Ahad, 9 Ogos 2009

7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

7 Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:

1.Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).

2.Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

3.Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

4.Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.

5.Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

6.Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

7.Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

(Tuan.puan boleh bariskan pengkhianatan UMNO terhadap wasiat ini) - GK

1 ulasan:

  1. Katakan juga kepada raja-raja bahawa di dunia ini sejarah menunjukkan dinasti raja-raja makin berkurangan bukan bertambah.

    Adalah lebih baik kiranya majlis raja-raja mengusulkan Melaka di hidupkan dinasti Rajanya semula.

    Mungkin didekad ini rakyat masih sayangkan raja/sultan dan meletakan harapan kepada raja untuk meningkat serta mempertahankan hak melayu islam.Tidak memberi muka pada UMNO ang mengkianati Melayu

    Bagai kata Dato' Mahfuz hentikan Pelipurlara wasiat raja kita berpijak dibumi nyata.

    Dengan kejadian di Perak harapan kepada Raja Melayu kian pudar angkara UMNO Telunjuk lurus kelingking berkait.

    Kita mengharapkan pada Raja Nazrin tetapi masih dibawah kawalan Ayahandanya. Kita tabik kepada Sultan Selangor kerana bertindak dalam kawalan tidak campur tangan dengan politik Selangor.

    Dan kini di tanah adat pepatih kita menanti Tengku Mukriz bertindak bijak berhadapan dengan kerajaan BN NS yang kini rangkus dengan memerintah ala mafia.

    Kita boleh berdoa ketika ini tetapi di dekad mendatang genarasi muda yang mudah mendapat maklumat makin meluat dengan pemerintahan UMNO macam-macam boleh berlaku.

    Wallahualam

    BalasPadam