Khamis, 20 Ogos 2009

BERTATA TERTIB

Dalam menempuh arus perjuangan, tata tertib wajib diambil kira. Jangan main songsong semua, kerana memandang matalamat didepan. Etika berpasukan harus diambil kira supaya rakan-rakan tidak merasa dipinggir, disisih atau ditolak seperti permainan politik lama dulu. Ya benar, kita melaungkan REFORMASI, tapi bagaimana tatacara kita masih ditakuk lama? Kita masih memijak, tidak menghormati orang, memandang rendah kemampuan orang, dan memikirkan hanya kita yang berkemampuan melakukan reform itu, dengan tidak memberikan keyakinan itu kepada orang lain untuk melaksanakannya. Pengalaman semalam (20 Ogos) cukup memberi erti kepada saya dalam melalui liku perjuangan. Memang benar perpatah mengatakan "rambut sama hitam, tapi hati berlainan". Tetapi kadang-kadang hal yang terjadi amat mudah untuk ditimbang dengan akal yang waras, umpama kita memasuki rumah rakan, apakah boleh kita dengan sesuka hati merayau sehingga keruang bilik tidur tuan rumah, seolah-olah kita lebih berkuasa dari tuan rumah? Perkara-perkara remah seperti itu yang tidak terfikirkan oleh pimpinan dalam memelihara etika tata tertib berpasukan hanya akan menimbulkan rasa loya dan meluat dikalangan ahli. Tidak susah untuk membedakan sempadan itu jika jika pimpinan memiliki ketenangan dan tidak golojoh mengejar kejayaan.

3 ulasan:

  1. Terlebih dulu syabas..program Makan Malam dan Ceramah Penerangan kelmarin berjalan dgn sempurna dan tertib. Walau sering kali di asak dgn beberapa kecelaruan dari luar dan dalam.

    Kami cukup memahami cetusan rasa saudara hingga terbitnya ulasan "BERTATA TERTIB" dan terjadinya aturcara Majlis Makan Malam yg agak bercelaru terlihat di depan mata kami sendiri.

    Tapi kami cukup yakin pendirian saudara yg terkenal kental berprinsip dlm ertikata REFORMASI. Dan kami juga cukup percaya ini adalah liku-liku perjuangan yg penuh dgn rasiko di penuhi onak dan kepedihan jiwa.

    Saudara.... Peristiwa yg dialami saudara ini, pernah terjadi lebih hebat di uji di negeri PR Selangor, Kedah, Perak dan Pulau Pinang.

    Maka itu... di sarankan selepas satu2 program berlansung, harus diadakan perjumpaan "Post Mortem" untuk melihat statistik setiap kemajuan dan beberapa kelemahan yg perlu di perbaiki.

    Mantapkan kedudukan organisasi di samping mewujudkan MAJLIS DISPLIN dan jgn putus asa dlm mendidik pemahaman perlembagaan dan kerja2 berpasukan.

    Pujuk lah jiwa dgn rasa kematangan walau pun hati terhiris pedih.

    Kita akan sama2 mengharungi pemahaman erti sebenar REFORMASI ini secara berterusan dgn penuh berhemah dgn berjiwa dewasa dlm ertikata sebenar.

    @PR Juasseh/Jemapoh@

    BalasPadam
  2. Dah berkuaso sok ontah la. Menyamun la .

    BalasPadam
  3. ASL tergamam melihat PKR bebas menyuarakan pendapat, mengkritik dan ini cara kita dan tiada halangan dan kebimbangan ahli terhadap pimpinan begitu juga sebaliknya. Bila ASL melihat ini berlaku dalam PKR, beliau menganggap ia suatu kebrobrokan dan melanjutkan pemikiran songsangnya kearah yang lebih dahsyat - menyamun. Bila ada seorang pencuri, jangan anggap orang lain juga pencuri. Sila betulkan tanggapan sdr. terhadap kami. Wassalam.

    BalasPadam