Selasa, 10 Januari 2012

SALAM PENGHUBUNG

Alhamdullilah, terlalu lama rasanya tidak membuat apa-apa posting dalam blog blog ini, disebabkan beberapa aktiviti lain yang membataskan pergerakan. InsyaAllah dengan sedikit kelapangan yang diberikan Allah swt, insyaALlah ruang yang tersedia ini akan diisi semula dengan apa juga maklumat untuk tatapan sahabat terutamanya di Parlimen Kuala Pilah. Perkembangan terbaru politik negara merancakkan semula semangat untuk melakukan ISLAH/Perubahan pimpinan negara, pembebasan DSAI baru-baru ini oleh Mahkamah memberikan suatu sinar baru kepada pengerak reformis untuk meneruskan ranjau-ranjau perjuangan, dan dirasakan juga selepas ini tidak ada jalan mudah seperti yang disangka, selepas terbebasnya DSAI. Sudah hampir 15 gerakan ini bermula, apatah lagi rakan-rakan yang lain telah memulainya semenjak lama dahulu, tentu pelbagai situasi dapat terlihat, ada yang tersungkur ditengah jalan, ada yang mendapat habuan lumayan dan meninggalkan perjuangan dan pelbagai kerenah lagi.

Mutakhir ini, kita bukan sahaja menghadapi musuh yang nyata, tetapi dalam merebuti peluang kemenangan, adakalanya, rakan-rakan mula melupakan hasrat awal menyertai gerakan ini, agenda memperkasa Parti dan Gerakan Rakyat semakin surut, dan kelihatan pula agenda memperkasa kepentingan sendiri dan kehebatan diri menonjol sehingga menghilangkan rasa hormat dan kesetiakawan yang ditunjukkan selama ini.

Oleh yang demikian, perlulah diawasi segala macam ancaman yang boleh meruntuhkan hasrat murni membina sebuah negara Madani dengan karenah sendiri yang pada sangkaan sendiri ia amat baik, tetapi ia melukakan kawan yang lain.

Sekian, wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan