Isnin, 17 Ogos 2009

SPRM SUDAH BOSAN

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Shukri Abdull telah menyatakan bahawa semua siasatan bersabit dengan ahli politik akan dihentikan buat sementara waktu ekoran daripada tuduhan negatif beberapa pihak tertentu terutama parti pembangkang yang telah menjejaskan imej suruhanjaya itu, menimbulkan berita yang sensasi didada-dada akhbar dan sekali gus memberikan gambaran buruk kepada pembangkang. Memang diakui bahawa imej dan reputasi SPRM merudum seperti merudumnya pasaran saham, keyakinan orang ramai sudah hilang. Apatah lagi kematian Teo Beng Hock di SPRM mengundang pelbagai persoalan dan inkues kematian beliau menjurus kearah kematian membunuh diri. Sebagai sebuah suruhanjaya yang berada dibawah kawalan Kerajaan BN, adalah amat pelik kenyataan tersebut, kerana lazimnya pekerja akan merasa tertekan dengan majikan, bukan orang luar. yang berkemungkinan juga dengan arahan pelik dari majikan, maka pekerja akan bosan. Ini dikuatkan lagi dengan akuan Presiden UMNO bahawa Selangor akan ditawan kerana ia adalah nadi ekonomi negara, kerana itu kempen memburukkan Pakatan Rakyat sedang hebat dijalankan dengan memburu wakil-wakil rakyat PR dengan cubaan mengaitkan dengan isu rasuah khususnya di Selangor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan