PP dalam blognya KOPILAH "sokong pembangkang untuk kemajuan" memberi dua tafsiran. "Kemajuan" apa yang dimaksudkan, Apakah "kemajuan" yang difahami oleh sesetengah orang UMNO? Jika itu maksudnya ia memberi erti yang salah dalam konsep perjuangan PAS maupun KEADILAN dalam Pakatan Rakyat. Kita tidak menolak kemajuan fizikal, tetapi kemajuan rohaniah diutamakan supaya kemajuan fizikal dihidupkan dengan sempurna. Sebab itu, sebelum terjun kegelanggang Gerakan Reformasi/Islah yang telah dibawa PAS dan rakan-rakannya penghayatan kepada perjuangan itu sangat penting dan harus bergelumang dengan perjuangan yang sedang dihadapi sekarang, supaya pemimpin, ahli dan penyokong tidak menjadi seperti 2 ADUN PKR di Perak, mudah goyah dan kembali sujud kepada UMNO dan BN. Sudah banyak kita lihat mereka yang dulunya begitu kuat menyokong kita, akhirnya bila bersua memalingkan muka, rupa-rupanya sudah menjadi Ketua Kampong dan seumpamanya, hanya kerana itu? Begitu juga dengan Tan Sri Abu Zahar Ujang, dulunya memberikan semangat kepada kita agar terus berjuang dan memberikan sokongan dari belakang, namun akhirnya menempelak kita kembali, rupa-rupanya telah dianugerahkan Tan Sri, hanya kerana itu? Di Kuala Pilah terutamanya, ramai yang memberikan sokongan dari jauh, apa yang kita harapkan dalam keadaan sekarang sokongan padu dan melibatkan diri terus kepada perjuangan ini sangat diperlukan. Seperti yang dinyatakan PP tidak ada apa lagi yang digusar dan ditakutkan lagi kerana ternyata mereka yang memberikan undi kepada Pembangkang tidak dikenakan undang-undang. Nah tunggu apa lagi, jalan untuk kita terbentang luas, ayuh bersama kami sekarang juga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan