Isnin, 26 Oktober 2009

YB ADUN JOHOL SAKIT !

D alam posting saya 20 Oktober yang yang lalu, dinyatakan bahawa ADUN Johol, YB Datuk Roslan Yusof dalam keadaan sejat walafiat berikutan spekulasi menyatakan bahawa beliau sakit dan tidak upaya menjalankan tanggung jawab sebagai seorang Wakil Rakyat. Atas kepercayaan kepada akhbar yang melaporkan berita tersebut dan dibaca oleh ribuan orang, maka saya tidak percaya bahawa pembohongan boleh berlaku. Kerana bagi saya wartawan yang melapor harus bersifat sebagai seorang hakim, bukan sekadar mendapatkan bahan berita dan melaporkan juga walaupun ia pahit dan tidak menguntungkan sesetengah pihak. Manakala sudah tersiar, ia menjadi bacaan umum dan suatu kepercayaan. Tetapi apa yang telah tersiar, berlaku sebaliknya. Maka pembohongan sudah tersebar, maka penghidupan kita sudah dikelilingi dengan pembohongan. Beberapa hari selepas itu, keluar pula kenyataan dari MB N. Sembilan bahawa ADUN Johol tersebut selamat menjalani pembedahan. Maka benarlah spekulasi sebelum ini bahawa YB ADUN Johol itu sakit. Apa salahnya berterus terang saja tanpa disembunyi-sembunyikan supaya urusan rakyat dapat dipertanggungjawabkan, termasuk urusan ziarah pesakit sehingga tidak kita tertanya-tanya sakit atau tidak! Kita tidak pula mengharapkan sesuatu yang tidak baik kepada YB Datuk Roslan. Semoga beliau beransur sembuh.

4 ulasan:

  1. Info yg diterima, Yb Roslan dikatakan telah menjalani pembedahan dan mendapat rawatan di HKL.

    BalasPadam
  2. Ya, seperti yang dikhabarkan oleh sahabat yang menziarahi beliau, dan kami doakan semoga Allah sembuhkan beliau seperti sediakala.

    BalasPadam
  3. Makluman terkini: YB Roslan berada di wad opertedik, HKL...

    BalasPadam
  4. Sakit yang beliau alami tidaklah seteruk yang diceritakan atau disangkakan. Alhamdulillah, beliau telah sihat seperti biasa setelah menjalani pembedahan. Moga Allah sentiasa merahmati beliau. Amin

    BalasPadam