Isnin, 2 Mac 2009

KUALA PILAH TERPUTUS HUBUNGAN JALAN

Akibat hujan lebat Ahad lalu beberapa kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan Bukit Putus, Ulu Bendul, mengakibatkan laluan yang menghubungkan Kuala Pilah dan Seremban terputus dan ditutup kepada kenderaan. JKR hanya membenarkan kenderaan kecil melaluinya pada hari berikutnya. Akibatnya kenderaan terpaksa berpusing melalui jalan alternatif di Jalan Miku, Inas untuk ke Rembau dan Seremban. Difahamkan juga Jalan Miku, Inas terpaksa juga ditutup akibat kejadian tanah runtuh dan terpaksa melalui Tampin. Dilapor tidak ada kemalangan jiwa berlaku dikedua-dua tempat tersebut yang berlaku pada malam hari. Sebelum ini telah kedengaran berita tentang kekuatan tanah di Bukit Putus yang boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh berlaku. Ini disebabkan berlakunya pencerobohan untuk mengeluarkan kayu-kayu balak secara haram, dan kejadian ini tidak dapat dilihat kerana ia terlindung dari pemandangan umum. Kesahihan pembalakan haram ini tidak dapat disahkan lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan