Khamis, 1 Januari 2009

TIDAK ADA API/AIR LAGI?

Akhbar SINAR hari ini (1hb. Jan 2009) melaporkan sebuah perkampungan kecil di Kampong Ghachong Dingkir, Inas, Johol terpencil dari arus pembangunan semenjak perkampungan itu dibuka tahun 1965 yang lalu. Bererti sudah 43 tahun keluarga disana tidak menikmati kemudahan api, air, telefon dan sebagainya. Mereka juga menggunakan sungai dan bukit sebagai sumber air. Penduduk berkenaan telah mengajukan permohonan kepada ADUN (YB Roslan Md. Yusof) dan juga Ahli Parlimen (YB Dato' Hasan Malek). Jawapan daripada daripada Wakil Ahli Parlimen Kuala Pilah En. Ismail Barliar menyatakan bahawa menaiktaraf jalan ke rumah mereka tidak boleh dilakukan kerana ia tidak ada dalam peruntukan kerajaan. Manakala ADUN Johol memberi reaksi kerja-kerja pemasangan paip ke kawasan kampung tersebut tidak dapat dilakukan kerana ia memerlukan perbelanjaan yang besar dan mengambil masa yang lama.
Khusus kepada kedua wakil itu, kalau peruntukan kerajaan tidak ada , maka ia boleh diadakan. Setinggi mana pula peruntukan yang diperlukan, berbilionkah? Yang nyata kedua wakil itu tidak punya perasaan untuk membantu dan membela nasib rakyat, hanya kerana disana ada empat buah rumah sahaja dan tidak memberi apa-apa kesan kepada mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan