya ketika berada di zaman kemuncaknya. Saat getirnya ialah beliau difitnah berjahat dengan pelajar perempuannya di Madrasah Aliah Islamiah. Fitnah ini sengaja diada-adakan oleh penduduk setempat kerana cemburu dengan ketokohan Lebai Maadah. Bencana itu akhirnya dapat dipadamkan apabila Tuanku Abdul Rahman, Tuan Yang Dipertuan Besar turun sendiri menjadi saksi di hari upacara mengangkat sumpah di sekolah tersebut. Pihak yang menuduh tidak berani tampil ke hadapan. Sifat kedengkian itu bukanlah tamat setakat itu sahaja malah Lebai Maadah lagi sekali lagi diuji apabila ada pihak menuduh Lebai Maadah menerima gaji lebih tinggi sedangkan beberapa pelajarnya yang senior membantu mengajar hanya mendapat gaji lebih rendah iaitu lebih kurang RM25 atau RM30 sebulan berbanding Lebai Maadah yang menerima gaji RM 350 sebulan. Menurut pandangan mereka gaji Lebai Maadah mengalahkan gaji D.O Kuala Pilah waktu itu.Seorang pelajar bernama Othman Ali dari Kampung Tengkek merisik berita tentang ada anak murid Lebai sendiri bernama Hitam Taha sedang merancang untuk mencabar Lebai Maadah berkeris. Dia dikatakan telah memakai pakaian serba hitam selaku panglima untuk bergaduh dengan Tuan Gurunya sendiri. Ekoran dari itu, Lebai telah mengadakan perhimpunan pada hari sabtu yang dihadiri semua muridnya. Beliau menyampaikan hasratnya untuk memberi tumpuan di Madrasah di Bukit Tempurung sahaja. Di sini terdapat percanggahan maklumat antara Tuan Haji Abd Aziz Yunus dengan Haji Md Zin Ujang tentang punca utama Madrasah Aliah Islamiah tersebut ditinggalkan oleh Lebai Maadah. Walau bagaimanapun, penyusun percaya faktor meletusnya perang dunia kedua dan gangguan pihak tertentu itu ada berkaitan.


Hubungan akrab dengan raja


Sebagaimana dinyatakan sebelum ini, pihak istana di Seri Menanti amat berminat dengan orang-orang alim. Istana raja selalu dikunjungi para ulama dan kerabat raja turut menadah kitab untuk mendengar kuliah ulama. Yang Dipertuan Besar Paduka Sri Tuanku Muhamad Shah Ibni al Marhum Tuanku Antah yang ditabalkan bagi tahun 1888-1933 telah menjemput Tuan Guru Haji Darun Haji Ibrahim yang berasal dari Inderagiri dan bermukim di Semenyih untuk menjadi guru agama di istana. Dikatakan adik baginda iaitu Tunku Burhanudin turut menjadi alim di bawah bimbingan ulama ini. Pewaris tahta Yang Dipertuan Besar kemudiannya iaitu Tunku Abdul Rahman anak kedua kepada Tuanku Muhamad turut memuliakan para ulama. Di masa pemerintahan baginda, ulama di negeri adat perpatih ini diberi keutamaan. Baginda bukan sahaja mendekati ulama malah turut menyumbangkan kewangan membina pondok atau sekolah agama, sebagaimana peranan baginda membantu Tuan Guru Lebai Maadah ini dan mewakafkan sebidang tanah untuk Tuan Guru Haji Abdul Majid Abdul Karim di Batu Kikir bagi tapak pondoknya. Di zaman baginda juga, perbahasan agama secara sihat diadakan di istana di antara Lebai Maadah dengan Haji Muhamad Mustaffa dari Kuala Jempol. Majlis perbahasan itu dipengerusikan sendiri oleh Al Marhum Tunku Besar Burhanudin.


Photo: Gambar ramai depan Balai Istana Seri Menanti bersama YM Tuanku Abd Rahman. Maulana Lebai Maadah duduk paling kiri ( bertarbus) 1939.


Walau bagaimanapun, keakraban ini pernah mengundang salah faham kepada pihak tertentu di istana apabila Lebai dituduh melanggari adab dengan raja. Kisahnya ialah sewaktu Tunku Abdul Rahman mencemar duli turun ke Pelangai untuk menyampaikan syahadah ( sijil) tamat pengajian kepada pelajar-pelajar di sana. Ketika majlis bersantap disediakan, Tunku Abdul Rahman meminta Lebai Maadah duduk bersama baginda makan bersama. Tiga hari lepas itu, Lebai dikunjungi polis dari Balai Polis membawa mesej Lebai Maadah dikehendaki hadir ke istana bagi tuduhan tersebut. Tuan Guru Lebai Maadah dengan tenang mengajak Haji Md Zin Ujang menemaninya ke istana. Mereka bertolak dari kampung jam 7.00 pagi menunggang basikal. Perjalanan untuk sampai ke istana Seri Menanti memakan masa lebih kurang 4 jam lamanya lantaran kerana jalan ke Pekan Batu Kikir waktu itu masih jalan tanah dan melalui jalan kampung serta kebun getah. Sesampai di pintu istana, Lebai memberi salam dan seorang budak berumur lebih kurang 8 tahun muncul ( mungkin putera raja), kanak-kanak itu berlari ke tingkat atas istana. Kemudian terdengar suara dari bilik istana, " Lebai, mari sini!" Lebai Maadah pun naiklah ke atas istana berbual dengan Tunku Abdul Rahman. Antara perbualan mereka yang sempat diingati oleh Haji Md Zin Ujang ialah Lebai Maadah melahirkan rasa dukacitanya terhadap perkara berbangkit. Beliau tidak mengangkat sembah sebagaimana lain-lain rakyat ketika bertemu raja dan memanggil Tunku Abdul Rahman dengan panggilan 'Tuan Patik". Tunku Abdul Rahman pula merendah diri berkata:" Di dunia kami tinggi tapi di akhirat, Lebai lebih tinggi darjatnya.." Baginda berjanji akan menyelesaikan masalah tersebut dengan pihak tertentu di istananya.Dalam perjumpaan itu juga, Tunku Abdul Rahman meminta Lebai Maadah mengajar tafsir al Quran dalam Bahasa Inggeris. Bermula dari tarikh itulah beliau kerap ke istana menunaikan permintaan baginda. Tunku Abdul Rahman mendapat pendidikan di Kolej Kuala Kangsar dan mendapat Barr-at Law dari Inner Temple England tahun 1928. Baginda sebelum ditabalkan menjadi Dipertuan Besar pernah menjawat jawatan ADO di beberapa daerah dan terakhir menjadi DO Batang Padang 1933. Baginda pernah juga meminta Lebai Maadah menafsirkan mimpinya apabila bermimpi baginda digelar "Manaf" oleh Raja-raja Melayu. Lebai menafsirkan baginda akan naik tinggi dan disebut orang selama-lamanya. Menurut Haji Md Zin, antara kelebihan yang dimiliki oleh baginda selepas itu ialah Baginda dilantik sebagai Yang Dipertuan Agong pertama dan gambarnya terus dicetak dalam wang kertas negara ini sehingga sekarang.


Perbahasan agama


Lebai Maadah merupakan tokoh pemidato dan pandai berbahas. Seperti yang disebut sebelum ini, beliau pernah berbahas masalah agama dengan tokoh assunnah di Alor Gajah dan seorang ulama terkenal bernama Tuan Haji Muhamad Mustaffa dari Kuala Jempol ( riwayat hidupnya turut dipaparkan dalam buku Jejak Ulama ini) ulama ini mendapat didikan dari Mekah Al Mukarramah dan sangat terkenal di kalangan pembesar negeri termasuk Al Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku Muhammad sendiri. Majlis perbahasan ini telah diadakan di Istana Besar Seri Menanti dengan dihakimi oleh Tunku Besar Burhanuddin Ibni Tuanku Antah iaitu kerabat raja ketika itu. Menarik juga dicatitkan di sini iaitu kecenderungan pihak istana dalam bidang agama agak menonjol ketika itu kerana selain di Negeri Sembilan, Raja Kelantan Tengku Long Senik yang memerintah tahun 1900 – 1920 turut menjadikan ulama sebagai tempat rujukan utama ketika dilemma kemasukan amalan tarekat Ahmadiyah ke Kelantan. Dalam perbahasan tersebut, Lebai Maadah dikatakan sekali lagi menunjukkan keistimewaannya apabila beliau yang bermodalkan Al Quran berjaya melengkapkan hujahnya. Apabila beliau ingin merujuk bahasannya, beliau hanya menepuk kitab suci itu dan nashkah yang terbuka itu tepat menunjukkan ayat-ayat yang beliau kehendaki dengan izin Allah. Bukan itu sahaja, Maulana ini juga dikatakan pernah berbahas dengan orang-orang kristian yang diadakan di Sekolah Menengah King George V Seremban. Kebolehan Maulana menguasai banyak bahasa termasuk Bahasa Inggeris selain bahasa Urdu dan Arab memudahkan beliau menyampaikan dakwahnya. Kesannya, ramai penganut agama kristian waktu itu masuk Islam


Hasil Karangan


Beberapa karya beliau yang diketahui sempat ditinggalkan ialah seperti berikut:i. Kitab " Percubaan Tuhan" perbicaraan tentang keimanan setebal 40 muka. Diterbitkan oleh The Teruna Press, Kuala Pilah. 1939 dalam Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab.ii. "Urujul Akhwam" mengandungi 100 halaman, terbitan The Teruna Press, Kuala Pilah. 1939.iii. "Persaudaraan" diterbitkan oleh The Mutbah Al Zainiah, Bukit Mertajam tahun 1939.iv. " Suluh Tengkek" setebal 80 muka iaitu buku panduan syarahan agama. Terbitan The Teruna Press, Kuala Pilah. 1939Malangnya, sebahagian besar kitab – kitab pengajian dan beberapa hasil tulisan beliau tidak dapat dikesan lagi selepas kematiannya. Ada penduduk kampung mendakwa Maulana pernah memberi pesanan sebelum ajalnya supaya kitab- kitab beliau diserahkan kepada muridnya Ustaz Abdul Jalil yang telah menyemenda ( berkahwin dengan penduduk kampung), kerana beliau sahaja yang dikatakan mampu menguasai dan memahami kitab-kitab Arab tidak berbaris itu. Walau bagaimanapun, kitab – kitab tersebut telah beralih tangan kepada kerabat sebelah isterinya iaitu bapa mertuanya Imam Ayin ( Ibrahim). Masa kecil, penyusun pernah melihat orang tua ini di rumah anaknya Hajjah Bedah Ibrahim iaitu isteri datuk saudara penyusun.


Hari – Hari Akhirnya


Dalam musim perang, Lebai Maadah hanya menumpukan masanya di Madrasah Bukit Tempurung. Kegigihannya untuk mencurahkan ilmu disanjungi oleh penuntut-penuntut beliau. Adakalanya beliau akan pergi ke rumah anak muridnya untuk mengajar secara langsung. Ini disahkan sendiri oleh Ustazah Hambiah Md Som ( telah meninggal dunia beberapa bulan selepas pertemuan dengan penyusun) yang menyatakan Tuan Gurunya sering datang ke rumah mengajar ketika beliau masih dalam pantang ( baru bersalin). Lebai ingin menjadikan Hambiah sebagai penghulu atau ketua muslimat yang mendalami ilmu agamanya. Antara kata-kata yang masih diingati oleh Hambiah ialah " ..apa nak buat, tiada rezeki anak-anak untuk belajar.." Ini seolah-olah beliau telah merasakan tempoh hidupnya begitu singkat. Sudah ditakdir Allah jua, ketika anak lelakinya berusia dua tahun, isteri beliau telah meninggal dunia. Allahyarhamah Salbiah Ibrahim dikatakan meninggal kerana mengalami sakit perut. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di rumah emak saudara Lebai Maadah di Kampung Jeram. Berita sedih itu disampaikan kepada suaminya di Madrasah, Maulana menyambut berita kesedihan itu dengan kata-kata lebih kurang begini," Biarlah.. dia ( Lebai ) pun akan mati di sana jugak.."
Benar, lebih kurang beberapa hari selepas pemergian isterinya, Maulana yang alim ini pun turut mengikuti isterinya dalam usia 48 tahun dan dikebumikan di sebelah pusara isterinya di Tanah Perkuburan Kg Jeram, Tengkek. Kematiannya diibarat kehilangan permata atau payung ilmu oleh penduduk di negeri ini, agaknya doa spontan ibunya apabila setiap kali melihat kenakalan anak lelaki telah dimakbulkan Allah.
"Jadi payung negerilah kau nak" Inilah ucapan biasa yang sering dikatakan oleh ibunya.Menurut Haji Md Zin Ujang pula, malam sebelum kematiannya, beliau bercakap dengan rakan sekampungnya bernama Sidek ( dipanggil Sidiadik) supaya diuruskan segera sebelum zuhur. Rupanya beliau perlu dikebumikan sebelum zuhur itu. Seorang anak muridnya bernama Md Yassin dari pelangai Kuala Pilah berdiri kaku di kubur ketika orang ramai sudah mula beredar dari kubur. Apabila ditanya apa yang beliau perhatikan, katanya dia nampak seorang berpakaian serba putih keluar dari kubur dan terus menghilang. Allahyarham meninggal dunia di rumah emak saudaranya Puan Bayau, rumah itu jugalah tempat isteri tersayangnya menghembuskan nafas terakhir. Penyusun telah sempat menziarahi tanah perkuburan di Kg Jeram tempat tokoh ulama ini disemadikan pada 4 Syawal 1424 bersamaan 28 November 2003. Kami agak sukar mengesan tapak kuburnya kerana tiada tanda-tanda jelas yang membolehkan kami mengesahkan batu nesannya, tetapi menurut penduduk kampung kubur sepasang suami isteri itu adalah berhampiran bawah pokok kundang yang rendang. Sekolah yang diasaskan beliau di Pelangai, Kuala Pilah telah diambil alih oleh kerajaan dan dinamakan Sekolah Menengah Rendah Agama Pelangai. Malah ada juga perkhabaran bahawa beliau turut mengharapkan sesatunya anak lelakinya yang masih belajar merangkak waktu itu diberi didikan agama sehingga sampai ke Darul Ulum juga. Anak lelaki yang yatim piatu itu dibela oleh emak saudaranya Hajjah Bedah Ibrahim. Anaknya itu kini adalah seorang pakar perubatan yang pernah bertugas di Hospital Pakar Tawakkal Kuala Lumpur dan kini membuka klinik sendiri di Taman Tun Dr. Ismail. PenutupMaulana Lebai Maadah bin Layang bolehlah dianggap tokoh pembaharuan yang ulung di negeri ini kerana terbukti dalam tempoh tidak sampai 15 tahun beliau balik ke tanahair, beberapa jejak-jejak yang ditinggalkannya telah meninggalkan kesan seperti berikut:i. Beliau adalah tokoh pertama yang menubuhkan sekolah agama atau madrasah berasrama secara formal dan sistematik. Mata pelajaran yang diajar di madrasahnya merangkumi semua lapangan pengajian agama termasuk memperkenalkan Bahasa Inggeris sebagai subjek tambahan.ii. Pengajian terjemahan al Quran secara harfiah terbukti memudahkan penuntut-penuntut di madrasah ini menguasai ilmu pengajian al Quran dengan cepat.iii. Beliau membuka madrasahnya untuk anak-anak bangsa samada lelaki atau perempuan tanpa membezakan mereka. Pelajar-pelajar yang mendapat tarbiah dari madrasah secara langsung dari beliau itu datang dari banyak tempat dan negeri. Melalui pendedahan ini menyebabkan pemikiran dan aliran yang dibawa oleh beliau berkembang di banyak tempat pula.iv. Maulana juga dianggap tokoh yang berwawasan tinggi kerana pernah bercita-cita untuk menubuhkan pusat pengajian tinggi agama ala Darul Ulum di Nusantara.v. Terbukti pemikiran dan aliran " as sunnah" atau lebel "Kaum Muda" yang dicetuskannya telah bertapak di Negeri Sembilan khususnya di Kuala Pilah adalah kesinambungan gerakan awal yang dirintis oleh beliau.Pendek kata, kemunculan beliau di persada dunia pendidikan dalam negeri pengamal adat perpatih ini benar-benar dirasai dan sebagai pelopor fahaman yang tidak terikat kepada aliran bermazhab. Walau pun aliran ini masih sukar diserasikan dalam masyarakat setempat tetapi sumbangan besar beliau dalam dunia pendidikan agama tetap terakam dalam lipatan sejarah negeri ini. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin.


RUJUKAN : http://maadah.blogdrive.com/

Rabu, 10 September 2008

Anwar: Tarikh 16 Sept mungkin dilanjutkan...

Anwar: Tarikh 16 Sept mungkin dilanjutkan...
Sep 10, 08 12:15pm
Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mungkin terpaksa melanjutkan tarikh 16 September untuk ahli parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai Pakatan Rakyat.Katanya, ini kerana BN telah menghantar ramai ahli parlimennya menyertai lawatan sambil belajar di Taiwan."Kita pasti mempunyai jumlah (ahli parlimen) yang mencukupi, tetapi kita perlu menunggu kerana mereka kini berada di Taiwan," kata Anwar dalam laporan akhbar the Star.Mantan timbalan perdana menteri itu berkata, beliau mempunyai maklumat bahawa ahli-ahli parlimen tersebut tidak dibenarkan pulang dari Taiwan sebelum 16 September bagi menggagalkan rancangannya itu.Pakatan Rakyat menguasai 82 daripada 222 kerusi Parlimen. Sebelum ini, Anwar mendakwa beliau akan menubuhkan kerajaan baru apabila ahli parlimen BN menyertai Pakatan."Selepas berbincang dengan PAS dan DAP, tarikh tersebut boleh dilanjutkan walaupun sasaran kita sebelum ini, ialah 16 September," kata Anwar dalam ucapannya di kediamannya semalam.Bagaimanapun, beliau percaya, kerajaan sekarang sukar untuk mematahkan kebangkitan rakyat.Anwar berkata, Pakatan akan mengadakan mesyuarat petang ini atau esok mengenai persiapannya pada 16 September.


ULASAN KITA

Menurut sumber Malaysiakini di atas, kemungkinan Penubuhan Kerajaan Pakatan Rakyat pada 16 September akan dilanjutkan. Bagi kita ini tidak menjadi persoalan, samada 16 September atau lainnya, samada cepat maupun lewat itu bukan soal pokok, yang pasti perubahan pasti akan berlaku. Kerana semenjak 1998 kita telah menunggu, apa salahnya menunggu dalam masa yang rasanya tidaklah panjang itu. Yang sudah terpancar sekarang ialah ketidakketentuan UMNO dan Barisan Nasional, gelombang haru-biru sudah melanda mereka, dan kadang-kadang tindakan mereka seperti keanak-anakkan, ataupun boleh kita kaitkan manusia yang sudah nyanyok yang akhir hayatnya memperlihatkan sifat keanak-anakkan. Apa yang perlu kita lakukan hanya perlu bersabar menanti tarikh tersebut. Gambar DSAI diatas mungkin memberi erti tersendiri kepada kita.

PERANGKAPKAH INI?

Kenyataan keras daripada Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Ahmad Ismail mempertahankan kenyataannya di kempen Perpatang Pauh dahulu mengundang tindakan balas daripada Parti Komponen BN yang lain. Malah mendesak beliau dikenakan tindakan ISA atas kenyataan bersifat perkauman tersebut. Persoalannya mengapa pemimpin Bahagian itu begitu berani mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman yang boleh mengundang pelbagai masalah itu malah dikaitkan pula dengan peristiwa 13 Mei? Malah kenyataan beliau sebelum ini telahpun diambil kira oleh Timbalan Presiden UMNO Najib Razak dan awal-awal lagi telahpun meminta maaf kepada pihak-pihak yang terbabit. Bukankah itu masalah kecil yang seharusnya boleh diselesaikan oleh Perdana Menteri? Tetapi mengapa ia berpanjangan? Apakah Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO dan Barisan Nasional itu tidak mempunyai kekuatan untuk mengatasi masaalah Ketua Bahagian itu? Atau mungkin perkara kecil dan remeh ini sengaja dibesar-besarkan agar ia menjadi isu nasional bagi mengelak 16 September ? Terkini beliau telah digantung hak-haknya dalam UMNO dan digantung keahlian selama 3 tahun. Dan melihat reaksinya beliau tidakpun membuat sebarang bantahan malah menurut beliau, beliau redha dengan keputusan MT UMNO tersebut. Ini pun satu persoalan yang boleh kita dipertikaikan, nampaknya beliau redha dengan keputusan yang beliau sendiri pada zahirnya tidak redha, kerana katanya beliau tidak akan meminta maaf kerana beranggapan bahawa kenyataan beliau dalam kempen di Permatanh Pauh itu adalah benar. Inilah rentetan gelombang haru biru yang sedang bergelombang dalam negara ini, kerana sebabnya tidak lain untuk mengelakkan 16 September akan berlaku. Oleh itu mainan isu perkauman ini jangan dipandang enteng dan harus dilenyapkan bersama-sama denagn perlakonnya. Apa komen anda???

Selasa, 9 September 2008

KENDURI ARWAH APA HUKUMNYA ?

Oleh Tuan Guru Hj. Nik Aziz Nik Mat

Hantar Jamuan dan Bantuan Kepada Keluarga si mati.
Ahmad bin Hambal RA berpendapat bahawa mengadakan jamuan untuk mayat (Kenduri Arwah) dan juga membaca Al-Qur'an disekeliling mayat tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah saw terhadap para sahabat yang meninggal dunia begitu juga sebaliknya para sababat tidak pernah membacakan Al Qur'an, ketika Rasulullah saw wafat. Oleh yang demikian perbuatan tersebut disifatkan oleh Ahmad Bin Hanbal sebagai perbuatan Jahiliyah.
Oleh yang demikian, apakah yang mendorong sesetengah orang mengadakan amalan yang tidak bersumberkan dari ajaran Rasulullah saw? Tidak lain kerana mereka beranggapan bahawa mengadakan bacaan ayat-ayat al-Qur'an di keliling mayat dan juga mengadakan jamuan makan (kenduri arwah) itu dianggap perkara baik.
Sesungguh baik buruknya sesuatu amalan itu bukanlah berdasarkan ukuran sendiri, tetapi segala bentuk ibadah itu mestilah mempunyai asas yang kukuh bersumberkan kepada syariat Allah. Ia hanya dianggap naik jika yang menggadakan syariat iaitu Allah SWT sendiri dan juga RasulNya yang mengatakan baik, jika tidak maka ia akan menjadi sebaliknya.
Rasulullah saw telah bersadba maksudnya "Hendaklah kamu para sahabat mengadakan (menghantar) makanan untuk keluarga Ja'far. Rasulullah saw bersabda demikian ketika Ja'far bin Abu Talib, sepupu Nabi saw syahid didalam satu peperangan. Hadits tersebut dengan jelas menganjurkan supaya orang ramai bersimpati kepada balu dan juga keluarga simati, dengan menghantar makanan ke rumah keluarga Ja'far yang sedang bersedih diatas kematian Ja'far bin Abu Talib itu. Adalah menjadi kewajipan jiran tetangga dan ahli masyarakat bukan sekadar mengucapkan ta'ziah dan turut merasai sedih di atas kematian tersebut, tetapi turut meringankan beban tanggungan balu dan keluarga tersebut yang dalam kesukaran baru ditingalkan oleh suami dan bapa-bapa mereka.
Dalam keadaan bersedih disebabkan kematian itu adalah tidak wajar mereka pula terpaksa mengadakan jamuan untuk jiran tetangga dan anggota masyarakat apatah lagi sesetengahnya terpaksa menyediakan wang upah untuk sembahyang jenazah. Ia bukan sahaja membebankan keluarga berkenaan. Tetapi ini seolah-olah sudah jatuh ditimpa tangga, sudahlah mereka kehilangan seseorang dalam keluarganya ditambah pula dengan beban mengadakan jamuan untuk orang ramai.
Sabda Nabi saw itu mengandungi pengajaran tanggung jawab sosial, yang mengganjurkan setiap anggota masyarakat mempunyai rasa simpati untuk membantu meringankan beban. Membantu mereka dengan menghantar makanan serta lauk pauk untuk keluarga mereka, kerana dalam masa bersedih itu mungkin mereja rtidak berdaya untuk memasak makanan atau disebabkan sibuk dengan urusan jenazah sehingga mereka tidak ada masa untuk menyediakan makan bagi keluarga.
Dalam keadaan demikian apabila jiran tetangga atau anggota masyarakat menghantar makanan ataupun duit ringgit, sudah tentu ia dapat menghiburkan keadaan keluarga yang sedang bersedih dan juga membantu mereka pada saat-saat mereka memerlukan simpati.
Sesungguhnya apabila seseorang ketua keluarga meninggal dunia, bererti semua harta yang ditinggalkan adalah menjadi hak semua waris yang terlibat. Harta beras yang ada didapur, ayam itik didalam reban, kambing lembu yang sedang tertambat dan sebagainya bukan lagi kepunyaan si mati. Jika mereka bertanak nasi dan juga bersembelih ayam itik atau kambing lembu untuk jamuan (kenduri arwah) bererti mereka telah menggunakan yang belum difaraidkan kepada para waris.
Menggunakan harta waris bererti mengambil hak orang lain, ia tidak wajar sekalipun bagi tujuan mengadakan jamuan (kenduri arwah) maka ia termasuk dalam kategori mengguna harta orang lain tanpa izin. Yang demikian itu akan dipertanggungjawabkan diakhirat jelak, sedangkan setiap mukmin mesti berusaha untuk menghindari perkara-perkara yang boleh menimbulkan halangan diakhirat kelak. Lebih-lebih lagi jika didalam keluarga itu ada anak yatim, akan mendatangkan akibat yang lebih berat, kerana sudah tentu didalam harta yang ditinggalkan oleh simati itu termasuk juga harta kepunyaan anak yatim tersebut. Firman Allah swt yang bermaksud "Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api (neraka) yang menyala-nyala" (Surah An Nisa: 10)
Ini bererti makanan dari harta anak yatim yang dihidangkan di majlis jamuan (Kenduri Arwah) itu, walaupun pada zahirnya yang disuapkan itu nasi dan lauk pauk. tetapi hakikatnya mereka telah menyuap api neraka ke dalam perutnya. Sayangnya mereka tidak sedar atau tidak tahu dan faham keadaan sebenarnya.
Oleh yang demikian dalam kitab At Tazkirah berpesan dan memberi peringatan kepada setiap ketua keluarga iaitu para suami atau ibu bapa agar melarang kaum keluarga, anak isteri mereka memakan makanan dimajlis jamuan (kenduri arwah) kerana menghindar dari memakan harta pusaka yang belum dibahagi kepada para warisnya. Lebih-lebih lagi jika didalam waris itu terdapat anak-anak yatim, adalah lebih besar lagi bahayanya diakhirat jika memakan harta-harta anak yatim dengan cara yang tidak diizinkan oleh syarak.
Sudah sampai waktunya umat Islam memikirkan tentang perlunya menghayati maksud hadits Nabi saw seperti yang diterangkan diatas itu, ia bukan sekadar untuk membetulkan keadaan songsang daripada terus berlaku di dalam masyarakat Islam, dimana keluarga si mati yang sedang bersedih itu dibebani keyakinan yang menyusahkan diri, terpaksa membuang harta untuk mengadakan jamuan yang tidak dituntut oleh Islam.
Sebaliknya hadits Nabi saw itu mendidik umatnya supaya bersimpati kepada keluarga simati, dengan menghantar makanan ataupun wang ringgit bagi membantu meringankan beban kesedihan yang sedang ditanggung oleh keluarga simati. Semoga dengan panduan hadits Nabi saw ini akan mengasuh kita meninggalkan sikap menyusahkan dan membebankan keluarga simati, kerana tidak menasihati mereka supaya meninggalkan amalan amalan mengadakan jamuan (kenduri arwah) yang tidak diperintah oleh agama, bahkan amalan tersebut dicela oleh Islam.

(Ulasan kami: Sudah sampai masanya kita meninggalkan amalan yang sudah bercokol begitu lama dalam masyarakat Melayu sedangkan ia tiada keterangan dan dalil agama, kecuali dengan sangkaan, angan-angan dan ikutan membuta tuli tanpa dalil semata. )

SHAMSIAH FAKEH, WANITA MELAYU REVOLUSIONER

Saya akan mengambil ruang untuk mengimbau kembali perjuangan SHAMSIAH FAKEH seorang Tokoh Perjuang Kemerdekaan Tanah Air yang tidak harus dilupakan oleh setiap Pejuang dan Reformis. Kecekalan beliau mengharungi ranjau perjuangan seperti yang dipaparkan dalam buku Memoir Shamsiah Fakeh Dari Awas ke Regimen Ke 10 amat mengharu dan membanggakan. Sekembalinya beliau ke Malaysia pada tahun 1994, saya berkesempatan menemui beliau dan saya dapat merasakan dari renungan matanya beliau adalah seorang yang amat tabah dan punya pendirian yang amat teguh. Ikuti rencana dibawah ini untuk mengetahui sedikit latar belakang beliau.

Kampung Gemuruh atau lebih dikenali sebagai Kampung Parit terletak satu kilometer dari pekan Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Berlatar belakangkan tahun 1924 kampung yang indah ini dikelilingi bukit bukau yang menghijau dan hamparan sawah padi yang menjadi mata pencarian utama masyarakatnya. Disinilah suatu detik bersejarah telah dirakamkan apabila seorang bayi perempuan dilahirkan. Kelahiran puteri kepada Sutan bin Sulaiman dan Saamah bte Nonggok itu disambut dengan penuh kesyukuran dan dinamakan Shamsiah. Masyarakat yang mengamalkan Adat Perpateh itu sudah pasti mengandaikan bahawa anak ini akan dididik dengan ciri-ciri wanita Melayu yang lemah lembut tutur kata dan budi pekertinya serta membesar menjadi seorang suri rumah yang baik. Namun begitu tiada sesiapapun yang menjangka bahawa bayi yang lebih dikenali sebagai Shamsiah Fakeh itu kelak akan mengegarkan dunia politik dan rimba Tanah Melayu pada tahun-tahun mendatang.

Meninjau sejenak latar belakangnya, bapa beliau yang lebih dikenali sebagai Fakeh Sutan (Fakeh Godang oleh masyarakat setempat) nyata mempunyai ciri-ciri yang kontras dalam majoriti masyarakat ketika itu. Beliau menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan di Pekan Kuala Pilah dan mempunyai asas pendidikan agama yang kuat. Bapa Shamsiah telah menyiapkan anaknya itu dengan ilmu pengetahuan. Ketika kanak-kanak lain masih bermain pondok-pondok, Shamsiah telah dimasukkan ke Sekolah Melayu Kampong Parit dan seterusnya ke Sekolah Melayu Bandar Kuala Pilah sehingga darjah lima, namun begitu, pendidikan yang disediakan di sekolah Melayu ketika itu hanya setakat untuk menjadikan anak Melayu yang lebih baik daripada nenek moyang mereka iaitu sebagai petani dan nelayan yang boleh dijadikan seperti kerbau dicucuk hidung. Oleh itu bapa Shamsiah telah meghantarnya ke Sekolah Agama Rahmah Al-Yunusiah di Sumatera dimana benih semangat nasionalisma mula disemai.

Sememangnya sifat beliau seperti kepetahan berpidato dan berhujah dijiwai daripada ayahnya kerana sejak kecil lagi beliau sukakan ilmu dan sentiasa berbahas dengan bapanya dalam hal agama. Bapanya sangat suka apabila Shamsiah berbahas menggunakan dalil-dalil daripada Al-Qur'an dan hadits. Pada tahun 1939, beliau dibawa kembali keTanah Melayu, beliau melanjutkan pelajaran pula di Madrasah Aliyah Islamiyah, Pelangai, Kuala Pilah yang didirikan oleh Maulana Maadah Bin Layang dan sekolah pondok ini amat terkenal diwaktu itu. Disitu beliau diperkenalkan dengan pelajaran Menterjemah Al-Qur'an secara Harfiyah sehingga beliau mampu menafsir 30 juz Al-Qur'an.

Fakih Sutan sendiri juga dikenali sebagai pendakwah ditempatnya. Dengan pendidikan agama yang berlandaskan Al-Qur'an dan Hadits, beliau amat peka dalam hal-hal yang berkaitan dengan Ibadah. Beliau menekankan tentang keperluan untuk meninggalkan Khurafat dan Bid'ah yang membelenggu masyarakat ketika itu. Amalan sesuatu ibadah itu hendaklah dengan dalilnya, menegakkan yang haq dan mencegah kemungkaran. Ajaran yang dipelopori oleh golongan reformis di Timur Tengah itu sememangnya menentang arus golomgan Tua sehingga ajaran ini digelar sebagai Kaum Muda. Namun tidak dapat dinafikan dalam sejarah bahawa pengaruh Kaum Muda inilah yang mula menyuburi fikiran pejuang pejuang kemerdekaan dari Maghreb ke Tanah Melayu dan turut dihayati oleh Shamsiah Fakeh. Hal inilah yang membezakan Shamsiah Fakeh dengan wanita Melayu yang lain iaitu semangat revolusioner beliau dalam usaha untuk memerdekakan tanah air.

Namun, pengalaman hidup beliau apabila terpaksa berkahwin dalam usia yang muda bertentangan dengan apa yang dipelajarinya di Madrasah madrasah tersebut. Pengalaman yang ditindas oleh lelaki dalam beberapa kegagalan perkahwinannya telah menyediakan asas keteguhan Shamsiah Fakeh dalam perjuangannya menegakkan emansipasi wanita dan kemerdekaan negara. Sikap beliau yang tidak suka dieksploitasi muncul daripada kesedaran melalui penghayatan terhadap pelajaran agama dan pengalaman hidup yang dilalui. Seluruh hidup beliau digembeling dalam perjuangan menentang imperialis British, kuasa penjajah yang mendominasi lanskap politik dunia pada waktu itu.

Perjalanan beliau dalam perjuangan menentang penjajah bermula dari tahun 1945 apabila beliau mula menyertai PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) sebuah parti Melayu revolusioner. Berkat kepimpinan dan kelantangan beliau dikagumi oleh kepimpinan PKMM dan dilantik menjadi Ketua Bahagian Wanita PKMM yang lebih dikenali sebagai AWAS (Angkatan Wanita Sedar). Beliau telah menjelajah keserata pelosok tanah air dan membakar semangat rakyat yang ketika itu masih jahil dalam mainan politik penjajah. Apabila PKMM diharamkan, beliau telah menyertai perjuangan bersenjata dan meredah rimba Tanah Melayu bagi menghalau British.

Sesungguhnya, bagi mereka yang mula berjinak-jinak dalam perjuangan haruslah mencontohi kekuatan semangat dan keteguhan pendirian wanita ini. Kekentalan semangat dan keteguhan pendirian ini bukanlah boleh diperolehi dalam sekelip mata, tetapi melalui pengalaman dan pegangan terhadap sesuatu prinsip yang diperjuangkan. Sikap tidak mengenal putus asa haruslah dicontohi oleh golongan reformis. Hanya mereka yang menghargai wira bangsanya meletakkan Shamsiah Fakeh di tempat yang sesuai, sebaris dengan tokoh-tokoh kemerdekaan negara. Hal lain biarlah sejarah mengadilinya. (Azul) (Akan bersambung padi siri lain-Hamza)

Isnin, 8 September 2008

PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN PERMATANG PAUH

Bahagian Kuala Pilah tidak ketinggalan untuk menghantar Petugas bagi membantu DSAI dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos yang lalu. Seramai lebih kurang 18 petugas tetap telah mendaftar untuk membantu jentera Pilihan Raya di Permatang Pauh. Disamping itu ramai penyokong turut serta memberikan sokongan moral terhadap DSAI sewaktu hari Penamaan dan juga hari Pengundian dan dianggarkan sekitar 200 orang dari Kuala Pilah telah kesana. Penghargaan harus diberikan kepada Timbalan Ketua AMK Sdr. Nizam Razak yang telah berkampung selama 2 minggu di sana. Pengalaman di Permatang Pauh memberi banyak pengalaman kepada petugas-petugas Bahagian ini. Sesungguhnya pengalaman di Permatang Pauh memberikan semangat dan inspirasi kepada semua yang terlibat agar ia dapat dipraktikkan di Bahagian Kuala Pilah. Selepas pengumunan keputusan diperolehi dengan kemenangan kepada DSAI, mereka balik ke Kuala Pilah secara konvoi, dan mereka ditunggu oleh sebahagian besar penyokong di Ulu Bendul jam 9.00 pagi pada keesokkan harinya oleh mereka yang tidak berkesempatan kesana dan disambut dengan meriah hinggalah ke Kuala Pilah dan di Bandar Kuala Pilah mereka diarak sekeliling bandar dan disambut meriah oleh semua penduduk. Sesungguhnya kemenangan DSAI adalah kemenangan bagi semua rakyat di negara ini. Sesampai di Pejabat Keadilan Kuala Pilah majlis ditutup dengan bacaan doa oleh Tuan Hj. Bacik Kecak. Manakala pada 20hb. Ogos, suatu Majlis Kesyukuran telah diadakan di Pejabat Keadilan Kuala Pilah, petugas-petugas tersebut telah diberi peluang untuk menceritakan pengalaman masing-masing di Permatang Pauh. Begitu juga rakan-rakan di Pakatan Rakyat Juasseh turut mengadakan Majlis yang sama di sana.


MENGEMUDI BAHTERA PERUBAHAN MINDA

Buku yang perlu dimiliki oleh semua orang karya Mufti Kerajaa Negeri Perlis yang mengandungi kumpulan Artikel yang telah diterbitkan dalam akhbar dan sebagainya, Ia membuka minda kita kearah lebih terbuka dan tidak bersifat beku dan jumud dalam beragama. Manakala pelancaran buku ini akan diadakan pada 13/9/2008 di Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Petaling Jaya bermula 4.30 petang sehingga 12.00 malam. Saudara/i boleh memilikinya di Kuala Pilah melalui Ust. Musa Saderi melalui No. Tel: 012-2321014 atau hubungi kami.

BANTUAN FAKIR MISKIN

Dengan kerjasama PKR Perhubungan Negeri, sebanyak 100 bungkusan berupa bantuan dapur akan diagih-agihkan kepada fakir miskin di Parlimen Kuala Pilah pada 25hb. September 2008 akan datang sempena Bulan Ramadan Al-Mubarak. Majlis Penyerahan akan diadakan di Pejabat Keadilan Kuala Pilah bermula jam 7.00 malam dengan Majlis Berbuka Puasa dan seterusnya Solat Maghrib, Penyerahan Bantuan dari Dato' Pengerusi Perhubungan Negeri Dato' Kamarul Baharin Abas, Ucapan Ringkas seterusnya Solat Isyak dan Solat Tarawikh dan bersurai jam 10.30 malam. Kami mengalu-alukan kehadiran tuan/puan dalam majlis ini. Terima kasih.