Rabu, 18 Januari 2012

N18 PILAH DAPAT SAMBUTAN HANGAT

Group N18 Pilah (http://www.facebook.com/groups/244031872314552/) nampaknya mendapat sambutan hangat daripada orang ramai, yang membicarakan hal Politik khususnya dalam DUN Pilah. Mempunyai rakan-rakan seramai 274 hingga kehari ini, pelbagai isu dimasukkan kedalam Group tersebut mengikut kepentingan Parti yang mereka wakili. Terdapat sebuah posting penyokong tegar UMNO dan mendapat tindak balas sebanyak 700 komen daripada rakan-rakannya. Walaupun terdapat perbezaan pendapat yang nyata, kalangan rakan-rakan dalam Group tersebut masih mampu untuk terus kekal disana. Saya menyeru kepada rakan-rakan seperjuangan dalam KEADILAN khususnya di Kuala Pilah, supaya mengambil bahagian dalam membincangkan soal-soal yang bersangkutan seperti di N18, maupun lainnya, supaya kita dapat sama-sama memberikan sedikit sumbangan kearah membentuk masyarakat celik politik. Kerana saya memerhatikan cara dan sikap kita masih ditahap lama, kita masih leka dan seronok sebagai pembonceng dan pengikut tanpa memerah kudrat sebagai orang dihadapan yang memimpin, dan kadang-kadang tidak ada kemampuan langsung untuk mengulas dan membaca tingkah laku kawan dan lawan. Ini menyebabkan adakalanya kita terjebak dengan situasi yang memerangkap diri, yang menyangka ia adalah betul dan benar, tetapi disatu pihak ia adalah menyakitkan. Oleh itu, kepada pengerak pembaharuan di Kuala Pilah, muhasabah diri perlu dilakukan setiap masa dan ketika, bergerak hanya dengan "semangat" semata-mata, tidak akan kemana, kerana ia hanya bersifat sementara, tetapi jika didorong dengan keilmuan, ia pasti akan kekal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan