Banyak ramalan mengenai PRU-13 akan diadakan penghujung tahun ini. Kesemua Parti bersiap siaga bagi memastikan kemenangan. Namun hanya PM sahaja yang tahu dan bila masa yang sesuai, tidak seperti dinegara-negara maju yang lain, mereka telah tahu lebih awal tarikh Pilihanraya masing-masing. Malang bagi negara kita yang kononnya mengamakan demokrasi, tarikh Pilihanraya hanya diketahui seorang sahaja iaitu Perdana Menteri, dan ini memberi kelebihan kepada Partinya untuk membuat persiapan terakhir. Bagi parti-parti lain khususnya Pembangkang ia terus bermain dengan ramalan dan agakan. Kaedah ini wajib dihapuskan jika Pakatan Rakyat memerintah kelak, kerana ia banyak menyusahkan semua pihak dan sedikit menguntung kepada Pemerintah. Terlalu banyak isu bermain kebelakangan ini, termasuklah isu Komunis yang dikatakan sedang disuburkan kembali oleh sesetengah pihak, dan jika difikir dua tiga kali, apa faedah untuk fahaman itu disuburkan kembali? Sedangkan negara pengasas fahaman itu sendiri tidak lagi mengamalkannya, begitu juga dengan negara-negara lain yang komunis menjadi ikutan mereka sudah membuang fahaman tersebut. Maka isu ini sengaja diperbesar-besarkan kepada masyarakat marhien untuk menimbulkan ketakutan dan kegelisahan supaya mereka tidak lagi akan makan ubu kayu seperti zaman jepun dahulu.
Isu JI (Jamaah Islamiah) turut dijadikan bahan sepakan media bagi meraih sokongan rakyat menjelang PRU-13, tentunya Kuala Pilah dijadikan sasaran utama kerana Abu Bakar Bashir dan Aly. Abdullah Sungar pernah kesini sekitar tahun 90han dahulu. Tanpa merujuk kepada pihak keselamatan, media terus memaparkan Ma'ahad Ittiba Us Sunnah adalah Pusat Gerakan Militan yang menyemai ajaran JI. Kononnya seorang remaja pernah mendapat didikan di MIS dan telah bertaubat dan melaporkan berlaku kegiatan untuk mengulingkan Kerajaan Malaysia secara kekerasan, melatih remaja untuk menyertai perhimpunan haram di Kuala Lumpur. Sebaran berita seperti ini sudah tentu untuk mempengaruhi pembaca dan menimbulkan kegelisahan dan ketakutan dan menjauhi kegiatan tersebut. Tetapi ini sebenarnya suatu tipu muslihat bodoh yang pernah bermain pada tahun 40 dan 50han dahulu. Kaedah taktik seperti ini sudah tidak digunapakai lagi zaman sekarang. Tetapi oleh kerana segalanya sudah kusut masai, apa yang ada perlu digunakan bagi mempengaruhi orang ramai, walaupun ia kelihatan songsang dan bodoh.
Menjelang perhimpunan BERSIH2.0 pada 9hb. Julai, seluruh kekuatan Jentera BN/UMNO maupun kerajaan digunakan sepenuhnya bagi memberitahu rakyat supaya tidak menyertai Himpunan Haram Bersih 2.0 Radio dan televisyen Malaysia selang beberapa minit mengingati pendengar. Tokoh-tokoh tertentu dipanggil untuk menasihatkan rakyat agar menjauhi himpunan itu. Kuthbah Jumaat selama 2 minggu berturut-turut dijadikan medan mencemuh BERSIH. Malah teks yang disediakan JAKIM yang hanya dibacakan sahaja oleh para khatib MENGHARAMKAN HIMPUNAN BERSIH. Manakala hampir 1,500 laporan polis di seluruh negara telah dibuat terhadap BERSIH bagi menghalang himpunan itu. Manakala Ibrahim Ali dengan songkok tinggi bertempik sambil menghunis keris, mengancam Datuk Ambiga. Turun pula Omar Din dengan kerusi Roda, menjerit-jerit dan menunjuk-nunjuk tongkatnya akan bersilat semula jika Ambiga tidak membatalkan Himpunan itu. Senator Ezam Md. Nor pula melaung-laung, Bersih dipangaruhi agen asing, semakin ramai pula mula keluar dan menjerit-jerit semacam terkena histeria, masing-masing kehulu hilir tidak ketentuan memarahi Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Hadi Awang dan Ambiga. Berbagai kata-kata yang kadang-kadang kalau difikirkan tidak masuk akal tersembur dari mulut-mulut mereka. Memaki hamun, menjerit-jerit, terlolong-lolong mencerca BERSIH. Seolah-olah mereka sendiri tidak faham apa tujuan BERSIH dan apa pula tuntutannya.
Menjelang jam 12 tengahmalam pada 8hb Julai, hampir keseluruhan jalan masuk ke ibu kota disekat polis. Kesesakan yang amat terus berlaku. Perjalanan 1 km mengambil masa 6 jam, ramai penduduk ibu kota mengeluh dan menyumpah seranah pendekatan yang diambil bagi menyekat himpunan itu.
Ibu kota kelihatan lenggang waktu pagi, namun suasana mula berubah bila jam menunjukkan jam 11 pagi. lautan manusia mula memenuhi ibu kota. Dari mana mereka datang, sedangkan sekatan terlalu kuat bagi menghalang mereka. Sangat bijak peserta BERSIH menyusun langkah. Perumpamaan laluan air yang besar tidak mampu disekat oleh apapun. Ternyata himpunan Bersih berjaya dilaksanakan walaupun ditekan dengan hebat.
Selepas itu pihak-pihak yang bertanggung jawab terus angkuh dan sombong lagi. Kebangkitan rakyat pada 9hb Julai dipandang sinis. Kelibatnya tidak berubah, ia menyingsing lengah terus. Takbur dan sombong bersemadi terus dalam sanubari Pemerintah dan yang berkuasa. Laungan rakyat yang menuntut hak mereka diperleceh lagi.
Maka PERJUANGAN akan diteruskan lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan