Sabtu, 15 Ogos 2009

JANGAN BIJAK TERPIJAK, BIAR BODOH BERSULUH

Peribahasa menyebut Jangan Bijak Terpijak, Biar Bodoh Bersuluh amat tepat bagi yang terlibat dalam isu Dato' Adat mencampuri urusan politik di Kuala Pilah. Akhbar Harakah menyiarkan laporan campurtangan tersebut dan Ketua Pemuda PAS Kuala Pilah Ust. Mohd. Fuad Osman mempersoalkan campurtangan itu dan sekaligus seolah-olah cuba mengheret Institusi itu bersama Yam Tuan Besar Negeri Sembilan dan Undang Yang Empat kekancah politik.

Kita melihat tindakan Dato' tersebut suatu kesilapan yang tidak harus berlaku, mudah-mudahan beliau menyedari kesilapan itu, supaya Institusi tersebut terus dihormati dan diyakini oleh pengamal Adat di Kuala Pilah. Atau jika Dato' tersebut sangat berminat berpolitik, maka beliau harus melepaskan gelaran Dato' Perdana itu dan bersilat digelanggang sebenar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan