Isnin, 31 Ogos 2009

GERBANG KEADILAN K. PILAH GENAP SETAHUN

Hari ini 1hb. September 2009 genap setahun blog Gerbang Keadilan Kuala Pilah dialam maya. Kelahiran Gerbang Keadilan Kuala Pilah diharapkan akan menyampaikan permakluman aktiviti, pandangan serta pendapat dan seruan dari Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Pilah. Kami juga menyatakan rasa syukur atas sambutan daripada ahli-ahli, penyokong maupun penentang dan dengan itu melahirkan sedikit kematangan dalam pemberitaan dan laporan dalam situs ini. Begitu juga kami dapat melontarkan pandangan serta pandapat dalam usaha yang kecil ini dalam pembangunan negara. Kita juga berasa bertanggungjawab melahirkan pelbagai citarasa masyarakat Kuala Pilah dalam penghidupan mereka agar ia dapat diatasi dan diperbaiki oleh mereka yang berkaitan. Oleh itu, sebarang siaran yang kurang enak didengar, jangan disalah anggap, kerana ia untuk kebaikan rakyat jua. Kepada para penentang yang tidak bersetuju langsung dengan pandangan yang dilontarkan, kami mengharapkan komen yang diberikan wajiblah lebih kukuh dari apa yang kami bentangkan. Adalah menjadi harapan, nafas Gerbang ini akan terus berdenyut untuk jangka masa yang lama dengan bantuan dan sokongan tuan/puan dan menjadi suara dan perutusan seluruh ahli Keadilan Cabang Kuala Pilah dan penyokong. Wassalam.

2 ulasan: