Khamis, 5 Februari 2009

PERLUMBAAN KATAK-KATAK

Segerombolan katak-katak telah mengadakan suatu pesta dan salah satu acaranya ialah perlumbaan merentas bukit yang tinggi. Maka ramailah manusia-manusia menyaksikan perlumbaan itu. Pengadil perlumbaan telah meniupkan wisil permulaan dan melompatlah sikatak-katak dengan semangatnya dengan gaya lompatan masing-masing, belum sampai setengah bukit, setengah dari katak-katak sudah kepenatan, dan bersuara kwokkkk - kwokkkkk (mana mungkin bukit ini boleh didaki), maka manusia-manusiapun menjerit-jerit "woi katak-katak sudahlah" dan berbagai kata-kata yang merendahkan. Maka sekor demi sekor katak-katak menyerah diri, dengan pelbagai alasan yang sangat molek. Kini hanya tinggal seekor katak terjenjut-henjut dan akhirnya sampai kepuncak. Maka tercenganglah manusia-manusia itu dan terpacul seorang pemberita menanyakan apa petua sikatak gunakan? Katak itu termanggu-manggu dan terus berlalu. Rupanya sikatak kitu PEKAK.

(Moralnya janganlah kita ambil pusing cemuhan orang sekeliling untuk mencapai kejayaan dan tafsiran untuk masa kini orang yang suka melompat-lompat parti ada lebih baik dipekakkan dulu telinga mereka seperti ADUN2 di Perak itu. Lain kali jangan tangkap muat)

1 ulasan:

  1. Jangan lupa, Nasarudin Bota dah pecahkan rekod KATAK Ibrahim Ali... dalam masa 10 hari aje dah UMNO - PKR - UMNO. Ibrahim Ali setahun baru KATAK-MENGATAK.

    BalasPadam