Sabtu, 9 April 2011

CD LUCAH BEREDARAN DI KUALA PILAH.

Kami menerima maklumat yang disampaikan kepada kami beberapa hari lalu, CD Lucah yang cuba mengaitkan Dato' Seri Anwar Ibrahim terlibat dengan hubungan seks dengan gadis Cina yang dirakamkan yang telah didedah oleh Dato' T, kepada media beberapa hari lalu, telah beredar di Kuala Pilah. Sewaktu Majlis "Pendedahan Konspirasi-3" oleh Dato' Johari Abdul dan beberapa rakannya yang lain di Pejabat Pekatan Rakyat Jemapoh pada 5hb. April yang lalu, pihak yang tidak bermoral ini cuba mengedarkan CD tersebut dihujung kawasan letak kereta. Selang beberapa hari seorang penyokong Pakatan Rakyat melaporkan beliau mendapati sebuah CD yang mengandungi aksi lucah itu diletakkan dicermin kereta beliau. Hari ini Naib Ketua Cabang Kuala Pilah Tuan Hj. Roslan Alias memaklumkan beliau terperanjat kerana terjumpa CD berkaitan dihadapan cermin kereta beliau.

Amatlah malang sekali masih ada orang-orang suruhan yang sanggup melakukan kerja-kerja tidak bermoral itu, yang kita percaya ia diarahkan oleh ketua-ketua mereka yang diatas sana. Demi wang ringgit yang tidak seberapa kerja-kerja terkutuk itu mereka lakukan, dan hasilnya mungkin diberi makan kepada isteri dan anak-anak, sungguh murah maruah mereka yang kononnya sebagai Pembela Bangsa dan Agama itu.

Dalam hal ini, nafsu nampaknya lebih diutamakan daripada nasihat Agama yang tentunya berpandukan kepada Al-Qur'an dan Sunnah Nabi. Nafsu jika tidak terkawal ia akan dipandu oleh syaithan. Dalam kes seperti ini, perhatikan Firman Allah swt:-

“Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dizalimi, dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha mengetahui.Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Berkuasa”. (Surah al-Nisa: ayat 148-149).

Ayat ini Allah beri peringatan kepada manusia jika sekalipun orang yang melakukan kesalahan, Allah tidak benarkan ianya didedah dan dihebohkan kepada umum, apatah lagi jika ianya berupa fitnah yang diada-adakan.

Konspirasi ke-tiga kalinya ini adalah merupakan usaha-usaha terancang musuh-musuh politik Dato' Seri Anwar Ibrahim, setelah sebelumnya gagal untuk membunuh karier politik beliau walaupun mereka berjaya memenjarakannya. Apatah lagi setelah beliau keluar dari penjara, langkahnya semakin gagah dan digeruni. Beberapa negeri jatuh ketangan Pakatan Rakyat dan penyelewengan yang berlaku didalam Kerajaan UMNO/BN dibongkar didalam Parlimen menyebabkan lawan tidak senang duduk dan bermewah-mewah dengan wang rakyat. Apa ikhtiar yang harus dilakukan, maka ujudkan konspirasi Video Lucah. Sebab itu, ketiga-tiga Dato' T tersebut pada awalnya mendedahkan video itu kepada wartawan supaya ia terus dihebahkan kepada masyarakat dan ia disambut oleh media utama negara yang dikongkong oleh pemerintah dan jadikan ia sebuah mahkamah untuk menghukum bahawa pelakunya adalah Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Kesemua mainan itu dapat dihidu dengan mudah, kecuali bagi orang-orang yang sudah tertutup mata hatinya dengan kebenaran. Benar dianggap palsu, hak dianggap bathil, putih dikatakan hitam kerana disebabkan ketidak upayaan menggunakan akal yang diberikan Allah untuk memerhati dan mengamalkan ingatan-ingatanNya disebabkan syaithan telah menguasai diri mereka dan jadilah mereka sebagai penyembah-penyembahThaghut.

Bagi memelihara kesucian Agama dan menjaga maruah Bangsa Melayu, kami menyeru kepada pihak-pihak yang terbabit yang mengedar CD tersebut, hindari mainan jelek dan kotor ini, kembalilah kepangkal jalan, berpolitiklah secara sehat dan matang, kerana menusia sekarang menuju kehadapan dengan berfikiran waras dan dinamik, bukan bergerak kebelakang dengan mainan politik bodoh dan kotor. Jika sekiranya mereka tidak berubah, tidak ada jalan lain perangilah kaum MUNAFIK itu dan TOLAK mereka supaya tidak ada lagi FITNAH disekeliling penghidupan kita.

InsyaAllah, pada hari Isnin depan bertarikh 11hb. April, 2011, Keadilan Cabang Kuala Pilah akan membuat aduan Polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah tentang pengedaran CD Lucah tersebut.

SELAMATKAN MALAYSIA!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan