Isnin, 8 September 2008

PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN PERMATANG PAUH

Bahagian Kuala Pilah tidak ketinggalan untuk menghantar Petugas bagi membantu DSAI dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos yang lalu. Seramai lebih kurang 18 petugas tetap telah mendaftar untuk membantu jentera Pilihan Raya di Permatang Pauh. Disamping itu ramai penyokong turut serta memberikan sokongan moral terhadap DSAI sewaktu hari Penamaan dan juga hari Pengundian dan dianggarkan sekitar 200 orang dari Kuala Pilah telah kesana. Penghargaan harus diberikan kepada Timbalan Ketua AMK Sdr. Nizam Razak yang telah berkampung selama 2 minggu di sana. Pengalaman di Permatang Pauh memberi banyak pengalaman kepada petugas-petugas Bahagian ini. Sesungguhnya pengalaman di Permatang Pauh memberikan semangat dan inspirasi kepada semua yang terlibat agar ia dapat dipraktikkan di Bahagian Kuala Pilah. Selepas pengumunan keputusan diperolehi dengan kemenangan kepada DSAI, mereka balik ke Kuala Pilah secara konvoi, dan mereka ditunggu oleh sebahagian besar penyokong di Ulu Bendul jam 9.00 pagi pada keesokkan harinya oleh mereka yang tidak berkesempatan kesana dan disambut dengan meriah hinggalah ke Kuala Pilah dan di Bandar Kuala Pilah mereka diarak sekeliling bandar dan disambut meriah oleh semua penduduk. Sesungguhnya kemenangan DSAI adalah kemenangan bagi semua rakyat di negara ini. Sesampai di Pejabat Keadilan Kuala Pilah majlis ditutup dengan bacaan doa oleh Tuan Hj. Bacik Kecak. Manakala pada 20hb. Ogos, suatu Majlis Kesyukuran telah diadakan di Pejabat Keadilan Kuala Pilah, petugas-petugas tersebut telah diberi peluang untuk menceritakan pengalaman masing-masing di Permatang Pauh. Begitu juga rakan-rakan di Pakatan Rakyat Juasseh turut mengadakan Majlis yang sama di sana.


1 ulasan:

  1. Slmwbt..tahniah buat keADILan bahagian KP kerana berjaya mewujudkan blog ini...dengan adanya blog ini kami berharap agar ianya sentiasa diupdate cerita2 terkini mengenai politik, sosial, agama, pendidikkan dan lan-lain dalam blog ini.. kami yang berada di 5 DUN di bawah parlimen kuala pilah sentiasa mendoakan agar kerjasama erat antara bahgian dan PR peringkat DUN sentiasa tersimpul erat demi ISLAM DAN KEADILAN.....

    BalasPadam