Dikala isu Mat Indera hangat diperbincangkan sekarang mengenai statusnya sebagai Pejuang atau Petualang, Keadilan Kuala Pilah hari ini telah mengeluarkan suatu ketetapan mengiktiraf SHAMSIAH FAKEH sebagai seorang Srikandi Kemerdekaan Tanah Air dari cengkaman British. En. Hazman Hashim selaku Timbalan Ketua Keadilan Cabang Kuala Pilah memberitahu Gerbang Keadilan, beliau mula meneliti perjuangan anak watan Kuala Pilah SHAMSIAH FAKEH sejak beberapa lama dahulu, dan mendapati beliau adalah layak untuk diiktiraf sebagai salah seorang Pejuang Kemerdekaan. Menurutnya lagi, saban tahun ulang tahun kemerdekaan diraikan, hanya orang-orang yang tertentu sahaja disebut dan disiarkan namanya, dengan meminggir pejuang yang benar-benar turun padang menghalau Penjajah yang mengeluarkan keringat peluh malah dengan darah dan nyawa sebagai pertaruhan dan galang ganti.
Sambil menunjukkan bukti bahawa Shamsiah turut sama turun padang berganding bahu dengan tokoh-tokoh perjuang yang lain melancarkan tekanan kepada PENJAJAH, beliau menginsafi pengorbanan Srikandi itu dikala mudanya, mengorbankan sifat-sifat kewanitaan yang diwaktu itu banyak dihabiskan didapur, beliau mengemudi Sayap Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya yang dinamakan AWAS. Akibat daripada tekanan kuat dari Pertubuhan itu, Penjajah melebelkan penentang-penentang ini sebagai Penganas dan Komunis dan diharamkan. Apabila Kerajaan British melebelkan mereka sebagai komunis dan penganas, maka kuncu-kuncu British tersebut turut memainkan peranan yang sama.
Shamsiah Fakeh seperti Mat Indera dan lain-lain Tokoh Pejuang kemerdekaan yang dianggap sebagai Puak Kiri (suatu label yang dicipta penjajah) mempunyai latar belakang pendidikan Agama. Menurut beberapa orang kenalan beliau, Shamsiah faseh menterjemah Al-Qur’an dan menafsirnya. Dengan semangat dan roh itu, beliau bukan sekadar mempelajari teorinya sahaja malah menterjemahkan dalam penghidupan sehariannya. Pejuang maupun para Ulamak yang lain seperti Tok Janggut, Abdul Rahman Limbung, To’ Ku Paloh, Khiai Hj. Salleh, To’ Gajah, Mat Indera dan lain-lain merupakan duri dalam daging Penjajah, maka untuk mengaburi mata masyarakat, Penjajah yang mempunyai kepentingan Politik dinegara ini memainkan peranan halus dan licik mempengaruhi pihak yang berkaitan dan mempengaruhi massa bahawa mereka itu adalah Penganas, pengkhianat dan komunis dan memburu serta memenjarakan pejuang-pejuang tersebut, malah ada yang turut dihukum bunuh.
Sewaktu beliau dibenarkan pulang ke Malaysia tahun 1994 yang lalu setelah menjadi buruan Penjajah, beliau berkesempatan menemuinya dan menyatakan kesyukuran bahawa Malaysia kini aman dan maju dan dipimpin oleh anak-anak bangsa sendiri, tetapi beliau sendiri mengesyurkan peranan Pejuang Kemerdekaan yang yang tidak sehaluan dan sebulu dengan British perlu juga diiktiraf. oleh pemerintah sekarang.
Kita sebagai jiran tetangga digalakkan untuk saling ziarah menziarahi.. huhu..
BalasPadamJom masuk blog saya. Ada post terbaru bertajuk Hukum Berkaraoke Yang Betul Oleh Ustaz Azhar