Jam 11.00 pagi (15 Jan) tadi sukarelawan Keadilan dan PAS Kuala Pilah telah bertolak ke Kuala Trengganu bagi membantu jentera Pilihanraya disana. Rombongan telah berkumpul di Pejabat Pakatan Rakyat di Jemapoh. Sementara itu Timbalan Ketua AMK Kuala Pilah Sdr. Nizam Razak terus berkampung di Kuala Trengganu semenjak hari Penamaan. Semoga Pakatan Rakyat beroleh kejayaan.
Khamis, 15 Januari 2009
BERSAMAMU PALESTIN
Majlis "Bersamamu Palestin" anjuran Jawatankuasa Kemanusiaan Palestin Kuala Pilah telah dilangsungkan di Mesjid Jame' Kuala Pilah semalam (15 January 2009) bermula Solat Maghrib. Solat hajat diimamkan oleh Imam Satu Mesjid tersebut. Selepas itu, tayangan Multi Media dipertontonkan bagi menyaksikan kekejaman Regim Zionis Israel dan kesengsaraan Umat Islam Palestin di Gaza. Profesor Madya Dr. Haji Hadfizi Mohd Nor (Pengarah PACE - Palestine Centre of Excellence) memberikan syarahan tentang pergolakan yang berlaku. Beliau mengingatkan agar Umat Islam tidak terperangkap dengan propaganda media, yang menyebabkan Umat Islam khususnya di Malaysia bosan dengan apa yang berlaku di Palestin dan membiarkan rakyat Palestin menyelesaikan masalah mereka sendiri. Dalam konteks itu, Umat Islam tidak harus meletakkan kebergantungan mereka kepada PBB, kerana PBBlah yang melahirkan Negara haram Yahudi. Beliau turut menerangkan keberanian anak-anak muda Palestin bagi membela Agama Islam dengan asas ketaqwaan kepada Allah SWT dan mereka berlumba-lumba untuk Syahid, dan kepercayaan rakyat Palestin kepada HAMAS setelah FATAH tidak mampu untuk berhadapan dengan kemelut yang berlaku. Namun atas sokongan sekutu kuat Israel, Fatah kembali berkuasa. Keadaan ini harus difahami oleh semua supaya Umat Islam tidak diperdaya oleh musuh-musuhnya. Membantu Umat Islam Palestin adalah suatu kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh semua Umat Islam yang beriman kepada Allah SWT dan RasulNya.
Pengerusi Bersama Jawatankuasa Kemanusiaan Palestin Kuala Pilah, En. Zaharudin Othman turut memberikan ucapan ringkas dan memaklumkan sessi penerangan akan diperluaskan diseluruh Mesjid-mesjid di Kuala Pilah.

Professor Madya Dr. Haji Hafidzi Mohd Nor
Selasa, 13 Januari 2009
DOA UNTUK PALESTINE
اللهم ﺇنانجعلك في نحور أعدائنا ونعوذبك من شرورهم اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وستت كلمتهم وزلزل أقدامهم وسلط عليهم كلبا من كلابك يا قهار يا جبار يا منتقم ياالله ياالله ياالله اللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا هازم الاحزا ﺇهزمهم وانصرنا عليهم
Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka. Ya Allah, leburkanlah kumpulan2 mereka, pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka, goncangkan pendirian mereka dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka. Wahai Tuhan yang Gagah Perkasa. Wahai Tuhan Yang Penuh Raksasa. Wahai Tuhan yang bersifat murka. Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Wahai Tuhan yang menurunkan Kitab, Wahai Tuhan yang mengarakkan awan, Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Al-Ahzab, kalahkan mereka, kalahkan mereka, kalahkan mereka dan menangkan kami ke atas mereka.
PASTIKAN DERMA PALESTIN ANDA SELAMAT
Yang memerintah secara rasmi di Palestin ialah HAMAS. Hamas yang dipilih rakyat Palestin dalam pilihan raya.Yang berjuang secara total ialah HAMAS.HAMAS bukan boneka Amerika semacan FATAHPastikan derma anda selamat sampai ke HAMAS.
Kerajaan Malaysia mengiktiraf FATAH bukannya HAMAS walaupun rakyat Palestin memilih HAMAS.Apa punya bangang Malaysia!!!! Ingatan dari http://sokongpr.blogspot.com/
Kerajaan Malaysia mengiktiraf FATAH bukannya HAMAS walaupun rakyat Palestin memilih HAMAS.Apa punya bangang Malaysia!!!! Ingatan dari http://sokongpr.blogspot.com/
Isnin, 12 Januari 2009
JIHAD KECIL KITA
Pada 15hb. Januari (Khamis malam Jumaat) ini, bermula Solat Maghrib bertempat di Mesjid Jame' Kuala Pilah, Jawatankuasa Kemanusiaan Palestine Daerah Kuala Pilah meneruskan agendanya memberikan penerangan kepada masyarakat disini dalam isu keganasan Regim Zionis Israel menganyang umat Islam di Gaza, Palestine. Usaha kecil ini yang mampu dilakukan dalam membantu saudara seagama yang sedang dizalami, sedang pemimpin negara-negara yang mengaku bernegara Islam hanya mampu menyerahkan nasib mereka kepada PBB dan mereka juga tahu bahawa PBB adalah alat kepada Amerika bagi melampiaskan nafsu serakah Israel. Tentunya lagi mereka akan terus bersidang dan bersidang dan mengeluarkan pelbagai resolusi, desakan dan kutukan kepada Israel, tetapi itu semua diperlekehkan, dan sememangnya mereka adalah amat lekeh. Saya menyeru kepada semua sahabat agar menyertai rakan-rakan yang lain memboikot barangan keluaran Amerika sekutu utama Israel dalam usaha minima kita membantu saudara seagama kita di Palestine. Syeikh Yusof Qardawi menyatakan "satu riyal yang digunakan untuk membeli barangan Amerika bersamaan dengan sebutir peluru yang akan digunakan oleh tentera Zionis untuk membunuh anak-anak kecil di Palestin".
Sabtu, 10 Januari 2009
RASMI PELANCARAN AKADEMI BOLASEPAK
Wakil Pakatan Rakyat Kuala Pilah telah diundang untuk merasmikan Majlis Pelancaran Program Pembangunan Bolasepak Peringkat Akar Umbi bagi sesi Latihan Fasa Satu pagi tadi jam 8.30 bertempat di Mini Stadium Kuala Pilah anjuran Akademi Bolasepak TMS Old Boy. Sdr. Zaharuddin Osman dan Tuan Hj. Rosli Omar dijemput bagi merasmikan Program tersebut. Akademi Bolasepak ini adalah sebuah badan sukan yang aktif mengerakkan Program Pembangunan Bolasepak Akar Umbi sejak 2008 dan merupakan flatform kepada pemain-pemain berusia 7 hingga 11 tahun di daerah ini yang berminat dalam permainan bolasepak dan diberikan latihan asas dan teknikal oleh jurulatih bertauliah. Akademi Bolasepak TMS Old Boy dipimpin oleh Sdr. Mohd Nor Azam Abdullah.Jumaat, 9 Januari 2009
BANTU PALESTIN
Jawatankuasa Kemanusiaan Palestin Rakyat Kuala Pilah akan menyebarkan Risalah berhubung dengan kekejaman Regim Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza dengan tujuan untuk menyatakan sokongan terhadap Rakyat Palestin dalam bentuk kutipan dana, sembahyang hajat dan sukarelawan.

Jadual Program:
10 Januari 2009 : 8.00 pagi: Mengedar Risalah di Pasar Tani Kuala Pilah
15 Januari 2009 : Solat Maghrib di Masjid Jame' Kuala Pilah. Majlis Penerangan dengan kerjasama Pusat Kecemerlangan Palestin (PACE).
Program lanjutan yang berkaitan akan dimaklumkan kemudian.

Pamiran dan edaran Risalah telah diadakan
pagi tadi di Tapak Pasar Tani Kuala Pilah
Ahad, 4 Januari 2009
KENYATAAN MEDIA AMK MALAYSIA
BN Mula Tabur "Rasuah Politik" Di Kuala Terengganu
4 Januari 2009. Angkatan Muda Keadilan Malaysia memandang serius tindakan Barisan Nasional (BN) yang mula menyogok rakyat dan pengundi di Kuala Terengganu dengan 'rasuah politik' yang terlampau.Tindakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang meluluskan peruntukan berjumlah RM200,000 bagi pembinaan jalan baru di DUN Wakaf Mempelam, dan juga kenyataan Menteri Besar Terengganu yang berjanji untuk meneruskan projek pembangunan bernilai RM5.8 juta di Kuala Terengganu sekiranya Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat untuk menerajui kawasan itu ternyata adalah satu bentuk eksploitasi wang rakyat demi menjamin kemenangan BN yang semakin terdesak.AMK tegas berpendapat bahawa dana kerajaan negeri dan persekutuan yang datang daripada kutipan cukai rakyat tidak wajar diseleweng sewenang-wenangnya oleh BN hanya kerana mereka memegang tampuk kuasa ketika ini. Apa yang mengejutkan ialah kenyataan MB Terengganu bahawa sukar untuk kerajaan meneruskan agenda pembangunan jika sekiranya Parlimen Kuala Terengganu jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. AMK mempersoalkan tindakan MB Terengganu dan BN yang ternyata mengamalkan demokrasi selektif mengikut nafsu serakah mereka, hanya untuk memastikan mereka terus berkuasa. Apakah rakyat boleh dinafikan dengan pembangunan hanya kerana mereka tidak mengundi BN? Melihat kepada sogokan demi sogokan yang diberikan oleh BN ini, maka AMK menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat memainkan peranan yang aktif dan tegas dalam membanteras kegiatan 'rasuah politik' yang berleluasa berlaku di Kuala Terengganu pada ketika ini.AMK juga akan mengambil tindakan drastik untuk mengemukakan laporan kepada polis dan SPRM agar tindakan ini dapat dikekang daripada berlaku berterusan.BN perlu sentiasa akur, bahawa rakyat dan pengundi bukan semudah itu untuk digula-gula dan diperbodohkan dengan sogokan pembangunan, sebaliknya rakyat akan terus celik untuk menghenyak BN untuk mengembalikan hak rakyat yang telah dilapah sejak sekian lama.
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Khamis, 1 Januari 2009
TIDAK ADA API/AIR LAGI?
Akhbar SINAR hari ini (1hb. Jan 2009) melaporkan sebuah perkampungan kecil di Kampong Ghachong Dingkir, Inas, Johol terpencil dari arus pembangunan semenjak perkampungan itu dibuka tahun 1965 yang lalu. Bererti sudah 43 tahun keluarga disana tidak menikmati kemudahan api, air, telefon dan sebagainya. Mereka juga menggunakan sungai dan bukit sebagai sumber air. Penduduk berkenaan telah mengajukan permohonan kepada ADUN (YB Roslan Md. Yusof) dan juga Ahli Parlimen (YB Dato' Hasan Malek). Jawapan daripada daripada Wakil Ahli Parlimen Kuala Pilah En. Ismail Barliar menyatakan bahawa menaiktaraf jalan ke rumah mereka tidak boleh dilakukan kerana ia tidak ada dalam peruntukan kerajaan. Manakala ADUN Johol memberi reaksi kerja-kerja pemasangan paip ke kawasan kampung tersebut tidak dapat dilakukan kerana ia memerlukan perbelanjaan yang besar dan mengambil masa yang lama. Khusus kepada kedua wakil itu, kalau peruntukan kerajaan tidak ada , maka ia boleh diadakan. Setinggi mana pula peruntukan yang diperlukan, berbilionkah? Yang nyata kedua wakil itu tidak punya perasaan untuk membantu dan membela nasib rakyat, hanya kerana disana ada empat buah rumah sahaja dan tidak memberi apa-apa kesan kepada mereka.
Rabu, 31 Disember 2008
PERBEZAAN TANGGAPAN
Ada seorang ayah yang akhir usianya di hadapan Istri berpesan DUA hal kepada 2 anak laki-lakinya :
- Pertama : Jangan menagih hutang kepada orang yang berhutang.
- Kedua : Jika pergi ke kedai jualan jangan sampai muka terkena sinar matahari.
Waktu berjalan terus. Dan kenyataan terjadi, bahwa beberapa tahun setelah ayahnya meninggal anak yang sulung bertambah kaya sedang yang bungsu menjadi semakin miskin.
Pada suatu hari si ibu bertanyakan hal itu kepada mereka.
Jawab anak yang bungsu:
"Ini karena saya mengikuti pesan ayah. Ayah berpesan bahwa saya tidak boleh menagih hutang kepada orang yang berhutang kepadaku, akibatnya modalku susut karena orang yang berhutang kepadaku tidak membayar sementara aku tidak boleh menagih".
"Juga Ayah berpesan supaya kalau pergi atau pulang dari rumah ke kedai jualan dan sebaliknya tidak boleh terkena cahaya matahari. Akibatnya saya harus naik kenderaan, padahal boleh berjalan kaki sahaja, tetapi karena pesan ayah itu, akibatnya perbelanjaanku bertambah banyak".
Kepada anak yang sulung yang bertambah kaya, si ibu pun bertanya hal yang sama.
Jawab anak sulung :
"Ini semua adalah karena saya mentaati pesan ayah. Karena Ayah berpesan supaya saya tidak menagih kepada orang yang berhutang kepada saya, maka saya tidak pernah memberi hutang sehingga dengan demikian modal tidak pernah susut".
"Juga Ayah berpesan agar supaya jika saya berangkat ke kedai jualan atau pulang tidak boleh terkena sinar matahari, maka saya berangkat sebelum matahari terbit dan pulang sesudah matahari terbenam.
Oleh itu kedai saya buka sebelum kedai lain buka, dan tutup lewat sesudah kedai yang lain tutup."
"Sehingga, orangramai tahu dan kedaiku menjadi laris dan maju, karena mempunyai jadual kerja yang lebih lama".
MORALNYA:
Kisah diatas menunjukkan bagaimana sebuah kalimat digarap dengan presepsi yang berbeda. Jika kita melihat dengan anggapan positif maka segala kesulitan sebenarnya adalah sebuah perjalanan membuat kita berjaya tetapi kita boleh juga terhanyut dengan adanya kesulitan karena kelalaian kita... pilihan ada di tangan anda.
'Berusahalah melakukan hal biasa dengan cara yang luar biasa' (Palano)

Selasa, 30 Disember 2008
KENYATAAN MEDIA AMK TERENGGANU
AMK ALUKAN KEHADIRAN EZAM BERSAMA 6 KOTAK
AMK Negeri Terengganu mengalukan kehadiran Sdr. Ezam Mohd. Nor yang telah dijemput oleh YB Senator Wan Farid Wan Salleh Calon Barisan Nasional P036 Kuala Terengganu bagi membantu kempen Barisan Nasional .
AMK Negeri Terengganu meminta supaya Ezam datang bersama 6 kotak yang pernah didakwa oleh beliau berkaitan rasuah dan penyelewengan pimpinan UMNO dan BN . Rakyat seluruh Malaysia pernah diberitahu oleh beliau sewaktu menjadi Ketua AMK Malaysia mempunyai 6 kotak bukti rasuah dan penyelewangan UMNO /BN .
Sekiranya beliau yang masih terus konsisten dan serius dalam menentang rasuah sudah pasti ini medan yang terbaik untuk mendedahkannya . Rahsia 6 kotak tersebut masih terus menjadi rahsia yang masih ditutup oleh Ezam . Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah pun dibentuk dan diluluskan oleh Parlimen seharusnya digunakan sebaik mungkin untuk mendedahkan kekotoran dalam UMNO / BN .
Integriti dan kredibiliti Ezam akan kembali pulih selepas menyertai UMNO semula dengan mendedahkan 6 kotak dokumen rasuah dan penyelewengan UMNO / BN. Ini adalah kerana antara alasan beliau menyertai UMNO semula adalah kerana menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi menentang rasuah .
Para Pengundi P036 Kuala Terengganu sedang menanti kehadiran Ezam bersama 6 kotak yang diwar-warkan.
FARIZ MUSA
Ketua AMK Negeri Terengganu
Tarikh : 29 Disember 2008

Isnin, 29 Disember 2008
ALMARHUM TUANKU JA'AFAR SELAMAT DISEMADIKAN
Jenazah Almarhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman selamat disemadikan di Makam Di Raja Seri Menanti petang ini dengan menaiki Maharaja Diraja (kenderaan khas untuk membawa jenazah) dari Balai Rong Seri, Istana Seri Menanti ke Makam Di Raja Seri Menanti. diiringi 86 das tembakan meriam. Ribuan rakyat jelata mengunjungi pekan di Raja Seri Menanti untuk menyaksikan Istiadat pengkebumian tersebut. Sebelum itu pada jam 3.30 petang, di Balai Rong Seri, Majlis Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11, Tunku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir 59 tahun dibuat oleh Undang Luak Sungai Ujong Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak. Tuanku Mukhriz dilahirkan pada 14 Jan 1948 mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah King George V, Seremban dan menyambung pengajiannya di Aldenhem School, United Kingdom. Baginda memperoleh Sarjana Muda Undang-undang dari University College of Wales, Aberystwyth, United Kingdom.

Jenazah didahului dengan Dato' Dato' Adat

Pergerakan kenderaan yang membawa jenazah Almarhum
ke Makam Diraja itu diiringi 86 das tembakan.

Ribuan rakyat jelata di Makam Di Raja

Upacara pengkebumi dilangsungkan.

Yang Di Pertuan Besar Ke-11
Keluarga Besar keADILan Kuala Pilah merafak sembah kebawah Yang Dipertuan Besar yang ke-11, Tuanku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir semoga mendapat rahmat dan keberkatan Allah SWT dalam pemerintah Baginda dan membawa Negeri Sembilan kearah sejahteraan, kemakmuran dan keadilan.
Ahad, 28 Disember 2008
PENGHORMATAN TERAKHIR KEADILAN
Keadilan Negeri Sembilan diketuai oleh Pengerusi Perhubungan Dato' Kamarul Arifin Abas disertai lain-lain pimpinan Bahagian melakukan Ziarah/Penghormatan terakhir pada jam 1.30 tengahari semalam (Ahad) kepada Almarhum Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman di Dewan Balai Rong Seri, Istana Besar Seri Menanti. Istiadat pemakaman jenazah Almarhum Baginda akan diadakan hari ini (Isnin) selepas solat asar.

Langgan:
Catatan (Atom)