Rabu, 4 Februari 2009

PENERANGAN ISU SEMASA

Ahli dan penyokong diminta hadir ke rumah Tuan Hj. Rahman Abdullah Kg. Tengkek, Batu Kikir Sabtu 7hb. Feb. ini jam 2.30 petang bagi mendengar taklimat isu terkini khusus di Negeri Perak. Harap dapat disampaikan kepada rakan-rakan yang lain.

Berhubung dengan keadaan tidak menentu di Perak, memperlihatkan beberapa insiden yang amat mengejutkan, seperti kes kehilangan 2 ADUN, lompat melompat parti dalam masa 10 hari, SPR melangkaui kuasa Speaker DUN Perak dan bermacam lagi isu yang timbul. Semua itu sangat mustahil berlaku dengan sendiri. Ini mengambarkan suasana mengejut yang tidak menentu dalam usaha-usaha untuk mengganggu gugat Kerajaan yang sedia ada. Apatah lagi DS Najib Razak dalam keadaan sangat nazak menjelang dimartabatkan sebagai Perdana Menteri, maka tiada cara lain untuk mengembalikan kredibelitinya melainkan meruntuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tanpa melalui pilihan rakyat. Mungkin, CULIK, UGUT dan TAWARAN LUMAYAN menjadi motto terbarunya.

Sultan Perak akan buat keputusan esok

PKR Gerik,

8.00 malamMenteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin memaklumkan, Sultan Perak dijangka akan membuat keputusan berhubung dengan permohonan beliau untuk membubarkan Dun Perak besok.Beliau berkata, Sultan Perak meminta tempoh untuk membuat keputusan permohoan itu untuk membolehkan baginda membuat rujukan terhadap beberapa perkara.Nizar memberitahu perkara ini kepada pemberita yang menyerbu beliau selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan pimpinan PAS, Exco dan Adun Pakatan Rakyat Perak di Pejabat Perhubungan PAS Perak dekat sini.Menurut Nizar, pertemuan itu berjalan dengan baik sekali dan beliau amat terharu dengan cara Sultan Perak mengendalikan hal ini.“Saya amat terharu apabila di hujung pertemuan itu apabila Baginda Sultan berkata kepada saya dengan membaca satu potong ayat Al Quran,” katanya.Ayat itu yang bermaksud “Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar.”

sumber : http://keadilangerik.blogspot.com/

Selasa, 3 Februari 2009

KEPULANGAN ADUN PERAK DIRAI?

Khabar dari Perak menyatakan bahawa mereka akan menyambut kepulangan ADUN Changkat Jering dan Taiping yang hilang itu dengan kasut. Agaknya bila mereka akan pulang dan tentu bawa banyak ole-ole untuk dihadiahkan kepada pengundi disana.
sila ke http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19180&Itemid=1

PARLIMEN YAMAN DESAK TOLAK MAHMOUD ABBAS

Bekas Presiden Palestin Ini Adalah Talibarut Zionis Israel
Isnin, 02/02/2009 - Seramai 58 ahli parlimen Yaman yang telah bersetuju dan mendesak kerajaan Yaman agar tidak lagi menerima kunjungan Mahmoud Abbas yang kini telah tamat tempoh sebagai Presiden Palestin. Abbas dikecam kerana telah mengkhianati aspirasi rakyat Palestin dan terbabit dan bersekongkol dengan Zionis-Israel dalam menentang para pejuang kemerdekaan Palestin.

Dalam memorendum yang diserahkan itu, kerajaan Yaman didesak agar tidak mengiktiraf Abbas sebagai presiden Palestin disebabkan tempohnya telah tamat. Tindakan Zionis-Israel juga jelas melanggar syariat Allah dan undang-undang antarabangsa. Sikap memusuhi para pejuang Palestin juga bertentangan dengan undang-undang Yaman.
Segala jenis bantuan juga perlu diserahkan kepada kerajaan Ismael Haniya di Gaza, bukan kepada Abbas yang bukan lagi presiden Palestin. Selain itu, Abbas juga telah menjual maruah rakyat Palestin keran terlibat dalam konspirasi menentang para pejuang seperti Hamas dan lain-lain.
sumber : http://palestinkini.info/
(Khulasah: Atas nama demokrasi, banyak negara bersedia menjadi talibarut Amerika dengan menafikan hak rakyat, bukan sahaja di Palestin, malah didepan mata sendiri ia berlaku. Penyelewengan hak-hak rakyat menerusi Perlambagaan Negara juga dilacurkan kerana ingin terus berkuasa, terbaru SPR juga dilacurkan kerana kepentingan pemerintah. Bentuk penyamaran seperti ini mudah dikesan dan tidak ada lagi kemaluan untuk melakukannya. )

HUKUM RIMBA SUDAH MENJADI

Kerajaan BN semakin hari semakin menjadi haru biru, akibat kongkongan rakus pimpinan UMNO bagi memastikan kelangsungan hidup parti usang itu menghadapi sisa-sisa nyawa yang masih ada. Apa tidaknya, dengan memperalat SPR, kuasa Speaker DUN Perak menerima perletakan jawatan 2 ADUN PKR telah diputuskan tidak boleh diterima pakai. Bila masa SPR boleh mencampuri urusan DUN Perak? Emmm Undang-undang Rimba masih diguna pakai. Nampaknya semakin dekat BN dan UMNO ke kubur.

Isnin, 2 Februari 2009

KENYATAAN AKHBAR ADUN BUKIT SELAMBU

2hb Februari, 2009
Sidang media ini dipanggil untuk menerangkan beberapa perkembangan terbaru yang serius yang melibatkan isu-isu politik yang berunsurkan jenayah yang sedang berlaku di negeri Kedah, yang melibatkan saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah dan ahli EXCO Kerajaan Negeri Kedah.

Satu repot polis telah dibuat hari ini merangkumi semua kes-kes ugutan jenayah terhadap saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah dan ahli EXCO Kerajaan Negeri Kedah, dan juga terhadap keselamatan keluarga saya sejak dari 8hb Mac, 2008. Ianya juga melibatkan semua ugutan terhadap pegawai-pegawai dan bekas-bekas pegawai saya. Ke semua ini adalah bertujuan bagi mengugut saya untuk bersetuju berpindah parti dari Parti Keadilan Rakyat ke Barisan Nasional.

Antara insiden-insiden yang melibatkan ugutan jenayah adalah cubaan menculik saya pada 17/10/2008, mengugut saya melalui pegawai saya melalui beberapa panggilan telefon yang antaranya pada 31/3/2008, mengugut keselamatan keluarga saya, insiden memecahkan cermin kereta rasmi exco kerajaan negeri model Proton Perdana no BKL 4000 dengan meninggalkan nota ugutan yang diikat pada seketul bata pada 17/12/2008, dan juga menghantar beberapa beberapa individu untuk memujuk saya keluar dari Parti Keadilan Rakyat, yang terbaru sekali beberapa hari yang lalu, dengan beberapa tawaran lumayan.
Perkembangan peristiwa yang menimpa 2 orang teman exco PKR di Perak telah menyebabkan saya tampil untuk membuat kenyataan akhbar ini. Saya khuatir, sekiranya saya tidak tampil ke hadapan untuk membuat pernyataan secara terbuka ini, keselamatan dan ketenteraman saya dan keluarga saya akan terus diganggu, diugut secara jenayah serta dipujuk untuk memastikan saya berpindah parti.

Saya juga mendesak agar pihak polis akan segera membuat siasatan terhadap ke semua laporan-laporan polis yang telah saya buat sejak Mac, 2008 dan mengambil tindakan segera dan tegas bagi menjamin keselamatan saya dan keluarga saya. Ini semua akan membolehkan saya mampu berkhidmat dengan lebih baik dan berkesan selaku ahli exco kerajaan negeri Kedah dan ahli dewan undangan negeri Bukit Selambau, tanpa sebarang gangguan terhadap saya dan keluarga saya.

