Khamis, 17 Mei 2012

ONAR SUDAH DIBUAT

Tidak ada apa yang perlu disembunyikan lagi, kerana ONAR SUDAH DIBUAT oleh pihak-pihak tertentu kerana sifat gelojoh dan terburu-buru dalam kelompok kecil Keadilan Kuala Pilah. Kekeliruan dan kecelaruan perlu dijelaskan supaya ia tidak merebak kebawah menyebabkan ahli dan penyokong berbelah bagi dan kecewa serta keliru. Akibat bertindak secara terburu-buru dan gelojoh dan tidak berfikir, segala nasihat dan pandangan tidak lagi dihiraukan. Segalanya sudah berubah, yang tidak sehaluan dikatakan sebagai pengkhianat, akan menjual parti, tidak amanah dan sebagainya yang bersifat menghina dan untuk menarik perhatian dan sokongan ramai. Dikala sudah melihat kemenangan sudah hampir, masing-masing mula berkerjar-kejar kesitu dan tidak mempedulikankan rakan-rakan kiri dan kanan, yang tua sudah tidak dipedulikan lagi,  sepak terajang dan siku menyikupun berlaku.

Suatu ketika dahulu, ragamnya tidak begini, kelihatan ia sangat taat dengan arahan dan peraturan Parti, segalanya diputuskan dalam persepakatan dalam Cabang, dibincangkan secara bersama walaupun terdapat pelbagai pandangan dan cadangan, dan akhirnya suatu keputusan dibuat dan disokong bersama. Tetapi kini ia sudah berubah, apa yang diputuskan bersama, akhirnya dikhianati, seolah-olah pepat diluar rencung didalam. Ketika bersama, ia kelihatan bersetuju dan tidak pula membantah, tetapi apabila bersurai lain pula jadinya diluar. Bukankah ini dinamakan menikam dari belakang? Atau meraka sendiri tidak faham dan mengerti bagaimana untuk duduk dalam satu Jamaah? Susur galur dalam berjamaah wajib ditaati, segala keputusan yang telah disepakati, perlu diikuti dan ditaati, walaupun ia kadangkala tidak mengikuti kehendak hati sendiri, inilah tatacara berjamaah. Tetapi hari ini, nampaknya itu semua tidak perlu diikuti, kerana kepentingan selera sendiri menjadi keutamaan, keputusan yang dibuat itu, jika tidak mencapai hajat dihati tidaklah perlu diikut. Apakah orang seperti ini harus dipercayai untuk duduk bersama untuk memikul tanggungjawab masyarakat, jawapannya sudah tentulah tidak.

Oleh kerana pekerjaan ini berkait dengan agenda Parti, ia perlu mengikut saluran Parti yang mempunyai Paraturan dan Perlembagaannya, jika tidak kekalutan dan kecelaruan pasti akan timbul. Pusat mempunyai hubungan dengan Negeri dan Cabang dan juga Ranting, susur galur ini perlu dijaga, dan sudah berbuih-biuh mulut pimpinan mengingatkan ini. Tetapi, kerana selera nafsu yang bercita-cita untuk menjadi Wakil Rakyat sangat tinggi, itu semua dipersetankan, kononnya dia ada rangkaian kuat diatas (Pusat), apa-apa hal berkaitan ranting maupun cabang, mereka ada rangkaian terus di pimpinan Pusat. Cara bermain seperti ini amat rendah nilainya disisi ahli-ahli politik alaf baru, kerana ia cara lama yang sudah ditolak Parti. Tetapi apa boleh buat, kerana selera nafsu sudah mengatasi fikiran dan akal, semuanya diketepikan.

Ini bertitik tolak dari keinginan untuk menjadi WAKIL RAKYAT (YB) yang menjadi rebutan dan kegilaan parti yang kita saingi selama ini, tetapi nampaknya sikap sedemikian masih dimiliki oleh orang-orang kita, dan ini bermakna tidak ada perbezaan sikap antara mereka, kecuali hanya berbeza duduk sahaja, tetapi fikiran dan sikapnya sama, amat malang sekali.

Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Pilah telah bermula semenjak 1999, dan sudah tidak terkira lagi beberapa banyak penceramah dibawa turun ke Kuala Pilah, sudah tidak terkira lagi beberapa banyak kursus-kursus yang dianjurkan. Yang hanya bertujuan supaya setiap yang mengikutinya mengambil pelajaran dan ilmu daripada mereka itu untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat. tetapi sayang, dikalangan kelompok yang kecil ini, itu semua tidak masuk kedalam hati-hati masing-masing, melainkan kesemua itu ditujukan kepada pendengar ceramah dan bukan untuk diri sendiri.

Kita sangat mengharapkan soal kepimpinan jangan diperebuti seperti kelakuan orang kelaparan merebut makanan yang enak, setiap permasaalahan dirundingkan, rundingan yang telah dimeterai jangan dikhianati, ketua yang telah dilantik ditaati dan jangan difitnahkan, rakan-rakan yang telah lama berbakti jangan dihasut dengan fikiran kotor.

Oleh kerana menjadikan faktor SEMANGAT tampa ilmu pengetahuan dalam mengharungi perjuangan, telah menjadikan sesuatu yang baru malah penambilan baru yang belum diketahui ketulinan perjuangannya dijadikan ikon dan sandaran, Orang berjubah dan berserban jangan disangka ulamak, orang yang petah berkata-kata dan manis mulutnya jangan disangka jujur, selidik dan ketahuilah perjalanannya dahulu sebelum menerima kata-kata mereka sebelum membuang dan menghina rakan-rakan yang telah bermain bersama-sama sejak kecil dahulu.

Seperkara yang amat mendukacitakan, ialah menggunakan nama baik seseorang yang tidak terlibat langsung dengan situasi ini, untuk menaikan nama masing-masing atau kelompok kecil ini yang akhirnya, Parti yang akan menerima tempelak, dan mereka berlepas diri dari menanggung bencana yang mereka reka sendiri. Alangkah tidak berakalnya untuk bergerak cara sedemikian.

Oleh yang demikian, kepada semua ahli-ahli dan penyokong Gerakan Pembaharuan khususnya di Kuala Pilah, oleh kerana ONAR SUDAH DIBUAT, dan sudah kelihatan kepada umum tanpa berselindung lagi, maka saya terpaksa mengeluarkan ini untuk menjadikan sempadan dan mengetahui kedudukan sebenar dan memilih jalan yang betul mengikut saluran Parti, supaya kekeruhan dapat dijernihkan serta membezakan antara antah dan beras dan ini adalah ragam biasa dalam mana-mana badan dan pertubuhan, kerana sifat manusia adalah begitu, kecuali kita harus bijak menilai menurut akal dan fikiran yang waras.

Sekian, wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan