Rabu, 9 Mac 2011

HJ. OTHMAN ADAM MENINGGAL DUNIA

Berita sedih kami terima petang ini memaklumkan bahawa Tuan Haji Othman Bin Adam, seorang Tokoh Pendidik dan Aktivis Politik Pakatan Rakyat telah meninggal dunia semalam (Selasa 8hb. Mac 2011) jam 6.00 petang lebih kurang di Kuala Lumpur dan jenazah beliau telah disemadikan disana. Gerbang Keadilan Kuala Pilah pernah menyiarkan artikel berkenaan Allahyarham (http://gerbangkeadilankp.blogspot.com/2008/11/kenali-tuan-haji-othman-adam.html) dalam posting terdahulu. Dengan iringan doa " Yaa Allah ampunilah dia dan rahmatilah, selamatkanlah dia dan maafkanlah, muliakanlah tempat menginapnya dan luaskanlah tempat masuknya, basuhkan ia dengan air salju dan embun. Bersihklan dia dengan kesalahan sebagaimana Engkau membersihkan pakaian yang putih daripada kekotoran". Amiin.

1 ulasan:

  1. moga Allah meredai segala amalnya. Menempatkannya bersama orang-orang soleh.

    BalasPadam