Sekian, terimakasih,

Arumugam a/l Vengatarakoo,
Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau,
merangkap EXCO Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman

Sumber Blog DSAI

Sabtu, 31 Januari 2009

ADA TANGGA HENDAK MEMANJAT TIANG

Sikap suka mengempar-gempar dan menarik perhatian orang terhadap apa yang diperkatakan ibarat tukang jual ubat dikaki lima dan salah salah seorang penjual itu menarik ramai penuntun kerana kuatnya tempikan dan fasehnya berkata-kata. Ada tangga untuk naik kerumah, namun kerana angkuh dan keterlaluan memuja diri mempersetan bijaksana orang lain, tiang dipanjat untuk sampai kepuncak tanpa menggunakan laluan sebenar dan meminta nasihat kepada yang lebih dulu makan garam. Natijah buruk itu, akhirnya memakan diri, ada banyak contoh kalau mau diambil tauladan, tetapi kerana darah masih muda dan merasa sudah cukup gagah, semuanya mau dilanggar kerana beranggapan perjuangan harus dengan kekerasan, maki hamun, gegak gempita, publisiti hebat, sergah sana-sini dan pelbagai yang hebat-hebat belaka. Kebiasaan manusia yang tidak berprinsip suka akan mengkhabarkan keburukan dan kelemahan musuh kepada awam, ia bagai peluang keemasan yang perlu dipergunakan sepenuhnya bagi mencari publisiti, maka medialah jadi gelanggang terbaik agar diketahui semua. Maka bocorlah apa yang dirancang oleh rakan-rakan yang lain yang dianggap remeh bagi memikat hati-hati musuh itu, kerana musuh itu tidak selamanya manjadi musuh kepada kita. Jangan dihairankan kerana sikap TIDAK ADIL ini ini datang dari pimpinan tertinggi, agamawan, teknokrat malah orang awam sekalipun, ini kerana mereka gagal berkongsi maklumat sesama rakan sealiran untuk melangkah sederap sebagai suatu jamaah. Maka itu "Cukuplah untuk seseorang itu dianggap berdusta dengan dia menceritakan setiap yang dia dengar" (Riwayat Muslim)

KEMUNCAK PROGRAM BERSAMA PERJUANGANMU PALESTIN

Kemuncak kepada Program Bersama Perjuanganmu Palestin anjuran Jawatankuasa Kemanusiaan Palestin Kuala Pilah dilangsungkan semalam 31hb. Januari 2009 bertempat di Mini Stadium Kuala Pilah bermula jam 9.00 malam. Sebelum itu beberapa siri penerangan, syarahan, tayangan multi media dan kutipan derma telah diadakan dibeberapa tempat strategik di Kuala Pilah bagi memberi kefahaman kepada masyarakat disini tentang apa yang berlaku di Palestin dan apa sumbangan yang perlu diberikan kepada saudara seagama mereka di Palestin yang sedang sengsara angkara kelakuan buas Regim Zionis Israel. Majlis berjalan seperti yang dirancang, permulaan Majlis bacaan doa untuk kemenangan dan kesejahteraan Umat Islam Palestin disampaikan oleh En. Mohamed Shahmen. Beberapa Pimpinan NGO peringkat Negeri turut hadir memberikan syarahan seperti ABIM JIM, TERAS, JERIT, aktivis masyarakat terkenal Hisyamuddin Rais, artis ITO Blues Gang dan Pelawak Ebby Yus. Pembelaan kepada yang tertindas tidak mengenal kaum turut menarik minat Puan Mithya (JERIT) untuk naik kepentas dan menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin dan menyuarakan supaya dihapuskan kezaliman. Bacaan sajak dideklamasikan oleh Hisyamuddin Rais dengan dua perbandingan yang memukau penuntun. Adik Sabith Zaharudin dengan puisi yang meruntun jiwa. ITO dan Ebby Yus turut sama menyatakan kebencian terhadap Regim Zionis dengan cara tersediri. Mesjid-mesjid di seluruh Kuala Pilah turut tidak ketinggalan untuk menyumbang dan beberapa Imam dan Nadzir naik kepentas untuk menyerahkan sumbangan ahli-ahli karyah. Pengerusi Bersama Sdr. Zaharudin Othman, En. Nordin Ismail dan En. Halim mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dan pada malam itu telah membuktikan kebersamaan dalam menyelami penderitaan rakyat Palestin, keseluruhan kutipan sumbangan pasti sampai terus kepada yang memerlukan.

Jumaat, 23 Januari 2009

GONG XI FA CHAI

Kita mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada rakan-rakan Tiong Hua yang akan menyambut perayaan mereka pada 7hb. Januari 2009 akan datang. Gong Xi Fa Chai.

PROGRAM "ZIARAH SAHABAT"

PKR Bahagian Kuala Pilah akan menganjurkan suatu Program bernama "ZIARAH SAHABAT" bermula pada 7hb. Februari 2009 akan datang di Kampung Tengkek, DUN Juasseh di Rumah Tuan Hj. Rahman Bin Abdullah bermula jam 3.00 petang. PKR Kuala Pilah mempunyai keahlian yang ramai khususnya di Kampung Tengkek dan diketuai sendiri oleh Tuan Hj. Rahman Abdullah semenjak sekian lama kerana ketokohan beliau dan diterima masyarakat disana dan sekitarnya. Sebagai ingatan Kampung Tengkek telah ramai melahirkan cendiakawan termasuklah seorang tokoh reformis Lebai Maadah Bin Layang yang pernah dipaparkan kesahnya disini.

HIMPUNAN BERSAMA PERJUANGANMU PALESTIN

Jawatankuasa Kemanusiaan Palestin peringkat Negeri Sembilan yang dianggotai oleh ABIM, JIM dan PACE akan mengadakan Program Himpunan Bersama Perjuanganmu Palestin seperti butiran berikut:
Tarikh : 31hb. januari 2009 (Sabtu)
Masa : 8.00 malam - 11.30 malam
Tempat : Mini Stadium Kuala Pilah
Antara acara yang akan diadakan ialah, Tayangan Multi Media Palestin, Ucapan wakil-wakil NGO, Pidato Palestin, Bacaan Sajak dan persembahan ITO Blues Gang.
Seperti yang dinyatakan oleh Badan tersebut sebelum ini, matlamat utama program diadakan ialah untuk menyatakan kebersamaan rakyat Malaysia di Kuala Pilah dalam menghadapi penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin. Disamping itu ia bertujuan untuk memberi sokongan dan kepedulian terhadap rakyat Palestin di Gaza. Ia jua menzahirkan kebencian dan penolakan kezaliman yang dilakukan oleh Rejim Zionis Yahudi ke atas rakyat Palestin di Gaza. Kutipan Tabung juga akan dilancarkan bagi tujuan tersebut. Sila hadir beramai-ramai tanda sokongan.

Sabtu, 17 Januari 2009

PAS MENANG DI KUALA TERENGGANU

Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut menang dengan majoriti 2,631 undi. Beliau mendapat 32,883 undi manakala Wan Ahmad Farid mendapat 30,252 undi. Calon bebas, Azharudin Mamat pula mendapat 193 undi. Ini bermakna Barisan Nasional (BN) kehilangan satu lagi kerusi Parlimen bila calunnya gagal mempertahankan kerusi Kuala Terengganu dalam pilihanraya kecil yang diadakan semalam menjadikan Pakatan Rakyat memiliki 83 kerusi. Parti Keadilan Rakyat Kuala Pilah mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada pengundi-pengundi Kuala Trengganu kerana kemenangan itu dan Tsunami Politik terus berlaku dan Pakatan Rakyat kini menghampiri Putrajaya untuk memerintah. Kepada petugas-petugas daripada Kuala Pilah diucapkan syabas dan tahniah kerana kesungguhan memastikan kemenangan calun PAS yang telah berkampung semenjak hari Penamaan. Seruan juga telah dikeluarkan kepada rakan-rakan dari UMNO di Kuala Pilah untuk tidak ketinggalan menyertai kita dalam arus perubahan ini. Kepada Allah kita bersyukur dan menambah kekuatan untuk menawan Kuala Pilah suatu hari nanti.

Khamis, 15 Januari 2009

EZAM MOHD NOR DENGAN SURATNYA

Timbalan Ketua AMK Kuala Pilah Sdr. Mohd. Nizam Razak telah memaklumkan kepada kami bahawa beliau akan meminta Dato' Seri Anwar Ibrahim memberikan laluan kepada beliau untuk mencabar Ezam. Beliau berkata hanya beliau yang layak untuk berhujah dengan Ezam dan bukannya Anwar Ibrahim. Daripada surat yang dipegang oleh Ezam dan terpampang didada-dada akhbar, beliau nampak jelas dan faham tulisan dalam surat tersebut. Ini yang cuba dipesongkan oleh Ezam Mohd. Nor. Menurutnya lagi beliau akan mengeluarkan kenyataan selepas daripada Pilihanraya Kecil Kuala Trengganu.