Rabu, 23 Mac 2011

PERANGILAH KAUM MUNAFIK ITU !!!

Kini timbul keresahan terbaru dikalangan masyarakat, akibat isu Skandal Seks yang kononnya melibatkan DSAI yang didedahkan oleh Datuk T (Tiga Datuk T ?) kepada media. Keresahan ini timbul akibat tindakan mereka itu mendedahkan kepada pihak media dan apabila sampai ketangan media, tidak lain tidak bukan menghebahkan kepada umum, kerana ini tugas mereka atau media kongkongan UMNO/BN mengarahkan siarkan segera, tanpa menyelidik samada ia benar atau palsu.Perbuatan seperti ini bertitik tolak dari jiwa dan mental yang kotor, kerana kosong dari akidah agama yang benar atau mempunyai iman yang lemah.

Perhatikan latar belakang mereka, apakah mereka itu terdiri daripada orang yang taat kepada Allah dan Rasul dan agamanya, kemudian selidiklah pula isteri-isteri mereka, apakah mereka juga mentaati Agama masing-masing, menutup auratkah isteri-isteri mereka seperti yang telah diwajibkan, kemudian perhatikan pula anak-anak mereka, apakah anak-anak mereka mengikut jejak ibubapa mereka? Nah kesemua ini akan mencerminkan apakah mereka-mereka ini boleh dipercayai.

Sekiranya mereka itu (Datuk T) mempunyai jiwa yang bersih, kes ini akan dapat ditangani dengan aman dan tenteram, bukan sahaja kepada Datuk T tersebut (yang mereka sebut kerana ingin menegakkan kebenaran), kepada masyarakat malah kepada tertuduh. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan undang-undang, tentu pihak Polis tempat rujukan mereka untuk mengatasi masalah itu, bukannya media!! Nah disini ciri-ciri keMUNAFIKAN atau hipokrit mereka tersingkap.

Sikap sebegini menunjukkan kepintaran mereka dengan kata-kata muluk dan manis untuk mempengaruhi massa (masyarakat), tetapi bukan untuk mencari kebenaran seperti yang didakwa. Apatah lagi dikatakan kedudukan BN semakin goncang di Sarawak bagi menghadapi Pilihanraya dalam masa terdekat ini.

Kadang-kadang terkeluar dari mulut mereka berbicara hal Islam, dan menyeru kaum Muslimin kembali kepada Al-Quran dan Hadits Nabi, tetapi apa yang mereka lakukan dalam kes ini menampakkan sikap KEMUNAFIKAN mereka. Datuk T ini tidak pula merujukkan hal ini kepada penguasa atau pemerintah untuk diadili, seperti yang diperintahkan Rasul. “Seorang Amir (Raja, Penguasa, Pembesar atau Pemimpin) berkuasa terhadap rakyatnya”. HR Muslim). Mereka pandai bermain dengan kata-kata, tetapi sebenarnya pepat diluar, rencung didalam.

Mereka lakukan ini untuk menghina dan merendahkan kredibaliti Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi menutup perbuatan terkutuk yang telah mereka lakukan, atau mempunyai hasad dendam yang tidak berkesudahan, kerana salah seorangnya terpalit dengan memperkosa seorang gadis bawah umur beberapa tahun yang lalu.

Perbuatan dan angkara PUAK MUNAFIKUN ini amatlah membahayakan ketenteraman msyarakat dan bangsa, kerana ia menghembuskan api fitnah kesemua jurusan masyarakat dan setiap individu sekarang dikelilingi oleh angin fitnah yang mungkin akan terhidu jua. Ia ibarat membawa kerosakan yang sangat mendalam, ibarat anai-anai merayap kedalam kayu, yang akhirnya akan musnah dan repui.

Bersifat sebagai MUNAFIK (HIPOKRIT), kegiatan jahat mereka sukar dikesan dan diraba oleh penyokong-penyokong mereka (ahli-ahli UMNO), kerana mereka berselindung atas nama KETUANAN MELAYU, mereka berselindung atas nama KEBENARAN DAN KEADILAN, dalam masa yang sama, tangan yang disebelah membolot kekayaan negara untuk kepentingan perut peribadi, isteri dan anak-anak mereka. Maka mereka yang menghalang-halang kehendak nafsu serakah yang menjadi hamba keduniaan dan wang ringgit sebagai matalamat hidup, akan ditekan dan dihimpit dengan pelbagai kesukaran malah difitnah dengan tuduhan palsu seperti meLIWAT, kaki perempuan dan sebagainya.

Maka tindakan puak munafikun ini akan terus disokong oleh penyokong-penyokongnya, kerana penyokongnya itu tidak sedikitpun menggunakan akal yang diberikan Allah untuk berfikir dan meneliti, kerana ia akan memakan apa sahaja yang diberikan oleh orang atasan tanpa menilai, halal haramnya, bersih dan kotornya.

Kejadian dan Fitnah yang telah berlaku dan akan berlaku seolah-olah tidak upaya diatasi dan diselesaikan oleh Pemerintah UMNO/BN, kerana ia ada kaitan dengan pihak yang membuat kenyataan terhadap Video Seks DSAI itu. Kerana itu pengurusan kerajaan UMNO/BN tidak ada tertibnya, kedaulatan hukum tidak dijalankan dengan sempurna, kerana ia berada dibawah telunjuk pemerintah. Sikap sebeginilah mendorong puak-puak munafik itu akan mengejar harta negara untuk dijadikan milik sendiri dan kroni sebanyak mungkin, seperti mana terbukti diktator yang sudah jatuh di Timur Tengah, yang sewaktu pemerintahannya amat disanjungi dan dikatakan membela nasib rakyat.

Apakah mereka akan sedar dari perbuatan terkutuk itu? Tidak ada harapan nampaknya, kerana semenjak dari tahun 1998 perencanaan mereka berjalan terus, dan tidak menjadikan peristiwa yang menimpa konspirator terdahulu sebagai peringatan dan pengajaran, hanya disebabkan mereka terus dilanda penyakit, seperti Firman Allah swt “Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah SWT tambah penyakitnya” (Q 2:10)

Oleh itu sahabat-sahabat sekelian, tidak ada lagi penghormatan untuk mereka, kerana mereka telah bertuhankan THAGUT, dan PERANGILAH mereka, kerana berdasarkan “Perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi” (Q 2:193)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan