Sabtu, 15 Ogos 2009

MASIH RAMAI TIDAK KIBAR JALUR GEMILANG

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Mohammad Razi Kail berkata masih ramai kalangan rakyat di negeri ini yang mempunyai tahap kesedaran yang rendah selain tidak mempunyai semangat patriotisme yang tinggi untuk sama-sama mengibarkan Jalur Gemilang. Ini berikutan sambutan dingin daripada pemilik kenderaan dan pemilik premis meskipun kerajaan telah pun melancarkan kempen mengibarkan bendera kebangsaan negara, Jalur Gemilang baru-baru ini. Cuma yang dapat dilihat adalah bendera-bendera yang telah dipasang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Hakikatnya, ia menunjukkan kempen itu nampak suram dan tidak mendapat sambutan daripada kalangan rakyat memandangkan ia hanya disahut oleh Kerajaan Negeri dan bukannya warganegara sendiri.

Kami sangat memahami disebalik tabir mengapa rakyat lesu untuk mengibarkan Jalur Gemilang tahun ini dan sebelumnya. Apakah tidak cukup peranan kerajaan untuk membentuk jatidiri rakyat supaya cintakan tanah air selama puluhan tahun, sehingga Datuk Mohammad Razi Kail menganggap rakyat negeri ini mempunyai tahap patriotisme dan kesedaran yang rendah. Kegagalan ini bererti kegagalan pemerintah memenangi hati rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan