Jumaat, 5 Mac 2010

Zulkifli Nordin: HERO atau SI KITUL?

Zulkifli Nordin telahpun mengadap Lembaga Disiplin Parti KEADILAN. Namun semasa prosiding berjalan, beliau telah keluar dengan alasan ahli penal lembaga tidak layak kerana terdapat ahli yang terdiri dari beragama hindu dan kristian. Tegasnya, orang yang beragama hindu dan kristian tidak layak untuk membicarakan kepercayaan dan pegangannya. Beliau telah membuat kenyataan akhbar dan juga dalam berita TV3 menyatakan sebab-sebab beliau keluar dari prosiding tersebut.

Sebagai tindak balas, Sdr. Saifudin Nasution selaku Setiausaha Agung Parti KEADILAN menjelaskan bahawa Zul dibawa ke Lembaga Disiplin kerana tingkah lakunya membelakangi parti dan melanggar arahan parti dan bukan kerana kepercayaan dan pegangannya.

Kenyataan Saifudin itu tepat.Yang utama pada parti KEADILAN ialah untuk bertindak tepat,adil dan saksama sesuai dengan prinsip asas parti iaitu adil.Tindakan mesti adil dan dilihat adil.Sama ada kita akan hilang satu lagi kerusi parlimen bukan isu utama walaupun ianya adalah penting kepada perjuangan parti.Tindakan Zul Nordin membelakangi parti dan arahan parti itulah yang menyebabkan tindakan diambil terhadapnya.Kerana itu parti tidak boleh berdiam diri.Pegangan dan pandangan Zul Nordin bukan hal yang dibicarakan di sini, tapi tingkah kelakuannya yang dipersoalkan.

Nampaknya,untuk menarik orang supaya menyokong dirinya,dia cuba membakar sentimen orang yang kononnya dia adalah pembela agama dan atas pendiriannya itulah kononnya terdapat "firaun kecil" dalam parti cuba untuk menyingkirkannya.Ini hanya helah.

Tindakan Zul memberi gambaran sama ada Zul benar-benar keliru dan tidak faham isu sebenar atau Zul sebenarnya orang yang bijak yang cuba untuk mengelirukan orang ramai dan parti dengan tujuan untuk mengadu dombakan ahli parti dan melemahkan parti.

Sekiranya Zul benar-benar orang yang keliru,maka tidaklah dia layak untuk terus menjadi Ahli Parlimen parti KEADILAN atau mewakili mana-mana pihak.


Nordin Ismail.

1 ulasan:

  1. Tahniah atas keberanian memecat Zulkifli Nordin, walaupun kehilangan kerusi Parlimen, ini menunjukkankan Parti memegang kepada Prinsip.

    BalasPadam