Khamis, 15 Januari 2009

BERSAMAMU PALESTIN

Majlis "Bersamamu Palestin" anjuran Jawatankuasa Kemanusiaan Palestin Kuala Pilah telah dilangsungkan di Mesjid Jame' Kuala Pilah semalam (15 January 2009) bermula Solat Maghrib. Solat hajat diimamkan oleh Imam Satu Mesjid tersebut. Selepas itu, tayangan Multi Media dipertontonkan bagi menyaksikan kekejaman Regim Zionis Israel dan kesengsaraan Umat Islam Palestin di Gaza. Profesor Madya Dr. Haji Hadfizi Mohd Nor (Pengarah PACE - Palestine Centre of Excellence) memberikan syarahan tentang pergolakan yang berlaku. Beliau mengingatkan agar Umat Islam tidak terperangkap dengan propaganda media, yang menyebabkan Umat Islam khususnya di Malaysia bosan dengan apa yang berlaku di Palestin dan membiarkan rakyat Palestin menyelesaikan masalah mereka sendiri. Dalam konteks itu, Umat Islam tidak harus meletakkan kebergantungan mereka kepada PBB, kerana PBBlah yang melahirkan Negara haram Yahudi. Beliau turut menerangkan keberanian anak-anak muda Palestin bagi membela Agama Islam dengan asas ketaqwaan kepada Allah SWT dan mereka berlumba-lumba untuk Syahid, dan kepercayaan rakyat Palestin kepada HAMAS setelah FATAH tidak mampu untuk berhadapan dengan kemelut yang berlaku. Namun atas sokongan sekutu kuat Israel, Fatah kembali berkuasa. Keadaan ini harus difahami oleh semua supaya Umat Islam tidak diperdaya oleh musuh-musuhnya. Membantu Umat Islam Palestin adalah suatu kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh semua Umat Islam yang beriman kepada Allah SWT dan RasulNya.

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Kemanusiaan Palestin Kuala Pilah, En. Zaharudin Othman turut memberikan ucapan ringkas dan memaklumkan sessi penerangan akan diperluaskan diseluruh Mesjid-mesjid di Kuala Pilah.
Professor Madya Dr. Haji Hafidzi Mohd Nor
Sebahagian peserta mendengar penerangan

Pengerusi J/Kuasa ditemuramah pemberita SINAR

Persiapan Multi Media

Gerai Pemeran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan