Sikap suka mengempar-gempar dan menarik perhatian orang terhadap apa yang diperkatakan ibarat tukang jual ubat dikaki lima dan salah salah seorang penjual itu menarik ramai penuntun kerana kuatnya tempikan dan fasehnya berkata-kata. Ada tangga untuk naik kerumah, namun kerana angkuh dan keterlaluan memuja diri mempersetan bijaksana orang lain, tiang dipanjat untuk sampai kepuncak tanpa menggunakan laluan sebenar dan meminta nasihat kepada yang lebih dulu makan garam. Natijah buruk itu, akhirnya memakan diri, ada banyak contoh kalau mau diambil tauladan, tetapi kerana darah masih muda dan merasa sudah cukup gagah, semuanya mau dilanggar kerana beranggapan perjuangan harus dengan kekerasan, maki hamun, gegak gempita, publisiti hebat, sergah sana-sini dan pelbagai yang hebat-hebat belaka. Kebiasaan manusia yang tidak berprinsip suka akan mengkhabarkan keburukan dan kelemahan musuh kepada awam, ia bagai peluang keemasan yang perlu dipergunakan sepenuhnya bagi mencari publisiti, maka medialah jadi gelanggang terbaik agar diketahui semua. Maka bocorlah apa yang dirancang oleh rakan-rakan yang lain yang dianggap remeh bagi memikat hati-hati musuh itu, kerana musuh itu tidak selamanya manjadi musuh kepada kita. Jangan dihairankan kerana sikap TIDAK ADIL ini ini datang dari pimpinan tertinggi, agamawan, teknokrat malah orang awam sekalipun, ini kerana mereka gagal berkongsi maklumat sesama rakan sealiran untuk melangkah sederap sebagai suatu jamaah. Maka itu "Cukuplah untuk seseorang itu dianggap berdusta dengan dia menceritakan setiap yang dia dengar" (Riwayat Muslim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan