Ahad, 8 Mac 2009

UNTUK KESEKIAN KALINYA DITIPU

SINAR HARIAN hari ini melapurkan bahawa seramai 157 pembeli perumahan bersebelah Taman Bukit Intan, Senaling, Kuala Pilah menyatakan rasa kesal diatas tindakan Pemaju Perumahan tersebut melengah-lengahkan penyerahan kunci kepada mereka. Kelewatan ini disebabkan projek tersebut masih tidak mendapat Sijil Kelayakan Menduduki (CF). ADUN Pilah bila dihubungi oleh SINAR memberi reaksi jawapan yang sudah biasa didengar iaitu beliau akan membawa perkara ini keatas dan telah berbincang dengan pihak-pihak yang berkaitan dan bekalan air yang menjadi punca sebenar CF tidak diluluskan. ADUN Pilah itu juga memahami bahawa pembinaan rumah pam air menjadi masaalah utama dalam hal tersebut dan menurutnya lagi Majlis Daerah Kuala Pilah tiada sebarang masaalah untuk mengeluarkan CF tetapi masaalah air itu perlu segera diselesaikan.
Ulasan kami : Ada diantara Pembeli rumah tersebut adalah juga Pembeli Projek Perumahan Perpaduan Height yang terbengkalai yang telah disiarkan beritanya dahulu. Kegagalan menyiapkan projek tersebut menyebabkan pembeli-pembeli membuat aduan ke BPR (kini SPRM), Polis dan juga menyaman pihak pemaju. Sehingga hari ini semua laporan itu kelihatan telah dibakulsampahkan kerana mungkin ianya melibatkan Kerajaan Negeri dan beberapa orang kenamaan yang duduk didalam Ahli Majlis Daerah ketika itu. Malang bertimpa kepada pembeli itu, apabila rumah kedua yang diidamkan itu juga mengalami masalah. Kami melihat dasar-dasar Kerajaan masih tidak berubah terutama Kementerian Perumahan kerana pembeli masih terdedah kepada risiko seperti diatas, dan keuntungan berpihak kepada Pemaju. Dalam hal ini apakah Kerajaan melindungi PEMAJU daripada RAKYAT kerana ia membawa keuntungan kepada mereka?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan