Isnin, 16 Februari 2009

TIDAK BIJAK MENTADBIR

Saya sepatutnya telah menyiarkan perkara ini beberapa bulan yang lalu untuk diketahui umum dan supaya tindakan diambil oleh pihak berwajib. Tapi tiada apa-apa perkembangan didengar dan dilihat. Pihak berwajib dan juga yang berkaitan terutama UMNO yang menjadi mata telinga Kerajaan BN langsung menjadi pekak badak. Sebuah Dewan Orang Ramai yang tidaklah terlalu lama dan tidak sampaipun 15 tahun usinya dibiarkan tanpa diselenggara. Kesudahannya Dewan yang memakan belanja pembinaan ratusan ribu itu terbiar dan dipenuhi semak samun dan terdapat kerosakan disana-sini.

Dewan ini dibina sewaktu YB Dato' Napsiah Omar menjadi Menteri Perusahaan Awam dulu, dan salah satu diantara projek yang dibawa Ke Kuala Pilah dan ditempatkan di Kampungnya ialah Dewan Orang Ramai ini. Tetapi semenjak YB Norhayati Omar menjadi ADUN Pilah, Dewan ini dibiarkan terus tanpa diselenggara. Khabarnya mereka berdua mempunyai masaalah peribadi yang tidak berpenghujung. Tak tahulah pula apa tindakan YB Pilah yang baru sekarang.

Masalah mereka nak bertelingkah, bukan perbincangan kita. Tetapi Dewan Orang Ramai di Kg. Jawa itu perlu dipelihara dan tidak dilihat membazirkan wang rakyat. Anggaran untuk membaik pulih semula tentu memakan belanja yang banyak. Ini memperlihatkan sikap tidak bijak Wakil Rakyat BN dalam menguruskan wang rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan