Isnin, 8 Februari 2010
Ahad, 7 Februari 2010
MEMPERSOAL KEDUDUKAN SAYA DALAM KEADILAN
Keputusan Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Parti Keadilan Nasional (PKN) untuk bercantum dan membentuk Parti Keaadilan Rakyat telah dibuat dengan majoriti besar lebih dua-pertiga dalam Kongres dan Mesyuarat Agung tahunan masing-masing sekitar tahun 2002. PRM juga bersetuju untuk menutup parti. Berikutannya, Pimpinan Peralihan Keadilan Rakyat dibentuk dengan wakil-wakil dari dua-dua parti menganggotainya.
Pihak Pendaftar Pertubuhan telah melengah-lengahkan pendaftaran Parti baru ini. Jadi kami mengambil keputusan membawa perkara ini ke Mahkamah. Akhirnya Mahkamah Tinggi Shah Alam membuat keputusan memihak kepada pendaftaran Parti. Pada 3hb Ogos Parti Keadilan Rakyat dilancarkan dengan rasminya.
Namun pihak ROS kelihatan liat hendak menerima keputusan majoriti lebih dua pertiga yang dibuat oleh Kongres PRM. Mereka membenarkan sekumpulan kecil serpihan untuk meneruskan PRM. Sebenarnya, beberapa orang pemimpin serpihan telah menyertai pimpinan peralihan Keadilan Rakyat. Mereka keluar apabila diberi peluang oleh ROS.
Itu sebabnya sepuluh orang bekas pemimpin PRM asal, termasuk saya, mencabar dalam mahkamah tindakan ROS itu. Kami tidak mengiktiraf “PRM” baru ini kerana ia bertentangan dengan keputusan Kongres PRM. Keputusan mahkamah tidak memihak kepda kami. Kumpulan serpihan kecil itu meneruskan parti. Namun mereka tidak pernah dapat menarik lebih dari 50 orang untuk menghadiri “kongres” tahunan mereka. Baru-baru ini Presiden mereka kembali ke pangkuan KEADILAN.
Jelas bahawa keputusan Kongres PRM menyetujui Percantuman kedua-dua Parti. Keputusan ini sepatutnya dipatuhi oleh semua anggota. Pimpinan peralihan KEADILAN bersetuju melantik saya sebagai Timbalan Presiden. Dua Kongres pemilihan KEADILAN (yang diadakan tiga tahun sekali) memperkukuhkan kedudukan saya.
Saya syorkan supaya mereka yang mempersoal kedudukan saya sebagai anggota dan Timbalan Presiden KEADILAN menulis secara rasmi kepada Parti. Lebih baik lagi, jika mempunyai apa-apa sokongan, mereka boleh mengemukakan resolusi dalam Kongres Keadilan akan dating agar menggantung keanggotaan saya, seperti salah seorang dari mereka mahu.
Dr Syed Husin Ali
Timbalan Presiden, KEADILAN
Sabtu, 30 Januari 2010
Rabu, 27 Januari 2010
Pelancaran Pakatan Rakyat N9
CERAMAH PERDANA :
Sempena Pelancaran Majlis Pakatan Rakyat Negeri Sembilan
Tempat : Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan, Seremban
Tarikh : 28 Januari 2010 / Khamis
Masa : 9.00 malam
Bersama :
YB Salahudin Ayub (Naib Presiden PAS)
YB Azmin Ali (Naib Presiden PKR)
YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas (Pengerusi PKR N.Sembilan)
Sdr Zulkefly Mohamad Hj Omar (Pesuruhjaya PAS N.Sembilan)
YB Loke Siew Fook (Pengerusi DAP N.Sembilan)
Semua Dijemput Hadir
Ahad, 24 Januari 2010
'Dalang komplot cuba bubar PKR Kuala S'gor gagal'
Menurutnya, pertemuan tertutup antara AJK PKR cabang tersebut dengan Majlis Pimpinan Negeri Selangor malam tadi telah menjelaskan segala-galanya mengenai kedudukan sebenarnya.
"Dimaklumkan bahawa PKR Cabang Kuala Selangor adalah tidak bubar dan boleh bergerak seperti biasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pertemuan tertutup tersebut, katanya, AJK cabang Kuala Selangor bersama Angkatan Muda Keadilan dan Wanitanya menyatakan muafakat kukuh dan meletakkan keyakinan tinggi kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menerajui cabang PKR Kuala Selangor dan selaku menteri besar Selangor.
"Adalah dimaklumkan bahawa perkembangan ini membuktikan bahawa cabang PKR Kuala Selangor semakin mantap dan kukuh walaupun berita sebelum ini menggambarkan seolah-olah PKR Cabang Kuala Selangor sudah bubar.
"Realiti sebenar ialah sokongan dan dokongan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semakin meningkat dari masa ke semasa," tegas Mohd Ezli.
Di samping itu, katanya, PKR PKR Kuala Selangor juga menerima sokongan mantap dan kuat daripada seluruh ranting yang terdapat di DUN Jeram,DUN Melawati dan DUN Ijok.
"Malahan dalam pertemuan itu juga, kesahihan peletakan jawatan AJK cabang Kuala Selangor sebelum ini dipertikaikan kesahihannya kerana ada keraguan yang terdapat dalam soal menandatangani surat peletakan jawatan tersebut.
"Cabang PKR Kuala Selangor juga ingin menegaskan bahawa gerak kerja membela rakyat dan menjana kemenangan PRU-13 akan semakin rancak dan giat selepas ini.
"Iltizam dan semangat yang ditunjukkan oleh semua anggota PKR di cabang Kuala Selangor utuh dan terus bersemangat tinggi.
"Dalang komplot cubaan untuk membubarkan PKR Kuala Selangor gagal dan tidak mendapat sokongan kerana tindakan tersebut menjejaskan imej PKR dan Pakatan Rakyat keseluruhannya.
"Malahan tindakan menggunakan media terbuka mendapat kecaman hebat daripada pelbagai peringkat PKR," kata Mohd Ezli.
Justeru, katanya, cabang PKR Kuala Selangor berharap seluruh pendukung PKR di Kuala Selangor fokus kepada gerak kerja membela rakyat dan memperkasa gerak kerja PKR di cabang tersebut.
"Kita tiada masa untuk melayan karenah politik remeh-temeh kerana PKR mempunyai banyak agenda dan gagasan besar perubahan dan membela rakyat di Selangor dan negara ini.
"Cabang PKR Kuala Selangor menyatakan pendirian tegas dan kukuh bersama-sama Tan Sri Seri Abdul Khalid Ibrahim untuk mendepani perubahan di Selangor dan bersama-sama membawa semangat kukuh ini untuk membawa perubahan total dan impak besar dalam PRU-13," tegasnya.
by rakyat marhaen
Khamis, 21 Januari 2010
KELIHATAN SEPERTI ALAT PERKAKAS BN
Rabu, 20 Januari 2010
ISU PERUNTUKAN
'Isu diskriminasi Kerajaan Persekutuan menyekat peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen (AP) Pakatan Rakyat jelas mengingkari amalan federalisme negara ini'.
'Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan pemimpin UMNO-BN berfikiran jumud dan kolot hingga sanggup mempolitikkan isu peruntukan yang akhirnya menindas kebajikan rakyat selaku pembayar cukai......'
'Wang yang disalurkan oleh Kerajaan itu bukan wang parti, tetapi wang rakyat, dan ini bertitik tolak daripada perkara yang lebih asas lagi iaitu tentang isu pembiayaan politik dan sebagainya di Malaysia masih lagi tidak ada peraturan yang jelas, dan sebab itu hari ini disalurkan dalam peringkat parti....'
Di atas adalah ungkapan sebahagian dari kenyataan YB Nik Nazmi dipetik dari TV Selangor.
Saya bersetuju sepenuhnya bahawa di atas prinsip keadilan, peruntukan harus diberi kepada semua wakil-wakil rakyat ADUN dan AP tidak kira dari parti mana sekali pun kerana mereka-mereka ini ,telah pun dipilih dan di amanahkan oleh rakyat untuk melaksanakan tugas-tugas mereka termasuk menggunakan dana yang diperuntukan kerajaan untuk kebajikan rakyat.
Beliau juga menekankan bahawa kerajaan PR Selangor bersedia akan serta merta ikut sama menyalurkan kepada semua wakil-wakil rakyat sekiranya Kerajaan Pusat terdahulu berbuat demikian.
Dalam perkara ini saya dulu lagi pernah menyuarakan kepada kepimpinan parti bahawa di atas prinsip keadilan yang ditekankan, kerajaan PR harus melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dengan mengamalkan sikap terbuka dan bersedia menyalurkan peruntukan terus kepada semua ADUN dan AP tidak kira dari parti mana, walau pun Kerajaan Pusat enggan melaksanakannya.
Ini akan mencerminkan keikhlasan dan kewibawaan kerajaan PR yang bersedia dan berkemampuan melaksanakan amalan kebertanggungjawaban dan keterbukaan pentadbirannya. Secara langsung, PR menghormati bahawa rakyat telah membuat pilihan siapa wakil-wakil mereka di kawasan masing-masing. Kita akur kepada amanah rakyat.
Kerajaan PR mempunyai kepakaran untuk memantau penggunaan peruntukan tersebut dan dapat mempastikannya sampai ke sasaran yang dimaksudkan. Justeru, tidak ada halangan bagi kerajaan PR untuk bertindak dan melaksanakan dasar tersebut.
Selasa, 12 Januari 2010
Ziarah Keluarga Mangsa Bunuh di Kampung Batang Rokan Gemencheh, Negeri Sembilan .
Salah seorang mangsa iaitu Arwah Sufiah Bt Katas adalah ibu saudara kandung kepada Datin Seri Rosmah Mansor. Di mana arwah Sufiah adalah adik kandung kepada bapa Datin Seri Rosmah Mansor.
Ketika rombongan ziarah ini sampai di kampung berkenaan, rombongan tersebut telah dihalang oleh sepasukan polis cawangan khas.
-Hj Ramlan Roes
AMK Pusat
Isnin, 11 Januari 2010
Makluman Pembatalan Ceramah
Sabtu, 9 Januari 2010
Berpulang Ke RahmatulLah

Jumaat, 8 Januari 2010
SIAPA YANG BERDEMO HARI INI?

Siapa pula jagoan-jagoan berkaca mata hitam diatas, apakah benar mereka pembela Agama Allah? Atau hanya menjadi balachi pihak tertentu. Pembela Agama Allah ialah mereka yang taat kepada perintah Allah dan Rasul, mengikut dengan taat apa jua perintahNya dan memelihara Sunnah Rasul, apakah mereka diatas memiliki ciri-ciri sedemikian. Ikuti ulasan disini.
Khamis, 7 Januari 2010
Setiausaha agung PKR letak jawatan ?
Rabu, 30 Disember 2009
31 Dis 2009, aksi anak muda
SAMM telah membuat sidang media mendedahkan perkara ini, malangnya hanya sebahagian akhbar berbahasa cina sahaja yang berani mengeluarkan cerita ini sebaliknya majoriti media khususnya arus perdana tidak mengeluarkan pendedahan ini kerana arahan tangan ghaib.
Satu laporan rasmi (sila klik) telah dibuat malangnya pihak berkuasa hanya membakul sampahkan laporan tersebut dan apabila diminta respon terus tidak melayan. Kami sudah desak sehingga pertanyaan mengenai perkara ini dibangkitkan didalan DUN NS malangnya MB NS tidak memjawab dan membisu.........
Rakyat perlu disedarkan hakikat sebenar.... Rakyat perlu diselamatkan dari pengkhianatan....
sebarang pertanyaan sila hubungi 0123696474 (Norazizi, penyelaras SAMM NS)