Sabtu, 6 Disember 2008

DATUK SHAH RUKH KHAN

Tersenyum rianglah Yang Di Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob (Bekas Menteri Besar Pahang itu) dan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd. Ali Rustam kerana Shah Rukh Khan datang juga menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada pelakon Hindustan terkenal itu. Majlis penganugerahan telah tergendala 2 kali berikutan kegagalan pelakon itu hadir kerana kesibukannya, maka masygullah pemimpin itu dan rakyat negeri Melaka Maka pada hari Sabtu lalu riangrialah seluruh rakyat negeri Melaka kerana hero mereka datang dan berkerumunlah mereka menyaksikan hero mereka dan diaraklah ketempat-tempat menarik. Pelakon Hindustan itupun di Melayukan dengan Berbaju Melayu serba hitam, bersongkok, bertanjak dan berkeris, maka amat kacak lagi segak insan itu. Terpukau dan terpegunlah semua yang hadir memandang Shah Rukh Khan, dan tidaklah rugi dan sesia menganugerahkan insan itu dengan anugerah MULIA SERI MELAKA kerana dia akan menjaja Negeri Melaka seluruh dunia sebagai destinasi pelancongan menarik. Datuk-Datuk lain yang dianugerahkan pingat sebelum ini, terloponglah kerana tidak dilayan sebegitu rupa seperti menatang minyak yang penuh. Maka apabila terlihat wajah Shah Rukh Khan, anak-anak remaja, makcik-makcik menjerit-jerit semacam histeria kerana dapat menatap wajah hero itu. Hebat Shah Rukh Khan sehingga menambat hati kerajaan Negeri Melaka. Tersenyum lebarlah Datuk Seri Ali Rustam kerana hajatnya tercapai, tetapi Sokong Pakatan Rakyat mengatakan Datuk Seri Ali Rustam miskin idea? Kepada Tan Sri Abu Zahar Ujang yang menempelak anak-anak muda sebagai pemusnah bangsa, tidaklah perlu risau, kerana anak-anak ini hanya pemuja artis, seperti Shah Rukh Khan dan lain-lain, dan mereka itulah yang akan menjaja Malaysia keseluruh dunia, kerana inilah didikan yang Tan Sri dan rakan-rakan Tan Sri berikan.

1 ulasan:

  1. Jangan kita semua lupa, ketika Yang Dipertua Melaka sekarang pernah menjadi Menteri Penerangan dan pada waktu itu, banyak siaran filem hindustan sampai hari raya pun tersiar sebagai rancangan utama semua stesen tv...

    Beliau juga merupakan peminat filem hindustan...

    Memang tak logik beri anugerah kpd org luar yg tak tau punca sumbangannya...

    Soalannya, dah keluar ke kat tv filem2 yg terselit latar belakang negeri Melaka tu?

    Dalam konteks ni,sah lah Umno pembunuh seni Malaysia dan Melayu khususnya....

    BalasPadam