Rabu, 10 Disember 2008

MENYELUSURI PEMIKIRAN HAMKA

Ketika ini kita hangat memperkatakan pembahagian kek tidak sama rata, menyebabkan kegelisahan disanasini dan agenda perubahan harus segera berlaku demi menjamin kesejahteraan rakyat. Namun suara pembaharuan sudah lama berkemundang tapi dipandang sepi, yang berkait rapat dengan kehidupan seharian dan kadangkala menyentuh akidah, tetapi oleh kerana tidak melibatkan perut dan makanan, maka senyaplah ia. Nama HAMKA sering menjadi pujaan dan sanjungan kerana corak pemikiran kehadapan beliau. Tetapi apakah masyarakat menerima idea yang beliau bawa, atau yang lamo jo lah. Saya salinkan tulisan beliau dalam Kitab Tafsir Al-Azhar Juzuk 2 ms 54 berkaitan amalan yang sudah sebati dengan masyarakat Melayu.
"Syaitan masuk kedalam segala pintu menurut tingkat orang yang dimasuki, dan kebanyakkannya ialah kerana mencari makanan pengisi perut. Paling akhir syaitan berusaha supaya orang mengatakan terhadap Allah apa yang tidak mereka ketahui. Kalau orang yang ia sesatkan sampai tidak mengaku lagi adanya Allah, kerana telah mabuk dengan maksiat maka syaitan pun dapat menyeludup kedalam suasana keagamaan, sehingga lama kelamaan orang berani menambah agama, mengatakan peraturan Allah, padahal bukan dari Allah. Mengatakan dari Agama padahal bukan dari Agama. Lama-lama orangpun merasa itulah dia agama. Asalnya soal makanan juga.
Suatu misal, baru sahaja seorang mati, orang didalam rumah keluarganya telah repot. Bukan sibuk hendak segera menguburkan dimati, tetapi berbelanja kepasar, membeli sayuran, membeli lada garam, mencari kambing yang agak besar, bahkan kadang-kadang lembu atau kerbau untuk makan besar. Kata guru yang ada dikampung itu wajiblah simati itu sebelum diangkat kekubur didoakan terlebih dahulu, agar selamat dia berpulang ke akhirat. Untuk berdoa mereka itu makan besar! Kadaang-kadang makan besar sebelum berangkat, atau makan besar pulang dari kubur. Apakah ini agama? Terang-terang Hadits menerangkan bahawa perbuatan ini adalah haram. sama dengan meratap. Tetapi kalau dikampung itu juga ada orang kematian tidak mengadakan jamuan makan besar itu dituduhlah dia menyalahi peraturan agama. Dikatakan bahawa orang yang telah mati itu tidak diselamatkan, sebagai mati anjing saja. Kemudian, tidaklah putus makan-makan itu dihari ketiga, keempat, kelima, keenam, ketujuh, hari menembok kubur, hari keempat puluh setelah matinya, hari keseratus dan penutup hari yang keseribu. Dan ketika jenazah masih terbujur tadi juga seketika orang didekat jenazah orang memperkatakan beberapa tahun simati meninggalkan solat. Solat yang dia tinggalkan selama hidup itu boleh dibayar fidyahnya kepada "pengurus-pengurus" agama yang hadir ketika itu. Kadang-kadang terjadi tawar menawar. Sejak bila mereka menerima perwakilan Allah buat menerima beras yang dinamai fidyah itu? Padahal tidaklah masuk akal bahawa solat sebagai tiang agama dapat dibayar dengan beras, dengan tawar menawar. Bukan saja tidak masuk akal, tetapi tidak ada sama sekali dalam syara'. Demikian pintarnya syaitan, sehingga jika ada orang yang berani menegur, mereka yang menegur itulah yang akan dituduh kaum muda yang mengubah-gubah agama dan membongkar-bongkar masaalah khilafiyah.
Belum cukup hingga itu sahaja, seketika jenazah itu telah dihantar bersama-sama kekubur, orang membacakan salawat atau bacaan-bacaan yang lain dengan suara keras mengiringi jenazah itu, dihadapan terbanglah payung, disamping itu ada pula pedupan yang asap kemeyan ke langit. Padahal semua itu bukan agama. Tetapi siapa yang menegur akan disalahkan mengubah-gubah agama. Belum cukup hingga itu saja. Sesampai dikubur terjadilah apa yang dinamakan talkin mayat. Tentang talkin itu sendiri memang ada khilafiyahnya. Tetapi dibeberapa tempat telah membawa bahaya besar jika hal itu dibuka-buka. Sebab ada orang yang mengharapkan makan dan pakaian dari talkin itu. Di dekat kuburan setelah kubur itu ditimbun dibentangkanlah kasur kecil, beralaskan tikar indah. Di situ duduk tukang membaca talkin dan membacakannya dengan suara yang merdu. Disediakan pula satu cerek yang mahal untuk menyiram kubur kelak dan disediakan pula satu helai kain sarung untuk dipakai tukang talkin seketika membacanya. Dan atas rayuan syaitan orang berkeras mengatakan bahawa itu adalah agama. Siapa yang tidak mengatakan dari agama, dia akan dituduh memecah persatuan!" InsyaAllah akan disambung lagi.

2 ulasan:

  1. assalammualaikom...

    saya merupakan seorang rakyat kuala pilah. saya berpendapat supaya blog ini lebih menumpukan kepada masalah internal problem di kuala pilah dan kurang kan external problem.... secara jujurnya blog ini kurang menarik... huraian panjang menjela... x ramai nak baca... saya juga merasakan promosi blog ini kurang.... cuba view blog2 lain dan suruh mereka lawat blog ini..

    saya percaya ada harapan pkr di kuala pilah... sebab di kuala pilah walaupun 70 % melayu 30 bukan melayu.. keadaan poltik sekarang saya yakin 25 bukan melayu bersama pakatan rakayat.. mungkin lagi memerlukan 30 sokongan orang melayu


    saya lihat saf pimpinan juga krang dari kaum lain.. ini tidak dapat menarik minat kaum lain

    insya allah saya akan berbakti bersama pkr kp sebab saya sekarang berada di perantauan menuntut ilmu



    tropik_volcom@yahoo.com

    BalasPadam
  2. W'alaikum salam. Terima kasih atas pandangan dan secara jujur juga diakui bahawa masih byk kelemahan yg ada dlm blog ini, harap dapat membantu. Kerana sebab2 tertentu byk menghalang kaum lain utk tampil bersama. Kehadiran sdr untuk bersama sangat dialu-alukan. Sekian, kesejahteraan untuk sdr. T. Kasih.

    BalasPadam