Rabu, 17 Mac 2010

MD. SOM MANAF DALAM KENANGAN

M d. Som Manaf satu nama yang tidak asing lagi dalam gelanggang Politik di Kuala Pilah. Seorang yang mudah mesra dan mudah bergaul dengan semua lapisan masyarakat baik sahabat maupun lawan dalam politik. Saya mengenalinya suatu ketika dahulu dalam UMNO dan beliau menjawat sebagai Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Kuala Pilah. Pada tahun 1999 beliau menyertai PAS akibat ketidakpercayaan beliau terhadap pimpinan UMNO mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Walaupun beliau mudah berjenaka dengan telatahnya, beliau mempunyai prinsip perjuangan, sebab itulah apa yang telah ditekadkannya menjadi perpegangan sehingga keakhir hayatnya. Kehilangan Allahyarham amat dirasai, kerana beliau terlalu banyak membantu Partinya khususnya di DUN Johol dan Parlimen Kuala Pilah, dan merupakan suatu cabaran kepada PAS Johol pada masa akan datang. Allayharham kembali menemui Allah SWT semalam (Selasa) jam 8.00 malam dan dikebumikanhari ini (Rabu) jam 12.00 tengahari akibat penyakit jantung yang dihidapi. Ramai dari kalangan sanak saudara, sahabat handai menziarahi jenazah Allahyarham sebagai sebahagian tanda menghargai jasa-jasa Allahyarham semasa hayatnya dengan iringi doa semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Allahyarham dan dihimpunkan bersama-sama orang yang beriman. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan