Rabu, 30 September 2009

CORETAN PRK BAGAN PINANG

Kehangatan PRK Bagan Pinang semakin terasa dan perbualan dikalangan rakan-rakan jika tidak menyentuh PRK Bagan Pinang maka perbualan itu terasa tiada yang istemewanya. Seorang sahabat di Pusat Perbadanan Kraftangan Cawangan N. Sembilan bercerita sambil bersungut bahawa beliau dan semua staff di Kraftangan telah diarahkan untuk wajib hadir sewaktu Hari Penamaan Calun BN hari Sabtu ini. Seorang sahabat yang lain pula menyampuk, kalau tak nak kena kutuk jangan pakai baju ada logo BN sambil bergurau, staff Kraftangan tersebut nampak kebingungan dan bersungut lagi "ahli-ahli UMNO dan BN dah tak ada lagikah sampai arah orang yang tiada kena mengenakan dengan Parti itu untuk hadir?". Disuatu lokasi yang lain pula seorang remaja yang aktif belia di Kampongnya bertanya kepada bapa saudara beliau, bahawa beliau diminta untuk hadir pada hari tersebut malah diberi wang saku sekali, maka kata bapa saudaranya yang aktif dengan Pakatan Rakyat kalau tak tahan dengan suasana hari Penamaan tersebut jangan ikut serta, maka remaja tersebut berfikir dan bertanya apa kena mengena Belia dan Parti tersebut, bapa saudaranya berkata kalau dah tersepit Parti tersebut main songlap semua dan hulur wang, pokoknya ramai orang mengiringi Calon Partinya. Yang ketiga seorang peniaga yang terpaksa berpura-pura menyokong UMNO kerana nakkan pinjaman TEKUN menceritakan salah seorang YB di Kuala Pilah datang kepada beliau dan bersungut dengan karenah pemuda UMNO Kuala Pilah, masing-masing bila diarah ke Bagan Pinang mulalah minta wang, tayar kereta botaklah, road-tax matilah dan pelbagai lagi alasan untuk dapatkan wang. Yang dah ke Bagan Pinang pula, melepak kat Hotel. bangun pagi pula jam 11.00, kerja apa nak buat bantu Parti kalau bangun dah lewat? YB tersebut terus kebingungan dengan kerenah anak-anak buahnya. Manakala dalam dialog keempat ketika sarapan pagi disebuah restoran Jalan Melang, seorang bekas pemimpin UMNO yang waktu mudanya sebagai meter reader kini dah kaya raya kerana bertaukehkan Isa Samad, naik berang dengan berkata "nak bergaduh SATU MALAYSIA, kalau iSA kalah!!", bila soalan diajukan jika Isa Samad kalah dalam PRK Bagan Pinang. Begitulah fanatiknya pemimpinan UMNO Kuala Pilah kepada Isa Samad itu, yang sewaktu menjadi Menteri Besar beliau pernah mendapat habuan lumayan kerana taat setianya. Beginilah kerenah mereka yang yang bergelar pemimpin UMNO, mereka yang digelar sebagai pemimpin seolah dikalung dengan pakaian dan kehormatan Melayu, dan barangsiapa yang menentang pemimpin itu akan dicop sebagai penentang Melayu dengan istilah pengkhianat dan pendurhaka. Suatu lagi yang hangat diperkatakan sekarang Isa Samad terlalu kerap di Kuala Pilah, kenapa? Dan kerap pula bersama bekas YB dan Bekas Pemimpin Puteri UMNO Kuala Pilah itu. Ramai yang bertanya dan saya tidak dapat memberikan jawapan tepat, dan saya pula sudah lama terputus hubungan dengan suaminya. Bagi menghilangkan khabar angin atau mungkin ia akan bersifat fitnah ISA SAMAD tentunya tidak menjadi kesusahan kepada beliau menjelaskannya kepada orang ramai.

Selasa, 29 September 2009

ISA SAMAD ???

Kami walaupun sebagai seteru UMNO dan BN dalam politik merasa amat hairan dan pelik bagaimana UMNO/BN mencalonkan Isa Samad sebagai Calun dalam PRK Bagan Pinang. Isa Samad yang terpalit dengan skandal Rasuah dalam UMNO dan telah dijatuhi hukuman oleh Lembaga Disiplin UMNO dilihat menimbulkan tekanan kepada pimpinan BN untuk mencalonkannya dan akhirnya mengeluarkan kenyataan berterima kasih kepada pimpinan UMNO dan BN kerana memberikan kepercayaan kepada beliau untuk bertanding di Kampongnya setelah namanya diumumkan sebagai calon BN dalam PRK Bagan Pinang semalam. Terdahulu Isa Samad mengatakan tiada masalah baginya untuk bertanding kerana pimpinan Pakatan Rakyatpun ramai yang keluar masuk penjara. Isa Samad nampaknya main pukul rata semua, kerana beliau menyangka atau sengaja membutakan mata menyatakan bahawa yang keluar masuk penjara adalah orang-orang yang terlibat dengan jenayah bunuh, rogol, merompak, rasuah dan seumpamanya selain perjuangan menegak kebenaran seperti Nelsol Mandela, Aung San Sun Syi, Pak Hamka. Imam Ahmad Hanbal dan ramai lagi. Nampaknya Isa Samad mengunakan semboyan Macchiavelisma Tujuan Menghalalkan Cara dalam karier politiknya dan megenepikan prinsip amanah yang sering menjadi sebutan pimpinan UMNO/BN itu. Kami hairan dan pelik kerana dikala UMNO/BN bercakap mengenai TRANSFORMASI, tetapi tindakannya berlawanan sama sekali. Ini petanda jelas bahawa UMNO/BN sudah hilang arah dan pimpinan Pusatnya tidak berupaya mengawal tingkah laku ahli-ahlinya kerana itu ugutan UMNO Bagan Pinang termasuk Pemudanya dahulu yang mahukan Isa Samad tidak upaya dikekang oleh sesiapapun. Mungkinkah akan ada sepanduk ucap terima kasih berbunyi "Terima kasih - Masihkah Kau Ingat? Najib-Ziana" di Bagan Pinang?.
TUN MAHATIR
Tun Mahatiur pula telah mengingatkan UMNO/BN supaya tidak meletakkan Isa Samad sebagai calon BN kerana terlibat dengan skandal Rasuah supaya UMNO/BN dapat diterima rakyat dan katanya lagi jika beliau sebagai Isa, beliau akan menolak tawaran itu. Bekas perdana menteri itu berkata imej Umno akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon. Demikian nasihat dan pandangan Bekas Presiden UMNO terhadap calon BN dalam PRK N31 Bagan Pinang, namun nasihat dan pandangan beliau telah dibakulsampahkan oleh ahli-ahli UMNO khususnya di Bagan Pinang hanya kerana kuasa wang telah menguasai segala-galanya.

Jumaat, 18 September 2009

SELAMAT HARI RAYA IDUL FITR

Team Gerbang Keadilan Kuala Pilah mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Fitr, Minal Aizin Wal Faiezin maaf Zahir dan Batin. Suatu yang jarang berlaku di Malaysia ialah Solat Idul Ftri di Tanah Lapang sedangkan ia adalah Sunnah. Jika adapun maka kelompok tersebut dianggap ganjil dan diragui, ini hakikat yang berlaku. Dalam satu hadits "Termasuk perkara yang disunnahkan iaitu hendaklah kamu berangkat menuju Ied dengan berjalan kaki dan makan sesuatu (sarapan) sebelum berangkat ke Tanah Lapang". (HR Tirmidzi)


Rabu, 16 September 2009

Ole-ole raya PKR untuk saudara Rosmah



Seminggu menjelang sambutan Aidilfitri, ahli keluarga terdekat isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor - seperti pernah dilihat dalam siri klip video di Internet - mendapat hadiah dan duit raya daripada Angkatan Muda PKR.

Ketuanya Shamsul Iskandar Md Akin berkata, hampir 10 pemimpin sayap kanan PKR itu mengunjungi ibu saudara dan sepupu isteri Datuk Seri Najib Razak di Kampung Mertang, Kuala Pilah kelmarin.

"Kunjungan ini untuk mencari kebenaran. Kalau sebelum ini, kita lihat kehidupan mereka dalam Youtube sahaja.

"Keadaan mereka amat daif. Kita berikan bantuan sekadar termampu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Dalam beberapa klip video tersebut, anggota keluarga dekat Rosmah itu melahirkan rasa tidak senang dengan sikap wanita pertama negara yang tidak lagi mengunjungi mereka dan kampung asalnya itu.

Rosmah bagaimanapun tidak pernah memberikan reaksinya berhubung kandungan video tersebut, atau mengesahkan mereka anggota keluarganya, yang kelihatan memaparkan imej negatif kepadanya.

Shamsul (kiri) berkata, rombongan mereka dari Kuala Lumpur tiba di kampung tersebut kira-kira jam 1.15 tengah hari dan menghabiskan masa kira-kira dua jam di sana.

Mengulas reaksi ahli keluarga Rosmah terhadap kunjunganya, beliau berkata: "Ada yang menangis sebab Rosmah tidak ingat lagi pada mereka."

Diminta menggambarkan kedaifan ahli keluarga perempuan pertama itu, Shamsul berkata, mereka bekerja kampung yang berpendapatan tidak sampai RM500 sebulan dan "mempunyai rumah kayu yang agak reput."

Beliau juga bercadang mengheret isu tersebut dalam kempen pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang yang akan bermula pada 3 Oktober ini.

"Sudah pasti, kerana dia (Rosmah) mungkin turut berkempen," jawabnya ketika ditanya kemungkinan perkara itu dibangkitkan lagi.

"Ia untuk menggambarkan sikap sebenar Rosmah yang kononnya prihatin dengan dengan nasib masyarakat. Sedangkan keluarganya sendiri dibiarkan daif dan miskin.

"Kalau kerajaan berkata, (dalam konsep) Satu Malaysia, rakyat didahulukan, keadaan ahli keluarganya (Rosmah) menunjukkan sebaliknya."

Kampung tersebut terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar Kuala Pilah, kata Shamsul.

Sumber Malaysiakini. (Rombongan Ketua AMK diiringi Timb. Ketua AMK Cabang K. Pilah, Nizam Razak dan Sdr. Ruzaili Karim)

Isnin, 14 September 2009

Dato' Seri Anwar Ibrahim di Bagan Pinang, Port Dickson

Mohon kepada semua Ketua & Setiausaha Cabang dapat memaklumkan Program Dato' Seri Anwar Ibrahim di Bagan Pinang, Port Dickson yang berlangsung 16hb September 2009/ Rabu kepada seluruh kepimpinan cabang dan ranting untuk turut serta menjayakan program tersebut.

PROGRAM:

Tarikh: 16 September 2009 / Rabu.

8.30-10.00 malam: Solat Isyak & Terawih di Masjid Bagan Pinang, Port Dickson.

10.00-12.00 malam: Ceramah Perdana di Kg Si Rusa, Batu 4, Jalan Pantai, Port Dickson

Semoga kehadiran saudara/saudari akan menyemarakkan semangat perjuangan ke arah perubahan.
Salam Reformasi.

Sabaruddin Mohd Yassim
Setiausaha MPN,
PKR Negeri Sembilan.

Khamis, 10 September 2009

MAJLIS PIMPINAN KEADILAN NEGERI SEMBILAN SETUJU CALON PAKATAN RAKYAT DARI PAS UNTUK PRK N31 BAGAN PINANG

Majlis Pimpinan Negeri Sembilan telahpun membuat keputusan secara sebulat suara dalam satu mesyuarat khas bahawa sempena Pilihan Raya Kecil N31, Bagan Pinang, KEADILAN Negeri Sembilan bersetuju supaya calon Pakatan Rakyat yang bertanding adalah daripada PAS.

Dengan ini juga KEADILAN Negeri Sembilan akan menyokong sesiapa sahaja calon yang dipilih oleh pimpinan PAS pada pilihan raya tersebut nanti.

Yang lebih penting KEADILAN Negeri Sembilan akan memberi sokongan padu yang tidak berbelah-bahagi supaya kemenangan Pakatan Rakyat mempastikan kewujudan satu lagi tsunami atau gelombang kebangkitan rakyat.

KEADILAN akan menggerakkan seluruh jentera dan bekerjasama dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat selaras dengan perjuangan untuk menyuburkan semangat politik baru yang melangkaui fahaman perkauman sempit demi membina Negara Malaysia yang gemilang pada masa depan.

Keputusan ini diambil selaras dengan semangat Pakatan Rakyat yang saling bersepakat dalam apa jua keadaan demi memperjuangkan agenda rakyat.


DATO’ KAMARUL BAHARIN ABBAS
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri
Parti Keadilan RakyatNegeri Sembilan

(Sumber: PKR NS)Justify Full

Rabu, 2 September 2009

PEMBATAL KEISLAMAN

Atas alasan apa sekalipun, mereka yang berdemontrasi membantah pembinaan Kuil di Seksyen 23 Shah Alam, mengubah Seruan Takbir kepada Take Beeeer (kita memahami maksud ayat tersebut) , dan kita tidak menyentuh perkara lain, tetapi pemidang diatas amat bahaya dan menyentuh sensitiviti umat Islam keseluruhannya. Oleh yang demikian perhatikan tulisan Bin Bazz dalam bukunya 10 Pembatal Keislaman dibawah:-


Para ulama rahimahumullah telah menyebutkan dalam bab hukum kemurtadan, bahwa seorang muslim dianggap murtad (keluar dari agama Islam) dengan berbagai macam hal yang membatalkan keislaman, yang menyebabkan halal darah dan hartanya dan di anggap keluar dari agama Islam.

Yang paling berbahaya dan yang paling banyak terjadi ada sepuluh hal, yang di sebutkan oleh Syekh Muhammad bin Abdul Wahhab dan para ulama lainnya, dan disebutkan secara ringkas, dengan sedikit tambahan penjelasan untuk anda, agar anda dan orang – orang selain anda berhati hati dari hal ini, dengan harapan dapat selamat dan terbebas darinya.

Pertama:
Diantara sepuluh hal yang membatalkan keislaman tersebut adalah mempersekutukan Allah (Subhanahu wa Ta’ala) ( syirik ) dalam beribadah.
Allah (Subhanahu wa Ta’ala) berfirman:

Artinya : “Sesungguhnya Allah (Subhanahu wa Ta’ala) tidak mengampuni dosa syirik(menyekutukan ) kepadaNya, tetapi mengampuni dosa selain itu, kepada orang – orang yang dikehendakinya “. ( Annisa’ ayat : 116)

Allah (Subhanahu wa Ta’ala) berfirman:

Artinya: “ sesungguhnya orang yang mempersekutukan Allah, niscaya Allah akan mengharamkan surga baginya, dan tempat tinggalnya (kelak) adalah neraka, dan tiada seorang penolong pun bagi orang – orang zhalim” .( Al- Maidah : 72).

Dan di antara perbuatan kemusyrikan tersebut adalah ; meminta do’a dan pertolongan kepada orang- orang yang telah mati, bernadzar dan menyembelih qurban untuk mereka.

Kedua:
Menjadikan sesuatu sebagai perantara antara dirinya dengan Allah (Subhanahu wa Ta’ala), meminta do’a dan syafaat serta bertawakkal ( berserah diri ) kepada perantara tersebut.
Orang yang melakukan hal itu, menurut ijma’ ulama ( kesepakatan) para ulama, adalah kafir.

Ketiga :
Tidak menganggap kafir orang- orang musyrik, atau ragu atas kekafiran mereka, atau membenarkan konsep mereka. Orang yang demikian ini adalah kafir.

Keempat:
Berkeyakinan bahwa tuntunan selain tuntunan Nabi Muhammad (Shalallahu ‘alaihi Wassalam) lebih sempurna, atau berkeyakinan bahwa hukum selain dari beliau lebih baik, seperti ; mereka yang mengutamakan aturan – aturan thaghut (aturan – aturan manusia yang melampaui batas serta menyimpang dari hukum Allah ), dan mengesampingkan hukum Rasulullah (Shalallahu ‘alaihi Wassalam) , maka orang yang berkeyakinan demikian adalah kafir.

Kelima :
Membenci sesuatu yang telah ditetapkan oleh Rasulullah (Shalallahu ‘alaihi Wassalam) , meskipun ia sendiri mengamalkannya. Orang yang sedemikian ini adalah kafir. Karena Allah (Subhanahu wa Ta’ala) telah berfirman :

Artinya :”Demikian itu adalah dikarenakan mereka benci terhadap apa yang di turunkan oleh Allah (Subhanahu wa Ta’ala), maka Allah (Subhanahu wa Ta’ala) menghapuskan (pahala ) segala amal perbuatan mereka”. ( Muhammad : 9).

Keenam:
Memperolok–olok sesuatu dari ajaran Rasulullah (Shalallahu ‘alaihi Wassalam), atau memperolok – olok pahala maupun siksaan yang telah menjadi ketetapan agama Allah (Subhanahu wa Ta’ala), maka orang yang demikian menjadi kafir, karena Allah (Subhanahu wa Ta’ala) telah berfirman :

Artinya : “ katakanlah ( wahai Muhammad ) terhadap Allah kah dan ayat – ayat Nya serta RasulNya kalian memperolok – olok ? tiada arti kalian meminta maaf, karena kamu telah kafir setelah beriman “ . (At- Taubah : 65- 66).

Ketujuh :
Sihir di antaranya adalah ilmu guna-guna yang merobah kecintaan seorang suami terhadap isterinya menjadi kebencian, atau yang menjadikan seseorang mencintai orang lain, atau sesuatu yang di bencinya dengan cara syaitani dan orang yang melakukan hal itu adalah kafir, karena Allah (Subhanahu wa Ta’ala) telah berfirman :

Artinya :” Sedang kedua malaikat itu tidak mengajarkan (suatu sihir) kepada seorangpun, sebelum mengatakan: sesungguhnya kami hanya cobaan bagimu, sebab itu janganlah kamu kafir “.( Al-Baqarah : 102.)

Kelapan:
Membantu dan menolong orang – orang musyrik untuk memusuhi kaum muslimin. Allah (Subhanahu wa Ta’ala) berfirman:

Artinya : “ Dan barang siapa diantara kamu mengambil mereka (Yahudi dan Nasrani ) menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang tersebut termasuk golongan mereka. sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang – orang yang zhalim” .( Al- Maidah: 51).

Kesembilan:
Berkeyakinan bahwa sebagian manusia diperbolehkan tidak mengikuti syari’at Nabi Muhammad (Shalallahu ‘alaihi Wassalam) , maka yang berkeyakinan seperti ini adalah kafir. Allah (Subhanahu wa Ta’ala) berfirman :

Artinya:” Barang siapa menghendaki suatu agama selain Islam, maka tidak akan diterima agama itu dari padanya, dan ia di akhirat tergolong orang- orang yang merugi”.( Ali- Imran: 85).

Kesepuluh :
Berpaling dari Agama Allah (Subhanahu wa Ta’ala); dengan tanpa mempelajari dan tanpa melaksanakan ajarannya. Allah (Subhanahu wa Ta’ala) berfirman :

Artinya : “ Tiada yang lebih zhalim dari pada orang yang telah mendapatkan peringatan melalui ayat – ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling dari padanya. Sesungguhnya kami minimpakan pembalasan kepada orang yang berdosa “. ( As- Sajadah : 22).

Dalam hal- hal yang membatalkan keislaman ini, tak ada perbezaan hukum antara yang main-main, yang sungguh- sungguh ( yang sengaja melanggar ) ataupun yang takut, kecuali orang yang di paksa. Semua itu merupakan hal- hal yang paling berbahaya dan paling sering terjadi. Maka setiap muslim hendaknya menghindari dan takut darinya. Kita berlindung kepada Allah (Subhanahu wa Ta’ala) dari hal- hal yang mendatangkan kemurkaan Nya dan kepedihan siksaanNya. Semoga shalawat dan salam dilimpahkan kepada makhluk Nya yang terbaik, para keluarga dan para sahabat beliau. Dengan ini maka habis dan selesai kata-katanya. Rahimahullah.

Termasuk dalam nombor empat :
Orang yang berkeyakinan bahwa aturan- aturan dan perundang – undangan yang diciptakan manusia lebih utama dari pada syariat Islam, atau bahwa syariat Islam tidak tepat untuk diterapkan pada abad ke dua puluh ini, atau berkeyakinan bahwa Islam adalah sebab kemunduran kaum muslimin, atau berkeyakinan bahwa Islam itu terbatas dalam mengatur hubungan antara manusia dengan Tuhannya saja, dan tidak mengatur urusan kehidupan yang lain.

Juga orang yang berpendapat bahwa melaksanakan hukum Allah Ta’ala dan memotong tangan pencuri, atau merajam pelaku zina (muhsan) yang telah kawin tidak sesuai lagi di masa kini.

Demikian juga orang yang berkeyakinan diperbolehkannya pengetrapan hukum selain hukum Allah (Subhanahu wa Ta’ala) dalam segi mu’amalat syar’iyyah, seperti perdagangan, sewa menyewa, pinjam meminjam, dan lain sebagainya, atau dalam menentukan hukum pidana, atau lain-lainnya, sekalipun tidak disertai dangan keyakinan bahwa hukum- hukum tersebut lebih utama dari pada syariat Islam.

Karena dengan demikian ia telah menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah (Subhanahu wa Ta’ala) , menurut kesepakatan para ulama’.sedangkan setiap orang yang telah menghalalkan apa yang sudah jelas dan tegas diharamkan oleh Allah (Subhanahu wa Ta’ala) dalam agama, seperti zina, minum arak, riba dan penggunaan perundang- undangan selain Syariat Allah (Subhanahu wa Ta’ala), maka ia adalah kafir, menurut kesepakatan para umat Islam.

Kami mohon kepada Allah (Subhanahu wa Ta’ala) agar memberi taufiq kepada kita semua untuk setiap hal yang di ridhai Nya, dan memberi petunjuk kepada kita dan kepada seluruh umat Islam jalannya yang lurus. Sesungguhnya Allah (Subhanahu wa Ta’ala) adalah Maha Mendengar dan maha Dekat. Shalawat dan salam semoga dilimpahkan kepada Nabi kita Muhammad (Shalallahu ‘alaihi Wassalam), kepada para keluarga dan para shahabat beliau.

(Dinukil dari kitab نواقض الإسلام oleh Syaikh Abdullah bin Abdul Aziz bin Baz, Hal-hal yang membatalkan keimanan) (salafy.or.id)

Oleh yang demikian, tidak syak lagi mereka yang menyedia dan mempamirkan pemidang dan yang terlibat dengannya termasuk dalam golongan ke-enam seperti yang disebutkan diatas.

DR. ZAMRI PILIHAN RAKYAT ?

Bila pula masanya Dr. Zamri Kadir pilihan rakyat Perak? Penyokong UMNO/BN merentangkan pemidang diatas tanda sokongan kepada UMNO/BN pada Sidang DUN di Perak hari ini, walaubagaimanapun Polis menghalang Ahli Dewan Undangan Negeri daripada memasuki Dewan, dan akhirnya mereka bersidang di sebuah Hotel Heritage yang berdekatan. ADUN Malim Nawar Keshvinder Singh dan ADUN Simpang Pulai, Chang Ming Kai telah ditangkap oleh pihak Polis bagi menyurai mereka yang menjalankan tugas sebagai ADUN dan salah seorang daripada mereka tercedera. Tiga lagi yang ditangkap ialah orang awam.Turut ditangkap ialah Stanley Tan, seorang jurugambar akhbar Nanyang Siang Pau, yang dikatakan turut disepak ketika ditahan. Walaubagaimanapun para penyokong BN/UMNO disuraikan dengan cara yang sopan. Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) dalam kenyataannya hari ini menyatakan rasa kesal dengan tindakan polis yang didakwa memukul jurugambar akhbar Nanyang Siang Pau, Stanley Tan, sewaktu menangkapnya pagi tadi. UMNO/BN harus ada keberanian bertemu rakyat dan memberikan hak kepada mereka memilih dan membentuk kerajaan bagi mengatasi kemelut ini, maka sesudah itu bolehlah penyokong maupun pemimpin BN/UMNO mendakwa Dr. Zamri adalah pilihan rakyat.