Jumaat, 27 Februari 2009

CELAKA KEPADA YANG SOMBONG

Dalam Al-Qur'an ada ayat yang diterjemahkan sebagai CELAKA, antaranya QS Al-Ma’un :3 dan Al Baqarah: 79 dan lain-lain. Maksud yang sinonim bagi CELAKA ialah sial, jahanam, durjana atau malang. Maka sesuai benar jika dilemparkan kata CELAKA kepada mereka yang sombong dan berlagak, mereka yang suka mengecoh, membuat kacau, merampas hak orang, merasa hanya kumpulan mereka yang bijak mentadbir, menganggap orang lain lemah, besar diri dengan kekayaan, mengugut dan mengertak orang yang tidak sebulu dengannya, menabur fitnah, tunduk kepada kehendak nafsu serakah isteri.

Khamis, 26 Februari 2009

BOLASEPAK VETERAN - TMS OLD BOYS

Perlawanan persahabatan antara TMS Old Boys dengan Melaka Veteran dibawah bimbingan Ramli Joned (bekas pemain Malaysia) akan diadakan pada Sabtu 28hb. Feb. 2009 di Mini Stadium Kuala Pilah bermula jam 5.00 petang. Kepada sahabat-sahabat ex-student TMS dipelawa untuk hadir.

Selasa, 24 Februari 2009

CERAMAH DERHAKAKAH KITA?

Ceramah bertajuk "Derhakakah Kita?" anjuran AMK N. Sembilan bersama, AMK Kuala Pilah dan Pakatan Rakyat Jemapoh berlangsung dengan jayanya malam tadi 24hb. Feb. 2009. Ceramah tersebut berjaya menarik ramai pengunjung yang ingin mendengar situasi yang berlaku dalam negara khususnya di Perak. Penceramah terdiri daripada En. Mohamed Shahman Naib Pengerusi Pakatan Rakyat Juasseh, En. Halim Aziz Ketua AMK Negeri Sembilan, Sdr. Teo Kok Siong ADUN Bahau, YB Amiruddin Shaari ADUN Batu Caves dan Ybhg. Mustafa Kamil Ayub Naib Presiden PKR. YB Yusmadi Yusof Ahli Parlimen Balik Pulau yang dijadualkan hadir memohon maaf disebabkan masalah yang tidak dapat beliau elakkan. Pengarah Ceramah Sdr. Nizam Razak mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan ceramah ini dan siri-siri ceramah seterusnya akan dipergiatkan lagi.

Isnin, 23 Februari 2009

AMK NS BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP DATO' SRI AHMAD SAID

Satu laporan polis terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia (SPRM) Dato' Sri Ahmad Said bin Hamdan telah dibuat serentak seluruh negara hari ini oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK). AMK Negeri Sembilan telah membuat laporan polis itu di Kuala Pilah pada jam 12.00 tengahari tadi diketuai oleh Ketua AMK Negeri Sembilan Sdr. Halim A. Aziz, Sdr. Murali A/L Thangaiuh (Naib Ketua AMK NS), Hj. Ramlan Hj. Roes (Ketua Penerangan AMK NS) Ruzaili Abdul Karim (Setiausaha AMK NS) dengan diiringi oleh Jawatankuasa AMK Negeri dan Bahagian. Dalam laporan polis itu AMK N. Sembilan mendesak pihak Polis menyiasat Ketua Pesuruhjaya SPRM yang telah membuat suatu kenyataan pada 20 Februari 2009 berhubung dengan hasil siasatan tuduhan kesalahan rasuah salah guna kuasa oleh YAB Menteri Besar Selangor mengenai sumbangan sebanyak 46 ekor lembu dan kos selenggaraan kereta Lexus kegunaan rasmi YAB Menteri Besar Selangor kepada umum. Pendedahan laporan siasatan SPRM oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM itu merupakan suatu kesalahan kerana ia mendedahkan suatu laporan Kertas Siasatan yang tidak sepatutnya didedahkan kepada umum sehinggalah YAB MB Selangor dipertuduhkan secara rasmi di mahkamah oleh Jabatan Peguam Negara Malaysia sekiranya Peguam Negara memutuskan terdapat kes terhadap YAB MB Selangor.
Dalam sidang akhbar Sdr. Halim Aziz menyatakan bahawa tindaktanduk Ketua Pesuruhjaya SPRM dalam kes ini memperlihatkan niat jahat beliau untuk merendahkan reputasi Menteri Besar Selangor dan juga dilihat sebagai penyambung kuasa bagi UMNO dan Barisan Nasional. Beliau turut mempersoalkan kecekapan Ketua SPRM itu dalam mengendalikan aduan-aduan yang dibuat oleh AMK namun semuanya dilenyapkan.

Ahad, 22 Februari 2009

MENARIK KELUAR BERITA ANAK KETUA SPRM DITANGKAP

Saya telah menarik keluar siaran berita tersebut diatas disebabkan berita bertarikh 8 Feb 2008 di ABC News seperti yang tersiar tidak dijumpai dan bimbang ia akan menjadi suatu berita fitnah. Jika ada sumber benar harap dapat maklum balas. Terima kasih. (Hazman)
Susulan:-
Saya temui berita di ABC News bertarikh Jumaat 8 Feb. 2008 yang lalu di http://www.abc.net.au/news/stories/2008/02/08/2158134.htm maka itu saya siarkan kembali berita ini.

Sabtu, 21 Februari 2009

SIRI 2: JAHILIYAH UMNO - TERTIPU DUNIA

Saya sambung kembali Jahiliyah UMNO yang lalu dan kali ini saya utarakan UMNO sudah tertipu dan menipu bahawa kehidupan dunia adalah segala-galanya. Kaum jahiliyah dahulu terpengaruh dan tertipu dengan kemajuan dunia yang dianugerahkan Allah swt dan menganggap Allah swt meredhainya, padahal pemberian Allah swt terhadap pendurhaka itu supaya mereka bertambah durhaka. Mereka berkata "kami lebih banyak harta dan anak pinak, dan kami tidak akan diseksa" (Q.S.Saba: 35). Mereka anggap kemewahan itu sebagai anugerah Allah yang diredhai. Kini UMNO mendakwa telah melahirkan ramai jutawan Melayu, dan punya ramai ahli, telah membuat banyak kemajuan dan bangunan yang hebat-hebat, kemajuan hanya boleh dicapai dengan UMNO, tiada yang lain. Sebenarnya kekayaan, kemajuan dan ramai ahli (anak) bukan menunjukkan kebenaran dan mendapat keredhaan Allah swt. UMNO sudah tertipu dan menipu semua orang.
(Saya kemukakan ini untuk peringatan diri dan sahabat agar tidak berkelakuan sedemikian apabila berkuasa nanti)

Rabu, 18 Februari 2009

KERAJAAN HARAM PERAK HADAPI KRISIS

IPOH, 18 Feb.:- Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar mengumumkan penggantung Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, selama 18 bulan dan enam enam Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) kerajaan negeri selama 12 bulan daripada menghadiri sesi Dewan berkuatkuasa serta merta pada jam 7.00 tadi di sini.Keputusan itu dibuat selepas Zambry dan Exco beliau tampil dihadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN pada jam 2.30 petang tadi. Mereka sebelum ini diberi notis oleh Setiausaha Dewan, Hj. Abdullah Antong supaya membela diri berikutan aduan Adun Canning (DAP), Wong Kah Woh bahawa majlis angkat sumpah mereka bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10,YAB. Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, belum meletak jawatan secara rasmi.Selain Sivakumar, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN dianggotai Husin Din (Pas-Selingsing), Chan Ming Kai (PKR-Simpang Pulai), Ong Boon Piow (DAP-Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (DAP-Kepayang) dan Sum Chok Leng (DAP-Bercham), manakala wakil tunggal Barisan Nasional (BN) ialah Datuk Hasbullah Osman (Temenggor).
Sumber: http://idhamlim.blogspot.com/

Selasa, 17 Februari 2009

APA SUDAH JADI


Kuala Parit, Terachi: Jika kita menyusuri laluan utama jalan Seremban-Kuala Pilah kita akan dapat melihat satu lokasi Perkampungan Budaya Terachi yang dibina di atas sebidang tanah sawah dengan menempatkan beberapa bangunan bercirikan rumah tradsional masyarakat Melayu Negeri Sembilan. Sejak dari mula pembinaannya sehingga kini bolehlah diketegorikan sebagai satu projek yang gagal sama sekali. Projek ini pada awalnya mendapat tentangan dari pelbagai pihak seperti waris-waris tanah dan juga ketua-ketua adat kerana ianya terletak didalam tanah dat, namun pembinaannya tetap juga diteruskan.

Sehingga kini tidak ada satu pun program yang bercirikan kebudayaan adat perpatih yang kekal dianjurkan di Perkampungan Budaya ini. Walaupun tempat ini telah siap dibaikpulih beberapa bulan yang lalu, namun ianya masih belum dihuni lagi sehingga ke hari ini. Yang menjadi persolaannya, apakah tempat ini akan terbiar begitu sahaja?, ataupun ianya hanya dibaikpulih untuk memberi keuntungan kepada pihak-pihak yang terbabit sahaja?.

Diharap pihak yang berwajib dapat memikirkan dan melaksanakan aktiviti yang sesuai di kawasan ini supaya ianya tidak berkubur begitu sahaja. Ada juga cadangan daripada penduduk sekitarnya supaya mewujudkan tempat riadah seperti membina kolam pancing yang berkonsepkan rumah terapung, membina chalet untuk pengunjung yang ingin bercuti sambil melawat Bandar Diraja Seri Menanti ataupun berkelah di Ulu Bendul. Selain itu, tempat ini juga boleh dijadikan salah satu "venue" bagi sambutan Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri sembilan seperti acara sukan rakyat, pertandingan memasak dan sebagainya. Sebelum itu, kawasan ini merupakan pusat perjumpaan bagi belia Kg. Kuala Parit dan juga belia di sekitarnya berbincang dan bermensyuarat untuk mengadakan program-program pembangunan bagi anak-anak muda disekitar kawasan ini supaya menyertai aktiviti-aktiviti yang sihat anjuran pihak Belia.Penutupan Perkampungan Budaya yang terlalu lama ini dilihat telah memberi kesukaran terutamanya kepada peniaga, belia-belia kampung dan penduduk disekitar untuk mencari rezeki serta bersosial dengan masyarakat sekitar. Selain itu, Penduduk di kawasan ini juga berharap semoga tidak ada lagi aktiviti-aktiviti yang boleh merosakkan kebaikan tempat ini seperti "Fun Fair" dan sebagainya. Tindakan dari pihak yang tidak bertanggungjawab yang membawa masuk "Fun Fair" di Perkampungan Budaya ini suatu ketika dahulu telah membawa kerosakan budaya kepada penduduk-penduduk sekitar kerana ianya jelas tidak bersesuaian dengan konsep yang ada pada Perkampungan Budaya Terachi ini.

PENCABULAN HAK ASASI WANITA

Kenyataan Media
16 Februari, 2009

Wanita KeADILan mengutuk sekeras-kerasnya taktik keji, kotor dan mencemar nama baik mana-mana wakil rakyat wanita atau lelaki dari mana-mana kumpulan atau parti politik tanpa kewajaran yang munasabah. Gambar-gambar peribadi seorang wakil rakyat Pakatan Rakyat telah diedar dan disebarkan kepada orang ramai, khususnya wartawan, sejak semalam. Tindakan jahat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini melangggar hak asasi wanita dan merendahkan hak kemuliaaan insan. Tindakan ini merupakan satu gangguan seksual yang boleh didakwa di Mahkamah.

Wujud juga precedent Mahkamah untuk mensabitkan kesalahan merakam tanpa izin dalam kes yang melibatkan seorang artis Malaysia. Pesalah telah dihukum penjara.
Negara kita sedang menghadapi krisis ekonomi, sosial dan politik. Kemelut ekonomi menunjukkan kadar pengangguran yang meningkat, pemberhentian pekerja yang terus bertambah dan permintaan pasaran yang menjunam. Gejala-gejala sosial semakin ketara dan membimbangkan. Permainan kotor yang menimpa wakil rakyat wanita Pakatan Rakyat ini berniat jahat sekaligus menambahkan kekusutan suasana politik negara. Perbuatan dalang-dalang politik ini sengaja mencipta isu-isu remeh yang bertujuan melencongkan perhatian wakil rakyat dari menjaga kepentingan dan urusan rakyat.

Wakil-wakil rakyat seharusnya menitikberatkan isu-isu yang mencengkam rakyat seperti pemilikan tanah, perumahan yang mengecewakan, kos kehidupan yang tinggi, masalah kemiskinan rakyat yang telah meningkat dan seribu satu permasalahan rakyat.
Apakah motif tindakan yang menjatuhkan maruah ini? Adakah ia suatu tindakan
bermotif politik?

Adakah ini juga salah satu siri dalam gerakan mencemar maruah wakil-wakil rakyat negeri Selangor yang mempunyai tujuan tertentu?

Pembelaan dan siasatan rapi yang profesional adalah dituntut daripada pihak polis supaya pihak yang tidak bertanggungjawab ini diheret ke muka pengadilan dengan kadar segera.

Pencabulan hak asasi dan peribadi ahli politik atau mana-mana rakyat bukanlah adat dan amalan bermasyarakat yang murni dan berakhlak mulia. Rakyat Malaysia yang beradab dan sedar perlu bangkit dan bersatu mengecam perbuatan durjana yang memalukan ini.

Hajah Zuraidah Kamaruddin
Ketua Wanita KeADILan16 Februari, 2009

Isnin, 16 Februari 2009

TIDAK BIJAK MENTADBIR

Saya sepatutnya telah menyiarkan perkara ini beberapa bulan yang lalu untuk diketahui umum dan supaya tindakan diambil oleh pihak berwajib. Tapi tiada apa-apa perkembangan didengar dan dilihat. Pihak berwajib dan juga yang berkaitan terutama UMNO yang menjadi mata telinga Kerajaan BN langsung menjadi pekak badak. Sebuah Dewan Orang Ramai yang tidaklah terlalu lama dan tidak sampaipun 15 tahun usinya dibiarkan tanpa diselenggara. Kesudahannya Dewan yang memakan belanja pembinaan ratusan ribu itu terbiar dan dipenuhi semak samun dan terdapat kerosakan disana-sini.

Dewan ini dibina sewaktu YB Dato' Napsiah Omar menjadi Menteri Perusahaan Awam dulu, dan salah satu diantara projek yang dibawa Ke Kuala Pilah dan ditempatkan di Kampungnya ialah Dewan Orang Ramai ini. Tetapi semenjak YB Norhayati Omar menjadi ADUN Pilah, Dewan ini dibiarkan terus tanpa diselenggara. Khabarnya mereka berdua mempunyai masaalah peribadi yang tidak berpenghujung. Tak tahulah pula apa tindakan YB Pilah yang baru sekarang.

Masalah mereka nak bertelingkah, bukan perbincangan kita. Tetapi Dewan Orang Ramai di Kg. Jawa itu perlu dipelihara dan tidak dilihat membazirkan wang rakyat. Anggaran untuk membaik pulih semula tentu memakan belanja yang banyak. Ini memperlihatkan sikap tidak bijak Wakil Rakyat BN dalam menguruskan wang rakyat.

Ahad, 15 Februari 2009

SOKONG PEMBANGKANG UNTUK KEMAJUAN?

PP dalam blognya KOPILAH "sokong pembangkang untuk kemajuan" memberi dua tafsiran. "Kemajuan" apa yang dimaksudkan, Apakah "kemajuan" yang difahami oleh sesetengah orang UMNO? Jika itu maksudnya ia memberi erti yang salah dalam konsep perjuangan PAS maupun KEADILAN dalam Pakatan Rakyat. Kita tidak menolak kemajuan fizikal, tetapi kemajuan rohaniah diutamakan supaya kemajuan fizikal dihidupkan dengan sempurna. Sebab itu, sebelum terjun kegelanggang Gerakan Reformasi/Islah yang telah dibawa PAS dan rakan-rakannya penghayatan kepada perjuangan itu sangat penting dan harus bergelumang dengan perjuangan yang sedang dihadapi sekarang, supaya pemimpin, ahli dan penyokong tidak menjadi seperti 2 ADUN PKR di Perak, mudah goyah dan kembali sujud kepada UMNO dan BN. Sudah banyak kita lihat mereka yang dulunya begitu kuat menyokong kita, akhirnya bila bersua memalingkan muka, rupa-rupanya sudah menjadi Ketua Kampong dan seumpamanya, hanya kerana itu? Begitu juga dengan Tan Sri Abu Zahar Ujang, dulunya memberikan semangat kepada kita agar terus berjuang dan memberikan sokongan dari belakang, namun akhirnya menempelak kita kembali, rupa-rupanya telah dianugerahkan Tan Sri, hanya kerana itu? Di Kuala Pilah terutamanya, ramai yang memberikan sokongan dari jauh, apa yang kita harapkan dalam keadaan sekarang sokongan padu dan melibatkan diri terus kepada perjuangan ini sangat diperlukan. Seperti yang dinyatakan PP tidak ada apa lagi yang digusar dan ditakutkan lagi kerana ternyata mereka yang memberikan undi kepada Pembangkang tidak dikenakan undang-undang. Nah tunggu apa lagi, jalan untuk kita terbentang luas, ayuh bersama kami sekarang juga.

ISU TANAH DI PERAK

Ramai yg SMS bertanyakan isu tanah yang diberi pada masyarakat cina di Perak. Saya jumpa jawapan ini dalam Blog Dato Seri Nizar. Selamat membaca. Sumber: (http://telokbakong.com/)
Dato' Seri Ir.. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin said...AssalamualaikumKepada semua yang telah memberi komen tak kira manis ke pedas, kutuk ke puji ke,dsbnya, saya ambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kerana sudi kunjung dan beri komen serta kritikan.

Sebenarnya dalam mesyuarat exco kerajaan PR Perak ini ada di hadiri oleh 3 orang pegawai kanan yang cukup berpengalaman sebagai Ex-Officio.

Ini dibuat bagi membimbing serta menasihati semua ahli MMK supaya tidak buat keputusan yang berlanggaran atau bercanggah dengan setiap perundangan dan ketetapan negara dan negeri.Oleh yg demikian setiap keputusan yang dibuat adalah melalui proses yang menyeluruh dan merujuk kepada mereka.

Kedua ,Semua ketua jabatan teknikal negeri memberi komen dan input tentang setiap permohonan terutama hal ehwal tanah, perlombongan, pelaburan dsbnya. Mereka juga akan menasihati jemaah exco dalam membuat keputusan.

Ketiga, setiap kali sebelum bermesyuarat exco, semua kertas baru untuk kelulusan atau penolakan akan dipersembahkan kepada kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak atau Raja Muda , Raja Dr Nazrin Shah. Lagipun, setiap keputusan yang dibuat pada mesyuarat exco sebelumnya juga akan dibentang minitnya kepada DYMM Sultan.

Tohmahan sahabat mengenai "gadai tanah" kpda Cina atau seumpamanya tidak berasas sama sekali dan hanya menunjukan kurang hemah serta bijak dalam membuat dakwaan tersebut. Sekali gus memperkecilkan kewibawaan semua institusi kerajaan yang terlibat.

Untuk pengetahuan semua, saya ingin menyatakan sedikit maklumat yang mana puluhan ribu ekar tanah kerajaan serta tanah rizab melayu yang di gadai dan dijual kepada kaum lain oleh kerajaan terdahulu sebagaimana UMNO menggadaikan Singapura, Pulau Pinang, Batu Putih, Sebahagian Pulau di Langkawi atau Pulau Pangkor Baru.

Sebahagian tanah kerajaan dan rizab melayu yang melayang ketangan cina akibat kecerdikan kerajaan terdahulu ialah:

22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung.5,000 ekar di Bruas1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, BidorDan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri.200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! )

Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Hiway!Kerajaan PR berjaya menghentikan penggadaian tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial ditengah bandar ipoh, taiping, bidor , kinta, dan Perak Tengah pada pertengahan bulan Mac 2008, tarikh kerajaan PR ambil alih, oleh kerana tanah tersebut telah dijanjikan kepada towkay- towkay jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).

Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lot kampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru (kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli), adalah janji PAS dalam manifesto PRU-12.Bukan janji DAP!. DAP tiada manifesto ketika itu di Perak.

Seandainya semua keluarga kampong baru (47,000) menerima anugerah hak milik selamanya, ianya hanya melibatkan sejumlah tanah tak lebih dari 3000 ekar . Ya! tak lebih tiga ribu ekar. Oleh kerana tanah lot di kampong baru jauh lebih kecil saiznya. Kerajaan akan memperolehi tanmbahan revenue (oleh kerana kenaikan kadar premium tanah ) sejumlah RM330 juta. Nilaian tanah akan menjadi RM1.6 billion dipasaran dan tanah tersebut boleh disandarkan ke bank komersial oleh tuan milik jika di tukar kepada hak milik selamanya.

Mereka boleh buat pinjaman dan membina rumah yang kekal dan cantik kerana tiada kebimbangan tanah mereka akan dirampas dimasa akan datang. Ini cuma kampong baru, belum lagi kampong tersusun!

Cuba bandingkan dengan jumlah keluasan tanah yang digadai oleh kerajaan dahulu.! Kerajaan Perak tiada dapat apa-apa bahkan kerugian berjuta-juta dan putih biji mata kita orang melayu sebagaimana melihat "kecerdikan " pimpinan UMNO gadai Singapura, Penang dll.
Saya amat berharap menghebahkan perkara sebenar kepada rakyat Perak khususnya kaum saya orang melayu, akan pengkhianatan pimpinan UMNO sewaktu mereka berkuasa dahulu..Namun hajat ini tidak kesampaian kerana RTM Radio Perak FM tak bagi kerana di milik UMNO,

Sabtu, 14 Februari 2009

UNTUK KAMU YANG SOMBONG

Ada yang disekat masuk ke Sarawak,
Suara Keadilan dan Harakah dirampas,
ADUN diculik, diugut dan ditawar ganjaran lumayan,
Kerajaan Pakatan Rakyat Perak di RAMPAS :-

Kalau beradat sekali lalu
Bijak berbilang tidak berguru
Banyak faham dalam keliru
Meragut merabah bagai peluru.

PETITIH HARI INI

Untuk renungan bersama terhadap apa yang berlaku sekarang terutama di Perak. saya titipkan pesanan orang dulu untuk peringatan:-

Orang Barat berbentang besi
Orang Melayu berbentang Adat
Selagi kita mengalir budi
Dijunjung dipuja setinggi DARJAT.

Khamis, 12 Februari 2009

Eksklusif: Gara-Gara Sumpah Laknat Mengaku Di Liwat Dek Anwar, Terkini Saiful Bukhari Semakin Tenat Dan Menderita Akibat Penyakit Misterinya !!

Thursday, February 12, 2009

KUALA LUMPUR [10.42 am] - Mutakhir ini, senario politik negara lebih menjurus kepada hal-hal pilihanraya kecil dan juga "rampasan kuasa" dan "kehilangan wakil rakyat" yang semakin menjadi-jadi seperti apa yang berlaku di Perak baru-baru ini. Susulan kes itu, kita seakan lupa akan kehilangan seorang lagi "celeberiti terkenal" tanahair yang "tidak tahu malu" iaitu anak muda bernama Saiful Bukhari Azlan (foto) "mangsa liwat terpopular alaf baru" itu. Ramai yang menghubungi kami dan tertanya-tanya apa cerita Saiful?. Sebelum ini kami juga ada mendedahkan tentang anak muda ini, hingga menyebabkan beliau akhirnya terpaksa muncul di kaca TV mengatakan keadaan beliau terkini. Kemudian beliau hilang lagi tanpa dapat diketahui di mana berada, walhal orang yang dituduh meliwat beliau, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim kini bebas ke mana-mana bahkan sering muncul dikhalayak ramai. Sesekali kita mendengar laporan media yang mengatakan Saiful "mengemaskini" blog peribadinya. Aneh benar, bila orang yang menghilang tiba-tiba dihebohkan bila blognya diedit. Seolah-olah semua ini telah dirancang oleh pihak-pihak terbabit kononnya Saiful masih ada dan sihat walafiat. Akhirnya beliau keluar dari "persembunyiannya" dan menyatakan dirinya "tidak sakit". Kemudian akhirnya masuk kembali ke "gua pertapaannya" itu bagi meneruskan sisa-sisa kehidupan. Begitulah kehidupan Saiful seterusnya.Soalnya disini, apakah benar Saiful tidak sakit?. Mengapa beliau "menghilang" dan sesekali muncul macam biskut "Chipsmore"?. Paling melucukan, dalam masa yang sama kini kes "liwat" yang diperkatakan selama ini belum lagi dibicarakan sehingga ke saat ini. Mahkamah hanya membicarakan soal "pindah mahkamah" dan masalah teknikal yang berlaku. Sebaliknya "kes sebenar" masih lagi belum dibuka sepenuhnya. Apakah kerana peguam Saiful takut berhujjah dengan sembilan orang barisan peguam terkenal Anwar Ibrahim?. Lantaran itulah, seboleh-bolehnya mereka mahu membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi. Ini mungkin, kerana "di atas kertas" mereka tahu akan tewas berhujjah dan tiada "prima facie" untuk mensabitkan Anwar dengan kes itu. Tambahan pula mereka juga melihat Hakim Mahkamah Sesyen Jalan Duta yang mengendalikan kes itu iaitu Hakim K.Koomathy merupakan seorang hakim yang telus, adil dan jujur dalam melaksanakn tanggungjawabnya. Maka itu mereka gusar kes Anwar akan dibicarakan "seadil-adilnya" yang mana sudah pasti akan memerangkap mereka kemudian hari. Atas alasan inilah "ketakutan" itu muncul dan berlegar-legar di benak fikiran mereka. Akhirnya, bermati-matianlah mahu dipindahkan kes liwat itu ke Mahkamah Tinggi, kerana mereka tahu mereka boleh menentukan "siapakah hakim" yang akan ditugaskan mengadili kes berkenaan nanti. Maka itulah mereka beriya-iya sangat mahu menukarkan kes itu dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.Kini, kes berkenaan ditangguhkan lagi. Tangguh dan terus tangguh yang mana akhirnya dibuang begitu sahaja. Samalah seperti "tilam kes liwat Azizan" sepuluh tahun yang lalu. Tilam diusung-usung ke sana sini tapi akhirnya dibuang kes begitu sahaja (foto). Semua skrip ini sudah dapat dibaca oleh kita sebenarnya. Mereka hanya mahu melengah-lengahkan hasrat Anwar ke Putrajaya. Lantaran itulah diada-adakan kes tersebut baru-baru ini. Dalam masa yang sama mereka menggertak dan membeli semula Wakil Rakyat BN yang dipercayai mahu melompat ke Pakatan Rakyat. Timbul kemudian cerita Wakil Rakyat terbabit dibawa lari ke Taiwan dan sebagainya. Ini semua adalah rentetan daripada kes liwat yang dibuat terhadap Anwar. Kini segalanya akhirnya tertangguh dan tertunda tidak "bertarikh" lagi. Namun, apakah ianya akan dilupakan serta tidak menjadi?. Hanya rakyat sahaja yang bakal menentukan sebenarnya. Kes liwat itu adalah satu strategi "musuh-musuh politik Anwar" sebenarnya. Dan, Saiful adalah juga mangsa yang dipergunakan sebagai "kambing hitam" untuk melengkapkan "konspirasi" itu.Akhirnya beliau kini dipercayai semakin tenat dan menderita akibat penyakit misterinya. Apakah gara-gara "sumpah laknat" akibat mengaku diliwat oleg Anwar itu agaknya?. Sebelum ini kami pernah mendedahkan beliau berubat ke serata ceruk kampung untuk memulihkan penyakitnya. Hinggalah beliau terpaksa bertemu dengan seorang Tabib di Sungai Petani Kedah dan diarahkan oleh tabib terbabit agar Saiful memohon maaf secara terbuka kepada Anwar Ibrahim atas keterlanjurannya itu. Jika beliau akan menderita hingga ke hari tua. Wang berjuta yang diperolehi hasil habuan jadi "pelakon tambahan" itu akhirnya tiada bernilai lagi di dunia ini. Saiful bakal kehilangan segal-galanya nanti. Pengakuannya di TV baru-baru ini yang beliau tidak sakit adalah "lakonan semata-mata". Mungkin ketika itu "sakitnya agak reda" sedikit dan beliau boleh berjalan seperti biasa. Maklumlah, setelah berpuluh-puluh tabib dan bomoh mengubatinya, maka mungkin ketika itu beliau boleh bangun dan bergerak untuk seketika dan muncul bertemu media kononnya beliau sihat. Jika benar beliau sihat, kenapa harus "menghilangkan diri" serta takut berada di khalayak ramai. Sudah pasti orang akan bersimpati kepadanya. Namun kini, Saiful sebenarnya "malu pada diri sendiri", takut untuk keluar, takut untuk muncul di mana-mana serta takut pada "bayang-bayang sendiri". Apakah ini caranya orang yang menjadi "mangsa", sebaliknya Anwar yang dituduh itu pula lebih ceria, berani, serta nampak yakin dengan pertuduhan yang dibuat terhadapnya. Maka itu, sekarang fahamlah kita "siapa yang fitnah siapa sebenarnya" dalam kes liwat ini.Dan semalam, kami menerima panggilan dari "kaum kerabat Saiful Bukhari" sendiri yang mengesahkan bahawa beliau sebenarnya memang sedang menderita sakit misteri pada "Anu"nya. Difahamkan "Anu"nya kini telah semakin bernanah dan beliau sukar untuk membuang air kecil. Tambah parah lagi beliau juga kini termaksa menggunakan "tiub" yang dipasang pada badannya untuk membolehkan beliau membuang air besar dan sebagainya. Jika benar bagai dikata, maka ternyatalah kini Saiful juga mungkin telah terkena tempias "sumpah laknatnya" itu. Bahkan tindakan JAKIM memecat Imam Ramlang Porigi yang menjadi saksi sumpah laknat itu juga bakal mengundang padah yang lebih besar kepada Saiful. Dia bukan sahaja akan dimakan sumpah, malah turut dihina dan dicaci sepanjang zaman. Masalahnya disini, Saiful tidak dibenarkan berubat di mana-mana hospital sekalipun. Ini kerana mereka semua takut dengan apa yang berlaku seperti di Pusrawi dulu berulang kembali. Akhirnya kini saiful dibiarkan "terkapar-kapar dalam kelemasan". Mungkinkah beliau juga akan "hilang" terus dari muka bumi ini tanpa sebarang berita?. Tambahan pula kesnya ini dipercayai melibatkan orang-orang penting dalam negara kita. Tekanan buat Saiful kini, menderita dan terus menderita atau cari jalan keluar dan buat pengakuan secara terbuka yang beliau dipaksa untuk melaksanakan perancangan terkutuk ini !![Kami amat yakin ada pihak-pihak tertentu sekali lagi akan mengarahkann Saiful untuk membuat pengakuan yang beliau "sihat walafiat" dalam masa terdekat ini. Soalnya disini, yang sakit itu adalah "anunya". Maka apakah beliau berani menunjukkan anunya pula untuk membuktikan beliau tidak sakit. Setakat muncul sekejap di sidang, kemudia balik rumah kembali menderita semua orang boleh lakunnya. Maka itu, kami sekali lagi menasihatkan Saiful agar memberanikan diri untuk memohon maaf secara terbuka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas keterlanjuran beliau selama ini. Apakah beliau sanggup terus hidup menderita pada usia yang semuda itu? Wang berjuta kini sudah tidak bernilai lagi bila Allah menarik balik kesihatan yang ada dalam diri kita. Beringatlah sebelum terkena!].

Rabu, 11 Februari 2009

TITAH BAGINDA SULTAN

"Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekali pun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya"
Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980.

Selasa, 10 Februari 2009

SIAPA YANG RAKYAT PILIH ?

Dalam insiden RAMPAS KUASA di Perak kita perhatikan dalam PRU-12 DUN Perak, jumlah yg mengundi PR ialah 442,660 org. Sedangkan jumlah yang mengundi BN hanya 399,565 org. Ini menunjukkan sokongan rakyat terhadap PR lebih 43,095 undi popular berbanding BN.
Tetapi jongos-jongos UMNO mengatakan Rakyat Sokong Kerajaan Haram yang baru, perhatikan jongos-jongos ini berkata:-
Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman: ‘‘Kita tidak mahu institusi raja diperkotak-katikkan dan dihina sampai kasut jamban pun boleh dibaling. Inikah manusia (Pemimpin Pakatan Rakyat) yang kita ingin agung-agungkan sebagai pemimpin.”

Azalina Othman mengatakan, sekiranya Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan EXCO tidak yakin terhadap kedaulatan raja-raja – saya cabar mereka keluar dari negara ini. Semalam Azalina juga dalam TV 3 mengatakan bahawa Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai gila talak. (Komen kita ... ahhh malas nak komen, diapun belummmm ... lagi)

Tan Sri Muhyiddin Yassin : Kegawatan yang timbul ini boleh menimbulkan kemarahan rakyat. Mereka hanya tahu hendakkan kuasa tetapi Barisan Nasional memikirkan kesejahteraan rakyat kerana kita prihatin terhadap mereka".
Dan ada banyak lagi yang dah merepek-repek. Ini petanda nyawa UMNO dah makin hampir kepenghujung.

KDN LANCAR OPERASI

Bagi menutup kes Rampasan Kuasa yang dilakukan BN/UMNO di Perak daripada diketahui orang ramai maka agen BN/UMNO (KDN) telah melakukan operasi merampas akhbar Parti Keadilan dan PAS yang dijual kepada ahli-ahli diseluruh negara bagi keluaran terbaru. Rampasan ini tentunya ekoran kejadian di Perak. Ketakutan BN/UMNO jelas kelihatan dengan memperguna agennya itu dengan alasan dijual kepada bukan ahli dan tidak mengikut syarat-syarat. Walauapapun halangan dan cara dilakukan bagi menutup kejadian busuk di Perak itu, umum tetap mengetahui bahawa KERAJAAN UMNO/BN di Perak itu adalah HARAM.

KENYATAAN MEDIA AHLI PARLIMEN TELOK KEMANG: MISI MENAWAN NEGERI SEMBILAN

AHLI PARLIMEN TELOK KEMANG MENGULAS MENGENAI MISI
PAKATAN RAKYAT UNTUK MENAWAN NEGERI SEMBILAN

Telah menjadi buah mulut di seluruh Negeri Sembilan bahawa perubahan politik pasti akan melanda negeri ini. Samada cepat atau lewat. Peralihan kuasa dari BN ke Pakatan Rakyat tetap akan berlaku.

Rakyat Negeri Sembilan secara keseluruhan dapat melihat perubahan-perubahan ketara yang dibuat oleh pemimpin Pakatan Rakyat semenjak memenangi hampir ½ daripada jumlah kerusi di Dewan Undangan Negeri Sembilan serta menguasai 3 daripada 8 kawasan Parlimen di negeri ini. Rakyat Negeri Sembilan yang dahagakan perubahan politik, ekonomi & sosial telah melihat betapa gigihnya Pakatan Rakyat menjalankan tugas walaupun dinafikan peruntukan oleh kerajaan BN yang memerintah.

Memang diakui bahawa PKR, PAS & DAP merupakan parti-parti politik yang berlainan ideologi tetapi mempunyai idealisme perjuangan dan melahirkan satu fahaman yang menghormati mendaulatkan suara rakyat serta menjunjung prinsip Raja Berperlembagaan. Oleh yang demikian di Negeri Sembilan telah wujud satu bentuk pemikiran baru setelah rakyat di negeri ini melihat perkembangan politik UMNO/BN.

Laporan akhbar telah menunjukkan rakyat di negeri ini meluahkan kebencian pada sistem pemilihan pemimpin UMNO yang buruk & mendukacitakan. Lantaran berlakunya rasuah politik wang, politik naungan, politik cantas-mencantas & lain-lain gejala negatif dalam UMNO bukan hanya di Negeri Sembilan bahkan berlaku di seluruh negara.

Rakyat di Negeri Sembilan turut melihat dengan penuh minat betapa jijiknya kes 'Rampasan Kuasa' oleh UMNO seperti yang berlaku di Perak. Tidak terkecuali pihak UMNO/BN Negeri Sembilan ini telah tersilap langkah apabila mengalih pandangan rakyat yang melihat kegagalan mereka mengurus tadbir negeri ini kepada cuba menanamkan fokus kebencian kepada Pakatan Rakyat.

Pengerusi Badan Perhubungan Parti KeADILan Rakyat Negeri Sembilan, YB Dato' Kamarul Baharin Bin Abbas berkata, kehadiran PKR serta rakan-rakan Pakatan Rakyat di dalam DUN Negeri Sembilan telah mencetuskan pemikiran baru. Usaha-usaha untuk mencari buah fikiran cerdik pandai, tokoh-tokoh agama, Datuk-Datuk Adat & golongan profesional digilap & diusahakan.

Di saat pemimpin UMNO di negeri ini yang sangat sibuk dengan urusan jualbeli untuk pemilihan parti sehingga melupakan penderitaan yang dialami oleh rakyat, Pakatan Rakyat Negeri Sembilan akan tampil membentangkan kepada rakyat di negeri ini inisiatif untuk membantu mereka. Dengan itu akan lahirlah nanti satu bentuk pemerintahan yang bukan sahaja bersesuaian dengan kehendak rakyat bahkan selaras dengan konsep politik baru seperti yang dikehendaki oleh rakyat.

Kami dalam Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan akan berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat & menyakinkan rakyat bahawa Pakatan Rakyat mampu membela nasib & masa depan mereka serta membentuk sebuah kerajaan negeri yang lebih terbuka & bewibawa. Keutamaan kami dalam Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan adalah pembetulan pada kepincangan-kepincangan masyarakat akibat salah urus tadbir yang dilakukan oleh UMNO/BN semenjak 50 tahun memerintah.

YB Dato' Kamarul mengulas demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Bersama Rakyat di Telok Kemang berkata, di Negeri Sembilan apa yang dikehendaki oleh rakyat adalah pembelaan ekonomi khususnya di saat rakyat mereka menempuhi kos sara hidup yang tinggi, peluang-peluang ekonomi yang boleh menjana pendapatan tambahan untuk rakyat bagi menampung keperluan hidup mereka, jaminan sosial dalam soal keselamatan yang merangkumi pelbagai aspek termasuk kesihatan, kebajikan, pekerjaan, keamanan, soal pendidikan & masa depan generasi muda, pembelaan terhadap institusi agama & penyuburan nilai murni dalam masyarakat.

Rakyat sudah bosan dengan sikap pemimpin politik UMNO di negeri ini yang mengutamakan soal pemilihan parti berbanding dengan melihat nasib rakyat. Justeru Pakatan Rakyat akan memperjuangkan pembelaan terhadap agama Islam, adat & institusinya kursusnya kelangsungan Adat Perpatih di negeri ini. Selain dari itu, rakyat juga melihat hak-hak asasi mereka dalam soal tanah adat serta projek perumahan yang terbengkalai telah diperjudikan oleh UMNO/BN.

Beliau turut menyifatkan khabar angin yang sengaja disebarkan oleh pihak-pihak tertentu mengenai terdapatnya desas-desus beberapa orang Wakil Rakyat Pakatan Rakyat di negeri ini akan meninggalkan parti dan menyertai BN sebagai idea bangkrap. InsyaAllah, kesemua 4 orang Wakil Rakyat dari PKR, 10 dari DAP & seorang dari PAS serta ketiga-tiga orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di negeri ini telah menyatakan iltizam untuk meneruskan perjuangan dalam Pakatan Rakyat & tidak sekali-kali pernah timbul soal 'berminat' untuk menyertai BN.

Komitmen Wakil-Wakil Rakyat Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan sangat tinggi & kesemua mereka telahpun menyatakan ikrar untuk terus berjuang dalam Pakatan Rakyat. Matlamat utama PKR bersama-sama Pakatan Rakyat di dalam Pilihanraya Umum ke13 yang akan datang ialah untuk mengambilalih tampuk pemerintahan Negeri Sembilan ini daripada tangan UMNO/BN secara tertib & aman serta mendapat sokongan majoriti rakyat. InsyaAllah.


Fakta kedudukan kerusi di Dewan Undangan Negeri Sembilan:
BARISAN NASIONAL (21) PAKATAN RAKYAT (15)

Fakta kedudukan kerusi di Dewan Rakyat Malaysia di Negeri Sembilan:
BARISAN NASIONAL (5) PAKATAN RAKYAT (3)

Isnin, 9 Februari 2009

Ahli Parlimen Bukit Gantang meninggal dunia

Kami dimaklumkan berita mengejut pemergian Ahli Parlimen Bukit Gantang sebentar tadi, Allahyarham YB Haji Roslan Shaharum, beliau diserang sakit jantung. Ketua Wanita KeADILan & seluruh Exco Wanita KeADILan mengucapkan takziah kepada keluarga beliau, semoga menerima musibah ini dengan penuh kesabaran. (Sumber Wanita Keadilan)

Jumaat, 6 Februari 2009

KERAJAAN BARISAN NASIONAL PERAK HARAM

PKR Kuala Pilah menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Perak yang ditubuhkan sebentar tadi adalah sebuah Kerajaan HARAM berdasarkan kepada:-

1. Penafian terhadap hak memilih bagi rakyat Perak bagi dua kekosongan ADUN seperti yang dipohon oleh Speaker DUN Perak kepada Suruhanjaya Pilihan Raya setelah perletakan jawatan dua ADUN tersebut.

2. Ujud persoalan dan kesangsian akan kehilangan serta merta 4 ADUN dalam masa yang sama.

3. UMNO/Barisan Nasional dengan jelas memberikan tekanan terhadap pihak Istana dengan kenyataan-kenyataan yang mendahului pihak Istana dalam membuat keputusan dan Kerajaan Negeri dengan kerjasama media arus perdana.

MAKA ITU:-
PKR Kuala Pilah tidak mengiktiraf dan menganggap Kerajaan Barisan Nasional Perak yang ditubuhkan sebentar tadi adalah HARAM dan berpendirian mengiktiraf Kerajaan Pakatan Rakyat yang diketuai YB Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.

Khamis, 5 Februari 2009

UNTUK SAYA APA ?

Di zaman pemerintahan British, bila ada kumpulan penentang Melayu yang nak lawan Mat Salleh, Residen British akan minta nasihat Raja untuk hapuskan 'penderhaka' ini. Orang Putih akan convince Raja, mereka dah pasang 'barua2' dengan habuan. Raja akan cakap ok, dan bertanya pada Mat Salleh, " U.S.A. "? (untuk saya apa?)....resam dulu, kini dan selamanya.
Sumber : http://adiltelokkemang.blogspot.com/

UMNO/BN MEMALUKAN (MENJIJIKKAN)

Tokoh lama Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan perkembangan krisis peralihan kuasa kepada BN di Perak kini sebagai "babak-babak yang memalukan." Menulis di blog peribadinya awal malam ini, ahli parlimen Gua Musang berkata hanya ada dua cara untuk menguji sokongan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat itu - pillihanraya negeri atau usul tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN). "Menjatuhkan dan menaikkan sesuatu kerajaan dengan cara-cara lain adalah bertentangan dengan Perlembagaan, menghakis kedaulatan undang-undang dan membawa risiko membentuk sebuah kerajaan yang tidak sah," katanya.

PERLUMBAAN KATAK-KATAK

Segerombolan katak-katak telah mengadakan suatu pesta dan salah satu acaranya ialah perlumbaan merentas bukit yang tinggi. Maka ramailah manusia-manusia menyaksikan perlumbaan itu. Pengadil perlumbaan telah meniupkan wisil permulaan dan melompatlah sikatak-katak dengan semangatnya dengan gaya lompatan masing-masing, belum sampai setengah bukit, setengah dari katak-katak sudah kepenatan, dan bersuara kwokkkk - kwokkkkk (mana mungkin bukit ini boleh didaki), maka manusia-manusiapun menjerit-jerit "woi katak-katak sudahlah" dan berbagai kata-kata yang merendahkan. Maka sekor demi sekor katak-katak menyerah diri, dengan pelbagai alasan yang sangat molek. Kini hanya tinggal seekor katak terjenjut-henjut dan akhirnya sampai kepuncak. Maka tercenganglah manusia-manusia itu dan terpacul seorang pemberita menanyakan apa petua sikatak gunakan? Katak itu termanggu-manggu dan terus berlalu. Rupanya sikatak kitu PEKAK.

(Moralnya janganlah kita ambil pusing cemuhan orang sekeliling untuk mencapai kejayaan dan tafsiran untuk masa kini orang yang suka melompat-lompat parti ada lebih baik dipekakkan dulu telinga mereka seperti ADUN2 di Perak itu. Lain kali jangan tangkap muat)

SAMPAIKAN SUARA HATI RAKYAT

Seluruhnya menjadi kelam, bagai tidak percaya apa yang dititahkan Sultan Perak, namun sebagai Rakyat yang setia, titah dijunjung. Sungguhpun begitu suara hati tetap merintih dan moga dibaca Baginda di http://books.dreambook.com/duli/duli.html, Angkara BN merampas Kerajaan Perak dengan cara CULIK, UGUT dan TAWARAN LUMAYAN (CUT) membangkitkan semangat yang semakin membesar dan membuak-buak untuk melihat ia tumbang terus dalam PRU ke-13 nanti. Insiden ini juga meyakinkan firasat saya bahawa nyawa UMNO semakin hampir kepenghujungnya. (Hz)

Rabu, 4 Februari 2009

PULANGKAN KEPADA RAKYAT

"Kamu (BN) bercakap tentang demokrasi, tetapi kamu tidak berani untuk berhadapan dengan rakyat."Kamu kalah di Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan kamu takut untuk kalah lagi," Serahkan kepada rakyat, biar rakyat tentukan, sekiranya BN berhak memerintah, maka biarkanlah. "Tapi saya yakin, kita akan mendapat majoriti yang lebih besar," DS Anwar Ibrahim.

PENERANGAN ISU SEMASA

Ahli dan penyokong diminta hadir ke rumah Tuan Hj. Rahman Abdullah Kg. Tengkek, Batu Kikir Sabtu 7hb. Feb. ini jam 2.30 petang bagi mendengar taklimat isu terkini khusus di Negeri Perak. Harap dapat disampaikan kepada rakan-rakan yang lain.

Berhubung dengan keadaan tidak menentu di Perak, memperlihatkan beberapa insiden yang amat mengejutkan, seperti kes kehilangan 2 ADUN, lompat melompat parti dalam masa 10 hari, SPR melangkaui kuasa Speaker DUN Perak dan bermacam lagi isu yang timbul. Semua itu sangat mustahil berlaku dengan sendiri. Ini mengambarkan suasana mengejut yang tidak menentu dalam usaha-usaha untuk mengganggu gugat Kerajaan yang sedia ada. Apatah lagi DS Najib Razak dalam keadaan sangat nazak menjelang dimartabatkan sebagai Perdana Menteri, maka tiada cara lain untuk mengembalikan kredibelitinya melainkan meruntuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tanpa melalui pilihan rakyat. Mungkin, CULIK, UGUT dan TAWARAN LUMAYAN menjadi motto terbarunya.

Sultan Perak akan buat keputusan esok

PKR Gerik,

8.00 malamMenteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin memaklumkan, Sultan Perak dijangka akan membuat keputusan berhubung dengan permohonan beliau untuk membubarkan Dun Perak besok.Beliau berkata, Sultan Perak meminta tempoh untuk membuat keputusan permohoan itu untuk membolehkan baginda membuat rujukan terhadap beberapa perkara.Nizar memberitahu perkara ini kepada pemberita yang menyerbu beliau selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan pimpinan PAS, Exco dan Adun Pakatan Rakyat Perak di Pejabat Perhubungan PAS Perak dekat sini.Menurut Nizar, pertemuan itu berjalan dengan baik sekali dan beliau amat terharu dengan cara Sultan Perak mengendalikan hal ini.“Saya amat terharu apabila di hujung pertemuan itu apabila Baginda Sultan berkata kepada saya dengan membaca satu potong ayat Al Quran,” katanya.Ayat itu yang bermaksud “Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar.”

sumber : http://keadilangerik.blogspot.com/

Selasa, 3 Februari 2009

KEPULANGAN ADUN PERAK DIRAI?

Khabar dari Perak menyatakan bahawa mereka akan menyambut kepulangan ADUN Changkat Jering dan Taiping yang hilang itu dengan kasut. Agaknya bila mereka akan pulang dan tentu bawa banyak ole-ole untuk dihadiahkan kepada pengundi disana.
sila ke http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19180&Itemid=1

PARLIMEN YAMAN DESAK TOLAK MAHMOUD ABBAS

Bekas Presiden Palestin Ini Adalah Talibarut Zionis Israel
Isnin, 02/02/2009 - Seramai 58 ahli parlimen Yaman yang telah bersetuju dan mendesak kerajaan Yaman agar tidak lagi menerima kunjungan Mahmoud Abbas yang kini telah tamat tempoh sebagai Presiden Palestin. Abbas dikecam kerana telah mengkhianati aspirasi rakyat Palestin dan terbabit dan bersekongkol dengan Zionis-Israel dalam menentang para pejuang kemerdekaan Palestin.

Dalam memorendum yang diserahkan itu, kerajaan Yaman didesak agar tidak mengiktiraf Abbas sebagai presiden Palestin disebabkan tempohnya telah tamat. Tindakan Zionis-Israel juga jelas melanggar syariat Allah dan undang-undang antarabangsa. Sikap memusuhi para pejuang Palestin juga bertentangan dengan undang-undang Yaman.
Segala jenis bantuan juga perlu diserahkan kepada kerajaan Ismael Haniya di Gaza, bukan kepada Abbas yang bukan lagi presiden Palestin. Selain itu, Abbas juga telah menjual maruah rakyat Palestin keran terlibat dalam konspirasi menentang para pejuang seperti Hamas dan lain-lain.
sumber : http://palestinkini.info/
(Khulasah: Atas nama demokrasi, banyak negara bersedia menjadi talibarut Amerika dengan menafikan hak rakyat, bukan sahaja di Palestin, malah didepan mata sendiri ia berlaku. Penyelewengan hak-hak rakyat menerusi Perlambagaan Negara juga dilacurkan kerana ingin terus berkuasa, terbaru SPR juga dilacurkan kerana kepentingan pemerintah. Bentuk penyamaran seperti ini mudah dikesan dan tidak ada lagi kemaluan untuk melakukannya. )

HUKUM RIMBA SUDAH MENJADI

Kerajaan BN semakin hari semakin menjadi haru biru, akibat kongkongan rakus pimpinan UMNO bagi memastikan kelangsungan hidup parti usang itu menghadapi sisa-sisa nyawa yang masih ada. Apa tidaknya, dengan memperalat SPR, kuasa Speaker DUN Perak menerima perletakan jawatan 2 ADUN PKR telah diputuskan tidak boleh diterima pakai. Bila masa SPR boleh mencampuri urusan DUN Perak? Emmm Undang-undang Rimba masih diguna pakai. Nampaknya semakin dekat BN dan UMNO ke kubur.

Isnin, 2 Februari 2009

KENYATAAN AKHBAR ADUN BUKIT SELAMBU

2hb Februari, 2009
Sidang media ini dipanggil untuk menerangkan beberapa perkembangan terbaru yang serius yang melibatkan isu-isu politik yang berunsurkan jenayah yang sedang berlaku di negeri Kedah, yang melibatkan saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah dan ahli EXCO Kerajaan Negeri Kedah.

Satu repot polis telah dibuat hari ini merangkumi semua kes-kes ugutan jenayah terhadap saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah dan ahli EXCO Kerajaan Negeri Kedah, dan juga terhadap keselamatan keluarga saya sejak dari 8hb Mac, 2008. Ianya juga melibatkan semua ugutan terhadap pegawai-pegawai dan bekas-bekas pegawai saya. Ke semua ini adalah bertujuan bagi mengugut saya untuk bersetuju berpindah parti dari Parti Keadilan Rakyat ke Barisan Nasional.

Antara insiden-insiden yang melibatkan ugutan jenayah adalah cubaan menculik saya pada 17/10/2008, mengugut saya melalui pegawai saya melalui beberapa panggilan telefon yang antaranya pada 31/3/2008, mengugut keselamatan keluarga saya, insiden memecahkan cermin kereta rasmi exco kerajaan negeri model Proton Perdana no BKL 4000 dengan meninggalkan nota ugutan yang diikat pada seketul bata pada 17/12/2008, dan juga menghantar beberapa beberapa individu untuk memujuk saya keluar dari Parti Keadilan Rakyat, yang terbaru sekali beberapa hari yang lalu, dengan beberapa tawaran lumayan.
Perkembangan peristiwa yang menimpa 2 orang teman exco PKR di Perak telah menyebabkan saya tampil untuk membuat kenyataan akhbar ini. Saya khuatir, sekiranya saya tidak tampil ke hadapan untuk membuat pernyataan secara terbuka ini, keselamatan dan ketenteraman saya dan keluarga saya akan terus diganggu, diugut secara jenayah serta dipujuk untuk memastikan saya berpindah parti.

Saya juga mendesak agar pihak polis akan segera membuat siasatan terhadap ke semua laporan-laporan polis yang telah saya buat sejak Mac, 2008 dan mengambil tindakan segera dan tegas bagi menjamin keselamatan saya dan keluarga saya. Ini semua akan membolehkan saya mampu berkhidmat dengan lebih baik dan berkesan selaku ahli exco kerajaan negeri Kedah dan ahli dewan undangan negeri Bukit Selambau, tanpa sebarang gangguan terhadap saya dan keluarga saya.

Sekian, terimakasih,

Arumugam a/l Vengatarakoo,
Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau,
merangkap EXCO Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman

Sumber Blog DSAI