Jumaat, 19 Mac 2010

ZAHRAIN SEORANG PEMBOHONG BESAR

Siapa Bohong? Anwar, Bekas Panglima ATM atau Zahrain?

Semalam kita telah menyaksikan Ahli Parlimen Bebas dari Bayan Baru membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dengan penuh bersemangat.

Peluang yang ada itu telah digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk melepaskan kemarahan dan dendamnya terhadap DS Anwar Ibrahim yang juga merupakan Penasihat kepada PKR.

Beliau mungkin marah kepada sahabat lamanya itu kerana sahabatnya itu tidak menyokong beliau ketika beliau menyerang Lim Guan Eng yang telah menyokongnya untuk mendapatkan gelaran Dato Seri dengan tuduhan Cauvinist, Komunis dan juga Diktator.

Beliau dikatakan marah terhadap Lim Guan Eng kerana Guan Eng tidak mahu menyerahkan tender penyelengaraan padang Golf yang bernilai RM40 Juta kepada Syarikat RM2 yang telah didaftarkannya 2 bulan sebelum tender dibuka.

Perbahasan yang lebih merupakan serangan peribadi terhadap DS Anwar Ibrahim walaupun DS Anwar Ibrahim telah meninggalkan Dewan setelah 5 minit Ahli Parlimen Bebas dari Bayan Baru itu membahaskan usul ucapan titah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong.

Dalam membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong yang kelihatan seperti membahaskan ucapan DS Anwar Ibrahim itu, Ahli Parlimen Bebas dari Bayan Baru itu telah berkata..

''DS Anwar Ibrahim mengakui bahawa Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikannya sebagai Perdana Menteri keenam sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan Persekutuan sementara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga menyokong pelantikan tersebut,"

Kerana telah menyebut perkataan Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia, speaker telah membenarkan beliau meneruskan bahasnya..

Ahli Parlimen Bebas dari Bayan Baru telah berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah terlibat dengan rancangan 16 September itu dan Angkatan Tentera Malaysia juga telah menyokong pelantikan DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri keenam…

Dan hari ini…

ATM Nafi Sokong Pembentukan Kerajaan 16 Sept 2008

PETALING JAYA, 18 Mac - Bekas Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Abdul Aziz Zainal Khamis menafikan sekeras-kerasnya bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyokong usaha pembentukan kerajaan baru yang dirancang pada 16 Sept 2008 dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri.

Beliau menyifatkan dakyah seperti itu bertujuan menarik hati rakyat supaya menyokong ketua pembangkang tersebut.

"Kita (ATM) tahu Barisan Nasional (BN) memang mendapat sokongan rakyat pada ketika itu dan itu hanya komplot pembangkang untuk memenangi hati rakyat," katanya kepada pemberita selepas perasmian bangunan baru Zetro Centre of Excellence di Subang dekat sini.

Abdul Aziz mengulas pendedahan anggota Parlimen Bebas dari Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim di Dewan Rakyat semalam dengan mendakwa Anwar merancang membentuk kerajaan baru dengan meyakinkan wakil pembangkang kononnya Yang di-Pertuan Agong merestui Anwar sebagai Perdana Menteri manakala Angkatan Tentera juga menyokong pelantikan itu.

"ATM kecewa dengan dakyah yang dilemparkan dan kita sebuah institusi pertahanan negara tidak akan goyah dengan dakwaan yang dilemparkan," kata Abdul Aziz.

Abdul Aziz berkata pemimpin-pemimpin ATM yang diketuainya ketika itu masih waras dan tidak mudah terpedaya dengan dakwaan sedemikian.

Ditanya sama ada pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang ekoran dakwaan itu, beliau berkata jika dakwaan itu melampaui batas atau merosakkan kesetiaan dan emosi anggota ATM, pihaknya akan mengambil tindakan.

"Ketika itu, ada wartawan yang menanyakan soalan sama ada ATM akan menyokong pembentukan kerajaan baru pada 16 Sept itu, saya berkata tarikh itu merupakan sambutan Hari ATM," katanya.

Berita sepenuhnya sila baca di sini

Jika Ahli Parlimen Bebas dari Bayan Baru telah berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah terlibat dengan rancangan 16 September itu dan Angkatan Tentera Malaysia juga telah menyokong pelantikan DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri keenam.

Sedangkan Bekas Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Abdul Aziz Zainal Khamis telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyokong usaha pembentukan kerajaan baru yang dirancang pada 16 Sept 2008 dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri.

Dan DS Anwar Ibrahim dalam respons beliau terhadap "cerita" Zahrain sebelum meninggalkan Dewan berkata apa yang dicakapkan oleh Zahrain adalah pembohongan semata-mata..

"Saya tegaskan di sini apa yang dia cakap semuanya tidak betul, kita tidak pernah mengeluar kenyataan seperti apa yang dia katakan itu. Tidak ada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang berhimpun di Parlimen pada 16 September tersebut.

Jadi siapa yang berbohong di sini? DS Anwar Ibrahim, Jen (B) Tan Sri Abdul Aziz Zainal Khamis atau Ahli Parlimen Bebas dari Bayan Baru itu sendiri?

Maka jadikanlah firman Allah SWT ini sebagai panduan:

Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang kepada kamu seorang yang fasik membawa suatu berita maka hendaklah kamu menyelidiknya terlebih dahulu, supaya kamu tidak (terburu-buru) membuat satu tindakan ke atas satu-satu kaum di dalam keadaan jahil, maka kamu menjadi menyesal kerana tindakan yang telah kamu lakukan. (Al-Hujurat: 6)

Antara sifat orang-orang fasik :

“Orang mukmin akan menyimpan rahsia dan suka menasihati orang lain, sebaliknya orang-orang fasik (suka buat dosa) pula suka membuka rahsia dan memburuk-burukkan orang lain”.

Siapa sebenarnya yang berbohong disini?

sumber: anak sungei derhaka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan